Thursday, March 28, 2013

#1112 - Menyampah Dengan Berita Tv3

Hye Readers,

Lately ramai gak aku dengar orang yang rasa kurang senang bila tengok berita kat TV3 sebab asyik citer pasal politik jer..Tapi tak boleh nak salahkan mereka gak la sebab sekarang tengah musiom politik..Mungkin demand untuk berkisar politik lebih tinggi.

Entry kali ini bukan pasal berita kat Tv3 yang malam-malam tu tapi lebih kepada account twitter TV3..Kenapa aku rasa menyampah pulak???ini sebabnya..


Korang perasan tak hampir kesemua tulisan twitter  nie dalam bentuk Caps Lock??correct me if im wrong tapi kebiasaanya dalam "text ethic" caps lock digunakan untuk 2 perkara iaitu untuk tajuk seseuatu dan juga text ketika marah..

Sebenarnya benda-benda macam ini yang buat aku rasa menyampah nak baca..Rasa macam kena marah plak..hehehe..korang pulak macam mana??ada yang jenis suka guna CAPS LOCK sepanjang masa??hehehe

Sekian Terima Kasih,

Regards,
-Strider-

#1111 - Ucapan Terima Kasih

Hye Readers,

Pinjam Gambar Comel nie dari Google

Cantik pulak nombor posting aku kali ini...hehehe, By the way aku nak ucap terima kasih kepada semua blogger sama ada baru atau yang dah lama connect dengan blog ini kerana memberi semangat kepada aku untuk terus menulis...Lately aku jarang update bukan sebab tiada mood lebih kepada tiada masa lapang...

Hari ini aku nak cerita secara general pasal ucapan terima kasih...Ucapan 2 patah perkataan ini nak simple tapi sebenarnya memberi makna yang besar kepada penerimanya...Berapa ramai di antara masyarakat kita yang kerap mengucapkan terima kasih?

Secara jujurnya aku jenis yang mengamal ucapan terima kasih walaupun ade kadang kala aku terlupa untuk  mengucapkan ucapan tersebut..Ini kerana pada pendapat aku jika kita mengucapkan terima kasih kita akan mendapat layanan yang lebih ikhlas dari orang yang menerimanya..

Jadi hari ini marilah kita ucapkan terima kasih kepada waiter, peniaga, abg polis, security guard, or sesiapa sahaja yang kita juga...Oleh yang demikian biarlah aku mulakan dulu ucapan itu kepada korang yang membaca entry ini..

Sekian, Terima Kasih,

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 26, 2013

#1110 - Perempuan Merajuk

Hye Readers,



Perempuan nie kebiasaannya memang suka merajuk..Sejuah mana dia cool pun tapi kekadang rasa nak merajuk tu mesti ade kan??lebih-lebih lagi dengan orang tersayang...Perempuan merajuk sebenarnya boleh nampak cute tapi hati-hati sebab di awal perhubungan ia boleh menjadikan satu benda yang turn off untuk lelaki..

Aku tak bercakap bagi pihak lelaki tapi lebih bercakap pada diri sendiri..Secara jujurnya aku bukan laa seorang yang jenis pandai memujuk..Pendek kata kalau perempuan merajuk aku reti pujuk secara traditional jer aiitu 3 kali attempt, kalau tak berjaya pujuk aku akan buat tak tahu jer..hahaha

Kekadang aku risau gak one day macam mana kalau aku dapat perempuan yang kuat merajuk??nak pujuk dah laa tak pandai, end up relationship leh end up macam tu pasal merajuk punya hal..Kepada yang perempuan kalau merajuk macam mana cara nak pujuk korang???Lelaki plak ade tips berguna???

Regards,
-Strider-

Monday, March 25, 2013

#1109 - Weekend Yang Sibuk

Hye Readers,

Downtown berlatar belakang KLCC
Aku time hujung minggu jer mesti busy..itu je laa alasan yang aku selalu pakai..hehehe..tapi nak buat cammana lately komitmen aku kat Downtown Kg baru lebih daripada duduk depan PC walaupun sebenarnya aku lebih kepada standby daripada membuat kerja...

Sebenarnya Downtown Kg Baru nie baru je bukak lebih kurang 2 bulan tapi crowd kat situ belum banyak macam dekat downtown/uptown yang fames kat KL  nie..Peniaga kat sini pun belum full lagi atas beberapa sebab contractual tapi maybe penuh dalam masa sebulan dua...hehehe

Downtown nie dibuka pada hari Jumaat - Ahad dari jam 7.30mlm smpai 2.30pg tapi sekarang nie banyak gak peniaga yang tutup awal..aku pun tatau kenapa dorang tutpup awal sedangkan setahu aku kalau orang keluar downtoen/uptown nie kul 11.00mlm ke atas br kuar kan??

Okay laa tu..entry aku kali ini memang pendek jer...entry buat syarat sebab aku nak BW blog lain..dah 2 hari tak singgah mana-mana nih...hehehe

p/s: kalau korang kuar gi uptown/downton on weekend pukul berapa korang keluar?

Regards,
-Strider-

Friday, March 22, 2013

#1108 - Hari Vaping Sedunia Troll

Hye Readers,


Dalam entry aku semalam aku ade menyebut yang hari ini merupakan World Vaping Day atau Hari Vaping Sedunia..Sebenarnya aku tersilap kerana untuk tahun 2013 tarikhnya masih belum diputuskan oleh mereka yang berada di UK dan US..Kira korang kena troll laa ngan aku smalam..hahahahaha

Jadi entry ini aku dah olah sikit dan hari ini aku akan menjawab persoalan tentang vaping yang ditinggalkan dalam ruang komen semalam..Actually aku bukan seorang yang berpengetahuan luas tentang vaping nie tapi aku cuba jawab mana-mana soalan yang diberi..Antara soalan-soalan yang ditanya ialah:-

Soalan Hazmin Hazmudin 
Selamat ke rokok eletrik ni bro? Hehe.. Sekadar bertanya. Saya bukan perokok. Hehe
Jawapan:
Sebenarnya tertakluk kepada definasi selamat yang dimaksudkan. kalau dari segi manufacture defect setakat nie belum ade lagi report dimana awak vapers yang injured semasa vaping.Dari segi kesihatan pula effect vaping ini masih belum dikesan melainkan dari kajian-kajian yang dijalankan.

Soalan Fariq 
kongsi byk2 lg info psl e-cig ni... boleh aku hasut bapak aku cuba benda ni.. dunhill pun dgr kata naik lagi 20sen.. adedeh.
Jawapan:
Sebenarnya banyak link dan info dalam internet yang menunjukkan hasil yang positif tentang e-cig nie cuma tak disiarkan dalam media massa jer..

