Wednesday, June 8, 2016

#1488 - Etika Di Bazar Ramadhan

Hye Readers,

Gambar Hiasan
Bazar Ramadhan atau Pasar Ramadhan merupakan salah satu tempat yang popular sepanjang bulan ramadhan di Malaysia ini. Hampir setiap negeri dan daerah mempunyai bazar yang mampu menarik jumlah pengunjung yang ramai.

Namun disebalik kemeriahan bazar ramadhan, aku perasan masih ada orang yang kurang mempunyai etika ketika di bazar ramadhan dan yang paling tak boleh diterima, ia datang dari umat islam sendiri. Sebenarnya terdapat beberapa etika di bazar ramadhan yang perlu dipatuhi. Ia bukannya undang-undang tetapi lebih kepada kesedaran sivik. Antara etika yang aku nak share ngan korang ialah:- 

1) Pakai pakaian yang sesuai.
- Ini biasaya terjadi pada golongan wanita. Kalau nak berkunjung ke bazar ramadhan, silalah pakai pakaian yang sesuai. Seluar pendek dan legging tu amatlah tak sesuai dipakai dibazar ramadhan. Aku bukan nak jadi ustaz blogger tapi at least hormatlah pada mereka yang sedang berpuasa mata, telinga dan lapar dahaga..

2) Parking di tempat yang betul.
- Bukan anda seorang sahaja yang lapar dan perlu sampai ke rumah tepat pada masanya. jadi kalau anda ingin singgah ke bazar ramadhan pastikan anda parking di tempat yang tidak menggangu lalu lintas walaupun untuk sekejap sahaja.

3) Beratur dengan sopan.
- Salah satu benda yang aku perasan kalau pergi kat gerai-gerai yang famous, kadang kala ada orang yang jenis tak reti nak beratur, adakah memang perangai semulajadi dia begitu atau dia tak tahu nak mula dari mana. Kalau ada rezeki anda pada hari itu, insyallah dapat laa juadah yang anda nak beli. Kalau takde rezeki, anggaplah ia sebagai satu ujian anda dibulan puasa.

4) Jangan ambil makanan guna tangan
- Baik pembeli atau peniaga, elakkan mengendalikan makanan dengan tangan. Bayangkan apa perasaan orang kat belakang kalau ko dah pegang-pegang makanan tu tetiba tak jadi beli? Bagi peniaga pulak jagalah sensiviti pembeli. Bukan semua orang jenis tak ambil kisah dengan pengendalian makanan guna tangan. 

Itulah antara beberapa etika yang perlu diambil kira ketika kita mengunjungi bazar ramadhan. Etika ini sebenarnya hanyalah sebagai panduan untuk kebaikkan bersama. Selamat beramal dan selamat berpuasa.

Regards,
-Strider-


10 comments :

  1. semalam pegi bazar rmdhn kat putrjaya.

    nampak pak polisi saman kereta yang park x betol.
    ntah bape banyak kete la kene tu..

    ReplyDelete
  2. Bazar Ramadan klu makin ptg sekitar jam 6 tu mmg mana2 sesak... mcm tak larat dah nak redah setakat ni... klu nk pergi pun takpelah awal sikit huhu.

    ReplyDelete
  3. bgs ni. elok sgt bc bg habis trutama yg suka p bzar tu

    ReplyDelete
  4. Yezzz... Setuju sangat dengan entry nie...

    ReplyDelete
  5. no 4 tu, klaka! hahahaha. tp ade je sebenarnye kan.. aptb

    ReplyDelete
  6. betol2. yg no 1 tu berlambak, semua negeri mcm tu.
    thn ni tak pergi langsung.

    ReplyDelete
  7. pengajaran untuk bazar ramadhan next year plak. insyaAllah..

    ReplyDelete