Friday, December 27, 2013

1323 - Rap Pasar Perosak Bahasa

Hye Readers,

Beberapa hari lepas ketika aku dekat Johor, aku ada terbaca satu artikel daripada Berita Harian tentang Rap Pasar Rosakkan Bahasa Melayu. Artikel tersebut ditulis oleh Sasterawan Negara dan pensyarah Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA

Antara benda yang dikupas oleh penulis ialah penerapan bahasa pasar yang akan menyerlahkan penulis liriknya kepada dua situasi berikut. Pertamakecenderungannya melayan ‘selera rendah’, ertinya tidak mahu memilih bahasa yang lebih baik. Kedua mungkin ia tiada upaya berbahasa Melayu tinggi, ertinya tiada kebolehan memilih diksi yang berkesan.

Korang boleh baca selanjutnya artikel melalui link yang aku dah berikan, ade few point dan pendek kata penulis berpendapat yang  bahasa Melayu mempunyai begitu banyak kata perbandingan dan kiasan yang baik. Mengapa lirik lagu rap kita masih memilih bahasa pasar?



Rap Sebagai Muzik Jalanan
Aku bukan seorang rappers mahupun ahli muzik tapi aku seorang peminat muzik dan aku rasa kebimbangan sasterawan tersebut langsung tidak berasas. Ini kerana aku berpendapat yang muzik hip hop ini merupakan muzik yang berasal dari jalanan dan menggunakan bahasa jalanan (street word)

Kemunculan rap mula di kesan di kawasan Bronx New York, dimana penduduknya yang majoriti berkulit hitam memulakan rap bagi meluahkan perasaan atau menceritakan kepada masyarakat apa yang terjadi di jalanan. Kebanyakkan lagu nie menceritakan apa sebenarnya yang terjadi di dunia realiti dan disebabkan itu penggunaan bahasa pasar itu lebih sesuai. Sape cakap ngan kawan-kawan guna bahasa formal? 

Penyalahgunaan Bahasa.
Sasterawan tersebut sepatutnya lebih menumpukan perhatian terhadap penyalahgunaan bahasa yang lebih bersikap professional. Sepatutnya mereka perlu menegur pemimpin/politician yang menggunakan bahasa ketika ditemuramah oleh media.

Penggunaan perkataan seperti "Bajet" yang menggantikan belanjawan baru-baru ini boleh dikatakan sebagai satu penyalahgunaan bahasa kerana kita semua tahu yang perkataan "bajet" itu dimelayukan dari perkataan bahasa inggeris iaitu "Budget". Ada beberapa lagi perkataan macam ini dan aku rasa korang pun tahu.

Bahasa Pasar Realiti Kehidupan
Rap sebenarnya merupakan satu genre muzik untuk rakyat. Kalau korang perasan kebanyakkan lagu rap sebenarnya menceritakan tentang realiti kehidupan dan apa yang kita tutur di jalanan, itu yang dimuatkan dalam sesebuah lagu rap. ia juga termasuk pencampuraan bahasa inggeris dan melayu.

Namun realitinya ia bukan saja berlaku dalam lagu rap tetapi aku percaya dalam sesetengah novel juga ada menggunakan bahasa pasar supaya pembaca lebih senang untuk menghayati apa yang sedang diceritakan oleh penulis novel tersebut.

Kesimpulan
Sama ada dalam lagu rap atau novel, benda ini bagi aku bukan satu isu yang besar kerana ianya bukan satu medium yang rasmi untuk pembelajaran. Dalam industri muzik, penggunaan bahasa kebangsaan lebih sesuai jika ia berbentuk irama traditional tapi dimanakah komposer muzik tradisonal?

Penggunaan bahasa pasar dalam lagu rap bukanlah satu benda yang wajib, tapi ia perlu supaya pendengar lebih senang menghayati masej yang sedang cuba disampaikan dalam sesebuah lagu rap.

Jadi kalau ada yang merasakan rap pasar ini perosak bahasa, cuba berkomunikasi di rumah/tempat kerja tanpa menggunakan bahasa pasar. Tengok sama ada kawan korang boleh hayati tak apa yang korang nak cakap. 

p/s: PC aku masih sakit jadi aktiviti blogging agak terhad buat masa ini. 

Regards,,
-Strider-

Thursday, December 26, 2013

1322 - INTI Cycle 1 Degree Extension

Hye Readers,

Alhamdulillah sekembalinya aku dari Johor Baru pihak Nuffnang telah memberti satu kempen CPUV kepada aku. Kempen kali ini datang Dari INTI Collage dan ia merupakan CPUV yang ketiga dari INTI untuk aku.


Jadi apa promosi yang terbaru dari INTI Collage ini? INTI International College ini menawarkan Bachelor's Degree in Graphic Design. Bantuan kewangan untuk pinjaman PTPTN, Skim Bayaran Bulanan, dan Biasiswa disediakan.

Jadi kepada mereka yang nak tahu dengan lebih lanjut tentang program yang ditawarkan dan juga pasal bantuan kewangan ini, anda boleh is borang Request Info (klik sini) dan nanti pihak INTI akan menjawab kesemua soalan yang korang nak tanya.

So, kepada mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran, jangan lupa melayari laman web INTI untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jadikan INTI sebahagian daripada pilihan anda.

Regards,
-Strider-


#1321 - Johan As'sari : Dulu Cinta, Sekarang Kawan

Hye Readers,


Sepanjang aku kat Johor Baru banyak pulak cerita-cerita best yang keluar. Antara salah satu berita yang menarik perhatian aku ialah berita tentang Johan As'ari yang dilaporkan putus cinta dengan Lana Nordin. Ia dikatakan berpunca daripada keluar Johan yang tidak merestui perhubungan mereka. klik sini

Tapi kenyataan Johan As'ari yang mengatakan yang dia tak pernh menganggap Lana Nordin sebagai kekasih dan hanya kawan biasa yang rapat sebenarnya agak melampau laa..Jom tengok kenyataan Johan sebelum ini dan terbaru..

Johan As'ari statement end of November
- Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah, tetapi dia mempunyai kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri tekejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin.

Johan As'ari statement end of December 
- Johan As’ari berkata yang beliau tidak pernah meletakkan status kekasih pada Lana Nordin dan menganggap hubungan dengan pelakon itu hanya sekadar kawan biasa yang rapat dengan dirinya.

Kebodohan Johan As'ari juga terserlah dengan statement macam ini sebab aku rasa korang pun setuju kalau aku kata belum pernah ada kawan biasa main-main lamar korang kan??Tapi dalam statement berasingan Lana Nordin redha dengan apa yang terjadi.

Dia juga boleh menjangka benda-benda macam ini berlaku sebab apabila dilamar selepas berkenalan selama 3 hari, dia memberi peluang kepada Johan untuk menunaikan janji-janji manisnya tetapi sayangnya dia mengalah selepas sebulan.