Soalan Papa Mifz 
bro ada details atau bukti kukuh tak yang vapers nih tak memudaratkan?? mungkin boleh bagi link tuh kat PM...TQ...:)
Jawapan
Sebenarnya ade banyak link kat  dalam internet mengenai kebaikkan rokok elektronik nie tapi kalau PM rasa nak baca PM bleh ke website Cassa.org 

Soalan Diana 
mak aih..ada group rupanya...kamu join semua ke??
Jawapan
Takde laa kak..saya hanya join 2-3 group jer tapi sy boleh dikatakan aktif jugak dekat GVM cuma sekarang jarang buat posting sebab busy..GVM adalah satu tempat untuk vapers citer review PV yang mereka gunakan..hehe

Soalan Bundle 
perghh..geng vapor pon siap ade group..group aktiviti hisap vapor beramai2 ke apa ni..hahaha..pelik lak aku..
Jawapan: 
Sebenarnya antara aktiviti group nie adalah vapemeet dimana dorang melepak sambing vaping..Disamping tu group nie jadi tempat review product yg dah dibeli..cth sebelum ko nak beli vespa mesti nak tau model apa yang ok dan model apa yang prob kan??lebih kurang macam tu laa..hehehe

So itu jer laa dulu soklan-soklan yang aku leh jawab...actually aku pernah buat beberapa entry under label Rokok Elektronik tapi tatau laa info tu memadai tak..Nanti from time to time aku akan update lagi pasal rokok elektronik nie..

Regards,
-Strider-

#1107 - Tribute Birthday P Ramlee

Hye Reader,

Hari ini merupakan Harijadi seorang seniman negara yang cukup aku minati iaitu P.Ramlee..Sebelum aku teruskan entry nie, kepada yang bergama islam mari kita sedekah Al-Fatihah dan for those non- muslim reader u can continue reading..Al-Fatihah.


Sebenarnya aku bukan hidup pada zaman P. Ramlee, infact sewaktu aku kecil lagi hanya yang P.Ramlee tinggalkan ialah koleksi filemnya dan juga lagunya..Sejak dari sekolah rendah sampai lah aku dah kerja sekarang nie aku tak pernah jemu tengok filemnya..

Sedikit info tentang P.Ramlee ialah, dia merupakan seorang anak seni yang dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 dan menghembuskan nafas terakhirnya di rumahnya bertempat di Jalan Dedap, Taman P.Ramlee Setapak pada 29 Mei 1973 dan dikebumikan di Tanah perkuburan Jalan Ampang.

Ade beberapa faktor yang aku suka dengan dengan hasil kerja P. Ramlee nie..Antara yang aku suka adalah elemen kelakar dalam filemnya..Tapi kelakarnya bukan kelakar kosong jer, klu dilihat balik setiap skrip atau jalan citer yang kelakar mesti ade maksud tersirat..

Kedua ialah olahan skripnya yang bersahaja..Pada zaman pembikinan filemnya skripnya sungguh bersahaja dan nampak natural, even time aku sekolah aku dulu aku hafal hampir 70% skrip popular dari beberapa filem popular P.Ramlee..

So itu je laa dulu entry aku pasal P.Ramlee nie, kalau nak cerita semua sejarah, biodata dan pengalaman aku tengok P.Ramlee sampai esok tak abis..hehehe..Korang minat citer P.Ramlee tak??kalau minat, apa filem favorite korang dan kenapa??hehe..

Selain dari Birthday P.Ramlee, hari ini juga merupakan Worlds Vaping Day..Since semalam aku ade update pasal E-cig jadi nanti aku akan jawab semua soalan yang dilontarkan dalam satu entry..

Regards,
-Strider-

Thursday, March 21, 2013

#1106 - Group Rokok Elektronik

Hye Readers,

Pinjam Gambar Inai Putih
Lama dah aku tak cerita pasal Rokok Elektronik..Mungkin disebabkan aku pun sibuk dengan komitmen yang lain..Baru baru nie aku ada terbaca tentang perkembangan group-group vapers(pengguna rokok elektronik) di Malaysia melalui blog Inai Putih..

Inai putih nie merupakan antara golongan terawal yang menggunakan rokok elektronik kat Malaysia..So far Inai Putih dapat detect lebih kurang 45 group vapers yang ade dekat facebook, antara group yang tersenarai ialah seperti berikut:-


  1. Gengsi Vapers Malaya
  2. Malaysia Vapers Corner
  3. Kakivapor
  4. Putrajaya Vapers
  5. Putrajaya Ecig Buy & Sell
  6. Ipoh Mali Vapers
  7. Taiping Vaporz
  8. Sabahan Vapers Group
  9. Sarawak Vapers Club
  10. Negeri Sembilan Vapers Corner
  11. N9 Vapers
  12. Geng Vapers Johor
  13. Geng Vapers Pasir Gudang
  14. Geng Vape Kuantan
  15. Terengganu Vapers Port
  16. Underground Vaperism Terengganu
  17. Malacca Vapers Group
  18. Kajang Vapers Kroni
  19. Malaysian Vapors Community [Open]
  20. Penang Vaporianz
  21. Vapors 7
  22. Vaping Utara
  23. Buy/Sell Vape in Malaysia
  24. VE Modder Group
  25. Vapers n the gengz Malaysia
  26. Kedah vapers
  27. HPVM2 – DIY Blend
  28. HP Vapers Malaysia
  29. Vapers Seller Malaysia
  30. VAPOR MALAYSIA OPEN GROUP
  31. Provari Malaysia
  32. E-jay Vaporazzi
  33. Vapers Traders Malaysia
  34. Malaysia Vaping – Juice Trade Zone
  35. Petaling Jaya Vapers
  36. Vmod Malaysia Community XL/2.0
  37. Malaysia Genheads Corner – sub MVC
  38. Setapak Vapers
  39. Malaysian Rare Vapers
  40. Puchong Vapors Community (PVC)
  41. VAPERS SUNWAY
  42. Persatuan Perokok Elektronik Malaysia
  43. Vaporz Owner Group (VOG)
  44. Provari Owner Club
  45. Liga Admin Grup Vapers Malaysia
  46. Kemenyan Vapors (Terbaru)
Group yang tersenarai nie sebenarnya terdiri daripada 3 ketegori..Pertama ialah group info sharing seperti group yang aku join sekarang iaitu Gengsi Vapers Malaya..Kedua ialah group untuk jual beli likuid serta product e-cig dan yang ketiga ialah group yang mengabungkan kedua-dua ketegori tersebut.

Sebenarnya pada pendapat aku lambakkan group vapers nie lebih bersifat territorial kerana hampir separuh daripada mereka berlandaskan tempat/daerah/negeri..Ini memudahkan mereka untuk mencari kawan-kawan dikalangan vapers serta senang untuk mereka mengajurkan vapeemeet.

