Thursday, June 5, 2014

#1425 - Tujuh Tahun Nak Buang Status "Islam" Di Kad Pengenalan

Hye Readers,



Hujung minggu yang lalu sepasukan anggota penguatkuasa bersma-sama dengan JAIS telah menyerbu majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu. Ini kerana pengantin perempuan merupakan seorang wanita yang didaftarkan sebagai agama Islam.

Zarina Abdul Majid yang merupakan pengantin perempuan itu mendakwa dia sudah menghabiskan masa selama 7 tahun dan menghabiskan beribu ringgit bagi mengupah peguam untuk membuang status Islam daripada kada pengenalanya tetapi tidak berjaya.

Zarina dalam satu wawancara dengan wartawan berkata Walaupun nama dia adalah nama Islam, tapi mengamalkan kepercayaan Hindu dan mengikut adat dan budayanya. Kekeliruan ini berlaku kerana bapanya memeluk Islam sebelum dia dilahirkan. Ibunya pula buta huruf dan dia tidak tahu bapanya telah mendaftarkan mereka sekeluarga sebagai orang Islam.



Semenjak kes ini dilaporkan oleh pihak akhbar, terdapat pelbagai jenis pandangan masyarakat. Ada yang mendakwa tindakan Jais amat wajar kerana ia berjaya menyelamatkan akidah umat Islam daripada terkeluar dari garis Islam.

Aku pula berpendapat, tindakkan JAIS itu wajar mengikut laporan yang diterima dari orang ramai. Tetapi kalau betul apa yang didakwa oleh Zarina itu, ini bermakna kes ini bukan satu kes murtad kerana ia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Ia lebih kepada kekeliruan ketika pendaftaran lahir.


Pihak JAIS pula berkata meraka akan mengambil keterangan wanita terbabit dan akan mendapatkan keterangan ahli keluarganya pula. Setiap keterangan yang diambil akan disiasat dengan teliti bagi menyelesaikan kes ini.

Aku harap kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa ada perselisihan faham kerana isu agama ini adalah satu isu yang sensitif dan hopefully, tiada ahli politik akan cuba mengambil kesempatan/populariti terhadap apa yang berlaku ini.

Regards,
-Strider-

33 comments :

  1. ermmm tindakan jais wajar sekali .

    ReplyDelete
  2. susah jugak nak komen pasal nie sbb dia tak pernah mengamalkan ajaran islam dari kecil...

    ReplyDelete
  3. Mereka akan mengunakan Fasal 11, Perlembagaan Malaysia. Teman agree dengan pendapat awak... Nie kes terpencil, bila diaduan di terima, memang wajar JAIS melakukan siasatan. Lagi pun dia tidak pernah langsung mengamalkan amalan Islam.

    ReplyDelete
  4. Pada aku, kalau dia dibesarkan dengan cara Hindu dan langsung tidak pernah terima untuk masuk Islam, itu bukan murtad namanya. Lagipun, dia dari kecik, bapak dia je yang masuk Islam, diri dia tak. Takkan kita nak paksa dia masuk Islam walaupun jiwa dia taknak. Problem jugak kalau dia buat-buat terima Islam. Tak pasal jadi munafik.

    ReplyDelete
  5. Betul tu... kes camni amat sensitif sebab melibatkan agama... harap dapat selesai cara baik... :)

    ReplyDelete
  6. adehhh, macam2 la dorang nih... kes confusion la nih, kes terpencil... jangan dipolitikkan sudah :(

    ReplyDelete
  7. Allahhuakbar. Moga ALlah kurniakan hidayah buatnya agar dapat mendalami Islam. :')

    ReplyDelete
  8. Ohhh baru tahu kisahnya nasib baik x percaya ckp2 org yg kata dia convert kluar dari islam tanpa fakta yg kukuh jd berlaku kekeliruan di sini

    ReplyDelete
  9. Akak sependapat dgn Lan. Jais bertindak atas aduan awam. Terpaksalah serbu time majlis sbb nak halang perempuan tu keluar Islam. Tp rupa2nya dia mmg bukan islam pun, hanya pd dokumen..tapi tak dibesarkan secara Islam.

    ReplyDelete
  10. Seharusnya tindakan diambil awal lagi.

    ReplyDelete
  11. aku pun hrap kes ini dpt diselesaikan dgn baik.tanpa ada selisih paham..klau boleh x berlarutan berpanjangan.. cari solution yg terbaik :)

    ReplyDelete
  12. Hmmm... Mcm2... Rujuk balik la.sapa mak.bapa dia kn..

    ReplyDelete
  13. setuju. isu sensitif dan hal2 mcm ni mmg perlu diselesaikan dgn cara yg baik. hmm

    ReplyDelete
  14. Kalau Rasulullah SAW masih ada pun, pasti Baginda tidak akan buat apa yang JAIS buat. Islam agama yang beradab. Siasat dulu baru bertindak. Kenapa perlu rosakkan majlis orang then only realise it was suppose not to be done that way.. Hmmm..

    ReplyDelete
  15. Bukankah Islam itu agama yang bertoleransi?

    ReplyDelete
  16. tak tau nak komen apa . sblm ada seorg lelaki di penang juga nak minta tukar status agama krn masalah sama ...

    ReplyDelete
  17. salam. huuu isu sensitif ni..x bole buat main ..

    ReplyDelete
  18. Allahuakbar..tadi dengar di radio alasannya bapa tukarkan agamanya tanpa persetujuan keluarga..macam-macam dunia akhir zaman..nauzubillah..

    Tips Atasi Kolesterol

    ReplyDelete
  19. Isu mcm ni mmg perlu diselesaikan dgn cara yg bijaksana. Ia boleh membawa kpd pertikaian yg lain2 jika tak diselesaikan... maklumlah, bila ada puak2 yg tak paham dan kepala batu... silap2 boleh jadi isu perkauman pulak hmmm...

    ReplyDelete
  20. Aduhaiii, masuk jela Islam. Takyah nak Hindu sgt

    ReplyDelete
  21. mungkin birokrasi yang berlaku selama 7 tahun itu juga adalah untuk menyelamatkan akidah wanita tersebut.....malangnya tidak berjaya.

    ReplyDelete
  22. Lama juga tu ambil masa 7 tahun. Macam mana lah boleh terdetik nak murtad.

    ReplyDelete
  23. maksudnya ayah zarina dftarkan diorang tnpa persetujuan lah nih? dah islam ke belum diorang nih? musykil..

    ReplyDelete
  24. Salam bro, aku pun ada baca gak pasal hal ni ari tuu...macam-macam hal la skrg ni... camni pun ada....

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum...striderbuzz,

    isu status agama perlu diselesaikan dengan baik.. agar tidak menimbulkan spekulasi atau percanggahan pendapat. Pihak jais perlu buat penelitian lebih terperinci berkenaan status agama nie...

    mselim3

    ReplyDelete
  26. Si ayah sepatutnya memberitahu/menghebahkan berita pengislaman itu kepada isteri, keluarga dan bergaul dengan masyarakat islam setempat supaya lebih jelas untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.

    ReplyDelete
  27. Musykil plak...ingat nk tulis kemusykilan tu tp mcm x patut plak..takut di salah erti...

    ReplyDelete
  28. niesa ada baca pasal ni hari tu..tertarik tgk tajuk..mmg JAIS perlu siasat bnda ni dgn teliti..bila perihal yg berkaitan agama ni mmg perlu byk bhati2 sbb tkt disalah ertikan oleh org/agama lain..

    ReplyDelete