Saturday, December 7, 2013

#1292 - Nasib Fast & Furious 7

Hye Readers,

Paul Walker, Fast & Furious
Paul Walker (1973 - 2013)
Baru baru ini kita ade menerima berita tentang kemalangan jalanraya yang dialami oleh Paul Walker yang juga merupakan watak utama dalam  series Fast & Furious. Kemalangan tersebut telah meragut nyawanya dan juga seorang rakannya.

Bagi peminat filem Fast & Furious macam aku nie, korang mesti tahu yang filem itu masih dalam pengambaraan dan dijadual untuk ditayangkan sekitar tahun hadapan. Tapi apa yang berlaku selepas ini terhadap filem itu apabila teraju utamanya sudah tiada.

Menurut laman web Paultan. Produksi Fast & Furious telah dihentikan sehingga satu tempoh yang tidak dinyatakan. Universal Studio,krew penerbit, para pelakon dan sesiapa yang terlibat telah mengambil keputusan untuk menyokong keluarga Paul Walker dalam mengharungi situasi yang sukar sekarang ini.

Pada masa ini Universal Studio merasakan ia adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menghentikan pengambaran Fast & Furious 7 untuk satu tempoh masa supaya mereka boleh menilai semua pilihan yang ada selepas ini.

Fast & Furious 7

Segala maklumat akan dikemas kini dan disampaikan kepada semua peminat Fast & Furious.Buat masa sekarang, nampaknya skrip cerita tersebut perlu diolah tetapi pihak produksi masih belum mengetahui sejauh mana ia akan diolah. Secara jujurnya aku tak tahu adakan F&F7 akan sama lagi selepas ketiadaan Paul Walker.

So itu sahaja perkembangan pasal filem Fast & Furious 7 yang aku boleh cerita kat korang. Mungkin cerita ini akan ditunda tayanganya dari 2014 ke 2015. Ade sesiapa peminat cerita Fast & Furious kat sini?

Regards,
-Strider-

23 comments :

  1. Eh yeke? Tunda terus? Hmm taksilap qila tukar jalan cerita tp entah lah heheh.
    F&F 6 pon qila belum tengok lagi hihi

    ReplyDelete
  2. tgh memikir siapa yg sesuai ganti paul walker, hurmmm maybe channing tatum atau brader yg bawa watak 'bane' dulu tu, lupa plak nama dia..huhu

    ReplyDelete
  3. im not a fan but i feel the sadness too. rip paul walker..ironic kan, pelakon fast & furious died in car accident..huhu..

    ReplyDelete
  4. ika peminat fast & furious...malas lagi rasa terkilan sgt bil tahu banyak sumbangan paul walker..hebat dan baik orangnya...memang patut ramai yang terkesan bila kemalangan tersebut meragut nyawa paul...

    ika pun rasa mungkin fast7 akan ditunda tayangannya, tapi kita pun tak tahu sejauh mana filem tu berjalan sekarang..mungkin tinggal scene2 yang sedikit je untuk di-shoot lagi..mungkin juga banyak lagi..sb dari sumber yang ika baca scene paul pula yang banyak perlu diolah semula..

    takkan sama rasanya fast7 tanpa brian o'connor...even digantikan dengan orang lain atau watak itu cuba "dimatikan" dalam filem juga tetap takkan sama...sebab kita dah follow dari first sampai fast6..mungkin ada perbezaan laa kalau watak penting tu takde...

    ReplyDelete
  5. Akak pun minat gak filem ni ...

    ReplyDelete
  6. Baguslah mcm tu.. menghormati mendiang. Aku minat cerita fast & furious ni walaupun aku bukan kaki kereta.. lakonannya mmg sesuai dgn cerita tu.. Thanks sharing Strider..

    ReplyDelete
  7. saya minat sgt tengok wyg 2..tp rasa lain dah kalau heronya dah tiada..ermmm

    ReplyDelete
  8. bro... Gua mmg peminat tegar Fast & Furious... PAling best gua rasa kat Rio Brazil... Anyway, terkejut dgr Paul Walker mati... da la dalam red porsche.... kemalangan ngeri plak tu... ajal maut di tangan tuhan bro... mmg tidak dijangkakan kematian Paul...

    ReplyDelete
  9. Sure lama lagi la nak tunggu F&F7 ni keluar. Produksi mungkin terpaksa rombak skrip agaknya.

    ReplyDelete
  10. Ayah ida mmg minat minat giler dgn filem ni...mmg tak pernah miss...sesekali ida pun join la juga..

    ReplyDelete
  11. Di tangguhkan? For sure la kan. .dh heronya meninggal. .

    ReplyDelete
  12. paul walker dh meninggal ke? mcm xcaya pulak. baca sini baru tau. mesti F&F 7 dh xbest mcm dulu. huhu #team F&F

    ReplyDelete
  13. kalau tunda x pe.. jgn cancel terus sudah la..

    ReplyDelete
  14. nasib baik niesa ni bukan peminat F&F..hehe..

    ReplyDelete
  15. hrp2 filem ni dpt ditrskan walaupun tanpa paul.. sbb sy n hubby mmg mnt sgt movie ni..

    ReplyDelete
  16. Hello all newbies, how are you all. I am very big fan of Paul Walker. I am very sad after his untimely Death. But i am waiting for his last Movie Fast & Furious 7, which is coming in March 2015. So i am very excited to watch this Movie, which will be definitely a interesting as well as a huge Movie ever.

    http://www.furious7fullmovie.com/

    ReplyDelete