Tuesday, February 18, 2014

#1642 - Shopping Kasut di Zalora

Hye Readers,


Ini merupakan gambar kasut "baru" aku yang aku ambil pada hari Isnin lepas. Aku berjaya purchase kasut nie dengan menggunakan vaucher Zalora yang aku dapat. Secara jujurnya ini baru pertama kali aku beli barang secara online.Jadi mari aku kongsikan pengalaman aku membeli secara online di Zalora untuk pertama kali ini.

Sebenarnya sebelum ini aku tidak berapa yakin nak beli barang secara online-online ini tapi akhirnya pada Jumaat yang lepas aku cuba gak beli barang online melalui Zalora. Nampaknya percubaan aku tidak mengecewakan apa bila barang yang aku beli sampai lebih awal daripada tarikh yang dijanjikan.

Pembelian secara online sebenarnya mengambil masa 3-5 hari (waktu bekerja) untuk penghantaran. Kalau aku beli hari jumaat ini bermakna barang aku akan sampai sekurang-kurangnya pada hari selasa (hari ini) atau hari rabu (esok).

Tapi barang yang aku beli rupanya sampai pada hari Ahad. Ada beberapa faktor yang membuatkan penghantaran dapat dilakukan dengan cepat. Mungkin sebab lokasi aku yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur memudahkan kerja penghantaran.


Sehari barang aku sampai, aku menerima sepucuk surat yang mengandungi slip penghantaran balik item. Untuk makluman korang Zalora mempunyai polisi penghantan balik secara percuma dalam tempoh 30 hari jika tersalah item, item rosak, tukar saiz atau pun lain lain.

Tapi nampaknya slip ini akan aku simpan secara kenangan kerana item yang sampai pada aku dalam keadaan yang baik dan saiz pun tak lari. Jadi tiada sebab untuk aku pulangkan semula item tersebut.

Bagi korang yang belum pernah beli barang secara online, aku suggest korang cuba shopping kat Zalora. Mereka mempunyai pelbagai jenis barang dari pakaian lelaki/wanita. Kalau korang berminat aku boleh tolong dapatkan korang vaucher diskaun sebanyak RM25.00 just email aku at "azlan.strider7@gmail.com"

Regards,
-Strider-

35 comments :

  1. wah...ok kan..puas hati la dengan zalora..pernah juga beli kasut dengan zalora..yg penting kita kena tau size kasut kita...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum azlan, wahh lawa kasut! sheila beli guna voucher rm50 tu. esoknya terus dapat barang. happy gila mak! heheee zalora memang terbaik kannn ~~~

    ReplyDelete
  3. baru sekali pernah beli barang online.. beli jam tangan.. kalau barang2 pakaian ni, risau jugak nk beli online takut x sama saiz..

    ReplyDelete
  4. AJ dah selalu beli kasut kat Zalora.....
    Isnin lepas pun kasut dari Zalora yang AJ order sampai.....
    Hehehheh...
    Cam pakat2 pulak ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti rider yang sama hantar tuh..hahahaha

      Delete
  5. aku sellau jgak beli kat zalora ni..mcm jaket n topi.. tapi..kasut x pnah beli..sbab aku klau bab kasut nak beli crewet kena pkai dlu..he..he. kopun tu valid sampai bila bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kupon valid smpaii may tapi baru lepas check t&c kat Zalora..kupon tu rupanya bleh pakai untuk 1st time customer jer..

      Delete
  6. Kita pun tak pernah try Zalora lagi even ramai yang kata ok..maybe one day..Then I will let know I need the discount voucher..he..he

    ReplyDelete
  7. sis pun blm pernah shopping online utk kasut dan baju . saiz prblm lah ...

    ReplyDelete
  8. Pernah beli barangan zalora dulu. Puas hati setakat ini.

    ReplyDelete
  9. Nanti akak email Lan eh..Hihihihi. .

    ReplyDelete
  10. Sekarang ni mudah kan nk shopping..jimat minyak...hehe..niesa xpernah lg shopping kat zalora...mayb next time akan cuba...

    Singgah click mcd utk strider... :)

    ReplyDelete
  11. adakah entri ini dibayar oleh Zalora ; kalau tak... anda boleh hantar link kpd mereka dan...jika bernasib baik akan dapat vaucer lagi rm50.. selalunya mcm tulah yg aku buat..

    #zalora terbaik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yer ke PCL..noted with thanks..hehehe

      Delete
  12. panjang nya kaki..macam sampan...hehehe

    ReplyDelete
  13. wah beli kasut kat zalora..sy belum pernah lg beli kt zalora..tak confident nk beli pakaian or kasut online sbnrnya...kehkeh..

    ReplyDelete
  14. aiza tak pernah lagi shopping di zalora.. selalunya aiza suka beli online makanan tambahan dan makanan kesihatan..

    ReplyDelete
  15. Tidak... Saya takkan terpengaruh...
    Heheheh.. =)

    ReplyDelete
  16. wah makin smart strider ke kelas...ker ke tempat kerja
    aah zalora shopping online yg blh dipercayai...menjamin kepuasan pelanggan

    ReplyDelete
  17. dah 2 kali beli barang dekat zalora.. memang servis memuaskan... hehe...

    ReplyDelete
  18. yeayyy...*clapping* finally a man wrote something on online shopping. hehe. seriously online shopping is really cool. we just need to find good and reliable shop.

    ReplyDelete
  19. Wah.. Shopping online.. Llki jrg nk shopping online bnda2 gini...

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum... bila lagi nak dapat voucher rm50 astro tu.. hehe setiap tahun bagi kan best ~~~

    ReplyDelete
  21. Baju dan kasut prefer fitting dulu sebelum beli.. btw, stylo la kasut :D

    ReplyDelete
  22. Pernah beli kasut dekat zalora sebelum ni. Puas hati sebab barang sampai dengan jaya nya. Haha

    ReplyDelete
  23. actually I still prefer to buy from shops bcos can test how the shoes feel.

    ReplyDelete
  24. xpernah lg beli kt zalora.. erm kalau azlan nk tlg apa salahnya.

    ReplyDelete
  25. wahhh smart lah kasut dia.. jarang tgk lelaki beli on9..haha

    ReplyDelete