Status

Kepada yang ada facebook mintak tolong korang Like Strider Buzz okay tak? Thanks kepada yang dah like..Nanti kalau ade topik kita berdiskusi di sana. :D

Strider Buzz

Monday, March 10, 2014

#1374: MH370 - Perbuatan Orang Tidak Bertanggungjawab

Hye Readers,

Last week entry aku banyak berkisar pasal Ultras Malaya dan Hanez Suraya tetapi pada hari sabtu lepas, negara dikejutkan dengan berita mengenai kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airline System (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing China.

Aku rasa hampir semua orang tahu mengenai kes ini jadi tak perlu la aku cerita kembali apa yang berlaku. Tapi apa yang menyedihkan, ada juga mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan benda-benda yang tidak sahih dan status-status yang langsung tidak menjaga sensitiviti dan perasaan keluarga/rakan penumpang MH370


Zed Zaidi merupakan antara orang yang pertama aku perasan memuatnaik status yang tidak bertanggungjawab ini. Susulan dari tweet ini, Zed Zaidi telah pun memohon maaf kepada rakyat Malaysia namun terlajak perahu boleh diundur, terlajak taip, kena printscreen laa nampaknya.


Aku tak tahu ini account milik siapa tapi nampak gayanya dia cuba untuk mendahului maklumat-maklumat yang diperoleh daripada wartawan.


Ini pun sama macam kes kat atas, baru tengok laporan yang belum disahihkan oleh CNN dah pandai-pandai buat kesimpulan sendiri.


Printscreen ini aku jumpa online jugak. tapi yang ini lebih kepada koleksi mereka yang tidak mempunyai hati dan perasaan dan juga taksub politik.


Naga Merah ini pulak tak pasal-pasal kena tipu ngan kawan dia. Ntah apa yang mereka nampak dalam laut tu terus kait dengan  MH370. Tapi ada sedikit tanggungjawab disitu apabila dia suruh tunggu pengumuman rasmi MAS.


Gadis ini menerima kecaman hebat daripada pengguna twitter sehingga khabarnya dia sudah menutup account twitternya. apa yang menarik adalah komen seorang rakanya yang meminta dia supaya tidak mengaitkan Allah s.w.t dalam tweet yang berunsur fitnah ini.


Ramai antara pengguna social yang marah lebih kepada Abby Abadi melalui printscreen di atas. Ketika family/friends MH370 sedang susah hati, comment mati dalam keadaan bermaksiat itu dianggap tidak sesuai kerana kita sendiri pun tak tahu apa yang terjadi pada MH370.


Kesimpulan
Sehingga kini nasib mengenai penumpang dan anak kapal MH370 masih belum diketahui. Pihak MAS dan juga pihak berkuasa sedang sibuk dalam usaha mencari pesawat terbabit. Apa yang diperlukan oleh kaum keluarga dan sahabat handai MH370 ialah semangat dan sokongan daripada kita.

Oleh yang demikian sebagai seorang pengguna media social adalah menjadi tanggungjawab kita untuk tidak mempersendakan/mempolitikan kejadian ini. Cuba bayangkan apa perasan kita jika salah seorang mereka yang berada didalam MH370 merupakan orang yang kita sayangi.

Regards,
-Strider-

33 comments :

  1. Astaghfirullah.. itulah kalau semua sibuk nak jadi ustaz, ustazah, CSI bagai.. kadang bila rasa diri bagus sangat, pandangan kat org lain tu asyik serong je.. apa2 pun semoga semua mangsa yg terlibat selamat..

    ReplyDelete
  2. tiada kesudahan bagi mereka ni.. cukuplah tu..

    ReplyDelete
  3. tolong lah respect others..Kata-kata tu bukan melambangkan ciri-ciri orang islam...Kita takde hak nak menjatuhkan hukuman kat orang..Tak boleh bla kata gi beijing nak buat maksiat...subhnallah..Moga Allah memberi mereka petunjuk
    #prayformh370..

    ReplyDelete
  4. ye la..akak sakit hati sgt..nak2 tertipu dengan citer budak yang kononya mak dia ada dalam MH370...kurang ajar..rupanya fake akaun....sampai pihak awani pun tertipu....giler!!!

    ReplyDelete
  5. Jangan berhenti berharap dan teruskan berdoa agar pesawat Malaysia Airlines MH370 berjaya ditemui.

    ReplyDelete
  6. pray for mh370...aamiin

    #klik iklan..:)

    ReplyDelete
  7. sedih dengan semua berita palsu..... :(

    ReplyDelete
  8. speechless,, kuasa Allah , sape dpt tanding??. yang manusia dok salahkan sesama sndri =( so sad

    ReplyDelete
  9. Manusia ni macam-macam kan strider..rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Kadangkala bila tak kena pada ahli keluarga sendiri, kita tend untuk membuat komen yang yang tak sensitif..Sepatutnya banyakkan doa supaya semuanya berakhir segera...

