Tuesday, November 12, 2013

#1241 - Siti Nurhaliza Tegur Khairy Jamaluddin.

Hye Readers,



Tadi ketika aku sedang menikmati makan malam aku terperasan satu tweet yang agak menarik daripada Datuk Siti Nurhaliza. Dalam tweet berkenaan Siti telah menegur pendekatan yang Menteri Belia Dan Sukan Khariry Jamaluddin dalam menegur orang yang lebih tua.

Semuanya bermula dengan kenyataan dibuat bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir yang menafikan beliau adalah ‘budak suruhan’ FAM susulan kritikan yang dilemparkan kepada Khairy sebelum ini. Beberapa hari lepas FAM mengeluar kenyataan yang Khairy perlu mengambil pendekatan secara bersemuka bukan menegur badan induk bola sepak tersebut secara terbuka.

Sejak kebelakangan ini Khairy lantang mengkritik FAM antaranya bersabit jualan tiket final Piala Malaysia dan kemuncaknya teguran terhadap Jawatankuasa Keselamatan FAM susulan penemuan pistol di dalam tandas di Stadium Shah Alam semasa final Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang

Sebenarnya aku merasakan Siti Nurhaliza tidak sepatutnya masuk campur dalam cara Khairy menjalankan tugasnya. Aku paham mesej yang cuba disampaikan oleh Siti tetapi aku tak rasa Siti betul-betul paham apa yang penyokong bolasepak alami sekarang ini. Dengarlah luahan Ultras Malaya ini.. :


Penyokong Malaysia sebenarnya sudah tidak tahan dengan FAM lagi. Bagi mereka FAM sudah berada lama di dalam comfort zone dan perlu pembaharuan. Mungkin cara Khairy nampak kasar tapi itu mungkin cara yang terbaik untuk mengubah struktur kepimpinan FAM.

Andaikata Datuk siti betul-betul paham apa yang peminat bola sepak inginkan mungkin pandanganya terhadap cari khairy menegur akan berbeza.Bagi aku tidak salah untuk Khairy bersikap lantang terhadap persatuan di bawah pimpinanya..Apa pandangan korang pula?

Regards,
-Strider-

Artikel Berkaitan

* #1078 FAM Siasat TMJ
* #1002 - Aku Bukan Ultras Malaya
* Muak Dengan Bolasepak Tempatan


17 comments :

  1. Hehehe... Bro, FAM needs to b changed! Da lama sgt... Patut la Malaysia ketinggalan zaman walaupun ade Petronas dan KLCC..

    ReplyDelete
  2. Gua taktahu sangat pasal FAM ni tapi gua minat bola. Peace :)

    ReplyDelete
  3. rsenye datuk siti inginkn publisiti murahan kot..
    ttbe je komen psl bola sepak tanah air..
    ahaha

    ReplyDelete
  4. Klu dah x paham2 juga, mmg patut kena cakap dgn cara yg biar boleh faham.. Datuk Siti patut tau dari pangkal cerita ttg masalah FAM ni.. barulah keluarkan kenyataan.. tengok keadaan separuh jalan, inilah jadinya...

    ReplyDelete
  5. moral of the story pompuan x payah nk menyibuk pasal bola ni semua, pi dapur blaja masak utk suami lg bagus

    ReplyDelete
  6. Teman sangat setuju dengan ko... FAM tu dah teruk bebenor... sampaikan kita nie tak boleh nak tegur apatah lagi nak kritik... Peminat tegur FAM bukan untuk menjatuhkan, tapi untuk kebaikkan bersama...

    ReplyDelete
  7. hm.. tak follow sgt isu nih, tapi kalau untuk kebaikan semua apa salahnya :)

    ReplyDelete
  8. baru tau kisah diorang ni...heheh...

    ade dengar sebelum ni, tapi baru harini tau punca.... :)

    ReplyDelete
  9. senang tak payah masuk campur...takut lagi banyak tanggapan yang salah di buat

    ReplyDelete
  10. Silap besar la dia backup FAM. Orang sekarang ni majoriti dengan meluat dengan FAM.

    ReplyDelete
  11. Kalau berjumpa secara tertutup pasal masalah ni tak apa, tapi berperang mulut guna media je..apa cer?

    ReplyDelete
  12. panas juga isu ni..hehhe
    salam kenal..

    ReplyDelete
  13. sory la siti.. walaupun gua pro-pembangkang, tapi tetap sokong KJ... hehehe

    ReplyDelete