Monday, October 28, 2013

#1203 - 5 Perkara Asas Sebelum Temuduga

Hye Readers,

temuduga, interview


Dekat-dekat hujung tahun nie ada yang pergi temuduga cari keje lain tak? Ada ke student-student yang baru lepas konvo dan ingat nak cari kerja sebelum sambung belajar lagi? Pendek kata kalau ade orang yang nak pergi temuduga kali ini aku nak bagi tips-tips utk menghadiri temuduga.

Sebenarnya temuduga nie berbeza mengikut jawatan atau kerja apa yang nak dipohon. jadi tidak ada tips yang khas untuk temuduga nie. Walaubagaimanapun sebelum menghadiri temuduga ade beberapa perkara asas yang boleh dijadikan panduan. Berikut merupakan 5 perkara asas sebelum sesi temuduga:-

Sediakan Dokumen Sebelum Tidur.
- Aku nasihatkan sebelum korang tido malam tu, pastikan semua dokumen seperti sijil, photostat IC, gambar etc telah disediakan supaya tiada barang yang tertinggal. 

Pakaian Yang Sesuai.
 - Ini satu temuduga dan bukannya aktiviti sosial jadi pastikan korang memakai pakaian yang sesuai. Ini akan memberi tanggapan pertama tentang personaliti korang.

Datang Awal
- Pastikan korang datang awal sekurang-kurangnya 15 sebelum waktu temuduga. Adalah dinasihatkan supaya korang survey dimana pejabat tempat anda temuduga itu supaya esok tak terlambat hanya sebab nak mencari bangunan yang mana.

Bersedia Dengan Soalan Popular
- Ceritakan tentang pekerjaan awak sekarang, Apa kelebihan anda, Apa kelemahan anda, Bagaimana anda boleh menyumbang lebih kepada syarikat. Apa yang anda tahu mengenai syarikat kami.. Itu merupakan beberapa soalan yang popular jadi bersedialah untuk menjawab.

Jawab Dengan Tenang.
- Ini bukan kuiz jadi tiada masa diperuntukkan untuk korang jawab soalan. Jadi tak perlu nak cakap laju-laju sebab belum tahu penemuduga itu boleh tangkap apa yang korang cakap. Jawab soalan perlahan-lahan tapi pastikan mesej itu jelas.

Jadi, itulah antara 5 perkara asas yang korang kena buat sebelum menghadiri temuduga. Anyway jika yang membaca entry ade temuduga dalam waktu yang terdekat ini "Good Luck" aku ucapkan kepada korang. Keep Calm & Just Be Yourself. 

Regards,
-Strider-


8 comments :

  1. Perkongsian yg baik.. t kasih.. :)

    ReplyDelete
  2. Kita tambah nsatu lagi, kena study mengenai company dan juga jawatan yang diminta. Rajinkan diri untuk masuk website dia orang and baca perkara-perkara penting kat situ seperti main business dan juga key person..itu menunjukkan kita berminat dengan company dan jawatan tersebut..good luck untuk semua..

    ReplyDelete
  3. Nice sharing... antara persediaan sebelum menghadiri temuduga boleh juga rujuk disini... http://apakehei.blogspot.com/2013/08/tips-untuk-kenaikkan-pangkat-dan.html

    ReplyDelete
  4. antara soalan popular dan dah tau jawapannya, "kalau dapat kerja ni, sedia ke awak ditempatkan kat mana2 cawangan atau negeri?" dan kita akan jawab "ya"...

    ReplyDelete
  5. Preparation tu takda hal sangat. Kadang-kadang bila dah lama tak kena interview ni, boleh tahan jugak dia punya gemuruh. Darah naik kat tengkuk sampai rasa nak pengsan pun ada. Haha

    ReplyDelete
  6. Dah lps dah sume ni hiks
    semoga tips ni dpt mmbantu mereka yg nk p intebiu :p

    ReplyDelete
  7. wah.. hehe.. dah lama tak prgi intvew :)

    ReplyDelete
  8. nice sharing. kena study pasal organisasi juga. pnah interview di sebuah ipta. candidate sebelum tu kena tanya "siapa Naib Canselor" ..dia xtau. padahal yang menanya tu la orgny. =_=

    ReplyDelete