So secara amnya ini merupakan berita yang baik pada mereka yang ingin bertukar kepada rokok elektronik kerana sumber-sumber dan sebarang pertanyaan dan maklumat boleh didapati melalui group-group tersebut.cuma aku harapkan senior senior dalam group tersebut tidak lokek untuk menurunkan ilmu serta tips berguna pada newbie..

So that's all for now..Esok 22nd  March merupakan World Vaping Day(WVD)..Last year aku sempat join abg aku bersama ahli Gengsi Vapers Malaya (GVM) untuk vapemeet dari pagi sampai malam tapi aku sempat stay sampai tgh hari jer..Header aku tu merupakan salah satu kenangan WVD 

Regards,
-Strider-

Wednesday, March 20, 2013

#1105 - Dirogol atau Minta Dirogol?

Hye Readers,

Gambar Hiasan
2 hari lepas aku ada terbaca satu arikel menarik dekat sinar harian mengenai tajuk rogol..sebenarnya   setiap
kali aku baca pasal kes rogol nie aku suka tengok detail kejadian tu..Pada pendapat aku zaman sekarang ade 2 jenis kes rogol iaitu dirogol dan minta di rogol..

Definasi rogol adalah ialah satu bentuk jenayah serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa melakukan hubungan seksual tetapi untuk gadis bawah umur hubungan seks secara rela pun dianggap satu jenayah rogol..Berbalik kepada 2 jenis rogol tadi meh sini aku terangkan..

Dirogol:
- Contoh kes baru-baru ini apabila seorang pelancong diculik menaiki teksi dari Damansara dan dibawa ke satu tempat di Sepang..Mangsa memang tiada niat langsung untuk melakukan hubungan seks dengan mana-mana suspek.

Minta Dirogol:
-Kes nie terpencil tapi memang berlaku..Kebiasaan kes nie melibatkan mangsa yang suka ikut suspek yg baru dikenali, Ikut balik rumah, masuk dalam bilik, jumpa kat hotel..atau pendek kata mangsa yang memberi peluang kepada suspek untuk merogol...

Sebenarnya rogol ini merupakan satu jenayah yang memerlukan masa dan ruang yang tertentu...Kejadian rogol akan menjadi lebih senang untuk suspek jika mangsa memberi mereka peluang untuk merogol..Jadi, jangan bagi penjenayah nie masa dan ruang...

Akhir sekali aku jenis yang kurang percaya bab cara perempuan berpakaian antara punca utama mereka dirogol..Tempat kerja aku nie bersepah perempuan pakai seksi tapi tak pernah terlintas dalam hati aku untuk merogol mereka..tapi tak dinafikan ia mampu menaikkan nafsu seorang lelaki.

Regards,
-Strider-

Monday, March 18, 2013

#1104 - Eina Azman Hampir Diperkosa

Hye Readers,


Semalam aku ade tengok melodi jap..Aku satu berita yang seorang artis bernama Eina Azman menangis-nangis depan camera sambil mendakwa dia hampir dirogol oleh seorang yang bergelar datuk..So hari ini aku pun baca laa cerita tu dari Roti Kaya untuk mengetahui apa yang berlaku..

Rupanya dia ditipu dan juga hampir diperkosa oleh Datuk berkenaan..Kesian plak bila dengar pasal dia kena tipu tu walaupun statement dia beli kereta bernilai 175K tu boleh menimbulkan spekulasi memandangkan dia masih muda..Tapi tak mustahil kalau dia datang dari golongan yang berada..

Bab yang hampir diperkosa tu aku rasa takde nak kesian sangat atas beberapa fakta kejadian..Satu, tempat pertemuan mereka iaitu dihotel..Sepatutnya dia tahu yang tak elok kalau perempuan berjumpa dengan lelaki lain di hotel..Aku tak sure sama ada hotel itu merujuk kepada bilik atau Coffee House hotel.

Kedua adalah fakta waktu pertemuan yang tidak sesuai iaitu pukul 11.00mlm..Sepatutnya dia harus membawa seorang teman untuk berjumpa Datuk berkenaan kerana waktu malam macam tu bukanlah waktu yang sesuai untuk berbincang soal jual beli kereta..

Aku tak menyalahkan Eina nie 100% sebab tak silap aku dia masih muda lagi...Cuma apa yang kita boleh belajar dari insiden ini ialah berhati-hati jika mahu melakukan satu pertemuan dengan seseorang..Especially bila kita dah mula ragu-ragu dengan orang yang kita nak jumpa tu.

Regards,
-Strider-

Saturday, March 16, 2013

#1103 - Strider's Bloglist Updated

Hye Readers,



Hari ini aku dah update balik aku punya bloglist yang sebelum ini carca merba..Kalau korang perasan dulu bloglist aku terdiri dari dua ketegori iaitu blog dari blogger lelaki dan wanita yang selalu berkunjung kat blog aku atau pun yang aku suka baca..

Kali ini aku masih mengekalkan 2 ketegori tapi berlainan jenis..Satu bloglist ialah untuk Top 10 commentator yang selalu berkunjung dekat blog aku...Ia merupakan salah satu cara untuk aku membalas budi mereka yang selalu berkunjung kat sini sambil meninggalkan komen untuk aku.

Ketegori yang kedua campuran dari top 11-20 commentators, blog yang aku suka berkunjung dan juga mereka yang meletakkan aku dalam bloglist mereka..Jika ade yang letak aku kat bloglist mereka dan tiada dalam bloglist aku silalah bgtau aku kerana mungkin aku terlepas pandang.

Sebenarnya bloglist aku nie agak penting bagi aku atas sebab tertentu..Sebenarnya orang yang ade kat bloglist aku nie semua rajin-rajin tinggalkan komen..So kalau korang rasa ade blog yang sini yang korang lum singgah cuba singgah..mesti dorang akan membalas kunjungan korang...

Aku juga berhasrat nak buat review untuk setiap bulan untuk Top 10 commentator aku sebagai satu lagi cara untuk aku menghargai mereka..So, thats all for now sebab weekend biasa aku akan busy dengan aktiviti aku kat downtown..See yaa tomorrow!!

Regards,
-Strider- 

Thursday, March 14, 2013

#1102 - Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Hye Readers,

Kali ini aku nak cuba nasib dalam contest yang dianjurkan oleh Papa Mifz (PM) yang akan berakhir 15 Mac 2013 nie..so jika korang baca entry aku ini bermaksud korang ade less than 24 hours untuk join..So cepat-cepat laa join...



