Friday, December 27, 2013

1323 - Rap Pasar Perosak Bahasa

Hye Readers,

Beberapa hari lepas ketika aku dekat Johor, aku ada terbaca satu artikel daripada Berita Harian tentang Rap Pasar Rosakkan Bahasa Melayu. Artikel tersebut ditulis oleh Sasterawan Negara dan pensyarah Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA

Antara benda yang dikupas oleh penulis ialah penerapan bahasa pasar yang akan menyerlahkan penulis liriknya kepada dua situasi berikut. Pertamakecenderungannya melayan ‘selera rendah’, ertinya tidak mahu memilih bahasa yang lebih baik. Kedua mungkin ia tiada upaya berbahasa Melayu tinggi, ertinya tiada kebolehan memilih diksi yang berkesan.

Korang boleh baca selanjutnya artikel melalui link yang aku dah berikan, ade few point dan pendek kata penulis berpendapat yang  bahasa Melayu mempunyai begitu banyak kata perbandingan dan kiasan yang baik. Mengapa lirik lagu rap kita masih memilih bahasa pasar?



Rap Sebagai Muzik Jalanan
Aku bukan seorang rappers mahupun ahli muzik tapi aku seorang peminat muzik dan aku rasa kebimbangan sasterawan tersebut langsung tidak berasas. Ini kerana aku berpendapat yang muzik hip hop ini merupakan muzik yang berasal dari jalanan dan menggunakan bahasa jalanan (street word)

Kemunculan rap mula di kesan di kawasan Bronx New York, dimana penduduknya yang majoriti berkulit hitam memulakan rap bagi meluahkan perasaan atau menceritakan kepada masyarakat apa yang terjadi di jalanan. Kebanyakkan lagu nie menceritakan apa sebenarnya yang terjadi di dunia realiti dan disebabkan itu penggunaan bahasa pasar itu lebih sesuai. Sape cakap ngan kawan-kawan guna bahasa formal? 

Penyalahgunaan Bahasa.
Sasterawan tersebut sepatutnya lebih menumpukan perhatian terhadap penyalahgunaan bahasa yang lebih bersikap professional. Sepatutnya mereka perlu menegur pemimpin/politician yang menggunakan bahasa ketika ditemuramah oleh media.

Penggunaan perkataan seperti "Bajet" yang menggantikan belanjawan baru-baru ini boleh dikatakan sebagai satu penyalahgunaan bahasa kerana kita semua tahu yang perkataan "bajet" itu dimelayukan dari perkataan bahasa inggeris iaitu "Budget". Ada beberapa lagi perkataan macam ini dan aku rasa korang pun tahu.

Bahasa Pasar Realiti Kehidupan
Rap sebenarnya merupakan satu genre muzik untuk rakyat. Kalau korang perasan kebanyakkan lagu rap sebenarnya menceritakan tentang realiti kehidupan dan apa yang kita tutur di jalanan, itu yang dimuatkan dalam sesebuah lagu rap. ia juga termasuk pencampuraan bahasa inggeris dan melayu.

Namun realitinya ia bukan saja berlaku dalam lagu rap tetapi aku percaya dalam sesetengah novel juga ada menggunakan bahasa pasar supaya pembaca lebih senang untuk menghayati apa yang sedang diceritakan oleh penulis novel tersebut.

Kesimpulan
Sama ada dalam lagu rap atau novel, benda ini bagi aku bukan satu isu yang besar kerana ianya bukan satu medium yang rasmi untuk pembelajaran. Dalam industri muzik, penggunaan bahasa kebangsaan lebih sesuai jika ia berbentuk irama traditional tapi dimanakah komposer muzik tradisonal?

Penggunaan bahasa pasar dalam lagu rap bukanlah satu benda yang wajib, tapi ia perlu supaya pendengar lebih senang menghayati masej yang sedang cuba disampaikan dalam sesebuah lagu rap.

Jadi kalau ada yang merasakan rap pasar ini perosak bahasa, cuba berkomunikasi di rumah/tempat kerja tanpa menggunakan bahasa pasar. Tengok sama ada kawan korang boleh hayati tak apa yang korang nak cakap. 

p/s: PC aku masih sakit jadi aktiviti blogging agak terhad buat masa ini. 

