Wednesday, March 5, 2014

#1371 - Boikot Bolasepak Tempatan

Hye Readers,

Aku sambung balik kes pasal Ultras Malaya dekat Stadium tempoh hari. Berdasarkan last entry aku pelbagai komen yang aku dapat (klik sini), ada yang bersetuju, ada yang tidak dan ada juga yang tak tahu pun. Its okay, benda ini satu yang subjective dan tiada yang salah atau betul dalam kes ini.

Buat mereka yang tidak mengikuti bolasepak tempatan dan tidak tahu apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh UM ni korang boleh baca link ini. Apa yang terjadi sudah terjadi, sudah tiada guna kita menunding jadi terhadap apa yang berlaku tempoh hari. Apa yang penting mesej UM adalah jelas dan aku rasa ia sampai ke pengetahuan FAM.


Tapi adakah mesej yang disampaikan oleh UM itu akan mendapat maklum balas dari pihak FAM? Itu semua hanya FAM yang mampu menjawabnya. Kini sudah tiada cara lagi yang boleh UM lakukan untuk menarik perhatian FAM melainkan memboikot semua perlawanan liga tempatan dan juga perlawanan melibatkan Harimau Malaya.

Berbicara tentang boikot ianya bukan satu perkara yang boleh dilakukan dalam masa sehari/satu perlawanan kerana walau UM tidak lagi ke stadium pasti akan ada orang akan ke stadium tapi apabila mendapati stadium tidak meriah seperti dahulu, ,maka secara perlahan mereka akan berhenti pergi ke stadium.

Ultras dah membuktikan yang mereka menyokong dikala stadium kosong
Picture Credit: AzuanZahdi.com
Apabila orang berhenti pergi menonton bola di stadium maka ia akan memberi tamparan yang besar terhadap FAM tetapi adakah UM sudah bersedia untuk memboikot perlawanan. Sebenarnya ramai dah penonton yang memboikot perlawanan Liga Malaysia ini cuma tiada gerakan dan kempen rasmi yang dijalankan kerana ia merupakan gerakan secara individu atau kumpulan kecil.

Untuk merombak FAM sebenarnya adalah satu cabaran yang besar untuk peminat bolasepak. Aku sebenarnya tak yakin dengan cara pemberontakkan boleh mengubah FAM kerana ia memerlukan pihak FAM untuk menurunkan ego mereka bagi mendengar pandangan peminat bolasepak. Tapi pendapat aku ini tidak semestinya 100% tepat. Ini hanyalah pandangan peribadi aku yang tidak mewakili mana-mana pihak.

p/s: dapatkan tiket percuma konsert teaterikal "Suara Kita" anda di sini 

Regards,
-Strider-

24 comments :

  1. fuhhh.. smpai begitu sekali....

    ReplyDelete
  2. FAM terlalu susah bro. Lihat je ada artikel dalam peraturan mereka yang melarang mengkritik FAM

    ReplyDelete
  3. eiii..xpaham le ngan FAM ni...

    ReplyDelete
  4. layan time klate lawan jer..hihik

    ReplyDelete
  5. pelbagai usaha dah ultras malaya lakukan, hantar memorendum, hantar wakil berunding, dan macam-macam lagi. dan ini mungkin salah satu lagi cara lagi bagi mereka menyuarakan pandangan mereka, tapi kalau pihak FAM tak dengar lagi, mungkin ada cara lain lagi yg akan mereka kalukan.. tak pecaya???.. tunggu dan lihat yaa... #selamanyaharimaumalaya

    ReplyDelete
  6. Sememangnya perbuatan yg dilakukan UM tu salah tetapi kesalahan yg UM lakukan tu adalah cetusan dari FAM sendiri... harap2 dapat diubah demi kebaikan bolasepak kita...

    ReplyDelete
  7. Nurul tak mengikuti bola sangat, cume secara rasionalnya, kalau dah ramai yg tak setuju dengan FAM, rombakan harus dilakukan, tidak perlu mempertahankan ego atas dasar kepentingan masing2, yang teruknya pasukan.. yang menangung luka peminat2 tegar bolasepak negara

    ReplyDelete
  8. dasyat betul.. nampaknya ramai yang sokong UM.. menabung laneige..

    ReplyDelete
  9. x tahu sangat apa sebenarnya yg berlaku (sbb x minat bola)

    ReplyDelete
  10. Thot FAM kata ok aje apa yang dia orang buat tu..demokrasi katanya..so message tak sampaikot..he..he

    ReplyDelete
  11. Smokey & Bucksense for you!!

    ReplyDelete
  12. betul. FAM mmg sakai kan lately ni.
    Haih.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum azlan. perghh camtu sekali. apapepun harap semuanya dapat bermusyawarah baik-baik..

    ReplyDelete
  14. kalo kite protest kat facebook..banyak mana status tulis pun, xde effect kat FAM.nak tak nak, cara ne jugak perlu buat..hidup ultras malaya.

    ReplyDelete
  15. moga FAM cepat kisah ...jangan nak salahkan saje.. kaji mengapa mereka memberontak

    ReplyDelete
  16. Rasanya daripada Ida kecil hingga sekarang ni FAM tidak pernah mendengar pendapat peminat bolasepak. Apa lagi nak merombak kepimpinan FAM...agaknya tunggu mati jer baru dapat dilantik orang lain.

    ReplyDelete
  17. ramai yang cakap sukan bola skg ni adalah drama FAM semata2.. kalah menang telah di atur utk kepentingan tertentu.. wallahualam....

    ReplyDelete
  18. Pasl bola je nk.gduh kn org kita ni..

    ReplyDelete
  19. knapa FAM xikut strategi mcm JDT eh.. sorry kalau salah taip. hehe

    ReplyDelete
  20. aku mmg dah jarang bola sepak tempatan. tp kadang2 aku ttp tengok gak, sbb mana tahan kan x sokong liga tempatan. tp itu la syg nyer. bila tgk standard liga kita yg jauh lebih rendah drpd liga serantau yg laen.

    ReplyDelete