Tuesday, April 22, 2014

#1399 - Oh Malindo Air

Hye Readers,

Hujung minggu depan iaitu pada  3 May 2014 aku dan beberapa orang kawan-kawan aku akan berada di Sabah untuk menyertai Borneo Marathon yang dirancang sejak hari November 2013. Sebenarnya aku saje mengikut ke sabah walaupun aku tak lari pada hari tersebut.

Tapi aku bukan nak cerita pasal sabah tapi nak cerita pengalaman kali pertama "membeli" tiket daripada Malindo Airways, Itu baru beli, belum pengalaman naik lagi. Untuk makluman korang untuk ke sabah, kami akan menaiki penerbangan MAS dan untuk balik ke KL baru kami naik Malindo.


Memandangkan Malindo Air ada promo time tu, so we all decide balik guna Malindo Air laa memandangkan non of us yang pernah fly dengan Malindo Air. Walaupun pada beberapa bulan sebelum itu kami dapat tau yang there's some incident with Malindo (Klik Sini) but we keep calm and just think positive about this airline.

Now we let go to the story, Aku book flight tiket balik pada 6 May and i choose night flight iaitu pada pukul 2020hrs. Aku saje book flight malam supaya aku boleh spend my last day kat sabah lama sikit dan supaya aku tak perlu rushing nak pergi airport sebab aku sedar aku nie jenis susah sikit nak bangun pagi.

Memandangkan aku plan nie sejak dari tahun lepas jadi ada a few arrangement aku dah buat untuk last day tu dan juga several appointment memandangkan flight aku malam. Pada 16 March yang lepas, aku dapat satu email (rujuk pic bawah) yang mengatakan flight aku dah reschedule pada pukul 1955hrs dan ia lebih kurang 30 minit awal dari original booking time. 


Bagi aku takde masalah pun sebab 30 minit jer kan??what could happen??Tak akan aku nak berkira 30 minit punya pasal, so aku terpaksa plan laa balik schedule aku kat Sabah on last day tu. Actually tak banyak pun berubah and semakin dekat tarikh, aku semakin excited untuk ke sabah.

Tetapi 2 hari lepas, aku mendapat satu email yang agak mengejutkan jugak laa apabila Malindo Air sekali lagi reschedule flight aku (rujuk pic bawah), Tapi kali ini dia bukan reschedule main-main punya sebab dari original flight plan aku which is pukul 2020hrs, mereka ubah kepada morning flight iaitu pada pukul 1105hrs.


Secara kasarnya flight aku dicepatkan sebanyak 9 jam daripada original booking flight aku dan aku hanya tahu pasal ini lebih kurang seminggu daripada tarikh departure.Kalau korang berada di tempat aku, apa yang korang rasa? All the arrangement, booking dalam masa 9 jam itu aku nampaknya terpaksa cancel sebab flight aku dah reschedule.

And the best thing is, ini jer laa info yang aku dapat. Aku tak tahu kenapa flight aku dicepatkan smpai 9 jam. Aku tahu yang setiap airlines berhak mengubah sebarang jadual penerbangan dan itu semua apply di setiap Airlines.Aku pulak sebagai pemegang tiket promo apa yang aku nak demand sangat??Beli tiket pun harga murah kan??

Tapi aku rasa macam dipermainkan plak bila Malindo Air mempercepatkan flight aku sampai 9 jam lebih awal. Bagaimana dengan semua booking dan arrangement yang aku dah buat? Sudah pasti ia semua terpaksa aku burn hanya kerana penukaran masa yang sangat jauh.

Aku sebenarnya tak tahu nak response macam mana? Kalau korang perasan aku ada meluahkan perasaan aku kat twitter terhadap Malindo Air dan ada sikit sinar harapan melalui feedback yang diberikan oleh Malindo Air. 


Setakat ini aku masih berfikiran positif, Aku tak nak blame Malindo air 100% kerana aku tahu yang mereka pasti akan melakukan yang terbaik untuk menjaga reputasi mereka. Aku sebenarnya terbayang-bayang melakukan review yang menarik tentang Airlines mereka tapi aku masih tak tahu macam mana aku nak buat kalau mood aku hilang sebab kehilangan 9 jam daripada plan asal aku kat sabah.

So let see how Malindo air akan respond terhadap isu ini melalui twitter yang mereka hantar, adakah twitter itu hanya standard answer ataupun mereka betul-betul akan cuba assist aku sebagai 1st customer yang akan fly dengan mereka. Aku tahu selaku pemegang promo tiket i'm not in a position to bargain unless aku beli business class punya tiket. 

