Monday, June 6, 2016

#1487 - Salam Ramadhan

Hye Readers,

Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua pembaca blog ini yang beragama islam. Setiap kali ramadhan tiba, ibadat berpuasa diwajibkan bagi umat islam yang sudah baligh. Kebiasaaya bulan Ramadhan juga digunakan oleh umat islam sepenuhnya untuk menambah amal ibadah mereka.

Ibadah puasa bukan sahaja bermaksud kita menahan lapar dan dahaga tetapi ianya lebih kepada ujian kita untuk mengawal nafsu. Tidak tertakluk kepada makan minum pada waktu tengah hari sahaja tetapi nafsu ketika membeli juadah berbuka puasa juga harus diambil kira.

Setiap kali ramadhan juga, terdapat beberapa aktiviti yang akan menjadi popular. Ini disebabkan aktiviti tersebut tidak dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Antara aktiviti tersebut ialah:-

Tarawih, Sunat, Ramadhan
Pic Credit : Utusan
1) Solat Tarawih
- Ini merupakan signature bagi bulan ramadhan. Walaupun ianya merupakan solat sunat, tapi ramadhan seakan tidak lengkap tanpa solat sunat tarawih.


2) Bazar Ramadhan
- Bazar Ramadhan ini lebih kurang macam pasar malam dekat kawasan rumah anda. Tapi apa yang menarik tentang bazar ramadhan ialah ia merupakan satu bazar dimana semua orang akan akan membeli juadah pada tempoh yang sama (lebih kurang 1-2 jam sebelum berbuka)

Pic Credit: Mysumber.com
3) Buffet Ramadhan
- Setiap kali ramdhan juga, banyak hotel/restoran akan menyediakan pakej buffet yang menarik. Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk membuat gathering/reunion dengan mengadakan majlis berbuka puasa.

Itu antara 3 aktiviti yang berlaku pada setiap ramdhan. Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang dijalankan pada bulan ramadhan nie seperti tadarus Al-Quran, moreh, ceramah-ceramah agama dan tak lupa jualan-jualan murah menjelang syawal.

Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan bagi pembaca blog ini. Semoga ramadhan kali ini akan menjadi ramadhan akan memberi manfaat dan menjadi ramadhan yang lebih baik daripada yang lepas.

Regards,
-Strder-

9 comments :

  1. Nekad x nak pi Mana-Mana Bazar ramadhan...harap berjaya MCM tahun lepas

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadan Al Mubarak... semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya buat kita semua... aamiin... :)

    ReplyDelete
  3. Selamat menjalankan ibadah puasa dari kakak
    Tengok gambar mengasyikkan pulak hihi...

    ReplyDelete
  4. selamat berpose strder.

    eh, buffet package sekarang harga melambung. pening pening..

    ReplyDelete
  5. Salam ramadan kembali ye...kita banyakkan amalan bersedekah insyaAllah byk hikmah tersembunyi...aminnn

    ReplyDelete
  6. Selamat berpuasa. maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan dan selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  8. Selamat menyambut bulan Ramadhan :) selamat berpuasa :))

    ReplyDelete