Regards,
-Strider-

Monday, December 23, 2013

#1320 - Chaiwalla & Co. Honest Tea




Aku sempat curi masa jap untuk update sikit pasal trip aku ke Johor Baru. First stop semalam bila aku sampai JB ialah menikmati minum petang kat satu kedai yang dinamakan Chaiwalla & Co. Hones Tea. Kedai ini sebenarnya terletak di Lot 2810, Tan Hiok Nee Street, 80000 Johor Bahru

Konsep kedai ini sebenarnya agak menarik kerana ia hanya menggunakan kontena terpakai sebagai bahan asas untuk kedainya di samping beberapa buah meja yang ada di hadapan kedai ini. Ketika aku sampai meja sebenarnya penuh tapi disebabkan staf mereka ni baik hati jadi mereka set up lagi satu meja untuk kami.

Minuman kat kedai ini sebenarnya sedap juga laa. Aku datang minum kat kedai ni pun atas recommendation dari kawan aku. Buat masa sekarang kedai ni hanya dibuka di Johor Baru tapi melalui laman Facebook mereka, nampknya mereka akan membuka satu lagi cawangan di Kuala Lumpur.

Jadi memandangkan  akutk punyai banyak masa jadi aku stop kat sini dulu laa. Nanti ada masa aku akan update. For now aku nak spend time untuk BW jap.

Regards,
-Strider-

Saturday, December 21, 2013

#1319 - Kehilangan

Hye Readers,





Ini sebenarnya yang telah berlaku dekat PC aku untuk beberapa hari ini. Windows nampaknya dah tak nak load and windows start up repair pun macam tak membantu jer.

Esok aku akan bertolak ke JB selama 2 hari untuk berjalan-jalan. Mungkin aku akan kehilangan beberapa hari ini tak dapat BW macam biasa.

Insyallah kalau aku dapat pegang computer with an internet connection,aku akan BW. Kalau tak aku kena tunggu sampai aku balik dari JB dan repair balik PC aku ini sebelum aku dapat teruskan aktiviti kat blog nie.

In a meantime kalau korang rajin,korang boleh share entry korang melalui FB aku sekaligus memudahkan aku untuk BW melalui phone.hehe

Okay laa, itu sahaja pesanan penaja dari aku buat minggu ini. Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti.....

Regards
-Strider-

posted from Bloggeroid

Friday, December 20, 2013

#1318 - Happy Friday

Hye Readers,



Salam jumaat semua, ada yang mood bercuti ke hujung-hujung tahun ini? Hari ini aku lewat sikit buat entry sebab semalam PC aku mengalami kerosakkan yang membuatkan aku sakit hati.

Anyway korang semua dah join ke GA yang Licha anjurkan? Kalau belum jangan lupa join sebab ade beberapa hari lagi sebelum tamatKalau nak join sila klik sini 

Okay laa, aku nak spend time masa dengan BW dulu. nanti insyallah aku  akan update dengan satu posting.

Regards.
-Strider-

Thursday, December 19, 2013

#1317 - 4 Pengkhianat Malaysia Diberkas

Hye Readers,

Tadi aku ade terbaca berita kat NST tentang rampasan dadah yang dilakukan oleh polis Pulau Pinang yang bernilai lebih dari RM 200K dalam 2 serbuan berasingan. Ini bukan rampasan yang pertama dilakukan oleh pihak polis dan aku tak tahu berapa ratus kali polis harus lakukan operasi sebegini.

Untuk makluman Malaysia merupakan salah satu pusat transit yang popular untuk kegiatan dadah di asia tenggara ini (klik sini)Tetapi segala usaha untuk memerangi dadah itu ibarat sia-sia jika masih ada pengkhianat negara masih bebas melakukan apa saja.

Pengkhianat yang aku sebutkan ini ialah 4 pegawai Jabatan Kastam yang merupakan antara 11 orang yang ditangkap kerana didakwa terbabit dalam dua sindiket antarabangsa yang diseludup RM14 juta dadah ke Malaysia. Itu merupakan berita NST bertarikh semalam. (klik sini)



Sebagai rakyat jangan pula kita salahkan Jabatan Kastam kerana mereka ini hanyalah sebilangan kecil pegawai yang telah melanggar ikrar mereka sebagai seorang penguatkuasa? Kadang-kadang aku pelik apa yang mendorong mereka untuk melakukan kerja sebegini?

Ini merupakan satu tindakan yang patut dipuji kerana jika meraka tidak diberkas, kejayaan polis membenteras kegiatan dadah secara domestik tidak membawa makna kerana bekalan dadah itu akan terus masuk melalui pintu-pintu negara yang dah dibeli.

Syabas diucapkan kepada anggota PDRM dan Jabatan Kastam Negara yang terlibat dengan serbuan terbabit. Ini menunjukkan bahawa rakyat masih boleh bergantung kepada pasukan keselamatan negara dalam usaha menyekat kemasukkan dadah di dalam negara ini.

Regards,
-Strider-

#1316 - Tahun 2014 Tahun Demonstrasi

Hye Readers,

Beberapa minggu lagi, kita akan meninggalkan tahun 2013 dan menuju ke tahun 2014. Setiap orang pasti sudah ade perancangan peribadi and menetapkan matlamat mereka untuk 2014 ini. Tetapi 2014 juga akan menjadi tahun yang sukar untuk negara.

Ini disebabkan keadaan ekonomi semasa dan juga beberapa berita yang tidak disukai oleh rakyat Malaysia baru-baru ini. Demonstrasi pertama dijangka akan berlaku pada ambang tahun baru mengikut apa yang aku baca kat sini

Perhimpunan kalau kena pada cara mampu merapatkan silaturahim.
Melalui akhbar berhaluan kiri Malaysiakini Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengumumkan, sebuah perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 1 Mei 2014, yang juga merupakan Hari Buruh, bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup rakyat.

Melalui artikel yang sama Satu lagi himpunan BERSIH akan diadakan tapi tarikhnya masih tidak diketahui kerana ketua BERSIH sekarang iaitu Maria Chin Abdullah masih di peringkat penyusunan kabinet mereka.

Aku sebenarnya tidak suruh korang support demontrasi jalanan ini tapi juga tidak menghalang korang untuk pergi. Setiap orang punyai cara masing-masing untuk meluahkan perasaan. Hopefully tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku ketika perhimpunan itu dijalankan kerana ia hanya akan memburukkan situasi.

Ini bukan entry untuk mempromosi demo jalanan tapi ia lebih kepada menyampai maklumat terhadap apa yang bakal rakyat Malaysia hadapi pada tahun 2014 nanti.

Regards,
-Strider-

#1315 - Malaysia's Resume

Hye Readers,



Tadi aku ade terjumpa satu website pasal Malaysia' Resume. Apa yag menarik pasal website ini ialah ia menceritakan tentang bagaimana kejayaan seseorang yang mostly kita kenal. Daripada mana mereka bermula dan bagaimana mereka berjaya semua ada diceritakan dalam website ini.

So since aku dah terbaca why not aku share secara ringkas apa yang aku baca kt website tu. Antara personaliti yang aku baca ialah.

