Wednesday, July 30, 2014

#1459 - Selfie Di Kubur

Hye Readers,

Sekali lagi, Selamat Hari Raya kepada mereka yang masih lagi mood beraya atau tengah beraya. Nampaknya raya ini ada satu kontroversi apabila sekeping gambar #SelfieKubur yang menjadi viral di laman social media di Malaysia.


Aku tak berapa kenal pelakunya tapi dia dikatakan seorang artis. Mungkin dia tak cukup top kot sebab tu aku tak kenal..hahaha..Walau apapun gambar di atas merupakan gambar yang diperkatakan oleh orang ramai, Walaupun ada yang berpendapat ia hanya benda kecil yang tak seharusnya diperbesarkan tapi pendapat aku lain.

Aku tak kisah dia nak buat #SelfieKubur tu sebab mungkin dia ada sebab sendiri, sebagai kenangan-kenangan, ataupun ingin memberitahu ahli keluarga yang jauh bahawa mereka telah menziarahi kubur tersebut atau pun bebeapa lagi alasan logik yang boleh diterima pakai.


Cuma yang menaikkan kemarahan aku ialah apabila demi untuk mendapatkan shot selfie yang dia mahu, dia sanggup memijak kubur orang lain. Sengaja atau tidak ia adalahsatu perbuatan biadap kerana tak silap aku, sejak dari kecil aku diajar untuk berjalan dengan betul di kawasan kubur supaya aku tidak memijak kubur orang lain.

Walaupun kubur orang tu tidak mempunyai batu nisan yang besar sebagai penanda tapi ia tak bermakna kita boleh "disrespect" kubur tersebut. Tuhan jer laa yang tahu perasan aku andaikata kubur yang dipijak itu merupakan kubur kepada ibu/bapa aku. 

So pengajaran yang boleh kita ambil dari kejadian ini ialah, berhati-hati ketika berjalan di kawasan kubur. Ada sebab kenapa kubur itu disusun selari. Kepada mereka yang punyai anak kecik didiklah mereka tentang betapa pentingnya hormat kepada kubur lain walaupun kubur itu hanya mempunyai sebatang batu nisan sebagai penanda.

Regards,
-Strider-

38 comments :

  1. sebenarnya ketika berada di kubur adab mesti juga dijaga..

    Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  2. Aku pulak langsung tak setuju siapa2 nak selfie dekat tempat macam ni. Tak perlu la sampai nak ambil gambar macam tu sekali. Teruk sangat dah tu. Rasanya ni artis nama Farish Aziz tu. Yang asal Sabah tu.

    ReplyDelete
  3. 'sakit' dah masyarakat kita sekarang ni diserap dgn trend dari barat hinggakan tak boleh nak beza mana yg ok dan tidak ok.

    ReplyDelete
  4. Mmg tak eloklah... seronok pun biarlah bertempat. Satu lagi, apa perasaan dia klu kubur yg dia pijak tu merupakan ahli keluarga dia sendiri.. rasa dia suka kot. Astagfirullah...

    ReplyDelete
  5. apalah nak jadi zaman sekarang. semua tempat nak berselfie. dalam masjid, masa solat.

    dah mati pun bawa jugalah kamera tu. selfie dalam kubur. habis cerita.

    ReplyDelete
  6. Perkara macam ni kalau boleh dilelakkan. Janganlah seronok berselfie sampi kubur pun sanggup juga nak berslefie.

    ReplyDelete
  7. teruknya... mana perginya adab menziarahi kubur? pergi kubur patut timbul rasa takut dan sayu kerana kita diingatkan bahawa mati itu dekat saja dengan kita... isk2, harap dorang tu dah sedar akan kesalahan dorang...

    ReplyDelete
  8. Assalam...mungkin tak sengaja kot...apa pun kita perlu ambil iktibar supaya kita tidak buat benda yang sama...
    Perlu diingat bukan ditanah perkuburan sahaja...yang pasti kita perlu jaga adab dan tutur kata walau dimana juga kita berada...
    Allahuakbar...

    ReplyDelete
  9. Dekat kubur pun mau selfie ke? Aish...

    ReplyDelete
  10. peh? muka dah handsome dah.. adab ke laut.

    ReplyDelete
  11. betul la org ckap ni satu penyakit..
    kalau x dikawal memmng kronik...

