Tuesday, October 8, 2013

#1173 - Harga Gula Dan Tepung Naik Untuk Kesejahteraan Rakyat

Hye Readers,

Itulah tajuk berita yang aku baca kat Malaysian Insider pagi tadi. Itu merupakan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek tentang kenaikkan harga gula dan juga tepung.



Beliau berkata, niat kerajaan hanya untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat perlu menunggu pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober ini dan kenaikan harga dua barangan asas itu akan dilakukan bergantung kepada hasil kajian yang sedang dijalankan.

Aku bukan pakar ekonomi dan secara jujurnya aku tak tahu bagaimana mereka membuat kajian dan mendapati ia untuk kesejahteraan rakyat. Yang pasti kenaikkan ini akan meningkatkan lagi kos sara hidup untuk mereka yang jenis sarapan, makan tgh hari, dan malam di luar.

Aku menjangkakan yang harga makanan di sekitar kawasan pejabat dan rumah akan naik menjelang tahun 2014. Kalau sekarang air sirap pun harga RM1.50 tahun depan tak tahu laa naik berapa. Korang plak cammana? Agak sejahtera ke mendengar berita-berita macam ini?

Regards,
-Strider-

16 comments :

  1. Minum air suam jer la... and boikot makan diluar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. minum air suam tu aku boleh bro tapi utk orang bujang macam aku nie nak boikot makan luar tu susah sikit sebab tak berbaloi kalau nak masak..nak masak pun tak reti..hehe

      Delete
  2. Pala otak dia kesejahteraan rakyat. Aku benci betul tengok muka menteri ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum azlan. kemain dia yaa. kesejahteraan konon.. berbulu je dengar.. hmmm kesianlah kat orang miskin. makin miskin, makin tak terkejar arus kemodenan dan wang ringgit makin sukar nak dicapai target :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrang nak definasi golongan miskin pun tatau macam mana...hehe

      Delete
  4. perkara yg dah dijangka, bila bagi bantuan spt BRIM (menelan dana yg besar)...mesti ada benda lain sbg ganti utk dapatkan dana/sumber kewangan. Mmg betul utk jaga kepentingan negara, sbb kalau negara takde duit mcmana pulak kan?
    sekadar hujah seorang yg tak pakar ekonomi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..BR1M tu ibarat macam gula-bula untuk sejukkan hari jer..BRIM tu setahun sekali tapi barang naik sepanjang tahun..macam tak berbaloi...

      Delete
  5. pahni p keje bawak bekal..minum air suam jela..adoila..mcm2 srkg ni..serba serbi nak naik..gaji xjugak naik2..heheheeh..

    breakfast saje da rm6 skali makan.. lunch rm6..minyak lg tol lg..gile la..bek duk umah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??sekarang sehari untuk belanja makan RM 20 tak lari..hehe

      Delete
  6. naik lagi ker? dah la minyak naik harga.. sejahtera la hidup macam ni..huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu lagi..katanya kena tunggu budget...nanti tengok laa budget macam mana...

      Delete
  7. wah makin naik..huhu..lari bajet dapur nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau budget lari jangan lupa kejar..hehehe

      Delete
  8. tgk tajuk dah malas nak baca . krgkan subsidi ler tuh . ada gak demonstrasi jlnn lepas budget nih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak terkejut kalau benda tu terjadi kak...

      Delete