Wednesday, October 23, 2013

#1191 - Reaksi Rakyat Malaysia Tentang Hukum Hudud Di Brunei

Hye Readers,

Sulatan Brunei, Hukum Hudud

Semalam Sultan Hassanal Bolkiah, yang juga merupakan Sultan Brunei memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina. Sejurus pengumuman itu berita tersebut terus menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia di media social mahupun di kedai-kedai mamak.

Pelbagai reaksi yang aku nampak diberikan oleh rakyat Malaysia, ade diantaranya yang bersetuju jika hukum hudud dijalankan di Malaysia dan ada juga yang tidak bersetuju.Izinkan aku memberi pendapat peribadi aku tentang isu ini.

Sebenarnya aku rasa sesetengah orang yang tak bersetuju dengan hukum ini adalah orang yang takut. Mungkin mereka takut direjam, mungkin mereka takut dipotong tangan, mungkin mereka takut hukum ini akan menggugat kestabilan masyarakat majmuk di Malaysia. Apa yang ditakutkan sebenarnya aku pun tidak tahu.

Sejujurnya aku sendiri takut mendengar hukuman yang berat yang bakal dihadapi jika hudud dilaksanakan di Malaysia tapi bukankah itu demi kebaikkan kita? Berikut merupakan beberapa isi penting tentang hukum hudud yang dijalankan di Brunei yang boleh diambil ikhtibar oleh kita.

  • Hudud telah dikaji selama beberapa tahun sebelum ia dilaksanakan oleh Sultan Brunei
  • Hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam di Brunei
  • Hudud akan dilaksanakan mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Kali pertama Sultan Brunei menggesa perlaksanaan hukum Hudud ini ialah pada tahun 1996. Aku rasa tak salah kalau pihak berwajib mengkaji dulu rancangan ini secara terbuka dan telus tanpa mengambil kira pendapat-pendapat individu sahaja.

Secara dasarnya aku tak nampak kenapa Malaysia tak boleh laksanakan hukum hudud sedangkan agama rasmi negara ialah agama Islam. Sudah sampai masanya kita keluarkan isu hudud ini sebagai satu isu politik dan mula memandang ia sebagai isu memperkasakan Agama Islam.

Pendapat anda bagaimana?

Regards,
-Strider-

16 comments :

  1. Pada pendapat saya, hukum hudud ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh... tidak hanya tertumpu kepada umat Islam sahaja. Cuba fikir, kalau dalam satu team pencuri itu ada yang bukan Islam - kesalahan merompak sebuah kedai, mereka ditangkap, pesalah Islam dikenakan hukum hudud iaitu tangannya dipotong manakala pesalah yang bukan Islam pula hanya diberi hukuman penjara. So, dimana keadilannya disini.

    Sy sangat tidak menyokong hukum hudud hanya untuk pesalah Islam sahaja. Ia perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan tidak tertumpu pada satu kaum sahaja. Mereka telah menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan mereka perlu menghormati undang-undang negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada betul jugak pendapat bro tu...saya pun tak berani nak ulas lebih sbb sy takut tersalah info...

      Delete
    2. betul tu mesti menyeluruh. Hudud bukan tertakluk pada penganut tetapi tertakluk pada penghuni. Ini kan coomon sense. Hudud itu bahasa arab yang beerti had

      Delete
    3. "untukmu agamamu , untuk ku agama ku"

      ungkapan ni da cukup utk mendefinisikan adakah kaum lain perlu untuk diadili secara islam atau tidak

      Delete
    4. "untuk mu agamamu , untuk ku agama ku "

      definisi yang lengkap untuk membezakan hukum Islam untuk orang muslim dan bukan muslim

      Delete
  2. amacam malaysia? bila lagi.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah..bila hati terbuka kot...haha

      Delete
    2. bila ramai blogger tulis pasal ni nanti hehhhhe

      Delete
  3. apa yg terbaik untuk agama Islam, sy sokong sangat2..

    ReplyDelete
  4. Sy setuju.. sepatutnya kita dah boleh mula awal lagi.. Semoga kita dpt ambil contoh drp mereka..

    ReplyDelete
  5. Isu nie dah makin meluas di bincangkan .. terima kasih kepada
    admin blog nie... artikel awak menjelaskan hal nie dengan lebih baik...
    tahniah

    Here is my homepage ... Kaedah Hebat Di Kamar

    ReplyDelete
  6. Saya cadang hudud dilaksanakan secara berperingkat. Peringkat pertama dilaksanakan terhadap pesalah islam dan mangsa (victim) islam. Mangsa islam ini bermaksud pesalah yg melakukan jenayah terhadap org islam, walaupun dia agama lain, dia juga dihukum hudud. Biar penjenayah pilih sendiri nak lakukan jenayah kt org islam atau bukan islam. Kalau dia takut tentu dia pilih mangsa bukan islam, lagi pun sama2 reda, biarlah mrk dgn undang2 mrk. Kan demokrasi. Lama2 nanti ramai org bukan islam sendiri minta laksana hudud utk jenayah yg nak dikenakan kpd mereka. Kalau cerita pasal kejam, saya nak tanyalah sikit, mana lebih kejam edar dadah 300 gram hukum gantung tercekik tak boleh nafas sampai mati atau potong 1 tangan. Ada org peduli. Kalau bukan islam buat jenayah sesama mrk seperti zina biar lantak dia tak payah hukum hudud. Ini cadangan bukan utk malaysia ye jgn salah paham. Ini utk luar negara.

    ReplyDelete