Thursday, October 31, 2013

#1213 - Pak Guard Merompak Lagi

Hye Readers,

Pak guard rompak lagi ( dibaca seperti tora datang lagi). Kejadian kali ini berlaku di sebuah kedai emas yang terletak dalam sebuah pusat membeli belah Festival City. Mujur dalam kejadian kali ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



Mengikut laporan yang aku baca kat Harian Metro pengawal keselamatan bersenjatakan pistol itu melarikan sedulang barang kemas yang dianggarkan bernilai RM100.000 dan melalui berita di radio pula, pengawal keselamatan yang berasal dari sabah itu dikatakan menggunakan kad pengenalan palsu.

Laporan juga menyebut, lelaki berusia 30-an dan berpakaian seragam pengawal keselamatan itu mengarahkan seorang staf untuk keluarkan sebuah dulang barang kemas dan melarikan diri ke arah aras bawah tanah dipercayai untuk mengambil motosikalnya. 

Nampaknya kes ini hampir serupa dengan kes rompakkan bank baru baru ini. Dalam rompakkan tersebut, seorang pegawai bank telah maut ditempak oleh pengawal keselamatan bank tersebut. Semoga penjenayah tersebut dapat diberkas dengan segera.

Regards,
-Strider-

#1212 - Identiti Sebenar Lana Nordin Sebenar Dibongkar

Hye Readers,

Dalam entry-entry aku yang lepas, aku ade bertanya mengenai siapa sebenarnya Lana Nordin nie yang sebenarnya. Mengikut web Beautiful nara dia ini merupakan seorang pelakon. Aku turut bertanya soalan yang sama dekat facebook aku.



Dan hasil daripada siasatan awal dan menyeluruh ke atas identiti Lana Nordin ini, saya mendapat maklum balas yang amat positif. Berikut merupakan pendedahan yang aku nak kongsi bersama korang semua: - 

Dari rakan-rakan facebook


Dari rakan rakan blogger


Kesimpulannya Lana Nordin ini hanyalah seorang pelakon yang terkenal dengan imej seksi tanpa orang ingat filem/drama yang dibintanginya. Walaubagaimanapun dia merupakan seorang finalis "Pelakon Pembantu Terbaik" FFM..

Semoga dia sukses dengan bidang yang diceburinya. Semoga suatu hari nanti dia akan menang anugerah "Pelakon Wanita Terbaik" ataupun "Pelakon Wanita Popular". Kes ditutup.

Regards,
-Strider-

#1211 - Diskriminasi Terhadap Penyokong Bolasepak Malaysia

Hye Reader,

Hujung minggu ini merupakan perlawanan akhir Piala Malaysia diantara 2 jaguh pantai timur iaitu Kelantan dan Pahang. Aku sebenarnya tak menyokong mana-mana pasukan sebab aku penyokong Selangor tapi melalui apa yang aku baca di facebook Malaysia Football Team amat mengejutkan.


Ia mengisahkan 2 orang adik beradik (gambar) yang mendakwa sistem pembelian tiket yang diguna pakai oleh Persatuan Bolasepak Pahang (PBP) memerlukan pembeli menunjukkan bukti (kad pengenalan) bahawa pembeli adalah anak jati negeri tersebut.

Lebih mengejutkan, melalui perkongsian gambar yang sama, seorang lagi pengguna facebook telah memuat naik satu screenshoot yang menunjukkan terdapat kouta tiket telah dipolitikkan oleh pihak tertentu.



Isu-isu sebegini sepatutnya ditangani oleh oleh FAM sebagai bolasepak induk Malaysia. Pemberian tiket secara pukal harusnya dikawal supaya takyat-rakyat marhean (macam aku ini) tidak rasa tertindas. Semalam Menteri Belia dan Sukan telah mengarahkan FAM untuk memberi penjelasan tentang kehabisan tiket dalam masa 15 minit apabila mereka dijual.

Regards,
-Strider-

#1210 - Tingkatkan Trafik Melalui Facebook

Hye Readers,

Facebook merupakan salah satu social network yang popular di Malaysia ini. Sebagai seorang seorang blogger pengunaan facebook boleh membantu anda mendapatkan trafik yang lebih tinggi.Facebook terdapat banyak group-group blogger yang membolehkan anda berkongi entry terbaru anda.

Untuk kali ini saya akan share kepada korang 6 group facebook yang sering aku gunakan untuk share entry-entry terbaru dan juga menjadi medium untuk aku blogwalking. Kalau korang berminat nak join, silalah klik pada link yang aku sertakan. Antara group-group tersebut ialah:-

Kelab Blogger

Kelab Blogger Ben Assahari



Kelab Blogger Belia

Kelab Blogger Hasrul Hassan


Aku Blogger
Aku Blogger


Blogger Area (ini tempat K.I.T.A semua)

Blogger Area



Sembang Blogger


Komuniti Blogger ( Header group ini tidak disertakan) 

Komuniti Blogger


Itu antara 6 group facebook yang sering aku gunakan untuk share entry-entry aku yang terbaru. Aku rasa banyak lagi group-group facebook yang aku tak nyatakan disini dan kalau korang ade group facebook yang korang nak share silakan tinggal diruangan komen.

Regards,
-Strider-

Wednesday, October 30, 2013

#1209 - Tutorial Pendekkan Entry Link

Hye Readers,

Tadi aku sempat bertanya kepada blogger +HASRUL HASSAN  tentang cara untuk pendek atau tukar url entry. Sebenarnya url yang pendek akan nampak lebih kemas daripada urk yang panjang.Tajuk URL biasanya akan dipotong secara automatik bila taju entry korang panjang sangat..Contohnya:

Tajuk : [HOT ITEM] Jersi Away Liverpool Hitam Terus Dari Anfield Code 41123
URL : www.striderbuzz.blogspot.com/2013/13- hot-item-jersi-away.html

Kalau kita tengok url kan nampak macam tak berapa nak comel. Jadi dengan funggi edit url, korang boleh letak URL korang menjadi seperti ini :- 

Tajuk : [HOT ITEM] Jersi Away Liverpool Hitam Terus Dari Anfield Code 41123
URL:  www.striderbuzz.blogspot.com/2013/13- jersey-liverpool-hitam-away.html.

Kalau korang rasa nak edit url tu menjadi tajuk yang lebih pendek korang boleh gunakan function "link" yang berada di belah kiri korang itu. Kalau rasa tak berapa pasti, sila rujuk gambar yang bro +HASRUL HASSAN  beri ini.



Aku sebenarnya tak berapa sure sama ada benda ini memberi kelebihan dari segi pencarian engine tapi yang aku tahu ia memberi kelebihan kepada mereka yang ada blogshop. Berpandukan contoh yang aku beri bayangkan kalau anda boleh bagi URL terus tanpa merujuk kepada entry kerana url itu pilihan anda.

Regards,
-Strider-

#1208 - Siapa Sebenarnya Lana Nordin

Hye Readers,

Lana Nordin, Artis Seksi,
Credit: Beaufiful Nara
Izinkan aku membawa satu gosip murahan yang aku baca kat blog Beautiful Nara tadi. Ia mengenainya statement seorang pelakon yang bernama Lana Nordin Lahar. Sebenarnya aku sendiri tak kenal ngan dia nie. Mungkin disebabkan aku jarang tengok TV kot.

