Status

Kepada yang ada facebook mintak tolong korang Like Strider Buzz okay tak? Thanks kepada yang dah like..Nanti kalau ade topik kita berdiskusi di sana. :D

Strider Buzz

Saturday, August 16, 2014

#1464 - 10 Selfie Sebelum Maut

Hye Readers,

Hidup dan mati bukan terletak di tangan kita. Kita tak tahu apa perkara yang terakhir yang kita lakukan sebelum kita mati. Untuk entry kali ini aku akan share ngan korang 10 orang yang selfie pada saat-sat akhir hidup mereka.

Ada diantara mereka yang pure accident dan ada juga yang sebenarnya boleh dielakkan. Aku tak judge apa mereka buat tapi just share ngan korang supaya yang baik kita jadikan sempadan dan yang kurang baik dijadikan tauladan.


1 - Tidak Takut pada Ketinggian
Xenia Ignatyeva mengambil selfie dari jambatan  setinggi 28 kaki dari aras tanah untuk menarik perhatian rakan-rakannya. Gadis Rusia yang berusia 17 tahun itu hilang imbangan dan jatuh pada kabel yang akhirnya mati kerana terkena kejutan elektrik.


2 - Jenni Rivera 
Pada bulan Disember 2012 bintang pop Mexico Jenni Rivera dan rombongan jelajah (tour)  beliau mengambil selfie ini sebelum berlepas dengan jet peribadi yang kemudianya terhempas. Tiada yang terselamat dalam kejadian tersebut.


3 - Happy
Aku letak tajuk happy dalam gambar ini kerana pada 26 April, 2014 Courtney Sanford memuatnaik gambar ini ketika dia mendengar lagu Pharrel Williams 'Happy' semasa memandu melalui North Carolina, Tidak lama kemudian dia merempuh sebuah  lori dan kemalangan ini terbukti membawa maut padanya.


4 -  Jadiel 
Ini adalah selfie diambil oleh seorang reggaeton Mexico yang  terkenal, Jadiel, ia dimuat naik ke Instagram sebelum dia mengalami kemalangan motosikal maut di New York pada bulan Mei, 2014.


5 -  MH17 Selfie 
Mungkin ada diantara korang perasan gambar yang ini iaitu gambar Gary Slok dan ibunya mengambil selfie sebelum berlepas dari Amsterdam dengan menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang ditembak jatuh di Ukraine pada bulan Julai, 2014.

6 -  pistol Selfie
Seorang gadis  berusia 21 tahun Oscar  Otero Aguilar kehilangan nyawanya apabila dia cuba untuk mengambil selfie dengan pistol untuk laman Facebook beliau pada bulan Julai 2014. peminat senjata dari Mexico ini telah secara tidak sengaja menembak dirinya sendiri di kepala dan mati di tempat kejadian.


7 - Selfie Sungai
Seorang gadis berusia 13 tahun bernama Karen Hernández mahu mengambil selfie di tebing sungai El Tunal dalam Durango, Mexico. Malangnya dia jatuh ke dalam sungai dan lemas; anggota bomba berjaya menemui mayatnya pada bulan Julai.


8 - Atas Keretapi
Pada March 2014 seorang lelaki berusia 21 tahun meninggal dunia di Jaen, Sepanyol terkena kejutan elektrik apabila dia memanjat ke puncak keretapi untuk mengambil selfie.


9. Gadis Iran
Kedua -dua gadis iran ini sedang cuba mengambil selfie sambil menyanyi sebelum terlibat dengan kemalangan.


10 - Selfie Tebing Laut
Sepasang kekasih dari Poland cuba mengabadikan gambar selfie di tebing laut bertempat di Portugal pada 10 Ogos 2014. Malangnya mereka berdua tergelincir dan menemui ajal merka.

Itu antara 10 selfie di saat saat terakhir hidup mereka. Boleh dikatakan hampir kesemuanya adalah disebabkan kemalangan. Memang ada yang boleh dielakkan tetapi ada juga yang memang pure accident, tepulang kepada anda untuk menilai.

Regards,
-Strider-

27 comments :

  1. Malang, itulah padah kemaruk selfie..

    ReplyDelete
  2. apabila sesuatu isalah gunakan..dan lebih mengarut...

    ReplyDelete
  3. Kat Malaysia ni selfie paling bahaya adalah kt kubur..

    ReplyDelete
  4. Penangan selfie di abad ini...

    ReplyDelete
  5. Selfie ikut tempat dan keadaan la..

    ReplyDelete
  6. kadang-kadang manusia tak tahu bahaya semata-mata nak puaskan nafsu selfie

    ReplyDelete
  7. Rasa ngilu dan ngeri membaca cerita selfie ni Strider.. huhu

    ReplyDelete
  8. Urmm... tegur skit bole? hahaa.. jgn marah tau :p
    Kalau Nurul tak silap peribahasa tu, Yang baik jadikan tauladan dan kurang baik jadikan sempadan.. bukan sebaliknya.. hihii

    ReplyDelete
  9. yoshhh...yg gigih p panjat tinggi2 nk selfie sbb nk bagi kawan kagum sila fikir semula..huu tak berbaloi kot..kalau ada safety xpe gak..ni main belasah je..-_-

    ReplyDelete
  10. salam. huuu ada yang tragis bunyinya..tapi itulah ajal mau ditangan Tuhan..

    ReplyDelete
  11. tapi kadang akal manusia ni tau baik buruk dia...tapi masih lagi buat...tapi takdir...kalau kita bincangkan pun, hasilnya...semua dah terjadi...cuma boleh ambil ikhtibar :)

    ReplyDelete
  12. Kalau sendiri mencari nahas tu memang bodoh la. Tapi kalau selfie tempat selamat tapi mati tu dah memang ajal namanya.

    ReplyDelete
  13. Teruk juga fenomena selfie ni.. Smpai.melayang nyawa.

    ReplyDelete
  14. sesetengah tu mmg blh dielakkan.. cthnya berselfie pd tmpt yg tinggi dan ketika memandu.. itu dah terang2 membahayakan diri..

    ReplyDelete
  15. haishhh mengerikan laa... kot yer pun nak selfie utamakan la keselamatan diri dulu...

    ReplyDelete
  16. Fussss..... selfie tu selfie la jugak kan tapi jangan sampai bahayakan diri sendiri... jangan sesekali abaikan keselamatan... selfie secara berhemah....ekekekekeke... :D

    ReplyDelete
  17. ya Allah.. smpai mcm tu sekali..

    ReplyDelete
  18. Padah mengundang padah. Lupa dunia hilanglah dunia..

    ReplyDelete
  19. Selfie tu tak salah apa pun... masalahnya, cara dia org berselfie tu yg sengaja cari nahas & kdg2 kemalangan tu boleh terjadi dgn cara apa pun.. mcm menunggang motor juga ada yg menunggang style superman dan mcm2 lagi.. motor tu tak salah apa pun... Mmg kena peringatkanlah agar jngn taksub sgt smpi mcm tu kan...

    ReplyDelete
  20. Wuuu bila selfie menguasai diri haihh. Boleh membahayakan sgt

    ReplyDelete
  21. memang mati itu kuasa tuhan tp kalau sampai selfie tak ingat dunia memang tak la kan lan. hana pown suka selfie tp selfie gitu2 je. haha

    ReplyDelete
  22. Macam2 hal, Malang tak berbau....'

    ReplyDelete

From Other Blogger!!!

Other Best Entry

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...