Regards,,
-Strider-

40 comments :

  1. gunakan bahasa pasar, supaya sampai mesejnya. ini bukannya drama Gerak Khas yang pelakonnya guna bahasa buku. apa da...

    nama tempat kat pusat pentadbiran kita sendiri guna kata pinjaman inggeris... precint --> presint

    ReplyDelete
  2. cakap formal dengan kengkawan, belum habis cakap kena bantai gelak. hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Jaga lah Bahasa.. bahasa menunjukan jiwa kita, penampilkan diri kita.. :-)

    ReplyDelete
  4. Eleh. Entah2 dia pon cakap bahasa pasar kan strider?
    Hm betul. I dont think so perosak bahasa. Masalahnya satu malaysia pon guna bahasa pasar. Najib pon pakai manglish and pasar gak haahahahah

    ReplyDelete
  5. Aku sokong kau bro!mungkin tajuk Rap Pasar Rosakkan bahsa melayu itu terlalu 'kejam' untuk digunakkan.

    ReplyDelete
  6. tapi bila tengok lirik raper mcm joe flizzo, malique, macam bombastik je ayat yg diorg guna...
    bila PC dah sihat nnti, jom sertai segmen mudah anjuran pha is.
    http://pening-pala.blogspot.com/2013/12/segmen-azam-blog-2014.html

    ReplyDelete
  7. Tapi bahasa camni lah yg digunakan secara meluas sekarang ni kan Lan? :)

    ReplyDelete
  8. Saya setuju 100% dgn kenyataan saudara.

    Cuma mungkin, kalau boleh elakkan bahasa pasar dlm lagu, elakkanlah. Sebab lagu walau mcm mana pon genre, ia tetap akan jadi mainstream yg mana semua org akan dengar. Seeloknya bahasa yg lebih sopan digunakan di situ.. gituu...

    Kena ingat pengaruh muzik tu mcm mana.. Bukan sekadar mengikut tapi jugak mencetus. (:

    Kes ni bukan saja dalam hal bikin lagu, tapi juga bila menulis & berkarya. Okay..

    ReplyDelete
  9. Ramai sgt yg mudah melatah skrg ...

    ReplyDelete
  10. setiap org ada selera masing2.. ada yg suka seni,ada yg suka bahasa.. rap itu seni dan seni itu juga meluas cabangnya.. bukankah kedut itupun seni? hehe.. jadi jgn risau utk pakai baju yg berkedut. begitu juga bahasa, dlm satu bahasa pastinya mempunyai pelbagai jenis dialek, kdg2 dah memang sebati dlm jiwa dan ssh utk diubah.. klik2 iklan disini.. :D

    ReplyDelete
  11. setuju jugak.. lagipun terpulan pada individu mcm mna diorang nak handle bahasa psar dlm hidup diorang kan.. =)

    ReplyDelete
  12. kadangkala apa yang hendak disampaikan lebih jelas jika menggunakan bahasa pasar.. menabung inti..

    ReplyDelete
  13. Yg penting mesg tercapai kan...kalau bahasa canggih manggih org x paham nak buat apa...

    ReplyDelete
  14. aku setuju ngan view hang bro... street music + formal language just don't mix well together... politicians lain citer, mereka mmg patut bertutur secara formal dan menggunakan bahasa dengan betul dan skema...

    nak sembang secara tak formal ngan kwn2, bahasa pasar ok lagi, jangan bahasa rempit sudah, shakiet matew aqew nark bachewr... lolll XD

    ReplyDelete
  15. mampir sini...

    buat admin, moga lekas sembuh je ye...

    ReplyDelete
  16. Betul tu.. saya setuju. Kenalah tengok asas keadaan tu.. bahasa rap bukan dilahirkan dari akar sastera atau mana2 universiti. Klu bercakap ttg merosak bahasa ni, para2 cendiakiawan sepatutnya menggunakan pendekatan yg lebih unik utk menarik minat semua golongan agar memartabatkan bahasa melalui penerbitan & cerita2 di tv yg ditontonn setiap hari. Jngn asyik disebabkan kepandaian teori yg ada tu, hanya tahu duduk di pejabat & menghentam perkara yg dia sendiri tidak pernah alami.. agak2lah.. T kasih diatas perkongsian Strider!