Dalam artikel tersebut Lana dikatakan sentap kerana komen ‘berlakon tidak ke mana, berlagak jer lebih’ oleh seorang peminat. Lana juga mencabar peminatnya supaya berlakon dan dia seakan berbangga dengan pencapaian Top 5 Pembantu Pelakon Terbaik FFM.

Lumrah jadi artis laa, ade yang suka dan ade yang tak suka tapi kalau Lana rasa berbangga dengan pencapaian yang dia ade sekarang terpulang laa pada dia. Sebagai pelakon aku rasa tindakkan itu kurang bijak kerana ia hanya mengundang kontroversi yang tidak baik.

Apa-apa pun Beautiful Nara telah berjaya membuatkan aku notice ade seorang pelakon bernama Lana Nordin nie. cuma yang aku tak tahu filem/drama apa yang dia berlakon??ade sesiapa tahu?

Regards,
-Strider-

#1207 - Jangan Hukum Mereka Yang Tidak Bersalah

Hye Readers,

Baru baru ini FB milik pak guard yang kejam membunuh seorang pegawai bank telah berjaya di dedahkan. Melalui fb itu juga banyak gambar-gambar suspek yang lebih jelas telah berjaya diedarkan. Secara jujurnya aku menyokong tindakkan menyebar gambar suspek supaya kita tidak lupa akan wajahnya itu.

Entry ini berkait rapat dengan entry aku beberapa minggu lepas tentang Keghairahan Menyebarkan Maklumat oleh masyarakat. Melalui pendedahan FB itu juga ramai blogger telah memuat naik gambar suspek dan keluarganya termasuk anak-anaknya.

Benda ini juga menjadi perhatian blogger terkenal Ben Asaahari yang seakan tidak bersetuju dengan penyebaran gambar kanak kanak tersebut melalui FB miliknya.  Aku bersependapat dengan Ben dalam isu ini kerana aku merasakan kanak-kanak itu tidak bersalah dan yang bersalah ialah bapanya.



Ada yang berpendapat penyebaran gambar itu perlu sebagai pengajaran kepada penjenayah lain supaya tidak melakukan jenayah kalau mereka sayang pada keluarga. Ade juga yang percaya penjenayah itu akan menyerah diri apabila butiran keluarganya tersebar.

Bagi aku tindakkan sebegitu tidak mendatang apa-apa makna. Aku sendiri tidak pernah melihat polis menyebarkan gambar-gambar keluarga suspek dalam usaha mereka untuk memburu mana-mana penjenayah.Kalau tak percaya pergi lawat laman web rasmi polis.

Anak kepada suspek itu masih kecil dan tidak memahami apa-apa pun. Kenapa kita perlu memberi tekanan pada kanak-kanak tersebut. Jangan biarkan mereka dihukum atas kesalahan bapa mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Pendek kata kita sebagai seorang blogger harus tahu akan etika untuk menyebarkan maklumat. Aku yakin pihak polis sedang berusaha keras untuk memburu penyenayah itu. Kita sebagai masyarakat boleh membantu dengan memberi maklumat jika ternampak kelibat penjenayah ini.

Regards,
-Strider-

#1206 - 101 Cara Memperbodohkan Orang

Hye Readers,


Funny, Fooling,

Wordless Wednesday...hehe :D


Regards,
-Strider-

Tuesday, October 29, 2013

#1205 - 10 Tanda Suami Curang

Hye Readers,

Suami, Curang

Sebenarnya aku takde idea nak publish entry untuk malam nie. Jadi aku amik keputusan nak republish entry tahun 2011 daripada blog aku yang lagi satu (Klik Sini). Entry ini pun daripada koleksi email aku yang dulu dan aku hanya meyampaikan balik..Antara 10 tanda suami korang curang ialah :

1) Banyak email atau urusan yang perlu diselesaikan di luar waktu pejabat terutamanya ketika hujung minggu,

2) Mula menjawab panggilan di luar rumah atau bilik yang berasingan.

3) Mula membawa phone kemana sahaja dia berada. Kalau dulu dia berjogging boleh tinggalkan phone kat rumah tapi sekarang dah tak boleh. Itu nak kena jaga-jaga

4) Semakin kerap menjalankan business trip dan lebih mencurigakan apabila dia tak ingat butir-butir mengenai meeting yang lepas seperti di mana tempatnya, bila dia keluar dan dengan siapa dia berjumpa.

5) Bila dia berada di luar untuk business trip, dia tidak membalas pesanan atau angkat phone sebaliknya hanya menjawab atau membuat panggilan kepada anda pada waktu malam,

6) Dia mungkin berminat dengan seks tapi tidak romantik seperti dulu ( Ini aku tak nak ulas sebab aku pun tak kawin lagi) hehe

7) Dia semakin kurang berminat untuk meluangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan.

8)  Secara tiba tiba, dia tak suka kepada masakkan korang, tak suka dengan citarasa muzik atau restoran korang dan tidak suka kepada sebarang aktiviti yang korang cadangkan.

9) Semakin kerap marah-marah atau angin tak berapa baik walaupun ia berpunca dari kesalahan kecil.

10) Dia tidak mahu berbicara tentang masalah yang melanda diri dan sering menjadikan masalah pejabat sebagai alasan untuk tidak bercerita mengenainya.

Secara dasarnya itu mungkin 10 tanda-tanda suami korang curang. Tapi jangan laa disebabkan satu tanda yang aku mention korang terus pergi tuduh suami korang curang pulak. Seelok eloknya korang berbincang jika ada masalah yang melanda.

Ade apa-apa yang nak tambah atau ade yang korang tak setuju? Benda ini sebenarnya subjektif, jangan risau. Lontarkan pendapat anda untuk kebaikkan semua.

Regards,
-Strider-

#1204 - Diskriminasi Pizza Hut Terhadap OKU

Hye Readers,

Pizza Hut, Disable, Discrimination
Pic Source : Petpositive
Ini merupakan salah satu daripada berita yang agak mengejutkan aku tadi. Sebagai salah satu negara pesat membangun kejadian ini tak seharusnya berlaku. Apa yang aku nak cerita ini adalah kejadian yang menimpa seorang warga kurang upaya yang dilarang untuk makan tengah hari di sebuah restoran makan segera terkenal iaitu Pizza Hut.

Anthony Thanasayan yang juga merupakan majlis untuk Petaling Jaya dan juga seorang aktivis hak-hak orang kurang upaya dikatakan datang ke premis Pizza Hut Midvalley untuk makan tengah hari namun ia dilarang masuk oleh pengurus restoran Pizza Hut tersebut atas sebab dia seorang kurang upaya.

Mengikut apa yang aku baca dari blog PETPOSITIVE pengurus restoran tersebut mendakwa mereka mempunyai polisi yang jelas tidak mengalu-alukan pelanggan di kerusi roda  atas arahan "Area Manager" mereka.


Pizza Hut sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini melalui laman FB rasmi mereka dan berjanji akan menyiasat punca sebenar kejadian ini. Mereka juga akan bertemu En Anthony bagi menyelesaikan masalah ini.

Jadi buat masa sekarang nie aku menyeru supaya semua orang memboikot Pizza Hut buat sementara waktu sehingga perkara ini betul-betul dijelaskan oleh mereka. Siapa yang ade boucher percuma Pizza Hut boleh redeem cepat-cepat.

