Thursday, January 9, 2014

#1334 - Teksi Cepat Kaya

Hye Readers,

Gejala teksi tak menggunakan meter nie sebenarnya merupakan isu lapuk. Mujurlah aku seorang yang jenis kurang menggunakan teksi untuk berulang alik ke tempat kerja, Tapi sebenarnya aku kesian kepada mereka yang sering ditipu oleh teksi-teksi  yang nak cepat kaya kerana tiada pilihan lain.

Sebenarnya ade beberapa tempat yang menjadi tumpuan pemandu-pemandu teksi yang cekik darah ini. Tapi yang aku nak cerita kali ini ialah berdasar pengalaman aku terpaksa menaiki teksi cekik darah dari Stesen LRT Kelana Jaya ke kawasan subang.

Suasana Kawasan Teksi di LRT Kelana Jaya
Sebenarnya aku dah lewat untuk satu mesyuarat jadi disebabkan bas dijangka tiba dalam masa 30 minit aku pun pilih teksi sebagai pengangkutan alternatif. Sebelum menaiki teksi, pemandu tersebut telah memberitahu harga yang patut aku bayar iaitu sebanyak RM8.00.

Setelah bersetuju aku terpaksa pula menunggu beberapa minit kerana pemandu teksi itu ingin mengumpul penumpang lain yang mempunyai destinasi berdekatan dengan tempat yang aku pilih dan penumpang lain itu pula terpaksa membayar dengan harga yang berbeza.

Apa punca sebenar pemandu teksi ini tidak mahu menggunakan meter aku tak tahu, Aku rasa ramai dah orang membuat aduan  termasuk aku sendiri. Akhbar Utusan Malaysia pada 2011 juga pernah melaporkan benda yang sama (klik sini).

Kini kita sudah pun memasuki tahun 2014 tetapi aku yakin gejala ini masih berleluasa di kawasan tersebut. Apakah tindakan pihak SPAD dalam usaha mengawal gejala ini berlaku? Adakah mereka boleh menjamin andaikata harga tambang teksi dinaikkan gelaja ini akan berhenti?

Regards,
-Strider-


31 comments :

  1. teksi drver licha xpakai meter , sebab dah selalu naik jadi bayar fixed amount je. hihi

    ReplyDelete
  2. sy sendiri penah ada pengalaman pemandu teksi enggan pasang meter.. bila sy tegur dia mrh2... siap maki hamun & ugut sy... then sy report pd pihak yg berkuasa.. kisah sy tu ada sy ceritakan dlm blog.. ini link nye.. sekadar berkongsi.. :)

    http://norumara.blogspot.com/2012/04/pemandu-teksi-yang-sangat-sangat-kurang.html

    ReplyDelete
  3. niesa pernah gak kena tipu kt kl..lepas tu xnak dah nek teksi..huhu

    niesa tlg click ikea... :)

    ReplyDelete
  4. teksi yang aiza naik setakat ini semuanya jujur kerana mengikut meter.. mungkin perlu dikaji semula oleh pihak yang berkenaan.. shopping ikea..

    ReplyDelete
  5. Selalu berlaku terutamanya di stesen2 LRT atau komuter...maklumlah...biasanya org tgh terdesak dan nak cepat..jadi tiada pilihan :(

    ReplyDelete
  6. teksi ni susah sikit nak amik tindakan . tapi kita ada pilihan sama ada nak guna khidmatnya atau tak .

    ReplyDelete
  7. Eh betul TT_TT
    jahat nyaa diorang haih.

    ReplyDelete
  8. Agaknya dia orang tak boleh jadi kaya cepat kalau guna meter kot...tapi kalau guna meter pun boleh adjust AS..last week kita terkena..tempat tu dekat aje..kalau selalunya dia orang bayar around RM3, tapi hari tu driver tu punya pusing sampai double..last-last kena bayar RM6.80..Hmm..macam-macam cara boleh jadi kaya tau!!!

    ReplyDelete
  9. Mmg betul tu Strider.. perkara2 mcm ni mmg ada berlaku. Ramai juga yg melaporkan tp tak taulah apa keputusannya.. wallahualam. Harap2 ada tindakan yg lebih serius dijalankan nnti...

    ReplyDelete
  10. Dorang ni kerana duit sanggup buat apa saja

    ReplyDelete
  11. Akak pulak penah kena, dia mmg guna meter. Tapi masa nak byr dia caj lain. Lepas terjengok jengok tengok meter, akak byr yg ikut meter je. Ni kes kat jb.

    ReplyDelete
  12. ada juga teksi guna meter tapi meternya laju gile jalan... beza 3 4 ringgit dari teksi2 lain...

    ReplyDelete
  13. haritu tasneem tengok kat 999 #tv3. gejala ni still berlaku. huhu :'(

    ReplyDelete
  14. seriously masih ramai yang tak gunakan meter ni....ika pun pernah juga naik taxi pernah dicharge samapi RM25++ padahal jarak tempat ika nak pergi tu tak jauh mana pun T_T tapi redha je sebab memang terdesak masa tu~

    ReplyDelete
  15. SA pernah rasa tuh...tp nak buat cemana...dah naik kan..sejak tuh mmg xde naik taxi dah...

    ReplyDelete
  16. teksi di sekitar kawasan kajang pun mcm tu.. selalu cekik darah, lagilah kalau dorg tahu kita tgh rushing.. hmm.. mmg patut diambil tindakkan..

    ReplyDelete
  17. sama juga dengan keadaan kat sini, dari pekan ke rumah Nurul kalau jalan kaki tak sampai 15minit.. tapi taxi tak pakai meter.. pun minta RM8 juga..

    ReplyDelete
  18. Memang tak puas hati dengan teksi jenis kumpul penumpang ni. Patut kita dah bayar untuk satu teksi.

    ReplyDelete
  19. jarang pkai teksi..selalu pkai prabet sapu..x pun kalau jalan kat kl..slalu pkai lrt..teksi adalah pilihan yg terakhir..bab cekek mencekek tu aq stuju bro :)

    ReplyDelete
  20. gunakan MYTaxi. entri akan datang apa kata en.Azlan terangkan apa itu myTaxi. semoga kita pengguna dapat berkongsi perkara-perkara yg dapat mengurangkan penipuan teksi daripada terus berlaku.. =)

    ReplyDelete
  21. pernah gak sekali naek teksi. padahal kejap je, tapi kena charge rm10.

    ReplyDelete
  22. better pakai meter..huhu sbb kdg2 tempat dekat je tp amik tambg tak hengat punya mahal..-_-

    ReplyDelete
  23. tak berani nek teksi kt area KL ni... huhu...

    ReplyDelete
  24. teksi meter pun mahal teksi xpakai meter pun mahal.. mungkin minyak dan destinasi kot

    ReplyDelete
  25. jarang naik teksi.. kalau terdesak je naik..

    ReplyDelete
  26. ika singgah klik3 tabung nuffnang...

    ReplyDelete