Monday, June 16, 2014

#1434 - ATV Adventure Park Kemensah

Hye Readers,


Last 2 week aku berkesempatan untuk bersama-sama dengan Eshamz Halim dan Cheq Em dalam satu aktiviti outdoor yang bertempat di kemensah. Aktiviti yang kitaorang pergi ialah aktiviti menaiki All Terrain Vehicle atau lebih dikenali sebagai ATV.

Bagi yang tak berapa familar tempat nie, Kemensah itu merupakan sebuah kampung yang terletak di belakang Zoo Negara. Kalau korang ikut jalan belakang/sebelah Zoo Negara tu, korang terus jer dan nanti korang akan sampai di Kg Kemensah dan juga tempat yang kami pergi iaitu ATV Adventure Park Kg Kemensah.

Untuk program ini setiap peserta dikehendaki membayar sebanyak RM100 sebagai bayaran untuk menaiki ATV terbabit. Sebenarnya pakej itu merupakan pakej paling murah disediakan oleh ATV Adventure Park seperti screenshot yang aku ambil dari website mereka.


Untuk pakej B, kami akan ride ATV tersebut ke ke Air Terjun 7 Tingkat serta lepak sana sebelum berpatah balik ke kem. Perjalanannya ke waterfall tersebut memakan masa lebih kurang 1/2 jam dari kem, kemudian sampai ke waterfall terbabit, kami dibenarkan untuk mandi atau lepak-lepak menikmati keindahan alam semulajadi selama 1/2 jam sebelum memulakan perjalanan balik ke base yang memakan masa 12 jam jugak.

Pengalaman menaiki ATV ini sebenarnya sememangnya merupakan satu pengalaman yang best. Kami yang datang seramai 20 orang diiringi oleh 5 orang guide yang bermakna untuk setiap 5 ATV, kami akan diiringi oleh seorang guide.

Safety briefing daripada guide yang bertugas. "Safety First"

Sebenarnya tak susah nak bawak ATV ini sebab transmission dia automatik dan hanya 3 gear jer yang ada iaitu forward, reverse and neutral. Acceleration dia lebih kurang macam jet ski iaitu accelaration dia terletak pada handle ATV tersebut. Tapi itu semua korang tak perlu risau sebab sebelum korang ride, safety briefing akan diberikan dan korang akan ditunjukkan macam mana nak ride ATV dengan betul.

Dari segi trail pulak, bagi aku pakej B ini tidak terlalu extreme dan tidak terlalu senang. Tahap extreme untuk pakej B nie memang ngam ngam. Kepada yang takut kepada extreme yang melampau, korang jangan risau sebab kalau korang rasa tak berani nak ride melepasi point-point yang ada, korang boleh minta tolong guide itu ride untuk korang.

Picture Credit : Eshamz Halim

Setelah 1/2 jam melalui jalan-jalan di lereng bukit, kami tiba di salah satu waterfall yang ada iaitu 7 tier waterfall. Sampai di sini kami di beri masa 1/2 jam untuk beriadah dan korang boleh pilih untuk melepak sahaja ataupun nak mandi. jom layan beberapa gambar yang ada...

Groupfie jangan dilupakan. 

7 Tiers Waterfall. ini baru 1st tier jer, ada lagi kat atas tu.

Time ini kami sedang siasat penampakkan binatang dalam air. End up bintang tu tung-tung rupanya

Gambar kenangan bersama blogger husband & wife yang awesome iaitu Cheq Em dan Eshamz Halim

Thank you Dee sebab sudi teman aku pegi kemensah walaupun invitation last minute.

Bayangkan betapa nyamanya mereka di atas sana.

Groupfie sekali lagi sebelum pulang ke kem.

So, thats all cerita aku pasal kat kemensah.  Sebenarnya kalau korang nak tengok banyak lagi gambar yang awesome berserta video time kitaorang kat sana korang boleh tengok dekat blog Eshamz Halim www.shamphotograpy.com sebab gambar-gambar kat sana lagi stylo.

Kalau mengikut perkhabaran yang aku baca mungkin lepas nie Eshamz Halim nak repeat lagi sekali tapi mungkin pilih pakej C pulak kot., mungkin sebab orang kata air terjun Sofea Jean tu lawa dan boleh ride ATV lama sikit. Bila nak buat tu masih tak sure lagi tapi kalau time tu aku free and timing okay, insyallah aku mesti join lagi sekali.