Regards,
-Strider-

Monday, October 28, 2013

#1203 - 5 Perkara Asas Sebelum Temuduga

Hye Readers,

temuduga, interview


Dekat-dekat hujung tahun nie ada yang pergi temuduga cari keje lain tak? Ada ke student-student yang baru lepas konvo dan ingat nak cari kerja sebelum sambung belajar lagi? Pendek kata kalau ade orang yang nak pergi temuduga kali ini aku nak bagi tips-tips utk menghadiri temuduga.

Sebenarnya temuduga nie berbeza mengikut jawatan atau kerja apa yang nak dipohon. jadi tidak ada tips yang khas untuk temuduga nie. Walaubagaimanapun sebelum menghadiri temuduga ade beberapa perkara asas yang boleh dijadikan panduan. Berikut merupakan 5 perkara asas sebelum sesi temuduga:-

Sediakan Dokumen Sebelum Tidur.
- Aku nasihatkan sebelum korang tido malam tu, pastikan semua dokumen seperti sijil, photostat IC, gambar etc telah disediakan supaya tiada barang yang tertinggal. 

Pakaian Yang Sesuai.
 - Ini satu temuduga dan bukannya aktiviti sosial jadi pastikan korang memakai pakaian yang sesuai. Ini akan memberi tanggapan pertama tentang personaliti korang.

Datang Awal
- Pastikan korang datang awal sekurang-kurangnya 15 sebelum waktu temuduga. Adalah dinasihatkan supaya korang survey dimana pejabat tempat anda temuduga itu supaya esok tak terlambat hanya sebab nak mencari bangunan yang mana.

Bersedia Dengan Soalan Popular
- Ceritakan tentang pekerjaan awak sekarang, Apa kelebihan anda, Apa kelemahan anda, Bagaimana anda boleh menyumbang lebih kepada syarikat. Apa yang anda tahu mengenai syarikat kami.. Itu merupakan beberapa soalan yang popular jadi bersedialah untuk menjawab.

Jawab Dengan Tenang.
- Ini bukan kuiz jadi tiada masa diperuntukkan untuk korang jawab soalan. Jadi tak perlu nak cakap laju-laju sebab belum tahu penemuduga itu boleh tangkap apa yang korang cakap. Jawab soalan perlahan-lahan tapi pastikan mesej itu jelas.

Jadi, itulah antara 5 perkara asas yang korang kena buat sebelum menghadiri temuduga. Anyway jika yang membaca entry ade temuduga dalam waktu yang terdekat ini "Good Luck" aku ucapkan kepada korang. Keep Calm & Just Be Yourself. 

Regards,
-Strider-


#1202 - Kebahagiaan Boleh Dibeli

Hye Readers,

Happiness, Kebahagiaan


Kebahagiaan boleh dibeli? Adakah korang bersetuju dengan kenyataan itu? Sebenarnya isu ini satu isu yang subjektif tapi tak bermaksud kita tak boleh bincangkan dekat sini. Semalam aku ada terbaca tweet dari seorang gadis yang menyatakan walaupun dia bukan meterialistik tetapi dia merasakan yang kemewahan/kesenangan itu sebenarnya membantu dalam mencapai kebahagiaan.

Sebenarnya isu macam ini bergantung kepada definasi kita tentang maksud "kebahagian " itu sendiri. Andai kata kita diberi pilihan untuk berbulan madu di Paris atau di Langkawi  dengan pasangan kita, mana satu membuatkan korang bahagia? adakah itu membuat anda gembira atau bahagia? ade perbezaan dekat situ.

Pada pendapat aku, kebahagiaan itu tidak boleh dibeli dengan apa jua nilai. Kemewahan mungkin memberikan kita kegembiraan tapi belum tentu ia mampu menjamin kebahagian. Kalau kebahagiaan kita pun boleh dibeli, apa lagi yang tinggal untuk diri kita?

Tetapi sekiranya kita memang ditakdirkan tidak bahagia, maka aku bersetuju jika orang mengatakan lebih baik kita menangis dalam kereta BMW daripada menangis atas basikal. Apa pendapat korang pulak? bersetuju atau tidak? atau mungkin ade benda yang nak ditambah.

Regards,
-Strider-

#1201 - INTI Rebrading Campaign

Hye Readers,

INTI Universiry

Kali ini aku nak share mengenai CPUV Nuffnang yang aku baru terima baru baru ini. Ia mengenai INTI rebranding campaign. INTI University merupakan salah satu punsat pengajian swasta yang agak terkenal di Malaysia ini.

INTI juga menawarkan pendidikan bertaraf dunia pada harga yang berpatutan. Kemudahan yang lengkap di seprerti Auditoriom, Makmal komputer yang menggunakan barang MAC, 11 kelas yang interaktif media, perpustakaan dan banyak lagi.

Bagi mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran, korang boleh look INTI University sebagai salah satu pilihan anda. Mereka juga menawarkan bantuan kewangan dari PTPN, Skim Easy Payment, bantuan KWSP dan lain-lain. Sila klik iklan tersebut jika anda berminat untuk menyambung pelajaran anda.

Regards,
-Strider- 

#1200 - Filem Review : The Reluctant Fundamentalist

Hye Readers,

The Reluctant FundamentalistFilem The Reluctant Fundamentalist ini merupakan salah satu filem GSC International Film. Aku tak berapa sure nak describe ketegori yang macam mana tapi berdasarkan daripada website GSC, Filem International Screen ini merupakan filem-filem non mainstream yang memenangi beberapa anugerah.

Filem ini dibintangi oleh pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Riz Ahmed (Changez) , Kate  Hudson (erica) , Liev Schreiber (Bobby)  dan Kiefer Sutherland (Jim Cross). I mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki muslim yang berubah selepas kejadian 9/11 yang melanda Amerika Syarikat.

Filem ini teknik frame iaitu berkisarkan suatu petang di sebuah kedai kopi di Lahore Pakistan antara Changez dan seorang wartawan bernama Bobby. 

Changez telah dituduh terlibat dalam satu kes penculikan seorang pensyarah sebuah Universiti di Lahore. 80% cerita ini berkisarkan flash back tentang kehidupan Changez dalam usaha wartawan itu mendapatkan maklumat mengenai pernculikan tersebut.

Overall cerita ini not bad dan agak menarik, bergantung kepada genre filem yang korang suka. Jalan ceritanya tidak terlalu berat dan tidak terlalu straight forward. Kepada mereka yang rasa nak tengok korang boleh ke pawagam GSC Mid Valley, 1 Utama, Gurney Plaza and Pavilion kerana International screen hanya ditayangkan di tempat tersebut.

Regards,,
-Strider-

Friday, October 25, 2013

#1199 - Perkembangan Terkini Bajet 2014

Hye Readers,



Hari ini Dato Seri Najib Tun Abdul Razak akan membentangkan #Budget2014. Bertemakan Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji. Ikuti pembentangan Budget 2014 anda disini.

* Perdana Menteri mengumumkan bonus sebanyak setengah bulan gaji bagi tahun 2013, dengan bayaran minimum 500 ringgit. Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal bulan Januari 2014.

* Secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi tiga ribu ringgit, akan menikmati bantuan sebanyak 700 ringgit.

* BR1M akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara tiga ribu hingga empat ribu ringgit dengan nilai bantuan sebanyak 450 ringgit.

* Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, nilai BR1M akan dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit.

* Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit dan ke bawah, akan ditingkatkan nilai bantuannya, daripada 500 ringgit kepada 650 ringgit.

