Tuesday, October 8, 2013

#1172 - JDT Bakal Diperkuat Dengan Pemain Selangor

Hye Readers,


Tadi aku ade baca kat Metro pasal Johor Darul Takzim (JDT) dikhabarkan akan membuat rombakan besar-besaran dalam usaha memburu kejuaraan Liga Malaysia (Liga M) sama ada menjulang Piala Liga Super, Piala FA atau Piala Malaysia pada musim depan

Aku tak kisah pasal rombakan tu sebab aku bukan penyokong JDT, tapi apa yang menarik perhatian ialah kenyataan Metro yang berbunyi seperti berikut;

Skuad Harimau Selatan yang akan dibimbing ketua jurulatih Cesar Ferrando Giminez akan diperkuatkan dengan kehadiran empat tonggak Selangor, Mohd Amri Yahyah, Mahali Jasuli, Mohd Asaruddin Putra Omar dan penjaga gol kelahiran Johor, Norazlan Razali. 

Cara wartawan ini menulis macam kesemua player Selangor nie dah confirm berhijrah ke JDT. Selaku peminat Selangor situasi ini agak merisaukan aku sebab kalau player tonggak nie takde siapa nak main untuk Selangor musim depan.

Tapi bagi aku ia masih lagi "transfer rumors" sebab masih tiada pengesahan secara rasmi tentang perpindahan ini. Tapi andaikata mereka berhijrah kehilangan yang paling dirasai ialah ketiadaan kapten Selangor iaitu Mohd Amri Yahyah. Namun ini bukan kali pertama ia dikaitkan dengan perpindahan ke team yang lebih besar.

Regards,
-Strider-

14 comments :

  1. Chill dulu bro. Jgn risau. bende x kompem lagi kan? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup belum lagi..hopefully tak betul laa..hehehe

      Delete
  2. Mentang2 ada duit, habis semua player negeri lain dia nak sapu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..yang kena sapu superstar plak tu..hehe

      Delete
  3. Strider memang banyak tonggak utama akan ke sana disebabkan selangor punya pentadbiran... Selangor dah tak macam dulu & pentadbiran gagal cari sponsor, Amri Yahyah sebagai contoh dah berbelas tahun kat selangor kenapa dia keluar...?? bukan sebab duit dia keluar, kalau sebab duit dah lama dia pergi ke kelab lain yang lagi kaya..MISI 33 HANYA TINGGAL KENANGAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ade dengar jugak pasal nie..moga2 next season pengurusan akan menjadi lebih baik...just have faith...

      Delete
  4. Assalamualaikum azlan.. wahh nak tukar pemain ke? hmm JDT dah tak berapa nak taring cam memula naik dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tatau la next season cammana...tapi kalau ikutkan this season pun JDT not bad...

      Delete
  5. selagi tak tandatangan kontrak, selagi perkara ni kita boleh anggap sebagai gosip semata2.
    -aku pun penyokong selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa..walaupun transfer rumors tapi hati tetap tak senang dengar benda2 camnie..hehehe

      Delete
  6. yumida kurang arif pasal bola..hikhik..
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  7. nanti ramai star bergaduh sama-sama star pula. harap-harap tak la kan.

    ReplyDelete