Tuesday, October 22, 2013

Pulau Tioman Antara Pulau Tebaik #VMY2014

Hye Reader,

Entry kali ini adalah merupakan satu sagmen yang dianjurkan oleh blogger Hasrul Hasan dan ia mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014 #VMY2014. Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bercerita tentang satu tempat percutian yang pernah saya kunjungi iaitu Pulau Tioman.

Pulau Tioman merupakan salah satu destinasi yang terbaik jika anda ingin pergi bercuti. Terletak di pantai timur Malaysia Pulau Tioman mempunyai beberapa buah kampung yang menyediakan pakej-pakej penginapan. Kalau tak silap saya, Kampung Salang merupakan tempat yang popular di sana tetapi untuk percutian saya yang lepas, kami menginap di Kampung Genting.

Peta Pulau Tioman, Kampung Genting, Kampung Salang
Peta Pulau Tioman

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk anda sampai ke Pulau Tioman ini. Anda boleh menaiki feri dari Jeti Mersing ataupun menaiki kapal terbang dari Subang Airport. Antara syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan tersebut ialah Berjaya Air.

Terdapat beberapa aktiviti yang menarik untuk dilakukan di Pulau Tioman ini, antaranya aktiviti seperti Island Hopping, Snorkeling, Diving dan Jungle Trekking. Tapi ketika aku bercuti di sana, aku hanya pergi untuk Island Hopping dan Snorkeling sahaja.

Snorkeling, Pulau Tioman, Tioman Island
Snorkeling at Pulau Tioman
Untuk makluman anda terdapat 8 pulau kecil di sekitar kawasan pulau tioman. Antara akviti yang kerap di jalankan di kawasan pulau-pulau kecil tersebut ialah aktiviti snorkeling dan scuba diving. Tapi jangan risau, kebiasaanya untuk aktiviti island hopping mereka akan membawa anda melawat pulau-pulau tersebut.

Pulau Tioman juga merupakan antara pulau bebas cukai di Malaysia, kampung Tekek merupakan tempat pusat membeli belah di pulau ini. Tetapi jangan risau, jika anda menginap di Kampung lain anda masih boleh pergi ke Kg Tekek ini. Anda cuma perlu berunding dengan resort tempat anda menginap untuk memberi  perkhidmatan menghantar anda ke Kampung Tekek.

Pulau Tioman
Jeti Kampung Tekek
Penduduk Pulau Tioman sangat ramah tetapi keramahan mereka lebih terasa. Apa yang dikatakan oleh kebanyakkan pelancong yang penah datang ke sini kepada saya ialah betul.  Mereka akan menyapa pelancong yang lalu lalang tanpa mengira sama ada anda penduduk tempatan atau warga asing.

Jadi kepada mereka yang merancang untuk bercuti pada tahun 2014 jangan lupa masukan Pulau Tioman merupakan salah satu daripada destinasi pilihan anda. Sebagai info tambahan, Time Magazine pernah menjadikan Pulau Tioman sebagai salah satu pulau tercantik di dunia. 

Regards,
-Strider- 

Segmen Tahun Melawat Malaysia 2014 | #VMY2014 dianjurkan oleh Panduan OHBlogger Blogspot Malaysia | HASRULHASSAN.COM dan Kelab Blogger Belia

19 comments :

  1. Menarik.. bila la dapat berkunjung ke Tioman nia ..
    Moga satu hari nanti hajat akan tercapai :D

    Salam Kenal dari saya :D
    http://timetravelafif.blogspot.com/2013/07/update-of-my-self-doha-qatar.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik bro..kalau kat semenanjung memang one of the best la...hehe

      Delete
  2. terima kasih bro! pulau2 kat pantai timur memang best. aku memang target nak pergi tioman tahun depan, sebab bulan mei hari tu dah pergi pulau redang (terbaik!).

    ReplyDelete
    Replies
    1. redang saya belum pernah sampai lagi...tapi dengar kata memang menarik tempat tu..

      Delete
  3. Replies
    1. nanti ajak student2 pergi tioman..hahaha

      Delete
  4. bestnya! tak pergi pegi lg tp memang betol org cakap lautnya warna biru

    ReplyDelete
    Replies
    1. so tahun depan boleh laa awk start plan utk ke tioman..hehe

      Delete
  5. Pulau Tioman mmg best.. layan memancing pun syok, bnyk ikan besar.. lama dah x pergi. Semoga sukses utk segmen ni ye Strider.. all the best!.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro...saya pun tatau kat tioman ade port memancing sbb saya bukan kaki pancing..hehe..

      Delete
  6. belum pernah sampai wpun dah beberapa kali ke mersing ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas nie kalau akak singgah mersing bleh lencong masuk pulau..kalau naik bot tak lama sgt kak..hehe

      Delete
  7. seronoknya datang sini..sy tak penah pegi lagi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti tahun depan bleh plan ngan family gi sana,,hehehe

      Delete
  8. x pernah sampai lagi..insyaallah suatu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah...semoga hajat tercapai..hehe

      Delete
  9. Best tioman..boleh naik flight. Tahniah bro kerana segmen yang menarik.

    ReplyDelete
  10. slm. klu g tioman x ambik ambik pakej senorkling bleh ker. takut lemas la.....hehehe.....mmg saya penakut. walaupun ada jeket keselamatan.

    ReplyDelete
  11. slm. klu g tioman x ambik pakej snorkeling bleh x? saya ni mmg penakut....

    ReplyDelete