* PR1MA pula akan menyediakan 80 ribu unit rumah dengan peruntukan satu bilion ringgit di mana harga jualannya adalah 20 peratus lebih rendah dari harga pasaran

* bagi meningkatkan akses pemilikan rumah pada harga yang berpatutan, dianggarkan sebanyak 223 ribu unit rumah baharu akan dibina oleh Kerajaan dan sektor swasta pada tahun 2014

* Harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing daripada 500 ribu ringgit kepada satu juta ringgit;
* Dana RM200 juta oleh SME Bank bagi kemudahan pinjaman untuk program pembangunan semula Tanah Rezab Melayu di kawasan strategik

* Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 akan dikuatkuasakan, tujuan yakinkan orang awam bahawa maklumat..

* Pemberian percuma alat bantuan sokongan Prosthesis luaran payu dara dan coli khas kepada pesakit kanser payu dara (RM1200/set)

* Kerajaan peruntuk RM1.9 bil pada tahun 2013 untuk membina 123,000 rumah mampu milik di lokasi-lokasi strategik seluruh negara

* Kerajaan akan menyediakan 50 buah Klinik 1Malaysia tahun depan
* Susbidi gula sebanyak 34 sen dimansuhkan berkuatkuasa esok 26 Oktober 2013

* Mengurangkan subsidi gula sebanyak RM0.34 pada 26 Oktober 2013

* RM8.8 bln diperuntuk kepada PDRM, RM13.2 bln ATM bagi mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan kesiapsiagaan anggota tentera

* Bantuan Persekolahan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah sebanyak RM100 dan juga  Baucher Buku 1 Malaysia (BB1M) diteruskan

* Apabila GST dilaksana, kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan semasa peringkat peralihannya seperti RM300 kpd penerima isi rumah BR1M dan juga pengurangan cukai Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan 1-3 mata peratusan utk semua pembayar cukai 

* GST tidak akan dikenakan bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik

* GST tidak akan dikenakan ke atas bekalan makanan asas seperti beras, gula, tepung minyak serta Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan

* Kerajaan cadang cukai jualan & cukai perkhidmatan dimansuhkan & digantikan dengan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST)

* Kerajaan akan mengstruktur semula kaedah pemberian subsidi secara berperingkat untuk memastikan hanya yang layak menikmatinya

* Mulai taksiran 2014, pembayar cukai tidak perlu kemuka borang nyata cukai pendapatan sekiranya berpuas hati bhw PCB dianggap cukai muktamad

* Berkenaan denga laporan audit negara baru-baru ini, Satu jawatankuasa khas yg dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara akan siasat & ambil tindakan tegas ke atas salah laku penjawat awam

* Skim Usahawan Pasar Malam dgn dana RM100 juta di bwh BSNvoice beri pinjaman mudah bantu peniaga pasar malam tampung kos niaga

* Bioeconomy Community Development akan bangunkan tanah2 terbiar melalui aplikasi bioteknologi & penanaman kontrak bg tambah pendapatan petani

* Kerajaan cadang insentif RM500 secara one-off kpd pencarum PRS dengan pelaburan minimum terkumpul RM1,000 dalam tempoh setahun

*Kerajaan akan tingkat sumbangan kpd Skim Persaraan 1 Malaysia (SP1M )sebanyak 10% berkuatkuasa 1 jan 2014, drpd 5%. Ini dijangka dpt tarik 30,000 pencarum baru

*Di Sabah & Sarawak, kabel dasar laut yg baru akan dipasang dlm tempoh 3 tahun dengan kos RM850 juta

* 1,000 pemancar telekomunikasi akan dibina dlm 3 tahun dgn pelaburan RM1.5 bln utk tingkatkan liputan internet luar bandar

* Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM2 bilion akan sediakan pinjaman mudah bagi biayai pembinaan infrastruktur & pembelian perlatan

* 8 Terminal penumpang di lapangan terbang antarabangsa Langkawi & lapangan terbang Kuantan juga akan dinaiktaraf

* RM312 juta diperuntuk menaiktaraf beberapa lapangan terbang termasuk Kota Kinabalu & Sandakan di Sabah, serta Miri, Sibu & Mukah di Sarawak

* Cadangan untuk membina Highway daripada Banting ke Taiping

*Kadar pengangguran bagi tahun Bajet 2014 dianggar pd hanya 3.1% manakala kadar inflasi kekal rendah pd 2% hingga 3%

*Kerajaan akan terus galak pelaburan di 5 Wilayah Koridor Ekonomi.

* DS Najib memulakan pembentangan dengan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberi mandat kepada BN untuk meneraju negara dalam PRU yang lepas.

Regards,
-Strider-

#1198 - Striderbuzz Dan Azlan Strider

Hye Readers,

Bukan senang nak uruskan dua blog dalam satu masa. Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak buat macam mana. Untuk makluman korang semua semalam aku baru lepas rebranding satu blog lama aku menjadi blog Azlan Strider. 

Blog Azlan Strider tu aku nak jadikan blog yang lebih santai dimana aku tak perlu terikat dengan pengunaan bahasa/ejaan yang 100 tepat. Blog ini akan still menjadi blog utama aku dan buat permulaan ini aku akan cuba untuk update satu entry sehari dekat blog baru tu.

Aku ade bercadang dari hari itu nak kemaskan bloglist aku kat sini tapi sampai sekarang lagi tak buat-buat..Insyallah nanti saya akan update balik blog list kat sini..

Dalam kes berasingan, petang Perdana Menteri akan mengumumkan budget untuk 2014. Insyallah kalau ade kelapangan aku akan update entry mengenai budget itu secara live di sini, dan juga melalui facebook (Klik Sini)

Regards,
-Strider-

Thursday, October 24, 2013

#1197 - Nadeem Nazri Yang Sungguh Bongkak

Hye Readers,
Nadeem Nazri, Naddem, Nora Danish
Klik Untuk Tumbersaran
Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula. Itulah nasihat yang Aku nak berikan kepada Nadeem Nazri yang mengeluarkan kenyataan yang aku anggap angkuh dan bongkak melalui account Instagram miliknya.

Bercinta dengan orang yang popular bukanlah satu benda yang mudah. Pasti akan ada orang yang membenci dan ada juga orang yang suka. Sebagai lelaki dia harus bersabar menepis segala tomahan yang melanda. Aku bukan tak suka kat Nadeem nie tapi bila dia buat kenyataan macam nie, aku rasa aku dah mula tak suka dia. 

Peringatan kepada semua termasuk diri ini, janganlah kita angkuh, bongkak serta berlagak dengan apa yang kita miliki di atas dunia yang sementara ini. Sebagai orang yang popular kenyataan macam ini hanya mengundang lebih banyak cacian dari pujian.

Nasihat makcik nie jugak yang stylo.. (Klik Sini)

Regards,
-Strider-

#1196 - 2 Orang Maut Ditikam Oleh Penghantar Rokok.

Hye Readers,

2 pelajar maut ditikam
Credit : MyOndscene
Aku mula-mula baca maklumat mengenai kejadian di atas melalui twitter MyOndscene dan agak terkejut juga la. 2 hari lepas kita dikejutkan dengan "Cosmos Play Murder", semalam kejadian rompakan bank dan hari ini pelajar maut ditikam pula.

Akhbar Star melaporkan kejadian berlaku lebih kurang jam 11.20 tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian. Suspek cuba melarikan diri dengan memandu van tersebut sebelum melanggar sebuah toyota Prius yang dipandu remaja lelaki.

Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian dan telah berjaya ditahan oleh orang awam yang berada disekitar sementara menunggu ketibaan polis.

Berhati-hatilah dimana jua anda berada kerana jenayah sekarang berada dimana-mana tanpa mengira tempat dan masa.

Regards,
-Strider-

#1195 - Keghairahan Menyebarkan Maklumat.

Hye Readers,

Suspek Kes Rogol, Pegawai Bank Ditembak

Menyebarkan maklumat adalah satu benda yang bagus. Dalam dunia IT sekarang memang mudah untuk kita mendapatkan maklumat tetapi kadang kala dalam keghairahan kita menyampaikan maklumat kita lupa satu prinsip penting iaitu sensiviti.

Aku ingin merujuk kepada 2 kes yang setakat ini aku ingat, kes pertama ialah penyebaran gambar suspek kanak-kanak yang didakwa merogol beberapa bulan yang lepas. Wajah suspek kanak-kanak sepatutnya di dilindungi dahulu sebelum ia boleh dipublish supaya ia tidak melanggar akta kanak-kanak 2001. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai isu itu di blog milik saudara Hazrey

Semalam pula telah berlaku satu rompakan bank dimana seorang pegawai bank telah ditembak dimuka menggunakan sebuah pump gun. Wajah mangsa 70% hancur akibat tembakkan. Dalam keghairahan kita menyebar maklumat, ade sesetengah tanpa segan silu memuatnaik gambar tersebut tanpa melindungi wajah mangsa.

Dari segi undang-undang aku tak sure mengenai penyebaran gambar mangsa sebegini tapi dari sudut kemanusiaan ia adalah satu benda yang tidak baik. mereka menyebarkan gambar itu mungkin untuk memberi maklumat, mengejar traffic tetapi adakah mereka terpikir apa yang dilalui oleh keluarga mangsa jika mereka melihat foto itu?

Adakah kita sanggup ketepikan perasaan keluarga mangsa/suspek hanya kerana ingin menyebarkan maklumat atau mengejar traffic? 

Regards,
-Strider-

Wednesday, October 23, 2013

#1194 - Harapan Budget 2014 Anda

Hye Readers,



Petang Jumaat ini Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan membentangkan budget 2014.  Budget kali ini juga dianggap menarik bagi aku selepas beberapa isu yang timbul sebelum ini. Pihak kerajaan juga telah mengambil beberapa inisiatif yang baik seperti menjalankan kajiselidik mengikut laman web rasmi http://www.1malaysia.com.my

Berikut disenaraikan 5 perkara penting yang akan menjadi tumpuan rakyat Malaysia melalui kaji selidik yang yang  dijalankan di laman web tersebut.

  1. Kos Sara Hidup
  2. Perumahan Dan Kehidupan Di Bandar
  3. Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan
  4. Pengangkutan Dan Infrastruktur
  5. Pekerjaan

Antara 5 perkara di atas yang menjadi tumpuan aku sudah tentu mengenai kos sara hidup. Bagi aku ia merupakan satu elemen penting bagi memacu negara kearah kestabilan politik dan ekonomi.Anda pula bagaimana? Cuba pilih satu daripada perkara diatas dan mengapa ianya menjadi pilihan anda?

Kalau anda nak undi dan lihat full list mengenai kaji selidik ini anda boleh pergi ke laman web yang tertera diatas untuk mengundi.

p/s: Autopublished Entry
Regards,
-Strider-


#1193 - Kad Diskaun Yang Menipu

Hye Reader,


Ini merupakan screenshot dari FB aku sendiri. Petang tadi aku ade menerima panggilan seperti status aku di atas dan ingin mengorek maklumat mengenai butir-butir kad mastercard/visa. Bila aku berat hati nak beri maklumat tersebut wanita tersebut terus meletakkan telefon.

Ini bukan pertama kali berlaku dan cerita yang sama pernah diceritakan oleh Ben Asahari dalam entrynya yang lepas. Bagaimana orang begini dapat no telefon kita? Kebiasaanya no telefon kita akan diambil melalui pendaftaran yang kita lakukan sama ada bonus link, credit card, program-program yang kita sertai dan lain-lain.

Oleh itu berhati-hati lah ketika anda diminta untuk memberi maklumat peribadi. Jangan mudah percaya pendaftaran melalui phone.

Regards,
-Strider-

#1192 - Gambarkan Pandangan Anda

Hye Readers,



Wordless Wednesday 

Regards,
-Strider-

#1191 - Reaksi Rakyat Malaysia Tentang Hukum Hudud Di Brunei

Hye Readers,

Sulatan Brunei, Hukum Hudud

Semalam Sultan Hassanal Bolkiah, yang juga merupakan Sultan Brunei memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina. Sejurus pengumuman itu berita tersebut terus menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia di media social mahupun di kedai-kedai mamak.

Pelbagai reaksi yang aku nampak diberikan oleh rakyat Malaysia, ade diantaranya yang bersetuju jika hukum hudud dijalankan di Malaysia dan ada juga yang tidak bersetuju.Izinkan aku memberi pendapat peribadi aku tentang isu ini.

Sebenarnya aku rasa sesetengah orang yang tak bersetuju dengan hukum ini adalah orang yang takut. Mungkin mereka takut direjam, mungkin mereka takut dipotong tangan, mungkin mereka takut hukum ini akan menggugat kestabilan masyarakat majmuk di Malaysia. Apa yang ditakutkan sebenarnya aku pun tidak tahu.

Sejujurnya aku sendiri takut mendengar hukuman yang berat yang bakal dihadapi jika hudud dilaksanakan di Malaysia tapi bukankah itu demi kebaikkan kita? Berikut merupakan beberapa isi penting tentang hukum hudud yang dijalankan di Brunei yang boleh diambil ikhtibar oleh kita.

  • Hudud telah dikaji selama beberapa tahun sebelum ia dilaksanakan oleh Sultan Brunei
  • Hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam di Brunei
  • Hudud akan dilaksanakan mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Kali pertama Sultan Brunei menggesa perlaksanaan hukum Hudud ini ialah pada tahun 1996. Aku rasa tak salah kalau pihak berwajib mengkaji dulu rancangan ini secara terbuka dan telus tanpa mengambil kira pendapat-pendapat individu sahaja.

Secara dasarnya aku tak nampak kenapa Malaysia tak boleh laksanakan hukum hudud sedangkan agama rasmi negara ialah agama Islam. Sudah sampai masanya kita keluarkan isu hudud ini sebagai satu isu politik dan mula memandang ia sebagai isu memperkasakan Agama Islam.

Pendapat anda bagaimana?

Regards,
-Strider-

Tuesday, October 22, 2013

Pulau Tioman Antara Pulau Tebaik #VMY2014

Hye Reader,

Entry kali ini adalah merupakan satu sagmen yang dianjurkan oleh blogger Hasrul Hasan dan ia mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014 #VMY2014. Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bercerita tentang satu tempat percutian yang pernah saya kunjungi iaitu Pulau Tioman.

Pulau Tioman merupakan salah satu destinasi yang terbaik jika anda ingin pergi bercuti. Terletak di pantai timur Malaysia Pulau Tioman mempunyai beberapa buah kampung yang menyediakan pakej-pakej penginapan. Kalau tak silap saya, Kampung Salang merupakan tempat yang popular di sana tetapi untuk percutian saya yang lepas, kami menginap di Kampung Genting.