Amber Chia


Amber Chia yang merupakan anak kelahiran Ipoh,Perak dan dilahirkan pada 14 December 1981. Sejak umurnya 17 tahun lagi beliau sudah mula mencari rezeki sendiri setelah ditemui oleh pencari bakat di Kuala Lumpur,di mana ketika itu beliau sedang bertugas sebagai akauntan.Berkat kesabarannya,makin hari beliau makin maju menampak dalam kerjaya permodelannya dan banyak pengiklanan mengenali potensinya

Marion Counter Rose Abdullah


Lahir 5 November 1980 di Pulau Pinang, Marion ialah seorang pengacara televisyen Malaysia yang berketurunan Portugis-Inggeris-Cina.Ketika berusia 19 tahun, beliau memasuki Universiti Marquette di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat, dan lulus dengan ijazah penyiaran dan komunikasi elektronik. Sekembalinya ke Malaysia, Caunter mula dikenali kerana pernah mengacara 8TV Quickie, rancangan interaktif harian di 8TV. beliau mengacara One in a Million bersama Awal Ashaari selama tiga musim, walaupun beliau meninggalkan 8TV pada November 2006 untuk menyertai Channel [V].


Itu merupakan 2 contoh wanita yang berjaya dalam industri hiburan/fesyen. Walaupun korang baca nampak biasa jer, tapi banyak lagi kejayaan mereka berdua yang aku tak cerita kat sini.  Malaysia's Resume juga bukan fokus terhadap mereka yang berjaya dalam bidang hiburan jer.

Ada banyak lagi ketegori sebagai Community, Business, Enviroment, Fashion, Sport, Technology dan lain lain. Jadi jika anda memerlukan sedikit inspirasi dari  mereka yang berkaitan dengan bidang yang anda minati, jangan lupa untuk melayari website Malaysia' Resume.

Regards,
-Strider-

Wednesday, December 18, 2013

#1314 - Cerita Sebenar Jabatan Facebook Negara

Hye Readers,



Sebenarnya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek nie bukan menteri yang aku suka pun. Aku bertambah tak suka lepas Laporan Audit Negara melaporkan betapa membazirnya Kementerian Belia & Sukan ketika dibawah pimpinannya. 

Tapi apa yang betul tetap betul dan apa yang salah tetap salah. Baru-baru ini kecoh dengan khabar angin yang Kementerian Komunikasi Dan Multimedia mencadang untuk menubuhkan 'Jabatan Facebook Negara'

Khabarnya pengguna Facebook di Malaysia dikatakan wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Selain itu, Jabatan Facebook Negara ini juga akan mengenakan bayaran tahunan kepada pengguna Facebook memandangkan penggunanya amat ramai di Malaysia.



Tetapi hari Ini, 'The Malaysian Insider' lapor bahawa Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek MENOLAK cadangan mewajibkan pengguna Facebook di Malaysia mendaftar akaun Facebook mereka. Beliau berkata, cadangan itu mustahil untuk dilakukan berikutan jumlah pengguna laman sosial berkenaan mencecah 15 juta orang.

"Kita juga mengambil kira jumlah pengguna yang begitu ramai dan sudah pasti tidak relevan sekiranya kita terpaksa menubuhkan Jabatan Pendaftarahan Facebook Negara," katanya dalam sidang Dewan Negara di Parlimen, hari ini.

Jadi sebenarnya apa yang berlaku adalah salah faham antara maklumat yang disampaikan. So hopefully tiada lagi yang percaya tentang penubuhan Jabatan Facebook Negara nie. Secara raasional pun tiada sebab kenapa Jabatan Facebook Negara ini perlu diwujudkan pun. 

Regards,
-Strider-


#1313 - Pendatang Asing Serang Polis

Hye Readers,

Mula-mula aku baca berita ini aku pun kurang percaya. Nampaknya pendatang semakin berani sampai polis pun mereka nak serang. kejadian ini berlaku di Betong, Sarawak apabila sekumpulan pendatang asing menyerang anggota polis yang datang ke ladang itu untuk memberi bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing mengamuk.


Menurut laporan Metro dalam kejadian itu, seorang anggota polis berkenaan dipercayai telah tertembak mati seorang pekerja warga asing untuk mempertahankan diri. Difahamkan pekerja asing terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi berkata, maklumat lengkap masih belum diperoleh dan masih menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum membuat sebarang kenyataan dan Pasukan Gerakkan Am (PGA) telah dikerah ke lokasi untuk mengawal keadaan.

Aku sendiri tak paham macam mana mereka yang mencari rezeki di bumi Malaysia nie terpikir nak serang anggota polis guna parang. Adakah mereka ingat anggota polis Malaysia ini pakai chota?

Regards,
-Strider-

#1312 - Prinsip 90/10 : Jangan Salahkan Takdir

Hye Readers,

Entry kali ini merupakan entry yang pernah aku publish dulu. The reason aku republish entry ini ialah sebab aku rasa isi dia menarik dan mungkin berguna kepada kita. Meterial ini aku dapat dari Microsoft Powerpoint tapi aku cuba sebaik mungkin untuk translate and cerita kat sini tanpa membosankan korang semua.

Entry kali ini agak panjang so sabar laa ketika membaca ek.. ape yang aku nak cerita kali ini??Ia mengenai satu prinsip yang ditulis oleh Stephen Covey iaitu prinsip 10/90. Basically its a good principle. 

Untuk memudahkan cara aku nak menyampaikan ape yang aku tulis dengan betul aku akan buat dalam bentuk soklan dan jawapan

Soalan: Apakah Prinsip 10/90?
10% dari ape yang terjadi dalam hidup adalah takdir atau sesuatu yang tak dapat dielakan
90 % dari ape yang terjadi adalah hasil dari tindak balas kita (reaction)

Soalan: Cuba jelaskan.
10% peratus dari ape yang terjadi dalam hidup kita memang tak dapat dikawal. Tetapi 90%  lagi adalah di bawah kawalan kita..Bagaimana??ia boleh dikawal melalui tindak balas kita.

Sebagai contoh, Kita tak boleh mengawal lampu merah ketika memandu tetapi kita boleh mengawal tindak balas kita tehadap lampu merah itu..

Pening nak pikir??hehe..jangan pening-pening lagi..Aku akan bagi sat satu contoh situasi dimana prinsip ini boleh diguna pakai oleh kita.

Contoh Situasi – Hari Yang Malang

Kita sedang bersarapan bersama keluarga dan secara tiba-tiba anak gadis kita terlanggar secawan kopi lalu tumpah di atas baju kita..



Kita tak dapat menghalang takdir yang kopi itu akan tumpah dekat baju kita tapi apa yang terjadi lepas tu adalah bergatung kepada cara tindak balas kita (reaction)

Kita marah anak kita sebab berlari- lari ketika makan lalu anak kita pun mengangis akibat kena marah..mungkin jugak mereka sedih dan menyesal atas apa yang berlaku.

Lepas itu turn isteri pulak  kena marah sebab letak cawan di hujung meja dan ia berakhir dengan satu pengtekaran mulut.


Kita pun berlari naik atas nak tukar baju yang baru dan apabila apabila turun kita nampak anak kita masih menangis sambil cuba menghabiskan sarapan..Isteri pulak sedang sibuk pujuk anak kita supaya berenti menangis dan akhirnya anak kita tertinggal bas sekolah.

