Wednesday, December 4, 2013

#1282 - Erma Fatima Bayar Saman Guna Duit Syiling

Hye Readers,

Kali ini aku nak cerita sedikit hal dunia hiburan kita. Kalau korang masih ingat, dulu syarikat Samsung pernah membayar saman kepada Apple berjumlah USD 1 billon. Cara mereka membayar saman ialah dengan menghantar 30 truck yang diisi dengan wang 5sen.

Kini scenario yang sama berlaku apabila Rabecca Nur Al-Islam tampil meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan Erma Fatima yang menghantar wang tuntutan saman berjumlah RM11,200 dalam bentuk syiling 5 sen & turut menyertakan senaskah kitab al-Quran bersamanya.

Cdt Picture : Roti Kaya
Sekitar bulan Julai lalu, aktres jelita, Rabecca Nur Al-Islam telah menang kes saman produksi milik pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima, Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd kerana mendakwa syarikat tersebut gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu.

Aku tidak berpihak kepada sesiapa dalam kes ini sebab aku tidak begitu mengikuti perkembangan kes ini, Apa-apa pun cara Erma Fatima membayar saman ini agak pelik jugak dan jarang orang buat,

Regards,
-Strider-

17 comments :

  1. bayar saman dengan wang syiling dan beri senaskah alQuran? apa motif? huuu

    ReplyDelete
  2. Mungkin beliau tidak 'redha' ngan saman yg beliau terima so walaupun kalah masih ade rasa tidak puashati.. bayar tetap bayar saman cume 'ingat senang nk dapat duit dari haku?" gitu la adenye...kottt..

    ReplyDelete
  3. bila RM itu adalah sagalanya ...

    ReplyDelete
  4. Simbolik dan ada maksud tersirat tuh....masak nk kira byk giler mcm tu....

    ReplyDelete
  5. Erma kasi duit 5 sen tu ada simboliknya dan alQuran tu pun ada maknanya. Rasanya apa yang Erma maksudkan mungkin Rebecca kalau nak duit kena la berusaha ….kira duit 5 sen sampai cukup. Bukan senang2 minta duit tanpa bekerja dan terus dapat. Al Quran tu mungkin bermakna rujuk la pada agama. Biar duit yang dapat tu rezeki yang halal... hehe..

    ReplyDelete
  6. ini barulah epic..
    buku bertemu ruas!!

    ReplyDelete
  7. Selalunya mesti nak perli kalau guna syiling sbb nk menyusahkan untuk kira sen sen tu hihihihi entah lah

    ReplyDelete
  8. Macam nak sindir kot dan cuba menyusahkan orang yang menang saman.

    ReplyDelete
  9. Satu kerja pulak nak mengira duit tu.. :)
    Salam kenal...

    ReplyDelete
  10. Pelik penuh makna tu Strider hihii.. :D

    ReplyDelete
  11. 5 sen pun kira duit juga... masuk jer ke bank habis cerita...

    ReplyDelete
  12. Just like samsung dengan apple...

    ReplyDelete
  13. tiru samsung bayar saman kat apple hikhik

    tp act rsnya erma just sarcasm dgn becca hoho

    :3

    ReplyDelete
  14. pasti ada maksud yang tersirat.. hanya beliau dan Allah saja yang tahu..

    ReplyDelete
  15. hahaha.. pandai doa buat troll

    ReplyDelete
  16. sindiran "baik" punya dari pihak yg kalah kes... hihihi... tp kalo mcm ni smpai bila nak habis kes... ish2...

    ReplyDelete