Peta Pulau Tioman, Kampung Genting, Kampung Salang
Peta Pulau Tioman

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk anda sampai ke Pulau Tioman ini. Anda boleh menaiki feri dari Jeti Mersing ataupun menaiki kapal terbang dari Subang Airport. Antara syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan tersebut ialah Berjaya Air.

Terdapat beberapa aktiviti yang menarik untuk dilakukan di Pulau Tioman ini, antaranya aktiviti seperti Island Hopping, Snorkeling, Diving dan Jungle Trekking. Tapi ketika aku bercuti di sana, aku hanya pergi untuk Island Hopping dan Snorkeling sahaja.

Snorkeling, Pulau Tioman, Tioman Island
Snorkeling at Pulau Tioman
Untuk makluman anda terdapat 8 pulau kecil di sekitar kawasan pulau tioman. Antara akviti yang kerap di jalankan di kawasan pulau-pulau kecil tersebut ialah aktiviti snorkeling dan scuba diving. Tapi jangan risau, kebiasaanya untuk aktiviti island hopping mereka akan membawa anda melawat pulau-pulau tersebut.

Pulau Tioman juga merupakan antara pulau bebas cukai di Malaysia, kampung Tekek merupakan tempat pusat membeli belah di pulau ini. Tetapi jangan risau, jika anda menginap di Kampung lain anda masih boleh pergi ke Kg Tekek ini. Anda cuma perlu berunding dengan resort tempat anda menginap untuk memberi  perkhidmatan menghantar anda ke Kampung Tekek.

Pulau Tioman
Jeti Kampung Tekek
Penduduk Pulau Tioman sangat ramah tetapi keramahan mereka lebih terasa. Apa yang dikatakan oleh kebanyakkan pelancong yang penah datang ke sini kepada saya ialah betul.  Mereka akan menyapa pelancong yang lalu lalang tanpa mengira sama ada anda penduduk tempatan atau warga asing.

Jadi kepada mereka yang merancang untuk bercuti pada tahun 2014 jangan lupa masukan Pulau Tioman merupakan salah satu daripada destinasi pilihan anda. Sebagai info tambahan, Time Magazine pernah menjadikan Pulau Tioman sebagai salah satu pulau tercantik di dunia. 

Regards,
-Strider- 

Segmen Tahun Melawat Malaysia 2014 | #VMY2014 dianjurkan oleh Panduan OHBlogger Blogspot Malaysia | HASRULHASSAN.COM dan Kelab Blogger Belia

#1190 - 5 Perkataan Yang Perempuan Selalu Sebut

Hye Readers,



Perempuan nie memang satu species yang unik. Bahasa mereka pun sebenarnya lain daripada lelaki dan usually mempunyai makna yang tersirat. Entry kali ini aku nak berkongsi dengan korang 5 perkataan yang perempuan selalu sebut tapi lelaki selalu salah anggap.

1. Sudah
- Sudah atau "dah-dah" sering kali digunakan oleh perempuan apabila mereka rasa pendapat mereka betul dan lelaki kena senyap. 

2. Lima Minit
- Kalau perempuan tengah bersiap 5 minit tu bermakna setengah jam. Tapi jika lelaki tengah tengok bola dan perempuan bagi 5 minit ia bermaksud betul-betul 5 minit.

3. Pergi lah.
- Ini bukan satu bentuk persetujuan atau kelulusan. Ia adalah satu cabaran.

4. Mengeluh Panjang
- ini sebenarnya bukan satu perkataan tetapi banyak lelaki keliru, bila perempuan mengeluh panjang bermakna ia rasa lelaki tu tidak paham dengan apa yang cuba disampaikan.

5  Tak ada apa-apa
- Perempuan akan biasa gunakan ayat macam nie untuk dia kumpulkan fakta sebelum dia meletup. Situasi nie yang paling bahaya untuk lelaki sebab bila dia dah abis luahkan segala fakta yang ada, maka perempuan akan menutup argument to dengan perkataan No 1

Jadi kepada lelaki yang baca entry sila lah take note dengan bahasa-bahasa perempuan ini. Entry nie sebenarnya entry santai jer. Mohon perempuan jangan ambil serious sangat.hehe

Regards,
-Strider-

#1189 - [Bajet 2014] Beberapa Subsidi Dikurangkan.

Hye Readers,


Bajet merupakan satu pelan perbelanjaan, iaitu cara untuk mengimbangi wang yang anda miliki dengan wang yang anda belanjakan dan Belanjawan pula ialah satu rancangan berbentuk kuantitatif yang menerangkan bagaimana sesuatu sumber itu diperolehi dan digunakan sepanjang tempoh belanjawan tertentu. Aku pun tak tahu yang mana satu perkataan yang sesuai untuk dipakai.

Tadi aku ade terbaca kenyataan akhbar yang Kerajaan berkemungkinan menurunkan subsidi tertentu dalam Belanjawan 2014, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek. Apakah jenis subsidi yang dikurangkan itu masih tidak diketahui dan hanya akan diumum oleh Datuk Seri Najib Razak pada hari Jumaaat nanti.

Datuk Hassan juga berkata yang budget kali ini akan memberikan keutamaan kepada hak pengguna walaupun bakal memberikan kejutan tertentu.Apa lagi yang dikejutkan aku pun tak tahu dan aku harap kejutan itu akan membawa lebih kebaikkan dari keburukkan.

Nampak gaya budget kali ini akan menarik minat ramai rakyat Malaysia. Aku menjangka akan ada beberapa kenaikkan harga barang seperti gula, tepung, tambang teksi dan beberapa jenis barang lagi. lets hope im wrong on this. 

Regards,
-Strider-

Monday, October 21, 2013

#1188 - Cukur Jambul Amalan Bidaah Orang Melayu

Hye Readers,



Cukur jambul adalah satu amalan yang sering dilakukan oleh orang melayu ketika menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga. Namun istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w. mengikut penjelasan Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi). Menurut beliau Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa. Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat.

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Aku sendiri sebenarnya tak cukup arif lagi terang dengan lebih detail pasal isu ini. Tapi korang boleh baca penjelasan penuh dekat Sini. Apa-apa pun kita tak seharusnya memandang remeh terhadap perkara ini kerana ia melibatkan akidah kita. Apa pandangan korang??

Regards,
-Strider-

Saturday, October 19, 2013

#1187 - Minda Kita Dikawal Oleh Golongan Illuminati.

Hye Readers,

Golongan Illuminati sebenarnya telah lama bertapak di dunia ini. Mengikut sejarah Illuminati, mereka ini telah tertubuh sejak dari tahun 1700. Mereka dikatakan mempunyai misi iaitu meyambut kedatangan Dajjal. Sejak dari tahun 1700 mereka terus berkembang sehingga ada pihak mendakwa mereka adalah golongan elit yang memegang jawatan-jawatan penting sejak dari dulu sehingga sekarang.

Mereka juga didakwa sedang mengawal minda kita untuk menyambut kedatangan dajjal. Bagaimana cara mereka mengawal minda kita? Mengikut beberapa sumber yang aku baca dan video yang aku tonton mereka menggunakan cara Mass Hypnosis atau Hipnosis secara beramai-ramai melalui satu alat yang mostly ade kat rumah kita iaitu TV.