Sebab kita ibu bapa yang bertanggungjawab,  kita pun mengambil keputusan untuk menghantar anak ke sekolah..disebabkan da lambat kita pun memandu 80km sejam di tempat yang hanya di hadkan untuk 60km sejam..


Setelah 20 minit lewat serta beberapa ratus hilang sebab kena saman speed trap kita pun sampai ke sekolah dan anak kita keluar dari kete tanpa mengucapkan selamat tinggal..mungkin dia merajuk atau takut nak tegur sebab kita tengah bad mood.dan dalam perjalanan tempat kerja baru teringat beg kerja pulak tertinggal kat rumah..

Hari kita bermula dengan teruk dan ia berterusan sehingga kita pulang ke rumah..dan bila sampai ke rumah kita akan perasan yang perhubungan kita dengan isteri dan anak-anak menjadi dingin akibat dari situasi pagi tadi..

Soalan – Kenapa kita melalui satu hari yang teruk dan siapa yang harus dipersalahkan??

A)     Adakah disebabkan oleh anak anda?
B)      Adakah kopi itu yang bersalah?
C)      Adakah salah Polis yang memberi saman
D)     Adakah ia salah anda?

Jawapanya adalah D

Soalan: Kenapa kita yang salah?
Kerana kita tak mempunyai kuasa untuk mengawal kejadian kopi yang tertumpah tadi tetapi kita mempunyai kuasa untuk mengawal apa yang berlaku selepas itu.

Okay..cuba kita tengok balik situasi tadi tapi reaksi yang berbeza.

Kita sedang bersarapan dan secara tiba tiba kopi tertumpah ke atas baju kit dan anak kita hampir menitiskan air mata kerana takut dengan situasi tersebut..

Dengan lemah lembut kita berkata;
“tak mengapa sayang..lain kali kamu kena berhati-hati..habiskan sarapan..ayah naik ke atas untuk menukar baju”

Kita turun kemudian dan mendapati anak kita suda menaiki bas sekolah. Kita mencapai beg kerja dan mungkin mencium dahi isteri dan mengucapkan selamat tinggal..

Soalan: Nampak tak persamaan dan perbezaan situasi tersebut?
Kedua-dua bermula dengan situasi yang sama
Kedua-dua berakhir dengan situasi yang berbeza.

Soalan: Kenapa Berbeza??
Ia berbeza kerana cara tindak balas kita terhadap situasi tersebut..Walau ape pun yang terjadi kita takkan mampu untuk mengubah apa yang telah ditakdirkan untuk kita.Tetapi 90% benda yang akan terjadi bergantung kepada cara reaksi kita terhadap sesuatu benda..

Aku harap aku dah terjemah sebaik mungkin cara untuk bagi korang paham apa yang cuba disampaikan ini maklum laa aku bukan Stephen Covey. Untuk makluman koran dia banyak laa buat research dan tulis pasal benda-benda camni..

Kepada yang suka nak memotivasikan diri korang leh google Stephen Covey nie sebab dia banyak tulis pasal benda-benda camni. Selepas ini kalau kita mengalami hari yang teruk, cuba pikir balik adakah kita mampu mengawal daripada ia terjadi ataupun memang kita sudah ditakdirkan menjalani satu hari yang teruk.

Regards,
-Strider-

#1311 - Blogrrr 2013 Himpunan Blogger Malaysia.

AUTO PUBLISED ENTRY

Hye Readers,



Last week aku berkesempatan untuk menghadiri satu event yang dianjurkan oleh Blogrrr iaitu satu event dimana mereka menghimpun semua blogger-blogger Malaysia. Sebenarnya aku datang lambat sikit petang tu sebab ada appointment lain yang aku dah buat lebih awal disamping traffic jam yang menggila around The Mines tu.

Ketika aku sampai lebih kurang pukul 4.00 petang kebanyakkan aktivti yang dianjurkan sudah pun tamat tetapi aku dengar event sebelah padi hingga tengah hari memang meriah. Walaupun lambat tapi aku sempat untuk mendaftarkan blog aku dan mendapatkan t-shirt percuma dari Blogrr.

Sebenarnya ia merupakan satu aktiviti yang amat menarik dan aku harap mereka akan menjadikan ia sebagai event tahunan. So far walaupun lambat, aku berpuas hati dengan organizer dan petugas-petugas Blogrrr yang peramah dan friendly ketika urusan nak mendaftar..

Kalau penganjur berhasrat untuk mengadakan lagi acara seperti ini tahun hadapan, aku harap venue yang lebih sesuai dapat dipilih. Mines bukanlah satu tempat yang sesuai kerana kekurangan perkhidmatan pengangkutan awam sekaligus menyukarkan blogger-blogger dari luar Kuala Lumpur.

Hopefully next year blogrrr akan kembali lagi dan mungkin kali ini perancangan lebih jitu dapat dijalankan disamping promosi yang lebih hebat tentang event ini. Ade sesiapa yang pergi event nie sebelah pagi?

Regards,
-Strider-

Tuesday, December 17, 2013

#1310 - Azean Iradawaty Meninggal Dunia

Hye Readers,


Sebentar tadi aku ade terbaca tentang Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor melalui Astro Awani. Sebenarnya entry ini tiada dalam jadual yang aku nak publish malam ini tapi sebagai seorang primadona negara, aku pasti ramai yang ingin tahu perkembanganya.

Kepada mereka yang tidak tahu, arwah sebenarnya mengalami barah. Ibu kepada Benjy ini juga pernah berada di dalam keadaan yang kritikal dimana pembedahanya terpaksa ditangguhkan 

Azean Irdawaty ialah seorang pelakon Malaysia yang mula mencipta nama sebagai penyanyi era 1970-an dan kemudian meledak sebagai primadona layar perak akhir 70-an dan awal 80-an. Kak Yan memang merupakan salah sorang daripada pelakon favorite aku.

Antara filem-filem dia yang aku minati ialah Waris Jari Hantu selain daripada filem yang berunsur Penangki seperti Nana Tanjung dan Anak Mami Kembali.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediamannya beralamat 92, BU 11/7, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Marilah kita bersama sama sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarmah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Takziah
-Strider-

#1309 - P1 Wimax Sucks

Hye Readers,

Baru-baru ini aku ade terbaca pasal kemelut yang dihadapi oleh pelanggan P1 Wimax yang mendakwa mereka telah ditipu oleh syarikat telekomunikasi tersebut. Pada mulanya aku hanya mengambil ringan mengenai kes tersebut sehingga aku terjumpa satu facebook group yang dinamakan P1 Wimax Sucks.



Selaku salah seorang daripada pengguna P1 Wimax sudah tentu aku berasa agak curious sebab-sebab group ini duwujudkan. Setelah aku teliti, kewujudan group yang berkekuatan 16,245 orang ini adalah disebabkan masalah termination mereka keatas servis P1 Wimax

Rata-rata ahli group terbabit mempunyai masalah disenaraikan hitam oleh CTOS dan juga bill yang berjalan walaupun perkhidmatan telah ditamatkan. berikut merupakan beberapa screenshot yang aku dapat share ngan korang.





