Tuesday, April 8, 2014

#1381- Mengapa Lelaki Gatal?

Hye Readers,



Bercerita pasal last entry aku mengenai sebuah kedai yang repair computer ngan jujur tu, sebenarnya aku terlupa plak nak amik nama dan gambar kedai dia sebab waktu tu aku memang dah terlewat, dan mungkin excited. sampai kat rumah baru perasan..tapi anyaway kalau berkunjung ke sana mungkin aku akan buat entry untuk dia..anyway, lets change to the new topic.

Setiap perempuan yang normal pasti mempunyai masalah kekasih/suami mereka yang gatal. Lelaki gatal sememangnya bukan menjadi preference bagi seorang wanita. Kaum wanita sering menyalahkan lelaki kerana bersikap gatal jadi kali ini aku nak bercerita sedikit mengenai kenapa lelaki gatal.

Pengenalan
Seorang lelaki yang normal akan mempunyai sikap gatal kepada seorang wanita. Ini kerana ia merupakan sifat semulajadi seorang lelaki. Sekiranya seorang lelaki tidak menggatal dengan wanita maka ia merupakan satu masalah kerana lelaki tersebut mungkin menggatal dengan lelaki lain.tetapi sifat gatal itu masih ada.

Bila aku bercakap mengenai semua lelaki, aku memang maksudkan mereka yang bujang dan juga yang sudah berkhawin. Harus diingat bahawa walaupun semua lelaki menggatal tetapi bukan semua akan menggatal dengan kekerapan dan cara yang sama.Kebiasaanya lelaki gatal ini terdiri daripada 2 jenis seperti berikut:-

1) Gatal Berbatas.
Walaupun semua lelaki menggatal tetapi ada lelaki tahu batasan untuk mereka menggatal. Seperti contoh, seorang suami atau kekasih yang setia akan menghadkan kegatalan mereka disebabkan rasa sayangnya pada kekasih/isteri masing-masing. Selalunya mereka ini akan menggatal dengan cara hanya melihat wanita, bergurau senda dengan batas-batas yang elok, mimik muka dan lain-lain.

2) Gatal Tanpa Sempadan
Species lelaki ini yang selalu cuba dielakkan oleh wanita kerana walaupun sudah mempunyai isteri/kekasih lelaki jenis ini akan terus menggatal tanpa mengira batasnya. Lelaki jenis ini yang selalu mempunyai dillema apabila dia jatuh kepada lebih daripada satu wanita yang akhirnya membuatkan dia meninggalkan salah seorang daripadanya atau mengabil kepusan untuk mengahwini kedua-duanya.

Kesimpulan
Lelaki secara semulajadinya memang gatal. Jadi jika pasangan anda menggatal tu bagi aku its a normal thing asalkan dia tahu batasnya..Kalau ade perempuan lalu depan mata dia majoriti lelaki akan pandang walaupun tidak mempunyai apa-apa niat..Kat situ jer nak terserlah kegatalan mereka, Kalau korang nak bergaduh/bermasam muka dengan pasangan disebabkan seorang wanita melintas depan mata rasanya macam tak berbaloikan??

Sorry laa kalau past few weeks nie aku jarang BW ke blog korang. Kalau ikut niat memang aku nak BW tapi kekadang masa membataskanya..Anyway korang boleh disagree dengan apa yang aku cakap nie sebab ada kawan-kawan aku sendiri yang tak setuju dengan apa yang aku nak cakap nie...

Regards,
-Strider-

20 comments :

  1. btul tu.. tak dinafikan lelaki mmg gatal.. tp kalau takat gatal syok sendiri mmg kita perempuan x kisah.. yg kita marah apabila dh la gatal siap buat move plak thadap perempuan tersebut.. tu tahap gatal nk kene garu pakai garfu tu

    ReplyDelete
  2. Hewhew betul lah tu. Tapi tak semestinya jugak kan....Haha entah lah.
    Gatal jangan melampau sudah lah hihi

    ReplyDelete
  3. Lelaki mmg gatal ye tak hahaa.. dgn iman & agama, in shaa Allah ia boleh dipimpin.. aamiin..

    ReplyDelete
  4. lelaki normal suka tengok perempuan, yang abnormal tu pulak suka kacau perempuan, menyanyi kuat2 kat kedai makan atau tepi jalan bila nampak perempuan dan merenung tajam lama2 pada perempuan yang berpakaian menutup aurat... hohoho

    ReplyDelete
  5. ahahaha..nice sharing!dh paham sgt dgn perangai lelaki yg ni..

    ReplyDelete
  6. lelaki gatal dilarang masuk. hehee opssss

    ReplyDelete
  7. bw jer..tak mggatal tau..haha

    klik iklan lan..:)

    ReplyDelete
  8. Lelaki kalau gatal itu normal. Jangan jadi keji je. Itu memang makan penampor silap-silap hari bulan.

    ReplyDelete
  9. tak lelaki la klu tak gatal..huhu

    ReplyDelete
  10. kalau dah kahwin elok menggatal dengan wife dia je.. bukannya menggatal dengan wanita lain.. selalu jumpa yang kategori 2 tu, dah kahwin tak sedar diri..

    ReplyDelete
  11. gatal berbatas tu ok. memang sering terlihat pd org sekeliling. yg over tu mmg x suka. haha

    ReplyDelete
  12. Gatal tanda normal....tapi gatal terbatas itulah sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  13. hehehehe...memang gatal..ops....hihi

    ReplyDelete
  14. aku setuju apa ko ckap bro..'
    ini antara a few point tapi banyak lagi....kalau nak gatal..mcm pkara diorg buat
    owh terlebih excited bro..sampai x sempat ambil gmbar kdai..maklumlah..pc dah elok.. he..he,,

    ReplyDelete
  15. Sebenarya normal kalau gatal sikit kot..cuma kalau over tu..Hmmm

    ReplyDelete
  16. okayyyy. hahahahahaha
    species ke 2 tu betul betul tak suka :p

    ReplyDelete
  17. Gatal dpt dibatasi dgn iman di hati...

    ReplyDelete
  18. ehh.. mcm tak betul jek.. Abe kite tak masuk kategori ni la.. hew hew :D

    ReplyDelete