Regards,
-Strider-



23 comments :

  1. kalau akak pun geram, kita beli malam sebab nak spent time lebih kat sana.

    bagi akak kan Azlan, walaupun beli tiket promo, tetap ada hak yg sama. Lainla ada klausa yg menyatakan tiket promo takleh 'ckp byk'.
    moga Azlan dptlah masa yg diinginkan ya..

    ReplyDelete
  2. Mungkin, hari tu tak ramai yang booking flight. Jadi untuk jimatkan kos, mereka kumpulkan sekali passengers. Contohnya, dalam 1 hari, ada 3 flight. Tapi passengers untuk hari tu je tak sampai seratus orang. Jadi mereka letak la semua dalam 1 flight. Ni andaian aku je la.

    pasal mention kat twitter tu kalau boleh ajak kawan2 lain buat jugak. Takde makna kot kalau cuma kau sorang je. Lagi best ramai2 RT. (Aku terlepas tweet kau yang ni)

    ReplyDelete
  3. Walaupun tiker promo,tak patutla buat mcm tu,dh la 1st guna servc dorg,at d end jd mcm ni..mmg serik la..kan?

    ReplyDelete
  4. Klu aku kecoh juga bila schedule diubah awal dari time sebenar... schedule2 yg lain pun terpaksa dianjakkan klu dah arrange.. alasan munasabah tak diperolehi lagi. Tension jugak mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa..masih menanti alasan yang diberi...

      Delete
  5. Wah. Pengalaman menarik.. Teruskan dgn usaha. Saya ingin tahu apa yg telah berlaku dgn usaha anda itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik abg din..insyallah saya akan update apa perkembangan terbaru mungkin sekali dengan justifikasi mereka.

      Delete
  6. Tak pernah fly dengan Malindo Air lagi... :) Teman lebih prefer fly dengan MAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu fly pegi aku amik MAS..dorang jarang buat-buat kelakar macam nie...hehe

      Delete
  7. wah ini boleh meimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati..kalau 30 minit it ok..tapi klau 9jam awal.. banyak aktiviti yg dah paan kena cancel or adjust balik.. use u power as bloggers bro apa lagi ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...tu laa pasal, abis semua plan nak kena tukar..takpe, kita tengok dulu apa Malindo can do about this..

      Delete
  8. mak aiii...sampai 9jam?aduhh..mmg sakit hati la mcm tu..dh la ssh2 dtg jauh2 dh arrange mcm2...tiba2 jadi mcm ni..nk tnggu next story la pas ni...heee

    click digi plak..

    ReplyDelete
  9. hohohoho........ boleh jadi bad reputation untuk malindo air....

    ReplyDelete
  10. sabar jer lah lan..
    klik iklan..:)

    ReplyDelete
  11. Baru sekali naik Malindo air.. first time tu pun dan delay gak, tanpa pemberitahuan.. dah kat balai menunggu, tunggu punye tunggu flight tak muncul2.. for 45mnts..

    ReplyDelete
  12. Huh.. Knpa cmtu plak.. Kn menyusahkan org...

    ReplyDelete
  13. belum pernah book dgn Malindo Air lagi nie...
    baru nak try,thanks bg info...

    ReplyDelete
  14. Belum pernah guna Malindo Air..Quite bad jugak ya..so far other flight ..So good luck ajelah..

    ReplyDelete
  15. aiyoyooo tensennyerlahhh kalau sampai 9 jam lari dari schedule plan asal wooo... ganbatte! teruskan usaha! (-___-)/"

    ReplyDelete
  16. Pergh... Banyak jugak lagi masa tu. Kalau setakat sejam dua ok lagi. Sampai 9 jam lari memang sakit hati. Baru sekali naik Malindo tapi takda masalah. semua ok.

    ReplyDelete
  17. kesiannya lan.. kalau kena mcm ni mungkin byk lg customer yag xnaik dh malindo air. apa pun terasa MAS lg better.

    ReplyDelete
  18. Alahai...if me...akak akan dptkan jugak jwpn...ayat kat twitter tu mcm ayat standard je Lan...apa2 better call pihak diorg coz they owe you an explanation. ..

    ReplyDelete
  19. tak best jugak macam tu.. kan.. adoih

    ReplyDelete