Secara logiknya, mustahil untuk service yang bernilai paling maximum pun RM169 untuk mendapat tunggakan melebihi RM1000 kerana selepas 3 bulan tak dibayar, perkhidmatan itu akan diberhentikan dan begitu juga jumlah bayaran.

Namun ada diantara mereka telah membuat laporan kepada SKMM mengenai isu ini dan mendapat maklum balas dari P1 yang menyatakan masalah itu berpunca daripada sytem auto billing mereka.



Apa-apa pun syabas kepada mereka yang mewujudkan group P1 Wimax Sucks ini kerana telah berkongsi maklumat dengan pengguna lain supaya tidak tertipu apabila mereka menamatkan perkhidmatan P1 Wimax nanti

So kalau korang rasa nak tamatkan perkhidmatan P1 Wimax ini aku suggest korang join group ini supaya korang dapat penjelasan tentang cara cara untuk menamatkan perkhidmatan mereka dan bagi mereka yang mempunyai masalah dengan P1 Wimax, mungkin mereka ini dapat membantu anda.

Regards.
Strider-

#1308 - Kajian Gaji Baru Ahli Parlimen Tahun Depan

Hye Readers,



Kenaikkan kos sara hidup bukan sahaja dirasai oleh takyat biasa macam kita, tapi nampaknya ahli parlimen juga turut merasakanya. Kenapa aku cakap macam ini? Ini disebabkan satu laporan Bernama yang aku baca tadi.

Menurut laporan tersebut, kajian mengenai pelarasan dan kenaikan gaji dan elaun ahli-ahli Parlimen (MP) dan senator dijangka akan dibentangkan tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahdidan Kassim.

Beliau menambah kajian tersebut akan meliputi segala aspek termasuk keadaan ekonomi sekarang. Pada masa ini, Shahidan berkata gaji bulanan dan elaun yang diterima oleh penggubal undang-undang negara ini sebanyak RM6, 000 yang dianggap rendah berbanding dengan negara-negara lain.

Ini adalah satu berita baik kepada semua ahli parlimen dan senator di Malaysia. Kalau ahli parlimen atau senator yang bergaji RM6000 pun rasa tak cukup, cuba bayangkan pula mereka yang menerima gaji lebih rendah dari RM 6000.??

Kita tunggu jer laa nanti apa hasil dari laporan tersebut. ...

Regards,
-Strider-

#1307 - Kombinasi Maut Membunuh Mita Diran

Hye Readers,


Mita Diran merupakan seorang copywriter (penulis iklan) telah meninggal dunia akikat kerja yang berlebihan. Kejadian ini berlaku di Indonesia beberapa hari yang lepas. Sebelum kejadian Mita yang bekerja dengan Young & Rubicam Indonesia dikatakan seorang yang ceria.



Namun di sebalik keceriaan itu, Mita juga merupakan seorang yang remaja yang bekerja keras. Ini diakui melalui tweetnya yang mengatakan dia sudah bekerja selama 30 jam dan masih lagi bertenaga.Namun siapa sangka sehari selepas tweet it, Mita menemui ajalnya.



Mita dikatakan pengsan dan terus dikejarkan ke Hospital Pertamina dimana dia berada di dalam keadaan koma. Dalam satu text yang dikirimkan oleh ayah kepada rakan-rakan Mina,ayahnya memberitahu yang anaknya telah bekerja selama 3 hari berturut-turut.

Sejam selepas text tersebut dikirim, Mita telah meninggal dunia dan mengikut laporan, Mita dikatakan meninggal dunia akibat kombinasi yang membawa maut iaitu kerja yang berlebihan dan minuman Kratingdaeng iaitu Redbull version Thailand. Seperti yang kita tahu, minuman sebegini mampu memberi tenaga yang lebih ketika badan kita sudah tidak ada tenaga lagi.


Pengajaran yang kita dapat dari kejadian ini ialah jangan biarkan kerja membunuh kita. kadang kala akibat komited untuk menyiapkan satu-satu tugasan kita mengambil ringan tentang limit yang boleh ditampung oleh badan kita.

Walaupun terdapat pelbagai produk diluar sana yang mampu memberi kita tenaga extra tetapi itu bukan satu alasan untuk kita tidak berehat dari membuat sesuatu kerja. Aku harap kejadian ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua termasuk diri aku sendiri.

Regards,
-Strider-

Sumber: Venusbuzz

Monday, December 16, 2013

#1306 - Polis Tampar 2 Lelaki Di Pulau Pinang

Hye Readers,

Terima kasih kepada mereka yang membaca entry aku yang bertajuk Rasional Di Sebalik Kenaikkan Tambang LRT & Monorel tengah hari tadi. Sebenarnya itu merupakan auto published entry aku. Hopefully ia memberi gambaran yang lain kepada korang.


Tapi kita tinggalkan sebentar Lembah Kelang dan pergi ke Pulau Pinang dimana sebuah video mengenai seorang anggota polis telah menampar dua lelaki tersebar melalui facebook. Disebabkan ia merupakan video dari FB  jadi aku malas nak embedded kat sini. Kalau korang nak tengok sila klik sini  

Sebenarnya tidak adil kalau kita nilai insiden tu berdasarkan video clips yang berdurasi 1.06minit. Tapi ia merupakan satu tidakkan yang kurang beretika kalau dinilai melalui video terbabit. Menurut laporan Straits Times, kejadian tersebut berlaku di Bayan Baru.

Dalam video terbabit anggota polis tersebut didapati menjerit dan menampar salah seorang daripada mereka sebelum meminta pengenalan diri daripada lelaki berbabit. Pada pendapat aku, mungkin mereka berdua warga asing. Aku tak tahu apa yang mereka buat sehingga menaikkan kemarahan anggota polis tersebut.

Sementara itu Ketika dihubungi, Ketua Polis Pulau Pinang, Senior DCP Dato Abd.Rahim Hanafi, berkata anggota polis itu telah pun dipindahkan ke jabatan lain sehingga siasatan keatas kes terbabit selesai dijalankan. 

Regards,
-Strider-

#1305 - Rasional Di Sebalik Kenaikkan Tambang LRT & Monorel

Hye Readers,

Entry aku kali ini mungkin dianggap "bias" oleh sesetengah pihak kerana aku merupakan salah seorang yang berkerja dalam industri pengangkutan awam. Tapi apa yang tulis ini hanya pendapat peribadi aku sepanjang penglibatan aku dalam pengangkutan awam termasuk industri Rel.

Baru baru ini pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini yang menyatakan untuk mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu.Kadar tambang LRT dijadualkan naik berdasarkan peningkatan tarif elektrik 15 peratus bermula Januari 2014.

Ini bermakna tambang baru untuk LRT & Monorel adalah bergantung kepada tariff elektrik nanti. Pihak operator akan mengkaji semula kos operasi mereka dan akan hantar kepada SPAD untuk penilaian. Jumlah tambang baru itu akan diputuskan oleh SPAD sendiri.

