Wednesday, November 13, 2013

#1242 - (10 Gambar) Taufan Haiyan Melanda Filipina

Hye Readers,



Malaysia boleh dikatakan bernasib baik kerana tidak berada di dalam laluan Taufan Haiyan ini. Walaubagaimana pun negara jiran seperti Filipina mengalami kemusnahan teruk akibat dari keganasan taufan Haiyan yang melanda negara itu beberapa hari yang lepas.

Taufan Haiyan merupakan taufan ketegori lima dan bergerak dalam kelajuan 245 batu/sejam. Pihak berkuasa berkata, di bandar Tacloban, Leyte, sahaja, 10,000 kematian direkodkan dan 2/5 daripada mangsa merupakan kanak-kanak

Tiada kata-kata yang boleh aku gambarkan dekat sini jadi aku biarkan gambar gambar Reuters ini berkata-kata.


Kapal kargo terdampar empat hari selepas taufan super Haiyan melanda bandar Anibong.


Terdesak: Bayi menangis ketika dia dipegang oleh ibunya seorang penduduk Filipina yang beratur untuk menaiki pesawat C-130 iaitu pesawat tentera di lapangan terbang selepas taufan memusnahkan bandar Tacloban


Pembersihan: Polis dan tentera kakitangan mengalihkan mayat dari jalan-jalan di Tacloban ketika mereka cuba untuk memulihkan keadaan di sana


Mangsa: Anggota badan adalah hanya sebahagian kecil daripada jumlah mayat yang ditemui akibat taufan dan laporan mengatakan kubur besar (mass grave) telah dipenuhi dengan beratus-ratus mayat.


Kanak-Kanak ini masih mampu tersenyum sambil meminta bantuan tanpa daripada mereka yang sudi.


Gadis muda ini menyeberangi kawasan sekolah yang merupakan tempat perlindungan sementara untuk berpuluh-puluh keluarga selepas kemusnahan yang ditinggalkan oleh Taufan Haiyan


Usaha Menyelamat: Unit Reaksi Khas Filipina menyertai tentera dalam usaha mencari mayat mangsa yang masih selamat akibat Taufan Haiyan


Kematian: Polis Filipina mengasingkan berpuluh-puluh beg mayat mangsa korban akibat  ribut dahsyat di Tacloban


Cuba Korang bayangkan apa perasan melalui kawasan yang dipenuhi dengan mayat yang ditinggalkan selama 2-3 hari? Itulah yang dialami oleh mereka yang terselamat.


Kanak-kanak menunggu bantuan perubatan di  Guinan iaitu salah satu bandar yang musnah di wilayah timur Samar. Kebanyakkan kanak-kanak telah dihanyutkan oleh banjir, dihempap di bawah timbunan bangunan yang runtuh dan cedera akibat serpihan berterbangan.

Itu merupakan beberapa gambar yang mampu aku kongsikan dekat sini. Setakat ini Kerajaan Malaysia akan menyalurkan bantuan tunai AS$1 juta (kira-kira RM3 juta) kepada Filpina dalam tempoh terdekat bagi membantu mangsa taufan Haiyan di negara itu. 

Regards,
-Strider-

17 comments :

  1. takziah kepada semua mangsa, kesedihan dan penderitaan terpancar di wajah mereka.. :(
    kita doakan semoga malaysia terpelihara jauh dari bencana alam sebegini..

    ReplyDelete
  2. kesiannya mereka..semoga semuanya baikbaik ja

    ReplyDelete
  3. sedih lihat keadaan mangsa di sana...... ;(

    ReplyDelete
  4. kesiannya dorang..
    teruk betul kesan taufan tu..

    ReplyDelete
  5. Syukur negara kita masih terhindar dgn bencana2 yg teruk spt ini.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. kesian betul. especially kat budak2 lah

    ReplyDelete
  7. Sedih tengok keadaan di sana.. Semoga Malaysia akan terus dipelihara & dilindungi dari bencana2 alam sebegini..
    http://miezashaklee.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. murahnya hati kerajaan malaysia kan.. smoga dorg yg dilanda bencana terus tabah utk teruskan kehidupan..

    ReplyDelete
  9. kesian kan...anak2 kecik jadi mangsa...tgok gambar diorng terus sebak...x dapt bayang if anak2 SA...

    ReplyDelete
  10. semoga bantuan yg malaysia hulurkan dapat meringankan beban mereka ...

    ReplyDelete
  11. Dunia sudah tua dan hampir sampai ke penghujung. Mungkin itu sebab bencana alam banyak berlaku.

    P/s: AS tu matawang USD ker?

    ReplyDelete
  12. musibah.. syukur malaysia masih selamat..

    ReplyDelete
  13. turut berduka cita atas musibah ni

    ReplyDelete