    ReplyDelete
  12. adoi.. teruja sangat ke apa tu?. susah kalau semua pun nak dipublic kan.pergi kubur hormat la si mati

    ReplyDelete
  13. Ziarah ke kubur adalah untuk menginsafi diri bukannya nak tayang KEBODOHAN. Dah la pijak kubur, siap tersenyum lebar lagi..BODOH

    ReplyDelete
  14. Dateng sini buwat ngucapin Taqobalallahu minnaa wa minkum Shiyamanaa wa shiyamakum, Minal 'Aidin Wal-Faizin Mohon Maaf Lahir Dan Batin, mungkin selama ini ada koment2 saya yg kurang berkenan disini...

    salam
    Aan

    ReplyDelete
  15. patutnya g melawat kubur...timbu8l rasa insap

    ReplyDelete
  16. Penangan selfie ya...Hmmmm..

    ReplyDelete
  17. Ish ish ish dh x kira tempat dh skrg nk selfie hrmmm

    ReplyDelete
  18. ni selfie tak kena tempat ni..nasib baik tak berselfie dgn jenazah..

    ReplyDelete
  19. terlalu addicted dengan monopod dan tred selfie, macam ni la. sampai x sedar terpijak kubur orang laen.

    selamat hari raya...

    ReplyDelete
  20. mmg tak kenal pun budak ni tp dlm TL twitter pnuh gmbr dia. dr kecik dh didik dgn adab apabila berada di kubur. kalau ziarah kubur pun kna jln betol2. rasanya tak perlu nk berselfie di tanah perkuburan.

    ReplyDelete
  21. bila tengok balik gambar tu betul betul.. dia memang betul betul memijak atas kubur orang lain.. wooo.. bengang nya.. huhu

    ReplyDelete
  22. dimana - mana pun kita perlu jaga adab ... invest n xperia Z2 diawal pagi.

    ReplyDelete
  23. Farish kn ni, rsenye dia pn dh mnta maaf &jelaskn ape yg t'jadi

    ReplyDelete
  24. salam. huhu macam takda tempat lain nak selfie..

    p/s menabung xperia z2 & mayfair kat sini :))

    ReplyDelete
  25. hi salam kenal...anyway sy fllw sini...klau sudi fllw me back ye..tq :)

    ReplyDelete
  26. kita mmg kena berhati2 selalu,ketika dikubur/masjid
    tak gitu ..

    ReplyDelete
  27. xpaham dengan selfie ni. pointless...

    btw selamat hari raya. maaf kalau ada silap sepanjang ke blog ni :)

    ReplyDelete
  28. Adab menziarahi kubur harus di jaga...dia ni sorang je selfie atas kubur...pelik tu...nak popular cepat kena buat sesuatu yang bengong kot....alasan dia bagi pun macam x leh diterima...

    ReplyDelete
  29. Adoyai... kat kubur pun nak selfie... seronok nyer dierrrr...

    ReplyDelete
  30. Selfie pun berpada-pada juga la. Mungkin si pelaku tidak sengaja. Tetapi, bila dah tersebar ke media sosial, memang berat kesannya.

    ReplyDelete
  31. Tap payah bergambarlah kat kubur klu tak kena tujuan... bnyk lagi tempat nak bergambar happy2 ni. Nabi cukup marah org yg memijak kubur smpai ada hadis yg menyatakan yg demikian... wallahualam...

    ReplyDelete
  32. Ada org selfie dalam lubang jamban..xde lak org jadikan isu...ahahahahaha.... pelaku xde niat begitu pun tapi org lain yg memperbesar-besarkan benda ni....

    ReplyDelete
  33. Orang melayu kita suka sangat mengikut benda-benda yang tidak berfaedah nie... Mudah sangat terpengaruh... Mungkin jati diri orang melayu nie tak kuat... maklumlah iman senipis kulit bawang...

    ReplyDelete
  34. Macam2... x sepatutnya selfie kat kubur camni...

    ReplyDelete
  35. Gara-gara selfie. .pelik2 dah orang kita ni . pengajaran buat kita gak. Jangan pas ni ada yg selfie ngan jenazah sudah

    ReplyDelete
  36. kalau ke kubur mmg langkah tu jaga elok2, nenek selalu pesan tgk2 jugak kat mana kaki tu berpijak.. tu yg selalunya ikut je nenek dr belakang. takut tersilap langkah punya pasal. ini kan pulak nak berselfie? hmmm

    ReplyDelete