Mengikut laporan akhbar kali terakhir tambang dinaikkan ialah 10 tahun yang lepas dan disebabkan itu mari kita lihat salah satu sejarah Syarikat Swasta yang mengendalikan pengangukatan awam rel di Malaysia,



Putra LRT
Kalau kita lihat balik sejarah, Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn. Bhd. (Putra LRT) telah diarah tutup oleh Mahkamah kerana pelbagai masalah pengurusan dan kewangan Petisyen menutup Putra LRT dibuat kerana kegagalannya menyelesaikan hutang berjumlah RM1,158,332,666.82.(klik sini)


STAR LRT
Sistem Pengangkutan Laju Ringan (Star LRT), juga mengalami nasib yang hampir sama apabila mereka terpaksa menjual syarikat mereka akibat bebanan hutang yang besar.mengikut laporan mStar Online pada tahun 2006 kerajaan telah berbelanja besar bagi menyelamatkan syarikat terbabit (klik sini)

Sekarang selepas mengetahui serba sedikit mengenai sejarah kedua dua syarikat tersebut, cuba bayangkan apa yang terjadi kepada operator LRT sekarang iaitu RapidKL jika mereka terus menanggung kerugian semata-mata untuk memberi perkhidmatan kepada warga lembah kelang.

Walaupun tiada kenaikkan tambang dalam masa 10 tahun tapi aku rasa korang semua boleh lihat bagaimana intergrasi antara perkhidmatan yang telah dijalankan dan juga bagaimana Rapid KL Aliran Kelana Jaya menukar keretapi 2 gerabak mereka kepada 4 gerabak bagi memenuhi permintaan penumpang yang semakin banyak.



Untuk makluman korang kadar tambang bagi pengangkutan awam TIDAK boleh dinaikkan sesuka hati dan harga tersebut perlu diluluskan oleh pihak kerajaan. Aku rasa sebab itu tiada syarikat swasta yang mampu untuk mengambil alih urusan operasi LRT kerana ia satu bisnes yang merugikan.

So jadi kalau korang rasa kenaikkan ini merupakan satu keuntungan, maka mungkin korang silap disitu. Aku rasa kenaikkan ini hanya untuk memastikan RapidKL tidak mengalami nasib yang sama seperti Putra & Star LRT

Bila bercerita tentang perkhidmatan pulak, aku akui masih terdapat kelemahan yang boleh dibaiki oleh pihak RapidKL tapi itu aku tak boleh nak komen banyak. Ibarat if you pay for nasi lemak, you dont expect to get Rib Steak.

Jadi itu sahaja pendapat aku mengenai isu ini. Aku juga tidak bersetuju dengan pelbagai kenaikkan sejak kebelakangan ini. Apa lagi yang nak dinaikkan lagi selepas ini? Jangan terkejut kalau selepas ini pemandu teksi juga demand untuk kenaikkan tambang. Namun semuanya bergantung kepada SPAD untuk meluluskannya.

Regards,
-Strider-

Sunday, December 15, 2013

#1304 - Entry Yang Bosan

Hye Readers,

Macam nie laa rupa kalau aku bosan...cuma aku hensem skit dari pakcik ini.
Macam mana weekend para-para blogger semua? Hopefully semua berada dalam keadaan yang terbaik. Kepada blogger yang berada di Lembah Kelang ade pergi tak event Blogrrr hari itu atau pergi ke Big Bad Wolf?? 2 event yang berlangsung di tempat yang sama.

Sebenarnya hari ini aku malas nak tulis entry, mungkin sebab malam semalam aku balik lewat jadi hari ahad nie dia jadi slow sikit. Walaupun aku dah draft satu entry tapi aku rasa besok pagi laa aku published sebab esok aku ade seminar sepanjang hari.

Sorry laa kalau ini jadi entry aku yang paling bosan korang pernah baca..Okay laa, aku ingat malam ini aku BW jer laa..

Regards,
-Strider-


#1303 - Blogger Buzz: The Malay Male : Since 1982

Hye Readers,



Semalam aku ade cakap nak buat entry mengenai rasionalisasi kenaikan tambang LRT dan Monorel. actually entry tu dah siap tapi aku postponed postingnya sbb untuk hujung minggu ini aku belum lagi buat ruangan untuk Blogger Buzz aku.

Kalau minggu lepas aku cerita pasal seorang blogger perempuan bernama Licha, untuk minggu ini aku tukar kepada blogger lelaki pulak. Blogger kali ini aku hanya mengetahuinya dengan nama The Malay Male, even dalam profile pun beliau menggunakan nama yang sama.

Aku rasa dah lama gak aku mengikuti perkembangan blog beliau ini. Kalau korang pergi ke blog dia, mungkin korang akan rasa blog dia paling simple yang seorang blogger boleh buat. Tapi apa yang lebih menarik tentang blog beliau adalah entrynya.

Setiap entry ditulis dengan bahasa yang simple dan amat mudah difahami. dan entry yang ditulis juga adalah entry yang random about benda di sekeliling kita atau disekelilingnya. Normally entry dia pendek-pendek jer tapi jangan pandangan ringan pada penulisanya kerana walaupun entry dia pendek tapi mesej yang disampaikan jelas dan kadang-kadang mendalam.

Secara peribadi tak banyak yang aku tahu mengenai dia, tapi yang aku tahu dia adalah seorang suami dan bapa kepada seorang puteri bernama Aina yang baru dilahirkan pertengahan tahun ini.Seperti aku, beliau juga mempunyai kerja tetap dan mungkin disebabkan komitmen kepada keluarga dan kerjaya, jarang brader ini update entry.

Kepada peminat Chelsea, korang sudah pasti mahu mengikuti blog ini kerana selalu jugak dia update pasal result or perkembangan game Chelsea. Jadi itu serba sedikit antara benda yang aku mampu cerita pasal blogger ini.

Seperti biasa jika ada fakta atau pandangan aku yang salah mohon dibetulkan. Kepada mereka yang sudah follow The Malay Male nie, kalau ade ade benda yang nak tambah jangan malu-malu untuk lontarkan pandangan anda di ruang komen. 

Regards,
-Strider-

Saturday, December 14, 2013

1302 - Perkembangan Sebenar NFA Untuk Kes Adi Putra

Hye Readers,


Semalam Adi Putra telah mengumumkan dalam satu sidang media yang beliau bebas daripada pertuduhan beliau terhadap berkaitan skandal beliau baru baru ini yang dikatakan melibatkan Noraida Abd. Mutalib yang juga seorang isteri kepada ahli perniagaan di Johor selepas polis mengklasifikasikan kes skandal beliau sebagai No Further Action (NFA)

Dalam kenyataan yang sama kepada media, Adi Putra menegaskan yang kes ini sudah selesai dan tidak ada kene mengena lagi dengan dirinya selain meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan dirinya lagi dengan skandal ini.

Di dalam sidang media berlainan, Suami kepada wanita tersebut, Amiruddin Othman mendakwa pegawai penyiasat kes ini iaitu Inspektor Fergie anak Din adalah tidak telus dan berat sebelah. Gambar yang ditunjukkan oleh Amiruddin di atas menunjukkan bahawa Adi Putra telah bertemu dengan pegawai tersebut.


