Monday, November 25, 2013

#1263 - Cara Mendaftar Parlimen Belia Malaysia

Hye Readers,

Dua minggu lepas aku ade buat satu entry mengenai Parlimen Belia Malaysia (klik sini). Semalam ada seorang kawan aku tanya bagaimana nak mendaftar Parlimen Belia Malaysia ini. Jadi aku amik kesempatan untuk menjelaskan kat dia sekali dengan korang semua. Ia sangat mudah.


* Pergi ke laman web rasmi Parlimen Belia Malaysia
* Anda boleh membaca mengenai PBM (Step 1) dan klik untuk mendaftar sebagai pemilih.


* Jika anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sila tandakan kotak (Step 2) dan klik untuk mendapatkan borang pendaftaran. (Step 3)


* Sila isi no kad pengenalan anda dan tekan hantar sebelum anda mengisi borang pendaftaran.
* Anda akan dibawa ke halaman untuk mengisi borang.



* Isi semua maklumat peribadi anda dengan betul. Pastikan kotan perakuan pemilih telah ditanda sebelum anda menekan butang "Hantar".


* Anda akan menerima pengesahan pendaftaran.

Itu adalah cara-cara untuk mendaftar bagi Parlimen Belia Malaysia. jadi mari kita ramai-ramai register. Tahun 2014 kalau aku nak bercerita pasal isu yang dibangkitkan oleh Parlimen Belia Malaysia ni nanti ade geng.

Regards,
-Strider-

10 comments :

  1. tak mahu terbabit suka tengook sahaja rasa kejam pula joint ni erk..

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info bro.. Easy to understand!

    ReplyDelete
  3. owh...da ada parlimen belia ke.alamak ketinggalannya saya,baru tahu ni...

    ReplyDelete
  4. Entri yg haritu aku dah daftar dah.. t kasih.. :D

    ReplyDelete
  5. info yang sangat berguna kepada belia :)

    ReplyDelete