Contest dia amat senang sebab kena cerita pasal cermin mata sahaja dan since aku seorang yang memakai cermin mata dah tentu aku aku ade kisah yang tersendiri..Sekarang aku menggunakan cermin mata seperti gambar di atas..Tak tahu laa PM leh terima ke tak gambar nie sebab camera aku bercalar so aku tak nak snap gambar cermin mata sahaja..So aku kena guna gambar lama yang aku rasa sesuai..

Cermin mata nie sebenarnya ade kisahnya...Sebelum nie aku memakai cermin Swatch yang kakak aku bagi present...Tapi sayangnya cermin mata tu patah ketika waktu tengah hujung bulan..Since dia patah kat opis aku pun salotape laa bingkai dia sebab kalau tak ada cermin mata, nak buat keje tak syok...

Aku pun berniat laa nak biarkan dia macam tu sambil kumpul duit tuk beli yang mahal sikit..Konon-konon nak beli yang bingkai titanium supaya susah patah..So, nak dijadikan cerita one day ketika tengah jalan kat shopping AEON Wangsa Maju kita orang lalu laa depan kedai cermin mata brand A Look...

Kakak aku pun dengan murah hati membelikan satu cermin mata harganya tak mahal sangat untuk aku, klu tak silap aku lebih kurang RM200 kot..Dia kata tak sanggup nak tengok aku pakai cermin mata berbalut macam tu (kakak mana tak sayang adik) walaupun aku dah bagi alasan kumpul duit nak beli yang mahal sikit..

At the end cermin mata yang murah nie tahan lebih lama daripada cermin mata Swatch tu..Dan aku tak menyesal pun beli yang murah kerana aku dapat satu pengajaran yang penting..Benda yang murah kalau dijaga dengan elok ia akan tahan lama...Mungkin teknik penjagaan aku sebelum nie tak betul..

Sekarang ini cermin mata swatch yang berbalut tu masih aku guna kalau kat dalam rumah..Bila nak keluar baru aku pakai cermin mata yang murah tu..hehe..Entry nie selain digunakan untuk contest PM, aku juga dapat share pengalaman aku pasal cermin mata nie yang mungkin aku tak share kalau takde contest nie..hehe 

p/s: Kalau nak tahu tips pasal cermin mata rajin-rajin laa baca blog PM nie :D

Regards,
-Strider-

#1101 - Reputasi Teksi Malaysia Semakin Teruk

Hye Readers,

Gambar Hiasan
Reputasi teksi Kuala Lumpur nampaknya semakin teruk dengan kes yang terbaru ini..Ia melibatkan seorang warganegara Amerika yang telah diculik, rompak dan dirogol oleh seorang pemandu teksi.,Mangsa diculik ketika menaiki teksi dari Mutiara Damansara dan bawa sehingga ke Sepang...

Sebenarnya reputasi teksi kat Kuala Lumpur boleh dikatakan teruk oleh mata dunia...Website London Cabs pernah menyenaraikan Malaysia sebagai top 10 dalam perkhidmatan teksi yang teruk.Website tu bukan laa mengambil statistic yang rasmi tapi lebih kepada guideline untuk pelancong.

Pada dasarnya apa yang mereka katakan memang terjadi kat sini seperti tidak menggunakan meter, suka ikut jalan yang jauh bagi mendapatkan bayaran lebih dan juga keadaan teksi Malaysia yang dikatakan telah uzur.

Aku harap agar penjenayah macam dapat diberkas kerana ia mampu membunuh pemandu teksi yang jujur dan amanah terhadap pekerjaan mereka. Kepada wanita diluar sana, berhati-hati lah sebelum menaiki  teksi..Kalau ade something yang mengcurigakan terus jer keluar dari teksi tu tanpa berfikir 2 kali.

Regards,
-Strider-

Wednesday, March 13, 2013

#1100 - Secrets Magic at Downtown Kg Baru

Hye Readers,

Menanti Persembahan
Sebenarnya tajuk tu adalah hasil dari 2 persembahan dekat Downtown Kg Baru minggu lepas..Untuk satu malam 2 persembahan hebat telah disediakan untuk penunjung Downtown Kg Baru...Ia bermula dari persembahan dari Secrets Crew dan disusuli dengan persembahan hebat dari "Ejik The Magic"

Persembahan dimulakan dengan tarian adik-adik dari Secrets Crew...Mereka merupakan finalist bagi program Asto Superstar yang disiarkan oleh Astro 611..

Entrance with Dry Smoke

Tarian Traditional Melayu
Mereka sebenarnya sangat telented dn boleh menari tradisional dan juga moden.tak silap aku mereka merupakan junior kepada Bounce Stepperz yang merupakan favorite crew aku time rancangan showdown dulu..

Mereka mempersembahkan 5 set tarian pada malam itu.

Hip Hop, K-Pop?? Bring it on

Sebenarnya Secrets Crew juga ade membuat kejutan malam itu dengan memangil kumpulan Gemersik Tari yang juga merupakan Juara untuk Superstar bagi memeriahkan suasana..



Persembahan malam tu diteruskan dengan pertunjukkan silap mata oleh "Ejik The Magic"..Bukan setakat kanak-kanak jer tapi orang dewasa pun sama..

Entrance yang sungguh grand.

Ejik dan Pembantunya
Kepada sesiapa yang tak tahu Ejik nie dah berada dalam bidang ini lebih kurang 10 tahun dan dia juga merupakan seorang yang kelakar di atas pentas..Selain dibantu oleh pembantunya sebahagian trick yang ditunjukkan juga memerlukan bantuan penonton.

Antara penonton yang membantu Ejik dalam trick beliau

Ejik The Magic
Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku nak upload kat sini tapi jenuh pulak korang nak scroll..tapi kalau korang nak tengok gambar-gambr yang lain korang leh (Klik Sini). Sebenarnya event ini merupakan event yang tergempar kerana ade event yang cancel last minit..

Aku ade dapat komen-komen yang memberansangkan pasal event kali ini dan insyallah aku akan usulkan kepada pihak management untuk panggil mereka sekali lagi...untuk update tentang weekly event korang leh check kat sini (Klik Sini)

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 12, 2013

#1099 - Yusof Haslam Ambil Kesempatan Kes Lahad Datu

Hye Readers,

Gambar dari Astro Awani
Semalam aku ada baca kat Astro Awani mengenai cerita Yusof Haslam yang ingin menerbitkan kisah pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu..Yusof Haslam sebenarnya memang terkenal dengan menerbitkan cerita-cerita pasal kepolisan seperti Gerak Khas dan Roda Roda Kuala Lumpur.

Aku juga tahu cerita nie akan menceritakan pahit maung pasukan keselamatan kita dalam mempertahankan kedaulatan negara cuma aku rasa ini bukan masa yang sesuai untuk Yusuf Haslam untuk mengumumkan tentang rancangannya itu..