Melalui akbar mStar Online Peguam Amiruddin iaitu Muhamad Hasif Hassan berkata, pegawai penyiasat wanita kes tersebut Inspektor Fergie Anak Dim dari balai polis di Johor dipercayai tidak telus menyiasat kes tersebut dan mereka telah membuat aduan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat terhadap pegawai itu bagi membolehkan pihak polis melantik pegawai penyiasat baru

Hasil daripada comparing beberapa artikel baru aku tahu melalui ondscene.my yang tindakan NFA diambil ke atas Adi Putra adalah kerana pegawai peyiasat kes terbabit mendapati terdapat unsur "Suka Sama Suka" dalam kes tersebut. 


Tapi dalam banyak-banyak gambar sidang media mereka berdua gambar dari Oh Bulan yang nie paling win sekali...hahaha..Jangan kata Adi Putra jer, kebanyakkan lelaki akan terpikir nak "try" kalau Noraida pakai macam tu. Mungkin ade asasnya juga laporan pegawai penyiasat tersebut.

Namun masing-masing ade hak untuk mempertahankan kes mereka. Selagi ia tak melanggar undang-undang, i think Amiruddin has the right to defend her wife, walaupun mungkin isterinya juga turut bersalah dalam hal ini. Aku suka berpegang kepada ayat "it take two to tango" dalam kes-kes macam ini.

Untuk next entry aku akan give a better perspective mengenai kenaikkan tambang LRT & Monorel yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Aku tahu ramai yang tak setuju dengan kenaikkan itu tetapi.....tunggu jer laa nanti aku cerita.

Regards,
-Strider- 

#1301 - Special Giveaway By Afiqah

Hye Readers,

Selamat berhujung minggu semua. Aku dapat rasakan yang aku tak mampu nak buat entry sebelum tengah hari jadi aku tinggalkan korang dengan autopublish GA.Kali ini



GA kali ini bertajuk Special Giveaway By Afiqah dan kalau korang semua nak join, silalah klik banner di atas untuk mengetahui syarat-syaratnya. Banyaknya hadiah yang disertakan dan kalau nak tau dengan lebih lanjut sila klik sini

Regards,
-Strider-


Friday, December 13, 2013

#1300 - Proton Accord Yang Hampeh

Hye Readers,

Entry kali ini aku tulis secara santai sikit sebab aku nak condemn Proton Perdana yang baru. Untuk makluman korang, semalam telah berlangsung satu upacara penyerahan Proton Perdana yang baru kepada YB Perdana Menteri kita tapi aku lebih suka menggelarkannya Proton Accord. 



Mengapa aku panggil dia Proton Accord adalah kerana mengikut apa yang aku baca dari laman web Paultan, Proton Perdana ini adalah berdasarkan generasi Honda Accord yang sebelumnya dan seperti Honda Accord, Proton Perdana ini boleh didapati sama ada dengan enjin 2.0 liter dan 2.4 liter, kedua-dua diperoleh daripada Honda

Sebenarnya aku tak tahu apa development yang Proton dah buat sepanjang 30 tahun company ini ditubuhkan. Sebenarnya ia sesuatu yang memalukan sebab lepas 30 tahun, Proton masih lagi amik model yang orang lain tak nak pakai dan brand dengan nama mereka.

Proton tak ada design team sendiri ke untuk design kereta sendiri? Kemana hilangnya duit Research & Development (R&D) yang kerajaan bagi selama ini? Adakah ini hasil terbaik yang proton dapat? Akhbar The Star pada tahun 2011 (klik sini) melaporkan yang Proton mengeluarkan budget sebanyak RM90 & RM100 juta setahun untuk projek R&D

Kalau ade sesiapa kerja proton terbaca entry ini, aku minta maaf laa, aku bukan nak condemn korang tapi lebih kepada higher management korang. Aku faham perasaan staf-staf biasa Proton. Mereka hanya mengikut arahan.

Itu jer laa bebelan aku hari ini. Aku tak dapat bayangkan apa jadi dengan Proton andaikata kerajaan stop amik kereta Proton sebagai kereta rasmi kerajaan.

Regards,
-Strider-

#1299 - Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? by AkuPenghibur.com

Hye Readers,


Hari ini aku akan menjalani satu lagi training. jadi aku tinggalkan korang semua dengan satu auto published entry yang merupakan satu segmen dari blog Aku Penghibur. Nanti dah sampai rumah baru aku submit entry untuk segmen ini. 

Ini merupakan satu segmen yang menarik kerana dia suruh aku bercerita kenapa aku jadi blogger, Since hampir 3 tahun dah aku blogging secara serius, jadi aku akan pecahkan entry ini mengikut tahun.

Tahun Pertama.
- Aku register dengan blogger sebab lepas aku pasang internet aku dah tak tahu apa nak surf selain daripada facebook dan twitter. Untuk memaksimakan penggunaan internet, jadi aku mula laa register blog atas nama Striderbuzz. Target aku ialah supaya blog aku dapat bertahan selama 6 bulan.

Tahun Kedua.  
Setelah berjaya mengharungi tahun pertama.tahun kedua aku lebih mula fokus kepada menjadikan blog aku sebagai satu blog yang standard. Tahun kedua juga merupakan tahun dimana aku lebih banyak mengumpul tips dan juga mempelajari sesuatu dari meka yang lebih berpengalaman. 

Tahun Ketiga.
Ini merupakan satu tahun dimana aku kurang berblogging pada awal tahun kerana mempunyai komitmen di tempat lain.Tapi setelah set personal target akhirnya aku berjaya mengimbangi komitmen aku dan juga blogging at the same time.

Itu itulah secara ringkas tentang 3 tahun pengalaman aku menjadi blogger, tetapi kenapa aku menjadi blogger? Ia bermula daripada suka-suka yang bertukar kepada mempelajari sesuatu dan akhirnya menjadi sesuatu yang aku minat.

So kepada korang yang nak join segmen ini jangan lupa untuk klik banner diatas dan cepat-cepat buat entry. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Disember 2013. Dan segmen ini juga menyediakan hadiah seperti berikut: 

Hadiah

1 Blog Akan di Review Akupenghibur.com
10 pemenang Set Sarung Bantal Dan Sarung Tisu oleh
wirdaamir-world.blogspot.com
10 pemenang fridge magnet oleh dakuamatmenyintaimu.blogspot.com
2 X RM 5 Top up

Regards,
-Strider-

Thursday, December 12, 2013

#1298 - Felixia Yeap: Model Playboy Yang Kini Bertudung.

Hye Readers,


Seorang model playboy Malaysia Felixia Yeap berkata yang dia mempunyai benda lain yang berharga daripada mempertontonkan tubuh badanya. Itu antara kenyataan yang dipetik dalam satu artikel Star Online hari ini.

Ia merupakan satu artikel yang menarik dimana mengikut dunia modelling pencapaian  Yeap 26, boleh dikatakan baik selepas dia merupakan rakyat Malaysia yang ketiga berjaya dipilih untuk menghiasi majalah Playboy Philipines.

Yeap dikatakan kesal kerana kerjaya modelingnya dia telah  disalahgunakan oleh sesetengah orang yang hanya mencari dirinya untuk diajak keluar mencari keseronokan atau berhibur dan bukannya sebagai calon isteri untuk dikhawini.

