Thursday, December 19, 2013

#1316 - Tahun 2014 Tahun Demonstrasi

Hye Readers,

Beberapa minggu lagi, kita akan meninggalkan tahun 2013 dan menuju ke tahun 2014. Setiap orang pasti sudah ade perancangan peribadi and menetapkan matlamat mereka untuk 2014 ini. Tetapi 2014 juga akan menjadi tahun yang sukar untuk negara.

Ini disebabkan keadaan ekonomi semasa dan juga beberapa berita yang tidak disukai oleh rakyat Malaysia baru-baru ini. Demonstrasi pertama dijangka akan berlaku pada ambang tahun baru mengikut apa yang aku baca kat sini

Perhimpunan kalau kena pada cara mampu merapatkan silaturahim.
Melalui akhbar berhaluan kiri Malaysiakini Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengumumkan, sebuah perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 1 Mei 2014, yang juga merupakan Hari Buruh, bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup rakyat.

Melalui artikel yang sama Satu lagi himpunan BERSIH akan diadakan tapi tarikhnya masih tidak diketahui kerana ketua BERSIH sekarang iaitu Maria Chin Abdullah masih di peringkat penyusunan kabinet mereka.

Aku sebenarnya tidak suruh korang support demontrasi jalanan ini tapi juga tidak menghalang korang untuk pergi. Setiap orang punyai cara masing-masing untuk meluahkan perasaan. Hopefully tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku ketika perhimpunan itu dijalankan kerana ia hanya akan memburukkan situasi.

Ini bukan entry untuk mempromosi demo jalanan tapi ia lebih kepada menyampai maklumat terhadap apa yang bakal rakyat Malaysia hadapi pada tahun 2014 nanti.

Regards,
-Strider-

25 comments :

  1. tak terkejut pun nnti kalau ada banyak demo jalanan.. dah rakyat semakin tersempit..

    ReplyDelete
  2. biarlah Demonstrasi secara aman ...

    ReplyDelete
  3. ha?perhimpunan 1 mei nnti?agak2 kt mana?bkn nk pg..tp xnk tersesak skali..dh plan nk g jalan2 kt kl..haha..eh,klua topik plak..niesa blm ada azam lg..huhu...

    ReplyDelete
  4. biarlah berlangsung dengan aman. tak mustahil kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak mustahil kalau nk buat demo secara aman.. kalau kedua-dua belah pihak boleh sama2 tolak ansur la, rasanya x kn ada masalah.. insyaAllah..

      Delete
  5. minta-minta jgn la terjadi apa2 yg buruk nnt...aminnn..

    ReplyDelete
  6. siap sedia 2014 dengan kadar kos sara hidup yg meningkat...untung jugak kalu gaji naik, tp ...ada tapinya. gaji naik dan semuanya naik kecuali hujan rahmat saja yg turun..

    ReplyDelete
  7. Lain orang, lain pemikiran. Ada sesetengah orang, akibat tekanan hidup yang semakin mendesak membuatkan mereka berpendapat bahawa berdemo adalah cara mereka meluahkan tekanan yang mereka hadapi.

    ReplyDelete
  8. Emm no komen pasal perhimpunan ni..Huhu ada kebaikan dan ada keburukannya demonstrasi jalanan ni..

    ReplyDelete
  9. klu x silap akak , demonstrasi ni termasuk dlm hukum hudud .

    ReplyDelete
  10. Aman, tapi nanti ada lah tu yang akan huru harakan haih. Go bersih scr aman! Amin :D Heheheh

    ReplyDelete
  11. ada jgk dengar . tak tau plak gosip ke khabar angin je

    ReplyDelete
  12. Kesian rakyat Malaysia..wish luck untuk semua!!!

    ReplyDelete
  13. Ramai juga yang pergi untuk suka2 jer...mencuci mata hehehe

    ReplyDelete
  14. seriously this, is not surprising at all... brace yourself for 2014...

    ReplyDelete
  15. ya la..aq pun rasa tahun 2014 tahun domotrasi
    sbab banyak yang x puas hati
    skiranya dilakukan dlm keadaan aman dan terkawal..
    ada baik ada buruk :)

    ReplyDelete
  16. tak salah menyuarakan pendapat...dan kadang2 dengan demo ni juga pendapat tu akan didengar oleh kebanyakan pihak,
    tapi diharapkan demo yang bakal diadakan etc etc tersebut tidak akan menjejaskan keselamatan orang lain...itu yang sepatutnya dielakkan..betul tak?

    ReplyDelete
  17. Inilah akibat masa PRU tak pilih pemimpin elok2... sekarang masa untuk menuai hasil. Hehe...

    ReplyDelete
  18. Hurmmmm... menyuarakan tekanan dengan demo.. biar ada orang nak dengar sket hahahaaa.. :P

    ReplyDelete
  19. Mudah2an diberi jalan penyelesaian atas segala kekusutan yg melanda kita semua.. aamiin..

    ReplyDelete