Friday, May 20, 2016

#1480 - 4 Teori Eygpt Air MS 804

Hye Readers

Semalam dunia dikejutkan dengan berita kehilangan sebuah pesawat Eygpt Air yang berlepas dari Paris ke Cairo. Setakat ini masih belum ada apa apa berita rasmi tentang nasib sebenar pesawat tersebut tetapi teori pengganas terus sahaja menjadi teori yang popular di kalangan media barat.




Ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Kebangsaan (FSB) Russia, Alexander Bortnikov berkata semalam, pesawat EgyptAir yang mungkin terhempas di Laut Meditteranean berkemungkinan besar berpunca daripada tindakan pengganas. Dia bagaimanapun tidak menjelaskan bukti bagi menyokong teorinya. 

Walaubagaimanapu terdapat 4 teori lain yang mungkin menimpa pesawat terbabit antaranya ialah:-

1) Penyeludupan Bom
- Mengikut statement Egyptian Aviation Minister Sherif Fathy kebarangkalian teori serangan pengganas adalah besar jika dibandingkan dengan kerosakan teknikal. Pengganas mungkin telah berjaya menyeludup masuk bahan letupan ke dalam pesawat sebelum berjaya diletupkan. 

2) Ancaman Orang  Dalam
- Antara berita yang aku baca dari CNN, ancaman dari orang dalam (krew airport dan airlines) juga antara teori yang diambil kira. CNN juga melaporkan yang siasatan akan dijalankan terhadap pekerja lapangan terbang, krew pesawat dan juga mereka yang mempunyai akses kepada pesawat terbabit.

3) Kerosakan Teknikal
- Setakat apa yang aku baca, teori ini merupakan teori yang paling jarang disiarkan oleh media barat. Ini disebabkan tiada panggilan kecemasan yang dilaporkan oleh juruterbang sepanjang perjalanan persawat tersebut sebelum ia terhempas. Juruterbang juga telah melaporkan mereka dalam keadaan yang baik dan ceria lebih kurang setengah jam sebelum pesawat itu hilang dari radar,

4) Faktor Juruterbang.
- Seperti yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines MH370, faktor juruterbang juga akan disiasat. Menurut Egypt Air Kapten pesawat terbabit dikatakan mempunyi 6725 flying hours termasuk 2101 untuk pesawat Airbus 320. Pembantu juruterbang pula dikatakan mempunyai 2766 flying hours. Mereka berdua mempunyai banyak pengalaman mengendalikan pesawat dan kebarangkalian untuk mereka melakukan pilot error adalah tipis. Setakat ini ada 2 insiden kapal terbang terhempas yang berpunca dari tindakan sengaja juruterbang iaitu pesawat German Wings pada Mac tahun lepas dan juga pesawat Egypt Air sendiri iaitu pesawat Boeing 767 pada 1999.

MS804


Setakat apa yang aku baca dari berita-berita yang ada, masih belum ada apa apa kenyataan rasmi tentang nasib pesawat tersebut. Walaupun terdapat dakwaan bahawa pesawat terbabit terhempas di Laut Mediterranean namun belum ada bukti yang sahih tentangnya.  

Pesawat yang terbang pada ketinggian 37000 kaki dikatakan membuat pusingan 360 darjah sebelum turun kepada ketinggian 15000 kaki dan hilang dari radar pada ketinggian 10000 kaki. 

Itulah antara laporan yang aku baca melalui media barat. walaupun banyak yang menjerumus kepada tindakan pengganas namun ianya hanya sekadar teori sehingga bangkai pesawat tersebut dijumpai dan siasatan dapat dijalankan.

Regards,
-Strider-

Artikel Berkaitan

#1479 - Pesawat Eygpt Air Hilang Dari Radar

9 comments :

  1. bakal terjadi spt MH370 plak tu.

    ReplyDelete
  2. Tidak mustahil pisang berbuah dua kali seperti yg terjadi pada MH370 kerana tiada jejak hingga kini. Semuanya jadi transparent.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala usaha mencari & mudah2an jumpalah hendaknya... aamiin.

    ReplyDelete
  4. kwn sy yg keje syarikat airlines bgtau semua meninggal tp xpasti jgk stuasi yg sbnr2nya..

    ReplyDelete
  5. Dgar2x dah jumpah dah serpihan kapal terbang. Cepat gak jumpanya.

    ReplyDelete
  6. Sekarang nie time kapal terbang terhempas... Kemudian, timbul macam-macam konspirasi pulak untuk dikaitkan dengan kejadian tu...

    ReplyDelete