Namun segalanya berubah apabila dia menjadi salah seorang model berhijab beberapa bulan yang lepas, dia mula merasakan yang dirinya dilindungi, bebas, dan juga selamat. Sejak beberapa minggu yang lepas Yeap telah memuatnnaik gambar dirinya memakai hijab di la Facebook pages beliau yang kini  mempunyai lebih daripada 148,000 likes.


Walaupun Yeap selesa untuk berhijab dan menjadi model untuk pakaian muslimah, namun dia menegaskan yang dia belum lagi memeluk agama islam dan masih kekal sebagai seorang "free thinker". Tetapi dia mengakui jika agama boleh menunjukkannya keindahan dalam kehidupan, mengapa tidak dia cuba untuk memahaminya? 

Untuk meneruskan hidup Yeap masih lagi menerima kerja modelling yang berbentuk "sexy" tetapi sekarang dia lebih berhati-hati dalam menerima sebarang tugasan. Untuk makluman korang  Yeap belum pernah berbogel untuk sebarang majalah.

So itu jer la cerita mengenai Felixa Yeap yang boleh aku ceritakan kat sini. Kalau korang nak baca lebih lanjut pasal kisahnya, korang boleh pergi membaca entry blog peribadi beliau yang bertajuk "The Truth Behind My Hijab".

Regards,
-Strider-


#1297 - Justin Bieber Gantikan Paul Walker Dalam Fast & Furious 7

Hye Readers,


Adakah Justin Bieber akn menjadi pengganti Paul Walker dalam  filem Fast and Furious 7  yang akan datang? Itu antara apa yang aku baca di beberapa media Hollywood (klik sini). Universal Studio sedang meneliti shot yang pernah dilakukan oleh Paul Walker dan masih mencari di scene yang mana mereka harus mematikan character Brian O'Connor

Justin Bieber juga dilaporkan mendapat sokongan dari rakanya Ludacris yang merupakan salah satu daripada pelakon FF7. Walaupun aku rasa Justin Bieber sudah nampak lebih matang sekarang tetapi aku tidak yakin tentang isu ini. 


Sebuah thriller palsu mengenai FF7 juga telah tersebar dimana ia menampilkan Justin Bieber didalam itu. Mengikut laporan Hollywood Life video tersebut telah dibuat sebelum kematian Paul Walker yang menguatkan lagi khabar angin ini. Video ini juga telah dimuatnaik pada 2 Julai 2013 iaitu 4 bulan sebelum Paul Walker menemui ajal.



Secara jujurnya aku tak tahu sejauh mana kemampuan Justin Bieber dalam bidang lakonan ini. Setakat ini masih tidak ketahui adakah Justin Bieber akan membawa watak Brian O'Connor atau dia akan melakonkan watak baru. Aku rasa kalau dapat pun dia elok jadi watak adik Brian O'Connor.

Sebenarnya aku sendiri tak tahu siapa yang layak untuk gantikan watak Brian O'Connor ini. Hopefullt Universal Studio akan mematikan watak terbabit dan menggantikan dengan watak yang lain. Watak Brian O'Connor itu memang susah diganti.

So bagi mereka yang minat filem nie, adakan pemilihan Justin Bieber itu sesuai??kalau tak siapa agaknya yang sesuai untuk membawa watak sebagai seorang pelumba haram ini?

Regards,
-Strider-

Wednesday, December 11, 2013

#1296 - Jom Join Simple Giveaway by Licha

Hye Readers,


Kepada mereka yang ade mood nak join GA, jom join Simple Giveaway by Licha. Kalau korang perasan last wek aku ade buat entty pasal Licha dalam ruangan Blogger Buzz. Kenapa aku nak suruh korang join GA nie? Kerana aku merupakan salah satu sponsornya...hahahaha

So apa yang korang kena buat untuk join GA nie?


Syarat Mudah Penyertaan
*warganegara Malaysia & Mempunyai blog
*Follow blog & Like FB page penganjur dan sponsor

Follow blog: 
Licha | Azlan  | Rawlins | Syira | Raudzah

Like FB page:

Buat entry bertajuk : Simple Giveaway by Licha
*Klik satu iklan
*Tampal banner diatas dan backlink ke entri ini.

Wah.. simple bukan?. Ada 15 hadiah ditawarkan yang bernilai lebih RM300 ringgit. dan pemilihan pemenang ialah dengan menggunakan kaedah random maka semua orang berpeluang untuk menang :)

Hadiahnya pula ialah


TOP Referral :
Rm 30 x1

So apa yang korang tunggu lagi??Jemput la join GA ini disamping berpeluang untuk memenangi hadiah. Tapi aku sendiri tak join laa GA nie sebab tak layak.hehehe

On other note, aku juga ade beberapa GA/Segmen yang aku nak join nie. hopefully dalam masa terdekat nie aku dapat join sebab hari ini kesihatan aku tidak mengizinkan. 

Regards,
-Strider-

Tuesday, December 10, 2013

#1295 - Review Filem: Captain Philips

Hye Readers,



Alhamdulillah berakhir sudah training aku selama 2 hari bermula hari isnin yang lepas. Facilitator dia agak menarik kerana pernah bekerja dengan Sunway dan MAS, so banyak jugak laa aku belajar macam mana Sunway naik dan kenapa performance MAS semakin menurun.



Entry aku kali ini adalah untuk memenuhi hajat bro SM Botak kita yang mintak aku review filem Captain Philip yang aku tengok last weekend. So aku akan review sikit pasal filem ini berdasarkan pendapat aku.

Aku rasa tak perlu aku cerita pasal sinopsis dia sebab info tu berlambak dalam internet. Tapi secara ringkasnya filem ini mengisahkan tentang usaha menyelamat Captain Philip yang telah diculik oleh lanun Somalia ketika berada di tengah lautan.

Captain Philip ini merupakan sebuah cerita "true event" dimana kejadian itu benar-benar berlaku dan diceritakan semula.Basically 90% cerita ini dekat atas laut tetapi disebabkan citernya diolah dengan baik maka cerita ini tidak memboringkan.

Lakonan Tom Hanks dalam cerita ini amat baik sekali, dan aku rasa ini memang watak-watak yang sesuai denganya. Satu sebab kenapa korang kena tengok cerita ini adalah sebab korang kena tahu betapa susahnya nak menyelamatkan nyawa seseorang ditangan 4 orang lanun.

Kalau dalam cerita-cerita lain Navy Seal nie senang jer nak tembak orang, tapi disebabkan ia merupakan kisah benar jadi mereka kena cerita betapa payahnya sebenar usaha itu. Tidak senang seperti yang kita tengok dalam filem-filem Hollywood lain.

So far citer ini menarik untuk korang tengok. Kalau korang meminati lakonan Tom Hanks aku rasa korang mungkin tidak kecewa. Bagi aku filem ini best walaupun ade cerita lakonan Tom Hanks yang bagi aku tak best seperti Castaway. 


p/s: Aku ade sponsor hadiah giveaway untuk korang. kalau nak tau sila klik sini

Regards,
-Strider-