Tuesday, August 5, 2014

#1460 - Boikot atau Sekadar Trend?

Hye Readers,

Sekarang ini tak kira di mana platform social media, mesti heboh diperkatakan mengenai boikot barang Israel. Semalam kat twitter pun ramai orang cerita pasal boikot dan paling popular ialah restoran makan segera iaitu McDonalds.

Aku sebenarnya tak menghalang orang nak boikot malah menyokong mereka yang boikot dengan cara yang betul. Boikot tak semestinya kita perlu meletakkan adab kita ditepi bagi meluahkan perasaan marah terhadap rejim Zionis.

Sumber Gambar : Twitter
Pakai songkok, pegang Mafla Palestine, tapi sayangnya kemarahanya tangan dia yang tak dapat nak kawal..adakah ini cara orang islam? ini belum masuk lagi aku nampak orang text mengutuk mereka yang bekerja di Mcdonalds macam mereka ini bersubahat dengan Israel.

Ada juga yang keterlaluan apabila menyuruh pekerja Mcdonalds berenti and cari kerja lain...Memang aku tak nafikan rezeki di tangan Allah SWT tetapi kalau dah ditakdirkan itu punca rezeki dia, siapa kita untuk menghalangkan??? Basically aku bukan menentang orang yang nak boikot ini, tapi ia perlu dilakukan dengan betul dan bijak.

Pada pendapat aku majority orang sekarang ikut boikot Mcdonalds sebab ia satu trend. Kenapa aku kata camtu? sebab aku dah pernah lihat benda yang sama berlaku ketika Malaysian nak boikot Mcdonalds time Amerika serang Afghanistan dan Iraq dahulu.

Jadi mari kita lihat sama ada boikot Mcdonalds ini hanyalah satu trend atau memang kita sudah bersedia untuk memboikot Mcdonalds. Untuk makluman korang seingat aku, hanya Sekinchan Ikan Bakar jer yang berjaya diboikot oleh orang Malaysia nie.

Regards,
-Strider-

38 comments :

  1. Sekadar usaha kecil insan2 kerdil?

    ReplyDelete
  2. Hangat2 tahi ayam je tuh mcm kes cadburry lah skg hangat citer mcD d media sosial biasalah tu org msia. Paling x sedap d lihat napa lah budak tu leh buat tgn mcm tu klau ye pun nak boikot biar tunjuk akhlak yg baik

    ReplyDelete
  3. well said bro... sha dah lama nampak perkara ni hanya trend.... bukan sebenar2 boikot... hurm... yahudi dah lama serang kaum kerabat islam disana.... kenapa kali ni baru beria2....??

    kita tengoklah sampai bila diorang nak boikot...

    ReplyDelete
  4. harap bnda ni berterusan la.. hmm..

    ReplyDelete
  5. Janganlah kita menampakkan kebodohan sendiri dlm sibuk2 nak berjuang tanpa tahu arah tuju sebenar... hmmm.. malulah gaya mcm tu. Aku setuju dgn statemnt entri ni.. Boikot tu mmg bagus, tp perbuatan mcm tu mmg langsung tak bagus... hancus.

    ReplyDelete
  6. Betul tu bro... setuju sangat dengan pendapat ko... dari dulu sampai skrg boikot mcd ni boleh dikatakan bermusim.... pastu ada jugak puak2 yg terlampau obses sampai boikot semua secara membabi buta.... boikot mmg boikot tapi biarlah mengunakan akal....

    ReplyDelete
  7. betul tu.. boikotlah dgn cara yg betul.

    ReplyDelete
  8. kelakuan kita melambangkan akhlak dan mencerminkan dirikita..
    sebelum buat berfikir dahulu.. boikot tetap boikit..tapi caranya jgan skadar trend.. pray for gaza

    ReplyDelete
  9. Betol tuu, okay jer kalau nak boikot, tapi setakat boikot satu hari sahaja then esok orang boikot juga yang datang makan McD. Macam mana tu?

    ReplyDelete
  10. kesian juga dengan pekerja McDonald yang rata-rata orang Islam..malah ada pemiliknya juga ada yang beragama Islam telah melabur wang yang besar..apa-apapun boikot biar bertempat dan kena pada masanya!

    Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  11. mungkinkah gambar kat atas tu saja dibuat gitu? ada kemungkinan jugak, zaman IT ni ramai yg saja cari perhatian & glamer.

    Bg akak, ada yg boikot betul2 sbb faham dan ada yg sekadar ikut-ikutan sbb trend.