Ini kerana Kes di Lahad Datu ini masih belum selesai sepenuhnya dan tindakanya itu ibarat ingin mengambil kesempatan terhadap is Lahad Datu yang sedang hangat diperkatakan.Tapi mungkin juga dia ade sebab tertentu kenapa dia umumkan tentang rancanganya itu..Entah laa, kita tunggu jer laa perkembangan selanjutnya nanti

Regards,
-Strider-

#1098 - Bila Pelajar Ditipu

Hye Readers,

Mangsa Membuat Aduan (Credit Metro)
Setelah hampir 2-3 hari aku tak update blog, kini aku tampil nak share pendapat aku mengenai satu berita yang aku baca..Before this bukan aku tak nak update tapi disebabkan aku tiada masa yang lapang untuk update entry..hehehe

Hari ini, aku nak share ngan korang satu berita yang aku baca kat Metro tadi tentang seorang pelajar berumur 21 tahun yang telah ditipu secara online sebanyak Rm76,100...Satu jumlah yang banyak untuk seorang pelajar tapi macam mana dia boleh kena tipu??

Ini kerana dia percaya dengan tawaran penjualan iPhone 5 yang sangat murah iaitu bernilai Rm900 seunit..Tak cukup dengan seunit, dia pergi order sampai 75 unit hanya berdasarkan testimoni seorang kawanya yang berjaya membeli 10 telefon bimbit tersebut..

Aku tak paham kenapa dia perlu percaya dengan tawaran yang murah sebegitu??Memang tak dinafikan memang ade barangan yang dijual dengan harga yang jauh lebih murah di luar negara tapi itu berlaloi kalau korang pergi sana beli dan bawak balik seunit untuk diguna pakai.

Aku sebenarnya rasa kesian apabila baca orang kena tipu macam nie tapi bila tengok orang kena tipu pasal benda-benda tak patut nie, tahap kesian aku tu kurang..mungkin sebab aku nampak tiada keperluan untuk seorang pelajar menggunakan Iphone 5 tu..

Ini merupakan satu pengajaran yang berguna untuk pelajar tu dan kepada kita semua..jangan pernah jadikan satu kehendak tu sebagai satu keperluan kerana orang jahat akan sentiasa akan jadikan orang macam nie sebagai mangsa penipuan mereka.

Regards,
-Strider-

Saturday, March 9, 2013

#1097 - Kenapa Lelaki Tak Suka Dengar Cakap Perempuan

Hye Readers,



Lama gak aku tak tulis something pasal relationship nie..hehe..Baru-baru ni aku terlintas kat fikiran aku untuk tulis tentang kenapa seorang lelaki tak suka dengar cakap gf/isteri mereka..Sebenarnya banyak alasan kenapa mereka tak nak dengar tapi ade beberapa alasan selalu aku dengar...antaranya:- 

Perempuan Suka Bercakap
- Ini terjadi selalu bila pasangan tu terdiri dari perempuan yang suka bercerita dan lelaki yang tak suka dengar..Secara jujurnya, aku suka perempuan yang suka bercakap..takda laa sunyi sangat..hahahaha

Lelaki Selalu Anggap Mereka Dah Dengar
- Sesetengah perempuan suka cakap satu benda berulang kali..ini realiti walaupun lelaki tu dah take note apa yang dia cakap..Bila perempuan suka ulangi sikap macam nie satu hari lelaki tu akan malas nak dengar sebab dia assume yang dia dah dengar..hehehe

Jerit dan Bingit
- Mana mana lelaki pun tak suka dijerit dan sebagai perempuan kita harus jaga intonasi ketika bercakap supaya partner kita tak anggap yang kita nie bising dan merimaskan...

Topik Tak Menarik (Ouchh)
-Hehehe..Benda macam nie pun sebenarnya berlaku gak..Kalau lelaki tu jenis yang suka control macho pastu korang citer plak pasal foundation, eye liner, eye lashes etc memang kebarangkalian dia nak dengar rendah melainkan baru-baru nak start ayat..hahahaha

Ade Benda Yang Lebih Penting
- Bukan nak back up lelaki tetapi kebanyakkan lelaki tak dengar apa wanita itu nak cakap sebab mereka rasa benda tu tak penting walhal mereka ade urusan yang lebih penting untuk diselesaikan..Ini selalu berkait rapat dengan timing perempuan bercerita.

Itu antara 5 alasan yang aku selalu dengar dan nampak sama ada berlaku di sekeliling atau di alam maya..Ini bukan entry nak pointing fingers tapi mungkin ade sedikit isi yang boleh dipakai untuk diri kita dan juga nak nasihat kawan-kawan yang ada masalah macam nie...

Thats all for now..Nanti ada masa aku update entry lain..Sekarang nak update pasal berita pun boring sebab mostly banyak cerita pasal Sulu dan politik jer...hehehe

Regards,
-Strider-

Friday, March 8, 2013

#1096 - Wanita Dan Sikap Pelik Mereka

Hye Readers,



Hari ini 8 March 2013 merupakan hari wanita sedunia..Jadi aku ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada seluruh wanita yang sedang membaca entry ini..Di kesempatan ini aku nak buat entry sikit pasal wanita..apa yang orang lelaki perlu tahu tentang wanita...

Fine/Okay lah.
- Ini merupakan salah satu daripada cara wanita nak hentikan sesuatu perbalahan.Ini merupakan satu signal yang menunjukkan yang mereka betul dan lelaki kena diam..jangan disambung lagi perbalahan ini...

5 Minutes/ 5 Minit
- Adalah satu masa yang diambil untuk bersiap...Normally kalau lagi 1/2 jam mereka nak siap pun mereka akan gunakan masa 5 minit gak..hahahahaha

Nothing/Takde Pape
- Sebelum argument kalau dorang cakap takde pape meaning dorang tgh tunggu untuk korang pujuk sebelum dia dapai idea untuk serang korang..Argument always start with Nothing and ends with Fine.

Go Ahead/ Buat lah.
- Ini yang selalu lelaki confused..Ini bukan satu green light..tapi ia adalah satu cabaran..Kalau berani buat lah...hehehe

Laugh Sigh/Ketawa Sambil Mengeluh
- Ini adalah bila dia rasa lelaki itu idiot dan dia still wonder kenapa dia perlu buang masa untuk argue dengan lelaki tu..hahahaha

So itu laa 5 sikap wanita yang lelaki kena faham..That's what make them special, Sebenarnya hampir semua wanita macam tu termasuk laa kakak-kakak aku sendiri...hahaha..kepada wanita semua jangan marah ek..aku gurau jer..aku tinggalkan korang dengan sebuah lagu yang mengajar macam mana lelaki harus appreciate korang..