Jump..jump..jump...

Untuk maklumat lanjut mengenai tempat ini dan aktiviti ini, korang hubungi ATV Adventure Park seperti di bawah. 

ATV Adventure Park
Email     : miza1010@atvadventurepark.com
Phone No : SAIFUL 019-2448544
Operation Hours : Monday to Sunday : 9am to 6pm ( Close from 11am to 3pm on Friday )
GPS Coordinate: 3.218507 101.787061

Regards,
-Strider-

27 comments :

  1. uih...ada 7???tak tau sanggup ke tak redah,,,,tapi kalau ramai-ramai seronok jugak aktiviti macam nie kan..

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau buat outdoor activity camni..kalau tak pandai naik moto atau x ada lesen moto..boleh naik tak ATV ni..rasa gayat pulak nak naik

    ReplyDelete
  3. Wow... terbaik lah entri ni bro... terima kasih jugak sebab sudi join.. blogger dengan blogger kalau berjumpa ni mmg havoc... mesti Bro Sobri jeles ngan kite tu kan...ahahahahaha... InshaaAllah akan ada next trip nanti untuk pergi mencari si Sofea Jane tuuu...ekekeke... biler aku nak wat nanti aku akan inform ko dulu...ekekekeke... :D ... pasni kite wat trip khas utk blogger lak...ahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah jadi bloggers popular !! :(

      Delete
    2. lepas nie plan awal skit and boleh laa bro sobri join sekali...hehehe

      Delete
  4. Waa...husband akak mmg suka tempat tempat macam ni...hutan...air terjun..sungai...
    kalau akak...lg suka tempat cam legoland tu..hihi

    ReplyDelete
  5. Nama air terjun kemain lagi. Sofea Jean. Hehe.. Sure tempat tu cun kan. Sama cun macam Sofea Jane (waktu muda)

    ReplyDelete
  6. Selalu pergi main air terjun je. Tapi lagi best aer terjun belah gombak sana. Kalau trail, orang cakap kemensah antara trail terbaik untuk off road sports ni.

    ReplyDelete
  7. Pergghhh terbaek... best nyerr... > 12 jam ek??? ermmmmmm....

    ReplyDelete
  8. wow bestnya ada 7 tiers waterfall..mesti cool habis ni...

    ReplyDelete
  9. tempat tersebut memang menarik untuk dijadikan aktiviti lasak seperti itu..

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  10. wah bukan main best asal tak bagi tahu awal2 eh..uhuk..huk...

    ReplyDelete
  11. as salam hari selasa heee...

    isi tabung nuff U Mobile dua kali kt sini yer

    ReplyDelete
  12. Mmg sgt menarik aktiviti mcm ni. Aku tengok jugak di blog bro Sham tu, tengok2 eh.. Azlan Strider pun ader lah... best2, thanks sharing.. :) :)

    ReplyDelete
  13. wahhh..seronok gila la aktiviti mcm ni...lagi seronok kalau bleh lama2 kat waterfall tu..haihhs..
    tung-tung tu apa lan?haha..

    menabung umobile,huawei dan promoted content.. :)

    ReplyDelete
  14. Lama jugak teman tak aktiviti out door nie... ride ATV tu, part of my wish for this year... tak tau lagi, bila nak ride... :)

    ReplyDelete
  15. woiiii bestnye..suka sangat aktiviti lasak... untungla berkesempatan join aktiviti macam nie..akeke..nak menabung tapi churpchurp je yang muncul..akeke

    ReplyDelete
  16. Best betul aktiviti camni... ada tengok videonya tadi... :)

    ReplyDelete
  17. wah bro..good entry..
    aku dah baca gak pasai ni kat blog bro sham..
    btw.. memng best andai diri ini dpat joint sekali..
    good entry wat aku rasa nak joint gak!!!!!!

    ReplyDelete
  18. wahhh.. seronoknya! best nampak pic tu.. sure happeningg!

    ReplyDelete
  19. bestnyaaa ! dh lama xbuat aktiviti lasak ni. emmm.. kalau nina lan join nak x? hehee

    ReplyDelete
  20. terima kasih sebab sudi join aktiviti santai kita orang hari tu... kalau ada kekurangan mintak mahap lah yea.... kalau seronok sila lah join lagi.... hehehe.... blogger azlan memang sempoi habis....!!

    ReplyDelete
  21. Lorr... Dwkat je... Tpi manarik tmptnya..

    ReplyDelete