    Sekinchan Ikan Bakar, akak suka mkn tau..tetiba dtg lagi kedai dah tutup!

    ReplyDelete
  12. salam. hmmm boikot macam gambar tu da lebih kut..tangan tu huhuuu
    bab boikot+ ni no komen hehehe tapi sy sokong pendapat En.Azlan :))

    ReplyDelete
  13. salam. terlupa hhehhe
    isi tabung invest smart!

    ReplyDelete
  14. Mereka hanya bekerja kat situ...itu periuk nasi mereka...tak semestinya mereka menyokong Israel...kalaulah senang sangat nak carikan kerja lain untuk mereka silakan...

    ReplyDelete
  15. tunjuk 'fuck' tu bukan budaya kita...dalam memboikot yahudi, dia terikut jugak trend yahudi ye

    ReplyDelete
  16. ini nak glamer je ni...attention seekers.

    ReplyDelete
  17. jom follow sya,, sya baru follow your blog,, singgah sini ya
    http://greenfarra.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. Mmm... sebelum boikot tu, cuba semak balik... kome perokok-perokok tegar tu yang dok support syarikat rokok yang di naungi oleh Israel. Apa kat berenti terus merokok. Macam mana pulak dengan ASTRO? Bukankah ASTRO turut berkerjasama dengan syarikat dari Israel. Boikot juga lah ASTRO nie

    ReplyDelete
  19. betul tu...kadang boikot ni bermusim...

    ReplyDelete
  20. Agreed..bila buat sesuatu bukan dari hati inilah jadinya..hanya mengikut emosi..Hmm..

    ReplyDelete
  21. betul tu lan, nak boikot pun, adab tetap kena jaga, sbb tujuan asal kita boikot utk bela saudara seagama kita di Gaza. Kita membawa label agama Islam. tapi kelakuan sesetengah org yg boikot tu boleh mencemarkan nama baik agama kita. harap2 kita semua istiqomah boikot bukan sahaja waktu Gaza diserang, tapi selama2nya. makanan mekdonal pun bukannya bagus sgt.

    ReplyDelete
  22. Assalammualaikum... strider,

    nie boikot sekadar trend nie...

    mselim3

    ReplyDelete
  23. Tengok yg kat Dungun tu. Allah. Sampai macam tu sekali tahap boikot dorang. Boikot dengan ilmu, bukan dengan perasaan :3

    ReplyDelete
  24. Salam Aidilfitri, Lan... :)
    Memang trending pasal boikot2 ni sekarang... tapi perlulah ikut cara yang betul & yang melambangkan akhlak umat islam yang baik...

    ReplyDelete
  25. Trend ikut-ikutan je majoriti kat Malaysia ni. Nak kaji lebih-lebih, malas pulak nak baca. Bila dah makin ramai boikot, lain-lain mudah je nak follow.

    ReplyDelete
  26. Setuju sangat.
    Jangan sampai boikot ni memalukan Islam sendiri.
    Niat tak menghalalkan cara...

    ReplyDelete
  27. Pening pala gak isu boikot ni..harap pada yang boikot jagalah etika dan maruah Islam. ..boikot kalau boleh biar dengan ikhlas dan berterusan..

    ReplyDelete
  28. trend yg tenggelam timbul . selagi gomen membenarkan mcd berniaga di malaysia , selagi itulah mcd tetap wujud ... saja2 klik korea sale , oldtown coffee n b.liv .

    ReplyDelete
  29. nak boikot, ikut lah kan. terserah. itu hak masing2 tapi kalau tgk gambar tu.. hmm.. yg tu mmg tak boleh diterima akal.


    ReplyDelete
  30. Boikot pun biarlah berhemah... kita ada adabkan... perbuatan tu memang tidak sepatutnya berlaku...
    Harap2 ianya bukan trend... k idah sekeluarga pun dah hampir 3 tahun boikot mcD... bukan tak makan langsung selama tahun tu... ada gak la 2-3 kali itu pun sebab2 tertentu... :)

    ReplyDelete
  31. Kalau McD tu bagi burger free laju pulak beratur ye. Hehe

    ReplyDelete
  32. Nak boikot pun kena berilmu.. walau sikit tapi berterusan

    ReplyDelete
  33. bila isu dah reda, pasni mula start makan balik. macam tak biasa... itu dah jadi mentaliti orang malaysia.

    ReplyDelete
  34. Nak boikot bia betul2la....'

    ReplyDelete
  35. hahaha.. tak kena gaya nk buat mcm ni. hadoii.. last2 buat malu agama je

    ReplyDelete