Wednesday, June 4, 2014

#1424 - Filem Review : Abang Long Fadil

Hye Readers,



Lama dah rasanya aku tak update blog ini. Lately aku busy skit dengan ada satu projek yang bakal dijalankan. Insyallah kalau jadi nanti aku update laa kat sini. 2 Hari lepas aku sempat pergi menonton cerita Abang Long Fadil iaitu filem terbaru Syafiq Yusuf yang juga merupakan adik kepada Syamsul Yusof.

Sebelum ini, aku mendapat mix review mengenai filem ini, ada yang kata its a good movie dan ada juga yang kata filem ini mengarut.So lepas menonton sendiri aku pun tak tahu nak tulis macam mana sebab ada kekuatan dan ada juga kekurangan dalam filem ini.



Filem ini merupakan kesinambungan dari filem cerita KL Gangster dan ia mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil ketika sahabat baiknya Malik berada di dalam penjara.. Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani .

Kampung Berani adalah satu kawasan di kampung di tengah tengah Kuala Lumpur yang itu dipegang oleh seorang gangster besar yang tidak diketahui identitinya . Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Berani. Jadi aku akan share kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam filem ini mengikut pendapat peribadi aku.

Kekuatan pada filem ini adalah pada CGi yang digunakan. Banyak jugak babak CGi yang nampak agak real pada mata aku, In fact kalau compare dengan CGi filem-filem tempatan aku rasa ini yg terbaik aku pernah saksikan walaupun ade few yang nampak kartun.


Dari segi jalan cerita pulak, still not bad bagi aku sebab ia lebih menekankan kepada konflik nilai kekeluargaan dan juga persahabatan. Filem ini sebenarnya adalah filem yang 80% lawak dari awal sampai habis, jadi jangan letakkan harapan untuk menonton secara serius.

Kelemahan filem ini pula adalah pada lawaknya, Aku tak paham kenapa orang cakap citer tu kelakar sangat. Adakah mereka tak tengok Maharajalawak Mega ataupun expectation aku terhadap lawak dah semakin tinggi. Ada satu scene tu secara tiba-tiba ada babak Bohsia, KL Drift, Gerak Khas dan babak-babak filem skop production. dan scene tu takde kena mengena dengan cerita.


Kelemahan lain dalam filem ini ialah  Zizan terlampau banyak sangat bercakap dengan penonton sampaikan kadang-kadang rasa annoying dan juga watak tambahan yang sangat kaku dan ntah apa-apa. Casting pun agak teruk kerana antara watak Zizan, Emaknya dan adik perempuanya tak nampak macam satu family. Aku rasa mereka patut gunakan muka awek yang muka melayu sebab zizan dan mak dia langsung tak nampak muka Pan Asian.

Secara keseluruhan cerita ini agak okay laa, Kalau aku diminta untuk menonton kali kedua pun, ia mungkin sebab pelawaan dari rakan ataupun sebab kebanyakkan shooting yang dilakukan di Kampung Berani itu ialah di Kampung Baru..

Tahniah diucapkan kepada Syafiq Yusuf kerana berjaya membawa sedikit perubahan dalam industri perfileman Malaysia. Jika kemunculannya filem pertamanya (SAM) dia cuba membawa sesuatu yang agak berat, tetapi pada kemunculan buat kali keduanya ini membawa sesuatu yang berunsur komedi dan mudah untuk difahami kepada penonton tempatan yang malas berfikir..hahaha

Regards,
-Strider-

26 comments :

  1. baru lepas tengok trailer, rasa macam nak tengok (kalau ada orang belanja, free la tu!). dan aku tak nafikan, filem kita ni dari dulu sampai sekarang ntah kenapa suka sangat ambik tiang lampu berlakon jadi ekstra...!

    ReplyDelete
  2. Macam best je cerita ni. Tetibe ada transformer tu acane. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. salam. wahhhh..like father like son heee nampak macam best filem Syafiq ni..

    ReplyDelete
  4. hm.. semalam almost nak beli tiket cerita ni.. hihi..
    last2 decide xjadi tengok. :)
    singgah menabung kat sini. nestum

    ReplyDelete
  5. semlm ada tgk disebalik tabir cerita ni..niesa jenis xminat cerita yg ada pukul2 ni..mcm seram pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat click volkswagen je td..hehe..

      Delete
  6. terasa nak tengok pulak baca review ni huhu.

    ReplyDelete
  7. Azlan...baik ko pi tgok Maleficent. ..lg best wooo...ok..ok...x kelakar...actually akak tunggu citer ni masuk astro first baru tgok....hihihi...

    ReplyDelete
  8. apa pun filem ni masih ada unsur ganas... x sesuai utk kanak2 dan remaja yg tgh meningkt dewsa...

    ReplyDelete
  9. Lama dah tak menjejak kaki ke pawagam.. tapi review ni mcm tak berapa nak menyokong Nurul nk gi nengok jek.. haha

    ReplyDelete
  10. Haritu macam nak tengok cerita ni pastu tak jadi hehehe

    ReplyDelete
  11. selalunya movie tempatan yg ada effect CGI nih payah sikit nak pergi, tp dah review cakap bagus, not bad la syafiq yusuf nih kan..:)

    ReplyDelete
  12. Tapi cite ni kutip banyak juga kan. Huhuhuhu. Macam nak tengok je.

    ReplyDelete
  13. Lama la tak tengok wayang... :D

    ReplyDelete
  14. aku ada baca gak feedback kat fb..ramai ckap cerita sampah..
    tapi dari triller aku tgok cgi dia gempak..entah la was2 nak tgok!

    ReplyDelete
  15. Wah.. belum dpt menonton lagi... sekurang2nya dah tahu apa yg boleh diharapkan bila menontonnya nanti... thanks sharing bro Strider.. :)

    ReplyDelete
  16. Baca sambil senyum..inilah yang terjadi bila pelakon overexpose dan idea yang sama diulang banyak kali..cerita yang best pun jadi tak best..he..he

    ReplyDelete
  17. Kalau ko tanya teman, memang teman tak akan tengok citer nie kat panggung... Dengar tajuk filemnya dah tak dek selera nak pegi menonton... Nothing new. Balik2 scene gangster, bohsia, rogol, kereta drift yang biasa tu... Bagi, filem bergenre macam nie tak ada kekuatannya... so, thats my opinion...

    ReplyDelete
  18. ada orang kata cerita ini best ya ker? saya tak dapat tengok reviewnya lagi

    ReplyDelete
  19. Ada tengok trailer dia... macam kurang je rasa nak tengok... :)

    ReplyDelete
  20. Tertarik dgn ayat last..penonton tempatan yg MALAS BERFIKIR! :D

    ReplyDelete
  21. boyfriend ada ajak g tengok movie ni tapi sy errrr.. cerita mcm ni kureng sikit. hehe

    ReplyDelete
  22. dari penjelasan ringkas tu , kesimpulannya mmg x best sbb byk sgt kecacatannya ... ermmm

    ReplyDelete
  23. Aku sebenarnya tak berapa minat kat zizan... zizan tak sepatutnya jadi seorang pelakon dan baik dier stay jd pelawak jer... tapi skrg pun lawak zizan, aku rasa cam sterotype jer...takde lawak baru kot... tp trend malaysia ni gini ler... stail one man show..dier lah penyanyi, dierlah pelawak, dierlah host, dierlah pelakon...lama2 jadi sampah....

    ReplyDelete