    ReplyDelete
  10. memang x sensitif langsung tentang hal ni.
    dia ingat sebab bukan darah sedaging, tapi lupa sedara sesama islam..so main update je kat twitter.

    ReplyDelete
  11. semua berlumba2 nak jadi no satu.depa ingat ni pertandingan sapa update dulu dia menang gamak nya...

    ReplyDelete
  12. tak sepatutnya isu serius begitu dijadikan bahan gurauan dan meraih publisiti.. sebaik-baiknya doakan semoga semua yang terlibat selamat..

    ReplyDelete
  13. aiza sekarang ni memang tak percaya penulisan melalui media sosial.. sumber utama aiza untuk berita terkini hanya melalui berita di tv je.. menabung visa..

    ReplyDelete
  14. There are just too many types of people who are spreading rumours. Sad to see this!

    ReplyDelete
  15. this is just one of the reasons why i don't bother to have fb, twitter n such... menyedihkan tengok moral masyarakat yg semakin hari semakin lingkup, semakin tiada belas kasihan dan simpati terhadap manusia lain...

    ReplyDelete
  16. setuju tu bro,
    jgn wujukkan byak spekulasi..lg satu jgan la komen yg menguris perasaan bg yg membaca..
    pikir dahulu sblum menulis.. jgn show off sangat yg sel2 otak anda tidak berhubung dgn sempurna :P

    ReplyDelete
  17. semua pakat nk jadi wartawan x bertauliah..
    tapi part komen sebagai pengajaran kepada pihak MAS tu, aku stuju jugak.. bukan nak mengaibkan sesiapa, tapi setiap yg berlaku ada hikmah..

    ReplyDelete
  18. Mmg bengang bila tengok status2 diatas tu.. patutnya ahli keluarga diaorg yg kena.. baru ada akal maksiat ke tak.. mmg geram!
    Sama2lah kita terus berdoa semoga dipermudahkan segala usaha menyelamat MH 370 & diberi ketabahan kpd keluarga mangsa dlm menghadapi situasi sukar ini... aamiin.

    ReplyDelete
  19. klu tak kena pada ahli keluarga sendiri , begitulah keadaannya ...

    ReplyDelete
  20. sepatutnya mereka2 yg hati bangkai ni yg berada dlm MH370.. bila hilang xde sapa peduli nk cari.. br mereka rasa apa yg org lain rasa.

    ReplyDelete
  21. ktia berdoa semoga pesawat MH370 itu lebih baik dari buat sebarang spekulasi ^_^

    ReplyDelete
  22. Andaian2 rakyat biasa mcm kita..tak perlu pun. Yang perlu adalah..DOA.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum azlan, ada betulnya kata abby tu... kita kena muhasabah diri. kejadian ini Kuasa Allah Taala. siapa kita untuk menidakkan perkara negatif yang dah pernah kita buat? balik ke pangkal jalan, taubat dan betulkan diri masing-masing. in shaa Allah, semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat MAS mh370 dengan izin Allah...

    sheila klik tabung nuff awak ye ~~~

    ReplyDelete
  24. Nurul merasa sangat terperanjat dan sedih dengan kejadian ini. Sesuatu yang luarbiasa, terlalu misteri dan menimbulkan tanda-tanya yang tidak ada jawapanya selagi pesawat itu tidak ditemui. Hanya pada Allah tempat kita bergantung harap, semoga semua penumpang dan anak kapal selamat dalam jagaan Allah. Praying for the best.. with Allah's will, everything is possible!

    ReplyDelete
  25. ku faya kun..semoga mereka dilindungi dr segala musibah.. pray for them.. :(

    ReplyDelete
  26. Semoga MH370 ditemukan secepat mungkin.. In shaa Allah

    ReplyDelete
  27. rasa nk bg penumbuk kt sorang2 heh

    annoying

    Allah ade perancangan dia, pandai2 nak tentukan hukum

    eh btw x ulas isu org tafsir yasin tu? hihi

    ReplyDelete
  28. Kalau kita tak tau... lebih baik diam... daripada menyusahkan orang lain.. dan menyakitkan hati orang lain...

    ReplyDelete
  29. org2 yg sebar fitnah ni la yg paling teruk.. utk abby tu, dia nk minta maaf kt mangsa2 MH370 pun dh terlambat. entah mati entah hidup.

    ReplyDelete
  30. if they have nothing good to sya, better keep in silent, right?
    kita sama2 doakan yg terbaik untuk mh370....

    ReplyDelete

From Other Blogger!!!

Other Best Entry

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...