Mereka akan menggunakan media atau hiburan  untuk mempengaruhi kita melalui TV. Adakah korang yakin berita yang korang dapat sekarang adalah berita yang tulen? Adakah berita itu 100% tepat. Adakah maklumat yang kita terima melalui TV memberi kesan terhadap pandangan kita 

Sebagai contoh sejak dari tahun 50an lagi kita masyarakat arab sering dikaitkan dengan imej yang tidak elok. Filem atau drama yang muncul pula sering mempaparkan bahawa Arab/Islam adalah pengganas. kalau tak percaya cuba tonton filem Taken 2 atau drama 24. salah satu contoh dari beribu drama dan filem yang dihasilkan


Kesimpulanya jika anda diminta menggambarkan seorang pengganas, apa imej yang pertama keluar di minda anda? Jika imej seorang lelaki arab yang berserban ini bermakna anda telah terkena hipnosis dari sebuah alat yang dipanggil TV. 

Aku akan explain dengan lebih detail bagaimana industri perfileman terutamanya Hollywood menyebarkan pengaruh Illuminati dalam filem-filem terbitan mereka dan bagaimana news yang keluar dari TV itu memanupilasi berita yang sebenar.

Aku bukan suruh korang buang TV yang ada kat rumah tu, tapi just remember to process all the information you get from the TV supaya anda tidak terlalu bergantung kepada kotak ajaib itu.Apa-apa pun entry hanyalah satu conspiracy theory sahaja. Sama ade anda nak percaya atau tidak itu terpulang pada anda.

Regards,
-Strider-

Entry lain berkaitan Illuminati : Klik Sini

Friday, October 18, 2013

#1186 - Saravanan Mempertikaikan Ibadah Kurban Di Sekolah

Hye Readers,

Semalam telah tersebar satu video mengenai seorang lelaki yang bernama Saravanan  dan guru sekolah S.K Puchong. Dalam perbualan tersebut Saravanan telah mempertikaikan aktiviti Ibadah kurban yang dijalankan di dalam kawasan sekolah. Kalau korang nak dengar sila Klik Sini


Pertama sekali aku tidak bersetuju dengan cara Saravanan nie dalam mendapatkan penjelasan. Ramai orang menganggap cara Saravanan ini sebagai sartu provokasi terhadap umat islam. Kalau korang dengar mungkin korang akan paham la apa yang aku cuba sampaikan.

Tapi aku tak menyalahkan dia 100% kerana dia bukan beragama islam dan dia tidak dapat memahami apa dia ibadah kurban itu. Setelah melihat beberapa komen dari rakan-rakan aku rasa dia tidak mempertikai ibadah kurban tapi lebih di mana ibadah kurban itu berlaku.

Sebenarnya aku sendiri tidak dapat menjelaskan kenapa ia dilakukan di sekolah. Kalau sekolah agama itu aku paham la dan sepanjang 11 tahun aku bersekolah, belum pernah ada ibadah kurban dilakukan di kawasan sekolah.

Apa-apa pun pihak sekolah mesti ade penjelasan yang baik mengapa ibadah kurban itu dilakukan di dalam kawasan sekolah. Hopefully Saravanan ini mampu untuk menerima alasan yang diberikan dengan hati yang terbuka.

Regards,
-Strider-

#1185 - Sakit Mental atau Alam Ghaib?

Hye Readers,


Seorang lelaki tergamak membunuh ayahnya sendiri dengan alasan ia merupakan arahan dari suara ghaib yang didengarinya. Dalam  kejadian  pada jam 2 pagi di Blok 6, Flat Seri Melaka, Cheras di sini, seorang lelaki Hassan Yusof, 70, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditikam anaknya sendiri.

Adakah suspek mengalami simptom penyakit mental yang dipanggil "auditory hallucination" iaitu sejenis halusinasi pendengaran apabila seseorang boleh mendengar suara ghaib dalam bentuk bisikan atau percakapan padahal pada waktu tersebut tiada orang yang bercakap dengannya.

Pesakit schizophrenia juga dikatakan biasa mendengar suara ghaib yang menyakitkan hati seperti mendengar suara sekumpulan manusia yang mengkritik apa sahaja perbuatan yang mereka lakukan. Seperti contoh semasa mandi, ada suara ghaib mengejek pesakit sedang mandi dan kemudiannya ketawa beramai-ramai.

Namun kewujudan gangguan alam ghaib memang tidak boleh diabaikan. Kes-kes seperti histeria atau rasukan ini adalah fenomena yang pada kebiasaannya berlaku di kawasan sekolah, kilang, asrama, tempat kenduri dan sebagainya.

Aku pernah membaca di sebuah blog dimana ade disebutkan tentang pendapat para ulama’ yang bersetuju mengatakan bahawa jin boleh merasuk dan mengganggu otak manusia bahkan boleh melakukan kesakitan pada badan manusia dengan izin Allah

Jadi apa pendapat korang mengenai kes seperti diatas disebab penyakit mental atau gangguan dari alam ghaib? Yang mana satu korang rasa?Mungkin kajian dan penilaian mental secara berterusan diperlukan bagi menentukan punca sebenar kes-kes begini berlaku.

Regards,
-Strider-

Thursday, October 17, 2013

#1184 - "Isu Kontrak MIG" Bagus Atau Tidak

Hye Readers,


Nampak gayanya isu Wawa Zainal dan Aeril Zafril masih belum reda lagi. Susulan dari pernikahan rahsia mereka akibat Wawa Zainal terikat dengan kontrak bersama MIG, Hari ini Zed Zaidi pula tampil memberikan statement.

Zed Zaidi jelas tidak bersetuju dengan kontrak antara MIG yang dikatakan melarang artisnya daripada berkhawin dan bercinta sepanjang sesuatu tempoh yang dipersetujui. Menurut aritkel yang arkitel Roti Kaya Zed Zaidi berkata isu kontrak antara syarikat produksi dengan artis itu mencabuli hak asasi manusia dan melanggar hukum tuhan.

Aku tak kata statement Zed Zaidi tu salah tapi aku paham kenapa MIG bertindak demikian. Ini adalah untuk menjaga periuk nasi mereka. Dalam industri hiburan, ia boleh dianggap satu benda yang bagus kerana artis yang tidak terikat dengan keluarga akan lebih senang untuk menjalani pengambaraan dari artis yang sudah bekeluarga.

Kontrak macam ini juga dapat mengelakkan artis daripada terlibat dengan gosip-gosip liar. Sebagai artis, jika kontrak sebegini dipatuhi maka mereka mempunyai beberapa tahun untuk fokus kepada kerjaya dan mungkin memenangi beberapa anugerah sebelum berumah tangga. 

At the end kita tengok balik pokok pangkal kontrak ini. Adakah Wawa dipaksa untuk menandatangani kontrak ini? Aku tak rasa kontrak ini secara paksa. Kalau Wawa bersetuju untuk sign contract ini aku rasa dia sepatutnya ada tanggungjawab untuk mematuhi segala terma dan syarat dipersetujui.

Pendapat anda pula bagaimana?

Regards,
-Strider-

Wednesday, October 16, 2013

#1283 - Berapa Banyak Lubang?

Hye Readers,


Jawapan anda???

Update Jawapan : 17 October 2013
Jawapanya yang sebenarnya ialah 8. Ini kerana disamping lubang 4 lubang pada hadapan dan belakang baju, koler, lengan dan bawah baju  juga meyumbang sebanyak 4 lubang. Jadi jumlah keseluruhan ialah 8 lubang.

Regards,
-Strider-

Monday, October 14, 2013

#1282 - Noh Hujan & Mizz Nina Menunaikan Haji.

