Thursday, December 12, 2013

#1298 - Felixia Yeap: Model Playboy Yang Kini Bertudung.

Hye Readers,


Seorang model playboy Malaysia Felixia Yeap berkata yang dia mempunyai benda lain yang berharga daripada mempertontonkan tubuh badanya. Itu antara kenyataan yang dipetik dalam satu artikel Star Online hari ini.

Ia merupakan satu artikel yang menarik dimana mengikut dunia modelling pencapaian  Yeap 26, boleh dikatakan baik selepas dia merupakan rakyat Malaysia yang ketiga berjaya dipilih untuk menghiasi majalah Playboy Philipines.

Yeap dikatakan kesal kerana kerjaya modelingnya dia telah  disalahgunakan oleh sesetengah orang yang hanya mencari dirinya untuk diajak keluar mencari keseronokan atau berhibur dan bukannya sebagai calon isteri untuk dikhawini.

Namun segalanya berubah apabila dia menjadi salah seorang model berhijab beberapa bulan yang lepas, dia mula merasakan yang dirinya dilindungi, bebas, dan juga selamat. Sejak beberapa minggu yang lepas Yeap telah memuatnnaik gambar dirinya memakai hijab di la Facebook pages beliau yang kini  mempunyai lebih daripada 148,000 likes.


Walaupun Yeap selesa untuk berhijab dan menjadi model untuk pakaian muslimah, namun dia menegaskan yang dia belum lagi memeluk agama islam dan masih kekal sebagai seorang "free thinker". Tetapi dia mengakui jika agama boleh menunjukkannya keindahan dalam kehidupan, mengapa tidak dia cuba untuk memahaminya? 

Untuk meneruskan hidup Yeap masih lagi menerima kerja modelling yang berbentuk "sexy" tetapi sekarang dia lebih berhati-hati dalam menerima sebarang tugasan. Untuk makluman korang  Yeap belum pernah berbogel untuk sebarang majalah.

So itu jer la cerita mengenai Felixa Yeap yang boleh aku ceritakan kat sini. Kalau korang nak baca lebih lanjut pasal kisahnya, korang boleh pergi membaca entry blog peribadi beliau yang bertajuk "The Truth Behind My Hijab".

Regards,
-Strider-


21 comments :

  1. dah bertudung ok laa tu, slow2 berubah is better daripada berubah mendadak tapi tak belajar apa2 dr perubahan :)

    ReplyDelete
  2. Moga satu hari nanti hati Yeap terbuka untuk memeluk Islam :)

    ReplyDelete
  3. Comelnya bila pakai tudung...semoga beliau diberi hidayah...
    In Shaa Allah...rezeki ada di mana2...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. semoga kehidupan beliau sentiasa diberkati.. aamiin.

    ReplyDelete
  5. semoga beliau mendapat hidayah untuk memeluk islam.. menabung transitions..

    ReplyDelete
  6. salam. semoga dia menerima taufik n hidayah dari Allah...

    ReplyDelete
  7. Bila dia mula mahu berfikir, insya Allah dia akan bertemu jalan yang benar. Kalau ada yg membimbing, mungkin cepat proses pengIslamannya. Kita doakan..

    ReplyDelete
  8. niesa baru lepas baca blog dia semalam. macam biasa, ada yg menyokong dan ada yg mengutuk..semoga beliau diberik hidayah islam..amin..

    psstt : mcm biasa niesa singgah menabung ya.. ;)

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah pkembangan yg postif..
    semoga hati ying terbukak utk menerima ajaran islam :)

    klk taransition :)

    ReplyDelete
  10. mana ko jumpa minah ni beb??hahahah

    ReplyDelete
  11. moga dia diberi hidayah utk memeluk Islam satu hari nanti...

    ReplyDelete
  12. Oh dah baca dah ! Dia ni cina lagi. Ingatkan dia dah masuk Islam , tapi memang tabik dekat dia. Sebab cina tapi dia nak tutup aurat dia. :)

    ReplyDelete
  13. dh baca dh kisah dia ni.. hm.. kdg2 malu jgk kita sbgai islam pun pakai tudung buat syarat je. tapi still jgk seksi2.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah andai beliau dah terbuka hati nak peluk islam...

    ReplyDelete
  15. ada yg kata sekadar publisiti.. wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  16. Semoga dia terbuka pintu hati untuk memeluk agama islam dan menjadi umat yang bertakwa..dari www.tepakku.com

    ReplyDelete
  17. semoga dia diberi hidayah dan dibukakan pintu hatinya..

    ReplyDelete