Tuesday, February 11, 2014

#1354 - Sambungan Drama JDT & T-Team

Hye Reders,

Drama antara JDT dan T-Team nampaknya masih belum selesai lagi. Nampaknya pihak pengurusan dan pemain T-Team masih dengan kenyataan awal mereka tentang apa yang terjadi di dalam terowong Stadium Larkin walaupun sebelum ini pemain T-Team kelahiran Johor Ifran Abd Ghani menyatakan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku (klik sini).

Credit : Harian Metro
Menurut laporan Metro, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengotakan janjinya apabila menyaksikan pemain dan pegawai T-Team bersumpah di depan al-Quran di sebuah hotel di Kuala Terengganu. Antara mereka yang mengangkat sumpah ialah penolong jurulatih, Azlan Johar dan pemain tengah T-Team, Khairan Ezuan Razali.

Menteri Besar Terengganu itu berkatan sumpah ini penting bagi membuktikan keterangan daripada pemain dan pegawai T-Team adalah benar kerana implikasi daripada sumpah ini sungguh besar. Sumpah ini juga dibuat kerana sudah timbul dua pendapat berbeza daripada T-Team dan JDT.

Namun kelibat Irfan Abd Ghani tidak kelihatan pada malam tersebut walaupun dia diminta berbuat demikian. Aku rasa antara sebab dia tak datang adalah kerana dia telah membelakangi pasukannya dengan membuat kenyataan tanpa persetujuan dari pihak pengurusan T-Team.

Tapi upacara sumpah ini tidak akan mengubah apa-apa keputusan yang berlaku. Hanya mereka yang berada di tempat kejadian sahaja yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Bagi aku, Irfan tak seharusnya masuk campur dalam urusan ini kerana ia melibatkan majikkanya (T-Team) dan juga negeri kelahiranya Johor.

#StriderSays - Apa jadi kalau kita campak Maya Karin dan Shaheizy Sam dalam hutan? klik sini

Regards,
-Strider-

12 comments :

  1. sinopsis dari drama ini... Duit dan Pangkat adalah segala2nya... tak boleh komen lebih2..isu tengah panas skg.. tak pasal2 kena printscreen.. hahaha... MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA... macam dah tak boleh pakai je motto tu skg neh..kehkeh..

    ReplyDelete
  2. Astagfirullahaladzim depa ni..
    Awat sampai jadi mcm ni?

    ReplyDelete
  3. benda2 mcm ni x pyah la angkat sumpah..setahu aku akat sumpah dpan al-quaran hanya utk kes tertentu..mcm utk suami isteri,,,betulkan aq kalau salah..kalau stakat sukan.. baik banyakkan membuat latihan dan psediaan.. :) majulah sukan utk ngera..bkan byakkan kontroversi mutu entah ke mana :)

    ReplyDelete
  4. Dah melarat drama ni ya..& yang pasti ada yang tak jujur...kita tunggu ajelah kesudahan cerita ni even kita dah boleh agak apa yang sebenarnya terjadi..he..he.

    ReplyDelete
  5. Betul tu.. masalah mcm ni sepatutnya tak perlu berlaku.. tp dah berlaku nak buat mcm mana.. sebaiknya siapa2 yg terlibat perlu buka hati & menjernihkan suasana agar tiada dendam atau perasaan yg tak baik sesama kita.. wallahualam...

    ReplyDelete
  6. Drama yg menunjukkn zaman kejahilan kembali smula...

    ReplyDelete
  7. mcm2 jdi kan....haishh mak sy kata kerana bola kita bergaduh..tak bersatu...

    ReplyDelete
  8. Aduhai...tak tau la dunia bola sepak malaysia sekarang ni....

    ReplyDelete
  9. alamakk.. x tau nk komen apa la psl isu nih... hihihi...hrp smuanya baik2 jelah...

    ReplyDelete