Hye Readers,





Lama tak dengar cerita pasal Noh Hujan isterinya iaitu Mizz Nina. Khabarnya tahun ini mereka ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji. Benda ini pun tak dihebahkan pada umum atas dasar privasi dan mengikut Harian Metro, ade pihak yang terserempak dengan mereka kat sana.

Mereka juga akan menjalani sedikit penggambaran mengenai pengalaman berada di Makka. Semoga mereka berdua selamat menjalankan ibadah Haji. Kalau nak tau pengalaman mereka kat sana nanti kena la tunggu mereka pulang dari Makkah.


Regards,
-Strider-

#1281 - Akhbar Herald Tidak Dibenarkan Menggunakan Kalimah Allah

Hye Readers,



Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya – The Herald. Keputusan itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh. Ini sebenarnya satu berita yang baik kerana penggunaan kalimah Allah pada akhbar tersebut bukan sahaja mengelirukan umat islam tetapi ia boleh berlaku kepada penganut agama Kristian.

Pada 16 Feb, 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Regards,
-Strider-

#1280 - Aeril Zafril Berkhawin Dengan Tunang Orang

Hye Readers,


Peminat industri tanah air pasti tahu tentang perkhawinan secara rahsia antara Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang berkhawin pada 4 Februari 2012 dan 25 Februari 2013. Kepada yang menonton Melodi semalam pun pasti dapat meyaksikan betapa kecohnya sidang media yang sepatutnya menjadi medan untuk mereka menerangkan kejadian sebenar.

Tapi melalui portal hiburan Roti Kaya hari ini, timbul pula satu cerita lain. Cerita dimana Aeril Zafril berkhawin dengan tunang orang iaitu siapa lagi kalau bukan Wawa Zainal. Khabarnya Wawa Zainal merupakan tunangan kepada seorang guru yang bernama Rashid.

Sejauh mana dakwaan ini aku tak tahu laa tapi lelaki tersebut berkata kepada media yang Wawa pernah meminta supaya dia merahsiakan pertunangan mereka. Lebih kesian aku dengar apabila lelaki itu mengaku yang dia sendiri menghantar Wawa ke ujibakat di MIG dan tengah menunggu kontrak Wawa habis sebelum bercadang meneruskan perkhawinan mereka.

Aku harap lelaki nie tabah mengadapi dugaan, Apa lagi boleh buat??Wawa sudah kawin bro, Cari lain jer laa nampaknya. Tapi ini baru cerita dari sebelah pihak dan Wawa masih belum buat apa-apa statement mengenai isu ini. Adakah ini lagi satu sebab kenapa mereka berkhawin secara rahsia? Itu hanya mereka yang tahu.

Regards,
-Strider-

Saturday, October 12, 2013

#1279 -Review Filem Longkai

Hye Readers,



Pertama kali aku tengok thriller cerita longkai ini ialah pada pari aku pergi tengok pra tonton filem Lagenda Budak Hostel. Penuh dengan aksi padat mengingatkan aku pada filem KL Gangster.

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang penarik kereta. Jalan cerita dia aku rasa okay dah best la tapi ia sedikit mengecewakan kerana kekurangan aksi seperti yang aku harapkan.

Tapi nasib baik mutu lakonan pelakon dalam filem nie tak membosankan. Overall cerita nie okay jer la da masih berbaloi kalau nak ditonton.mungkin expectation aku terhadap movie tinggi kot.

Regards,
- Strider -

posted from Bloggeroid

Friday, October 11, 2013

#1278 - Aeril Zafrel & Wawa Zainal Akui Sudah Bernikah

Hye Readers,

Setelah sejam wartawan menunggu akhirnya persoalan tentang Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah pun terjawab di dalam sidang media petang tadi. Menurut Aeril, mereka telah bernikah 2 kali iaitu pada 4 Februari 2012 dan 25 Februari 2013. Skaligus bertentangan dengan apa yang dikatakan sebelum ini



Mereka juga telah mengaku telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 hasil perkahwinan ini. Aku pun tak tahu kenapa dia nikah sampai 2 kali dan biar la berapa kali dia nak nikah pun.

Apa apa pun Selamat Pengantin Baru diucapkan pada mereka dan motif mereka merahsiakan perkhawinan masih tidak diketahui. Pada pendapat aku mungkin mereka na publisiti buat press confrence kot..hahaha

New update: mengikut sumber Beautiful Nara mereka memilih untuk merahsiakan perkhawinan kerana wawa zainal hormat pada kontraknya dengan David Teo and takut dimarahi olehnya

Sumber : Beautiful Nara

Regards,
-Strider-

Artikel Berkaitan : Aeril Berkhawin Dengan Tunang Orang

#1277 - Google.my Kena Hack

Hye Readers,

Mereka rasa mereka perlu 'alert' orang awam. Apa yang mereka buat bukan atas dasar benci, Mereka tidak membenci sesiapa bahkan mereka terdiri dari golongan yang suka kepada sifat kemanusiaan. Apa pun sebab mereka stamp google.my ianya bermula di sini.

Inline image 1

Madleets claim tujuan mereka hack Google.my adalah atas dasar security reason dan hanya untuk menunjuk kelemahan web tersebut. Apa apa pun ini bukan satu isu besar sebab google.com masih boleh digunakan. Tak lama lagi okay laa tu.

p/s: BW time...

Sumber Klik Sini

Regards,
-Strider-

Thursday, October 10, 2013

#1276 - Bila Polis Mula Menembak

Hye Readers,




Semalam 3 penjenayah mati di tembak di kawasan sentul. Hari ini 3 lagi ditembak mati di Ipoh. Mungkin ade yang beranggapan isu ini dipolitikan oleh sesetengah pihak yang pasti semuanya bermula di sini...

Penang tempat dimana 5 orang penjenayah ditembak mati setelah berbalas dengan tembakan dengan polis. Ade yang menganggap polis kejam. Ade yang menyokong tindakan polis.

Bagi aku tiada salah polis menembak mati penjenayah di dalam usaha untuk menyelamatkan diri mereka. Jika penjenayah itu sedia untuk menyerah diri dengan cara yang elok aku pasti tiada pertumpahan darah berlaku.

Kita ambil contoh kes di highway Duke semalam. Polis telah mengejar penjenayah tersebut dari klang hingga ke sentul. Aku pasti penjenayah tersebut tiada niat untuk menyerah diri.

Oleh itu langkah yang terakhir bagi pihak polis ialah untuk menembak mati mereka bagi menjamin keselamatan pengguna jalanraya yang lain.

Aku berpegang pada prinsip berani kerana benar dan takut kerana salah. Jika suspek tersebut tidak melakukan sebarang jenayah mengapa mereka perlu melarikan diri dari pihak polis?

Aku paham ade sesetengah orang yang kurang senang dengan ops yang dijalankan oleh pihak polis.ade yang mengambil ringan tugas mereka menjaga keamanan kita.

Tapi takkan kita nak biarkan polis berlembut dengan penjenayah? Takkan kita nak biarkan lagi sekali kes anggota polis mati dipukul dengan batu?

Put yourself on their shoe than you'll understand what are they going thru. Syabas kepada anggota polis kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik. Aku dan rakyat Malaysia yang lain akan berdoa supaya mereka yang bertugas sentiasa di dalam keadaan selamat.

Regards,
-Strider-

posted from Bloggeroid