Regards,
-Strider-

Thursday, March 7, 2013

#1095 - Aku dan Downtown Kg Baru

Hye Readers,

Hopefully Dapat Buat Event Yang Kumpul Ramai Orang
Lately aku ade update beberapa events yang berlangsung di Downtown Kampung Baru...Sebenarnya aku  update bukan sebab hari-hari or tiap tiap minggu pergi Downtown..Tapi aku update kerana aku merupakan sebahagian dari crew yang bertugas untuk mangement Downtown itu.

Sebenarnya aku terlibat secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan dekat situ...Seperti contoh beberapa akitivi akan berlangsung pada bulan Mac seperti Mega Autoshow yang akan mempamerkan lebih kurang 100 biji kereta pelbagai konsep.Selain itu juga ada pertandingan karaoke dan beberapa aktiviti lain.

Hari tu hasil perbincangan dengan pihak atasan management Downtown Kg Baru, mereka telah bersetuju untuk sponsor hadiah kepada bloggers diluar sana..Aku masih merangka kertas kerja tentang konsep dan hadiah yang bersesuaian dengan konsep contest untuk bloggers...So nanti join laa ek..hehe

Tapi aku sedikit cuak jugak sebab aku belum pernah anjurkan apa-apa contest lagi..mungkin lepas nie aku leh seek advise kepada mereka yang berpengalaman..hahaha..So, thats all for now, but if korang ade terpikir nak buat aktiviti kat sini silalah email aku kat azlan.strider7@gmail.com dan aku cuba usulkan pada pihak management..hehehe

p/s: Untuk Updates Event kat sana sila laa tanya dekat
Facebook : Downtown MAS Kg Baru
Twitter : @Downtownkgb

Regards,
-Strider-

#1094 - Siapa blogger bertuah by Anak En.Yusni

Hye Readers,



Semalan aku baru lepas kena tag oleh kak Ujie dalam satu segmen yang dianjurkan oleh blogger yang dipanggil Anak En Yusni..So since aku ade masa terluang kejap so aku join laa ek...

Syarat dia kena tag 3 orang so aku tag laa yer...
- Diana
- Ayue Jean
- Asmieza

So itu jer laa untuk segmen nie...kepada yang lain minat nak join silalah click banner tu...

Regards,
-Strider-

#1093 - Gadjet Makan Tuan

Hye Readers,



Zaman sekarang macam-macam gadjet atau device yang kita guna untuk memudahkan kita melakukan tugasan seharian.Aku tak sure aku pernah tulis benda nie dalam blog aku ke tak but aku tulis jer la lagi sekali incase ade diantara korang yang belum baca..

Aku akan bagi korang 2 contoh gadjet yang berguna kepada korang but if it fall into the wrong hand,it can be dangerous.

GPS
- Ade satu cerita yang aku tak sure betul jadi ke tak mengikut cerita tu sebuah family pergi shopping di sebuah kompleks membeli belah dan kereta mereka dicuri..Akibat meletakkan alamat rumah dekat GPS, perompak itu terus menyamun rumah mereka kerana perompak tahu keluarga tersebut sedang membeli belah lagi..

Moral of the story, Jangan letak alamat rumah korang dalam GPS..Cukup laa letak alamat untuk stesen minyak, pasaraya, masjid atau landmark public lain yang berdekatan dengan rumah...Jangan beri peluang dedahkan alamat penuh anda dalam GPS tu..

Phone
- Ini device yang aku rasa semua orang guna..dari phone biasa sampai laa ke smart phone, aku rasa 90 % orang kat malaysia nie menggunakan phone..Pernah terjadi satu cerita yang tidak diketahui betul ke tak but ade pengajaran di situ.

Seorang wanita telah kehilangan beg tanganya..Setelah puas mencari 20 minit kemudian dia call husband dia and bgtau beg dia hilang bersama wallet, kad bank phone etc..Suaminya berasa terkejut kerana mendakwa ade menerima sms dari isterinya bertanyakan tentang no pin dan si suami telah reply..

Mereka berdua terus sahaja melaporkan kejadian tersebut namun bernasib malang apabila semua duit dalam bank tersebut telah dikeluarkan oleh penjenayah..Moral of the story anda tak perlu disclose hubungan anda dalam phone dan yang paling penting, jangan percaya dengan text massage bila melibatkan sesuatu yang penting.

Pengajaran
Apa yang penting dalam dua dua cerita ini adalah pengajaran yang boleh kita pelajari...Mungkin kejadian ini hanyalah rekaan semata-mata tapi benda macam nie tak mustahil berlaku dan sebelum sesuatu yang buruk berlaku baiklah kita amik jalan untuk mencegahnya..

Regards,
-Strider-

Wednesday, March 6, 2013

#1092 - MNLF Hantar Bantuan Untuk Sultan Sulu

Hye Readers,

Gambai Hiasan
Moro National Liberation Front (MNLF) berkata sejumlah pejuang mereka akan membantu Sultan Sulu yang sedang berjuang menentang pasukan keselamatan kita..Kenyataan ini aku petik dari Interaksyon iaitu sebuah akbar luar negara.

Kenyataan itu disah oleh Muhajab Hashim, iaitu pengerusi untuk MNLF's Islamic Command Council kepada AFP..Beliau menambah sejumlah askar veteran MNLF telah pun mamasuki negara kita secara berperingkat tanpa diketahui oleh pasukan keselamatan kita kerana map kawasan sekitar ade dalam kepala mereka.

Aku tak tahu laa askar veteran mereka tu ade macam Bruce Wills dalam Die Hard 5 atau pun veteran yang tua bertongkat tapi its not a good news for us apatah lagi semalam media kita baru jer melaporkan yang askar kita telah berjaya menewaskan penceroboh.

Apa yang menarik lagi tentang artikel itu ialah mereka tak dapat memastikan berapa banyak yang telah berjaya menyeludup masuk tapi mendakwa beribu lagi anggota mereka menyatakan minat untuk menyertai Sultan Sulu dalam petempuran mereka.

Semalam pemimpin tertinggi mereka Nur Misuari memberi amaran dalam sidang media supaya Kerajaan  Malaysia tidak membunuh Sultan Sulu serta pengikutnya,..Jika itu berlaku, mereka akan mengistiharkan perang ke atas kerajaan Malaysia kerana mereka berpendapat yang ia menjadi tanggungjawab mereka untuk melindungi rakyat mereka.

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 5, 2013

#1091 - Downtown Kg Baru Digegar!!!

Hye Readers,

Last week Downtown Kg Baru ade menjalankan beberapa event yang menarik sepanjang 3 hari disana..Tapi actually aku sempat cover story untuk jumaat dan sabtu jer sebab ahad tu aku lebih banyak bersantai dan berbincang untuk next event.