    ReplyDelete
  17. agak sukar berbahasa rasmi..

    *tuan blog sakit ape? moga cpt sembuh..

    ReplyDelete
  18. Ini mesti kes lagu Havoc ni...havoc sungguh!!!..rasa macam tak nak bersetuju je dangan pandangan boleh?

    ReplyDelete
  19. Kalau betul nak guna bahasa yang baik seperti di Brunei.. kene buat menyeluruh.. jangan rap jer yang di tegur.. pape pun aku sayang bahasa melayu...

    ReplyDelete
  20. dlm berblog pun dh byk penggunaan bahasa pasar
    sebab dah terbiasa kan dgn bahasa pasar ni..
    isi tabung nuffnang sini-inti

    ReplyDelete
  21. bahasa pasar or baku, dua2 ada digunakan..yg penting komunikasi berjaya dan difahami..tp seeloknya gunakan bahasa yg senang didengari..

    ReplyDelete
  22. ada juga lagu yang ada unsur rap ni tak menjadi minat ika...sebab rasa merepek so terus tak minat nak dengar...

    ReplyDelete
  23. kalau baku sangta, nnti kaku plak rasanya..

    ReplyDelete
  24. Ingatkan tadi Azlan Strider setuju dengan prof. Memang tak patut dan tidak dapat dielakkan penggunaan bahasa pasar. Apa-apa bangsa dan bahasa pun ada bahasa pasarnya tersendiri. Tetapi adakah bahasa mereka pupus sebab fenomena ini?

    Jawapannya tidak pupus selagi mana ada sistem pembelajaran.

    ReplyDelete
  25. Rasanya kena tgk keadaan la kan kalau nak guna bahasa baku ni..pendapat niesa pn rap ni xde la merosakkan bahasa..mcm yg niesa ckp td tgk keadaan dan tempat mungkin...kalau kat sekolah cko ngan pengetua ala2 rapper ni mmg dapat la sebijik..haha

    ReplyDelete
  26. kalau tengok dari sudut positif, mungkin tak nak budak2 terikut-ikut kot..
    Tapi betul lah, macam novel jugak. Ada jugak bahasa pasarnya. Kalau formal sgt nanti, rasa mcm baca jurnal pulak.. bukannya novel. huhu

    ReplyDelete
  27. cakap pasar xpe.. jgn cakap bahasa sampah.. iteww kiteww aq qua lu.. aarrrgghhh

    ReplyDelete
  28. Salam En Azlan... rasanya macam dah lama tak datang ke sini hehe...selamat menyambut tahun baru 2014 yer

    ReplyDelete
  29. dalam pertuturan seharian memang xsalah guna bahasa pasar.. tapi kalau buat lagu guna bahasa pasar tu memang x patutlah..sebabnya ia tersebar di media massa... semua lapisan masyarakat terdedah dengan bahasa yang rosak ini... bila lagu macam nie tersebar ke luar negara seperti indonesia, singapura, brunei... mesti mereka ingat bahasa orang melaysia memang macam nie... bahasa melambangkan bangsa yaaa...

    ReplyDelete
  30. bahasa menunjukkan bangsa.. kadang2 ada yg best tp ada juga yg kes mcm ni.. hehe
    slmt thn baru azlan :)

    ReplyDelete
  31. mmg tak suka lagu rap.. sbb bkn budaya kita kn... rosak budaya dan bahasa...

    ReplyDelete
  32. PC tak sihat lagi..? smoga beliau cepat sembuh...

    ReplyDelete
  33. ika singgah menabung inti 2x n churps :)

    ReplyDelete
  34. huhu taktau nk komen apa sbb tak minat sgt muzik rap ni..tp kalau nk rapp guna bahasa formal rs mcm tak kena plak..tak rap la cmtu..huhu msg2 mgkin punya pdgn berbeza..tak ada yg slh..

    ReplyDelete