Thursday, February 20, 2014

#1643 - Mentality Penyokong Bolasepak

Hye Readers,

Segelintir penyokong dan juga ultras di beberapa negeri tidak bersetuju dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini yang melarang mereka membawa tiang atau objek keras ke dalam stadium untuk mengikat bendera. Walaupun aku tak suka dengan kepimpinan FAM tapi dalam isu ini aku rasa aku bersependapat dengan mereka.

Tapi aku harap pengharaman panji itu hanya bersifat sementara sehingga mentaliti penyokong bolasepak tempatan kembali pada keadaan yang baik.Kebanyakkan penyokong tempatan sering mengaitkan kenapa dekat eropah mereka tak mengharamkan penggunaan tiang ini?


Hanya satu jawapan sahaja untuk persoalan ini. Adakah mentaliti kita sudah bersedia untuk membawa masuk sesuatu yang boleh dijadikan senjata ke dalam stadium? Apa yang terjadi kepada tiang dan object yang dibawa jika penyokong gagal mengawal emosi?

Saksikan 3 gambar penyokong tempatan ini yang gagak mengawal emosi ini.




Adakah wajar untuk kita mempercayai mereka dengan benda yang boleh dijadikan senjata jika mereka gagal mengawal emosi. Mentality ini melibatkan hampir semua penyokong bola sepak sebenarnya tanpa mengira pasukan. Aku tak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Aku rasa FAM patut bertindak lebih tegas terhadap penyokong yang menimbulkan kekacauan di dalam stadium termasuk mendenda pasukan bermain tanpa kehadiran penyokong, sekiranya kekacauan masih berlaku di dalam stadium. Biar penyokong merasa sekali hukuman yang dikenakan. Mungkin dengan cara ini penyokong akan berpikir panjang sebelum melakukan tindakkan melulu.

Walaupun aku memang tak suka ngan kepimpinan FAM yang bagi aku lemah tapi ada kalanya aku tak boleh menafikan ada juga tindakkan mereka yang wajar dilakukan demi meningkatkan mutu bola sepak tempatan. Akhir kata majulah bolasepak untuk semua..

Regards,
-Strider-

32 comments :

  1. Nice entry... Akhir-akhir nie banyak pulak insiden macam ni berlaku...

    Btw, thanks for visit my blog...

    ReplyDelete
  2. hmmm.. entahlah... macam mn nk capai taraf epl tah..

    ReplyDelete
  3. harap penyokong lebih berdisiplin lepas ni...xmo la gaduh2 mcm ni..kan bola sepak ni mengeratkan kita semua sebagai penyokong..majulah sukan utk negara!nampaknya sarawak gagal ke final piala FA..ok xde kaitan.okbai!haha

    click nivea utk strider...heee...

    ReplyDelete
  4. Aku pun sokong.. setuju. Asal perlawanan bola in utk kita seronok & mengimarahkan semangat kesukanan. Menang kalah tu adatlah, tak kira apa negeri pun.. tp klu smpi gaduh2 tak puas hati & semangat panglima semua keluar semata2 sbb bola, mmg tak seronok lah.. asal suka2 jadi duka.. tanah sekangkang kera jadi pecah belah disebabkan semangat kenegerian yg terlampau fanatik.. wallahualam. Majulah bolasepak utk semua.. :)

    ReplyDelete
  5. Penyokong tempatan kita terlalu emotional..boleh jadi tak terkawal..So memang perlu rasanya dilarang..kalau bergaduh nanti susah..satdium pun dia orang boleh bakar...

    ReplyDelete
  6. kisah paling sadis zaman ni.
    bila dah tua, baru nak terfikir agaknya.

    ReplyDelete
  7. macam2...penyokong memang over... tgk bola tak boleh duk diam2.. nak provoke je kejenya..hehe.. btw ada idea tak kenapa entry yang di update tak keluar kat feed.. pening aaarrr..hahaha

    ReplyDelete
  8. Semua objek yang boleh digunakan sebagai senjata harus diharamkan masuk stadium.. Nurul pernah menyaksikan pembakaran seakan2 mercun dan banyak mengeluarkan asap, menimbulkan rasa tidak selesa dan selamat dikalangan penonton lain.

    ReplyDelete
  9. Baik layan.bola sepak internasional... Huhu... Org kita emo. Hbis2

    ReplyDelete
  10. ada beberapa pasukan je yang penyokongnya poyo sangat...kadang tu..team musuh dia lawan pun dia datang untuk mulakan provakasi...

    ReplyDelete
  11. Huhu... Pasal boleh abis jadi porak peranda,

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum azlan.. lama tak pergi stadium.. takut sebenarnya nak pergi.. rasa tak selamat.. kalau2 bab dorang merusuh. perghhh nak nangis je rasa T__________T

    ReplyDelete
  13. penyokong kadang kala di luar batasan.. mengikut sangat perasaan

    ReplyDelete
  14. hanya kerana sebijik bola.. hmm..

    ReplyDelete
  15. gerun bila ada ada rusuhan di kalangan penyokong. dah la ramai, sesak....sure ada yg tercedera

    ReplyDelete
  16. selalunya penyokong yang lebih beremosi berbanding pemain.. churp2..

    ReplyDelete
  17. yang main ok je....yang tengok pulak lebih lebih.

    ReplyDelete
  18. Penyokong kadang kalanya sangat fanatik dan terlebih emosi.. :(

    ReplyDelete
  19. Penyokong kadang kalanya sangat fanatik dan terlebih emosi.. :(

    ReplyDelete
  20. semoga keadaan ini berubah ke yang lebih baik

    ReplyDelete
  21. kena selaras dgn iq penyokong..be resional :P

    ReplyDelete
  22. morning!morning!menabung mcd kat sini.. :D

    ReplyDelete
  23. kadang2 xtau kebenarannya.. skang ni kan ramai org suke buat provokasi... sukan sepatutnya menyatukan kita, bukan memisahkan

    ReplyDelete
  24. selalu macam tu...emo terlebih penyokong..yang main macam nak mati tu kalau salah confirm kena kutuk...cer suruh yang kutuk tu main bola...caner dia rasa...

    ReplyDelete
  25. dulu rasanya takda la tiimbul isu penyokong gaduh..tp sejak akhir2 ni mcm over plak..penyokong over..huhu sorry;P

    ReplyDelete
  26. penyokong byk yg emo.. bila xmnang nk mengamuk. kat overseas xda pun kes mcm ni.. aiyaya

    ReplyDelete
  27. ish2... over plak penyokong2 nih.. taksub sgt kekdahnyer...

    ReplyDelete
  28. Penonton bola sepak di Msia nie belum cukup matang... Emo mengatasi segalanya...

    ReplyDelete
  29. setengah fan over
    emo lebih
    sama je
    dia kat kau
    kau kata dia
    lepas tu tunjuk hebat
    tu yg start gaduh
    player x de benda pun
    siap boleh lepak sesama -_-

    ReplyDelete