Event hari Jumaat diceriakan dengan celoteh DJ dari Bapakku Fm sebab pada hari itu mereka broadcast siaran mereka dari Downtown Kg Baru.Ia disusuli dengan gathering dari pemilik motor scrambler dan beberapa aksi freestyle mereka...jom layan beberapa keping gambar...

Sebahagian Aksi Freestyle

Pilih yang mana sau..semua gempak.

Acara penyampaian sijil penyertaan
Ia diikuti dengan events hari sabtu iaitu persembahan kumpulan The Mute dan juga pertandingan menari (theme k-pop) yang disertai oleh remaja yang masih bersekolah.Pada hari yang sama juga Secret Crew datang untuk menghiburkan penonton.

Secrets Crew sebelum perform

Orang Ramai Terhibur dengan Pertandingan Menari

Gabungan 3 Crew yang Bertanding


Tak cukup dengan itu 2 buah kelab kereta viva juga datang untuk menjayakan malam tersebut.Mereka terdiri daripada Viva Extreme Motorsport dan juga Republic of Viva...Kebanyakkan mereka melepak kat sana sambil memberi info tentang modifikasi kereta...

Viva Extreme Motorsport

Barisan Viva Yang Dipamerkan

Stylo beb kereta ini.

Untuk event hari Ahad mereka ade pertandingan Kopi Tarik yang juga turut dimeriahkan oleh pelawak lagenda negara A.R Badul...Untuk event ini aku tak sempat nak ambil gambar sebab aku busy dengan tugasan lain....

Sebenarnya banyak lagi gambar tapi aku tak boleh nak share sebab penat korang nak scroll nanti..Tapi kalau nak tengok yang tlain korang leh Klik Sini...So itu saja setakat ini..Kalau korang nak tau ape akitiviti mereka setiap minggu korang leh jer tanya kat FB mereka (Klik Sini)

So itu je laa entry aku dulu...Kepada yang minat kereta tu jangan kecewa sebab khabarnya 16 March 13  Downtown akan buat satu Autoshow tersebesar mereka (setakat ini) dengan mengumpulkan lebih kurang 100 biji kereta pelbagai konsep..So nantikan pengumuman mereka...

Regards,
-Strider-

#1090 - Langgar Lari...Mana Mau Pegi???

Hye Readers,



Sedih aku bila tengok gambar kat atas nie...Buat mereka yang belum tahu, ini merupakan satu gambar kemalangan langgar lari dimana pemandu pacuan 4x4 tersebut telah melarikan diri selepas melanggar seorang warga emas yang sedang menaiki motorsikal.

Benda nie diluahkan oleh cucu mangsa di dalam profile FB dia...Abaikan dulu stricker yang tertera tu kerana kes langgar lari boleh terjadi kepada sesiapa sahaja..Aku ade berbual kosong ngan member aku dan ade berkata mungkin pemandu lari kerana takut dibelasah oleh penduduk setempat.

Tapi aku cuba cari kat berita tentang orang mengaku bertanggungjawab dekat pihak berkuasa tapi tak jumpa...Aku pelik mana dia lari??Dah laa dia bawak kereta sesebuah organisasi, dah tentu laa nama dia direkodkan sebelum kereta itu dibenarkan keluar..

Aku berharap agar suspek dapat ditangkap dan di bawa ke muka pengadilan..Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa..Kepada yang memandu tu silalah berhati-hati lebih-lebih lagi kalau dekat jalan kampung..tak berbaloi memperjudikan nyawa orang hanya kerana nak sampai awal 1/2 jam.

Regards,
-Strider-

Monday, March 4, 2013

#1089 - Maaf Rakan Blogger

Hye Readers,

Sedang mengarang Entry baru..muahahahaha
Kita tinggalkan sekejap cerita kat sabah for now sebab dah banyak sangat cerita..Dari yang releven sampai yang tak releven nie pun ade..Sebenarnya aku nak mintak maaf kepada rakan blogger yang aku tak dapat nak balas kunjungan lately sebab busy dengan urusan lain.

Weekend yang lepas aku kena handle satu event yang berlangsung kat Downtown Kampung Baru, tapi itu nanti laa aku cerita. Aku ingat aku nak buat balik bloglist aku sebab dah macam tak relevan pun ade..Ade sesetengah aku kekalkan dan ade sesetengah yang aku akan remove.

For now aku pun takde idea macam mana nak buat bloglist tu..Maybe esok atau lusa aku akan edit balik so that mereka yang selalu berkunjung kat sini akan mendapat kunjung balas dari aku cuma antara cepat atau lambat jer...So, itu jer laa entry pendek aku...

Regards,
-Strider-

Sunday, March 3, 2013

#1088 - Lepas Lahad Datu, Kini Semporna

Hye Readers,



Sekarang nie negara dikecoh dengan kes pencerobohan dari satu kumpulan yang mendakwa mereka nie Askar Sultan Sulu, Sebenarnya mereka dah mula bertapak di Sabah sejak dari awal Febuari lagi..Tapi according to my last entry kerajaan telah menjalan usaha untuk mengusir mereka sehingga berlaku kejadian tembak menembak di Lahad Datu.

Dalam kejadian tu kita kehilangan 2 anggota polis apabila mereka terkena mortar yang dilancarkan oleh penceroboh.Takziah diucapkan kepada keluarga mereka. Hari ini lain pula cerita yang timbul, Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan yang seorang anggota polis telah terkorban dan 2 lagi cedera akibat diserang hendap oleh kumpulan yang tak dikenali.

Namun setakat nie polis masih belum mahu nak mengulas lanjut apa yang terjadi walaupun pelbagai khabar angin yang aku dengar..but since its a serious matter, biarlah pihak yang bertanggung jawab yang mengulas.Hopefully tiada lagi kemalangan jiwa dilaporkan.

Apa-apa pun marilah kita doakan keselamatan rakyat serta pasukan keselamatan kita di Sabah..Nanti aku update entry lain, sekarang aku sedang sibuk nak edit gambar-gambar yang aku amik dekat Downtown Kampung Baru semalam.

Regards,
-Strider-

Friday, March 1, 2013

{Special Entry} - Update Terkini (Harian) Kejadian Di Lahad Datu

New Update Daily :- Note: Kenyataan dibawah tidak mencerminkan pendirian saya dalam situasi ini

14 March
- Keluarga Kiram menyangkal dakwaan bahawa Komander Muda telah terbunuh dalam Ops Daulat.
- Panglima ATM mengumumkan yang lebih banyak anggota tentera akan ditempatkan di Sabah bagi menjaga keamanan.

