Saturday, April 19, 2014

#1396 - [HOT NEWS] Identiti Azlan Strider Dibongkar

Hye Readers,



Siapakah mamat poyo diatas ini?Mamat di atas ini laa sebenarnya Azlan Strider yang juga merupakan owner kepada blog ini. Memandangkan hari ini merupakan hari jadi dia yang ke 30thn jadi aku mengambil keputusan untuk membongkar sedikit mengenai identitinya.

Dia yang juga sebagai Azlan Hasan merupakan seorang lelaki yang lahir dan dibesarkan di Kampung Baru Kuala Lumpur. Mengikut sumber yang dipercayai, dia mula berjinak-jinak dengan blogger semenjak habis sekolah dahulu cuma tak pernah serius dalam apa yang dilakukanya. 

Menurut keterangan dari ahli keluarganya Azlan Strider ini merupakan seorang yang agak manja memandangkan dia merupakan anak bungsu dari 6 adik beradik. Dia mula berblogging untuk suka suka dan kemudian menjadi habit sejak dari tahun 2011 lagi.



Beliau yang masih lagi solo dan belum disunting oleh mana mana bunga khabarnya pernah digosipkan dengan Elizabeth Tan  seorang youtube sensation namun tiada pengakuan yang direkodkan daripada mereka berdua.Tak banyak yang aku dapat korek mengenai kisah cinta mamat ini..

Azlan Strider juga merupakan seorang penyokong kuat Liverpool FC dan juga Selangor FC. Menurut sumber yang dipercayai, bukan hanya sekadar menyokong tetapi Azlan Strider merupakan seorang pemain bola sepak yang berbakat. Dia pernah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan sebelum ini namun akhirnya dia menolak pelawaan tersebut kerana dia dikatakan sedang hangat bercinta.


Jadi aku harap tiada diantara korang yang mengikut jejak langkahnya. Menolak masa depan yang cerah semata-mata kerana cinta yang belum tentu kemana..hahahaha.. Jadi itu lah serba sedikit identiti tentang Azlan Strider yang sempat aku bongkar dan share dengan korang. Nak cerita lebih, nanti aku takut kena saman pulak dengan dia.

Regards,
-Strider-

29 comments :

  1. selamat ulang thn strider. moga dipjgkan usia yg bermanfaat. ehem2..ada awek cun kat sebelah..nak gosip jap

    ReplyDelete
  2. menabung sini - schick ...lalalala

    ReplyDelete
  3. hahahah sakan no dia, happy birthday incik azlan~ ;p

    ReplyDelete
  4. Salam...jika azlan itu pemilik blog ini aku itu siapa...? Hehe

    ReplyDelete
  5. Hahahahaa... lain macam je entry nie.... any way nak wish you selamat hari lahir.... bila nak hantar kad undangan ke majlis kenduri kahwin ko nie.... :)

    ReplyDelete
  6. terus jadi muka cam kucing dengan entri admin yg sebelum ni "mixed feeling" heeee

    ReplyDelete
  7. finally aq dah tau umur ko bro..satu pendedahan yg sangat bsar utk abat ini..maklumlah ko antara bloggers yg jarang wat entry diri sendiri..nak jmpa gambar sekeping pun susah dlam blog.......bercinta dgn yourtube sensation..wow big story..digix4

    ReplyDelete
  8. owh ! anak manja rupanya ... dah glamer kat sini , jap gi dpt lah bunga tu . sis bagi libresse dgn yes utk mlm ni sbg hadiah birthday 30 ...

    ReplyDelete
  9. hehe..mcm laporan oleh Nas Ahmad ja...'btw...selamat ulangtahun kelahiran ke 30..semoga apa yg dilaukan diberkati TUHAN...semoga menjadi anak yg soleh...yg menyenangkan hati org tua..

    ReplyDelete
  10. Acecece..pendedahan ekslusif neh..wajib masuk melodi..

    ReplyDelete
  11. Ohhh lupa..btw heppy besday..moga khidupan berjalan lancar,,

    ReplyDelete
  12. pergh, dasat...! boleh buat menantu ni...
    *bro, next game. shah alam?

    ReplyDelete
  13. Happy birthday Strider..ingatkan awal 20 an..he..he

    ReplyDelete
  14. Happy birthday Strider^^.. semoga terus sukses dalam semua bidang yang diceburi..
    **uhuuu smart giler la mamat poyo kat atas tu :D

    ReplyDelete
  15. Ohh.. baru aku tau.. hehee. Happy birthday bro Strider!! Maaf bro strider sbb lmbt wish.. baru kesempatan berbw ni. Fb kat phone aku pun takde notification pulak. Apa pun, wish you all the best.. all the best!!
    3× digi for birthday.. :D :D

    ReplyDelete
  16. wahhh..anak bongsu rupanya eh si Azlan nih..eh, kenapa pulak bunga yg menyunting?bkn bunga disunting ke?hahaha.. #YNWA
    Pasal skuad kebangsaan tu betul ke?kot2 gosip semata2..eh..haha...

    menabung envy dan sydney kt sini..heee

    ReplyDelete
  17. salam..waaa.hot betul news ni hahahha :D
    btw have a nice birthday, semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan..ya, sy tahu sy lambat wish :D
    apapun happy birthday again ^^

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum. selamat ulangtahun kelahiran azlan. first time tengok muka awak. hehehee

    ReplyDelete
  19. Hehe..entri ala2 selebriti gitu! :D

    ReplyDelete
  20. ohooo..ini la mamat poyo yg berkonspirasi ngan adik SA nak menjatuhkan SA dalam diam tu eh....sib baik minat pasukan yang sama Liverpool..kalau x..dah lama hantar santau...eh....

    ReplyDelete
  21. ahahahaha..gelak2 baca entri ni...anyway, happy belated birthday :))

    ReplyDelete
  22. Kesian Lan... sapa laa yang dah bongkarkan identiti dia nie...
    Semoga panjang umur dan murah rezeki Lan.. :D

    ReplyDelete
  23. Owh... Da gaya jadi penulis berita la... Hihi

    ReplyDelete
  24. Alamak!... macho laa abg strider ni....ekekekekeke ...btw Happy Birthday Bro.... udah makin tue kamu ni....hihihihi.. :D

    ReplyDelete
  25. awwww am i too late buddy... happy belated birthday. keep blogging.

    elizabeth? u know her? send my regards..im a fan.

    ReplyDelete
  26. Happy belated bufday april boy,CN pn april gurl ;)

    ReplyDelete