13 March
- Menteri Pertanan menyangkal dakwaan media Filipina yang menyebut pasukan keselamatan negara bertindak kejam terhadap rakyat Filipina di Sabah.
- Timbalan Ketua polis telah mengesahkan video seorang lelaki yang dikelar bukan anggota keselamatan kita seperti yang di gembar gemburkan di laman social.

12 March
- Setelah beberapa hari bertempur, Ops Daulat kini hampir ke pengunjungnya apabila penceroboh telah ditewaskan oleh pasukan keselamatan negara.
- Saudara rapat kepada Sultan Jamalul Kiram III telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia.

11 March
- Komander Musa iaitu komander yang mengetuai serangan pihak penceroboh dipercayai mati ditembak di  Kg Tanjung Batu.
- Kg Tunduo kini telah bebas dari penceroboh setelah Ops Daulat dilancarkan.

10 March
- Polis menafikan dakwaan ade anggota mereka yang dijadikan tebusan oleh tentera Sulu.
- Pihak keselamatan melancarkan gerakan mencari senjata dari rumah ke rumah sejak jam 8.00pg
- The Star melaporkan 2 orang anggota keselamatan tercedera akibat satu pertempuran di Kg Tanjung Batu

9 March
- Pasukan keselamatan menembak mati seorang penceroboh Sulu yang cuba untuk meloloskan diri
- Biro Siasatan Negara Philipina (NBI) akan memanggil penasihat kesultanan Sulu untuk disoal siasat oleh  kerajaan kerana disyaki dalam konspirasi dalam krisis yang sedang berlaku di Sabah. -PhilStar-

8 March
- Sultan Sulu Ulangi tawaran genjatan senjata selepas ditolak Malaysia semalam- Phil Star memetik kenyataan jurucakap Kiram "Jika Malaysia menolak gencatan senjata UN harus campur tangan"
- Malaysia mengecam tindakan kejam Tentera Sulu keatas mayat anggota polis yang diperlakukan 


7 March  
- Menteri Pertahanan menolak genjatan senjata melainkan pihak penceroboh menyerah diri tanpa syarat
- Sultan Sulu meminta genjatan senjata dari kerajaan Malaysia
- PM telah tiba di Lahad Datu bagi meninjau Operasi yang dijalankan..


6 March 
- MNLF mendakwa telah menghantar bantuan askar mereka kepada Sultan Sulu.
- Seorang pemberontak Sulu ditembak mati.
           
5 March
- Polis melaporkan penceroboh Sulu sudah ditewas
- Jet Pejuang memulakan operasi mengebom puak penceroboh.


Original Entry (Day 1 Lahad Datu Attaack)
Hye  Readers,

Aku tak biasa buat entry macam nie..Normally aku akan menunggu laporan rasmi..tapi since its a big issue dan sesetengah orang tak tahu nak cari kat mana aku bawakan kronologi kejadian Lahad Datu, kebanyakkan laporan nie aku petik dari twitter mereka yang tinggal di sana dan juga twitter seorang wartawan yang melaporkan kejadian.


New Update:

6.00pm: Polis mengesahkan yang 2 Komando terkorban, 3 cedera dan 12 penceroboh telah terbunuh.

5.00pm: Polis akan melakukan sidang media berkenaan kejadian di Lahad Datu

4.35pm: Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) masih cuba mengesahkan tentang kematian tentera pemberontak Sultan Sulu..Ade juga laporan menyatakan 10 orang pemberontak telah menyerah diri.

3.51; Masih  menunggu maklumat lanjut mengenai kejadian di sana...

2.50pm: Laporan mengatakan yang 2 orang anggota komando telah terbunuh dalam serangan Mortar.

1.36pm: Datuk Seri Hisamudin mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa di kedua-dua belah pihak melalui social media rasminya.

12.54pm: 3 Anggota kita cedera dan diterbangkan ke Hospital Lahad Datu..Ketika ini penduduk melaporkan mereka masih mendengar bunyi tembakan.

12.32: Dua pengikut Sultan Sulu dilaporkan mati ditembak.

12.20pm: Sebarang cubaan berkomunikasi dengan Raja Mudah iaitu adik kepada Raja Sulu gagal.

12.00pm : Kedai, nak dan beberapa buah sekolah berhampiran diarah tutup.

11.30am: Media Filipina mula melaporkan yang kejadian tembak menembak dimulakan oleh Msian authority

10.00am: Khabar angin pertama tentang kejadian tembak menembak di lahad Datu telah tersebar lebih kurang jam 10 pg tadi...

Gambar-Gambar Sekitar kejadian Di Lahad Datu







p/s: Sumber aku mungkin bukan 100% tepat tapi ia sumber yang boleh dipercayai..sebenarnya banyak lagi khabar-khabar angin tentang kejadian di sana..

Regards,
-Strider-

#1087 - Pandai Pinjam Tak Pandai Bayar

Hye Readers,

Gambar Dari Metro

Tadi aku ada baca kat Metro mengenai kisah seorang wanita yang berhutang dengan 11 Ah Long dengan nilai pinjaman bernilai RM 30,000...Sebenarnya ada part yang sedih sebab mengikut laporan dia tipu syarikat produksi pastu lumpun seluruh badan dan etc..

Tapi yang buat aku tak kesian ialah pinjaman pertama dia dekat along bernilai RM 5,000 ialah untuk buat PHD..Bagi seorang yang nak amik PHD level, dia sepatutnya tahu yang sebarang pinjaman Ah Long akan membawa bencana dan ia bukan pertama kali..

Aku tak tahu PHD apa yang dia nak amik sebenarnya, tapi setahu aku waktu aku tingkatan 4 atau 5 kita ada diajar tentang keperluan dan kehendak..dan bagi aku PHD itu adalah satu kehendak dan bukan keperluan dalam hidup..Banyak lagi orang surive kat Malaysia without PHD..

Aku tak tahu nak kesian ke tak bila dengar berita-berita camni..Normally orang pinjam Ah Long sebab ahli keluarga sakit, hantar anak belajar dan etc..Belum pernah aku dengar officially orang pinjam Ah Long sebab-sebab macam nie..

Aku pun tak paham kenapa dia perlu tunggu sampai dia berhutang dengan 11 Ah Long baru dia nak tampil ke hadapan..Sepatutnya since along pertama ugut dia, laporan polis harus dibuat..Tapi ntah laa, maybe she had her own reason..

Apa-apa pun aku mengingatkan diri aku dan korang semua supaya tak tejebak dengan Ah Long nie atas apa-apa sebab pun..Nanti kalau aku sempat aku akan update citer pasal kawan aku dengan Ah Long nie...till then be safe and say no to Ah Long.

Regards,
-Strider-