Thursday, October 3, 2013

#1165 - Tips Keselamatan Ketika Keluar Bersendirian

Hye Readers,


Kalau asyik cerita pasal isu semasa jer lama - lama mesti korang rasa bosan kan? Jadi aku nak stop jap dari cerita pasal isu semasa  dan kali ini aku nak bagi tips kepada mereka yang selalu jalan berseorangan sama ada untuk aktivi harian atau untuk aktiviti sukan seperti jogging.

Berikut dikongsikan 8 Tips keselamatan diri ketika anda keluar berjalan atau berjogging.

1. Elakkan keluar berjalan kaki atau berjoging bersendirian terutama pada waktu malam.

2. Elak menggunakan jalan pintas atau melalui tempat yang tidak berpenghuni, sebaiknya menggunakan jalan yang sibuk dan terang.

3. Elak menggunakan laluan bersemak dan gelap di mana seseorang boleh bersembunyi.

4. Prihatin pada persekitaran anda dan elak menggunakan pemain MP3 peribadi. Anda mungkin tidak mendengar seseorang berjalan di belakang anda.

5. Jangan memakai terlalu banyak barang kemas yang boleh dilihat oleh ramai orang. Penjenayah mungkin tidak dapat membezakan barang kemas asli ataupun tiruan.

6. Bawa beg berdekatan tubuh anda. Jika boleh, bahagian depannya menghala ke tubuh anda dan pastikan ia beg yang berzip.

7. Jangan pamerkan wang atau telefon bimbit anda ketika berada di khalayak umum.

8. Maklumkan kepada ahli keluarga ke mana lokasi yang ingin ditujui dan pada jam berapa anda akan pulang.


Semoga tips di atas dapat membantu korang semua especially yang jenis lone ranger sebab species nie paling senang menjadi target kepada penjenayah. Sejujurnya no 4 tu selalu gak aku buat sewaktu balik kerja dan pergi berjogging. Korang bagaimana??

Regards,
-Strider-

17 comments :

  1. Thank you sangat-sangat. Kite selalu pi jogging/running sorang2 sambil dengar mp3 :0

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau kuar jogging pakai mp3 memang syok kan??hahaha

      Delete
  2. assalamualaikum... thanks sharing tips. sheila pun buat no 4 dulu... hehee skrg dah tak buat dah. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam...no prob, sharing is caring laa katakan..hehehe

      Delete
  3. saya jeles bila tgk drama korea , rakyatnya boleh kuar mlm semata - mata utk jogging ! ... mcm x de jenayah jer kat sana ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dalam drama kak..dalam real life memang camtu jugak ke??hehehe

      Delete
  4. takut la nak keluar sengsorg
    klo blh nak jln berteman
    nice sharing strider
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..seeloknya kalau nak berjalan elok laa berteman...

      Delete
  5. thanks for sharing.. berguna jgk :)

    ReplyDelete
  6. wow..apa foto kat header tu,minyak wangi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde laa kak..itu rokok elektronik..hehehe

      Delete
  7. Bila lah teman nak start berjogging nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulakan minggu nie dulu..tk jogging, jalan kat taman pun okay..hehe

      Delete
  8. Betul semuanya, jangan menunjuk2kan HP canggih tu di tempat ramai orang..nanti dikebas peragut nanti..

    ReplyDelete
  9. suka keluar sendirian tanpa sebarang gangguan.. tanpa memikir gangguan lain.. hehe

    ReplyDelete
  10. kena upah boduguard sorang ni. hehehe

    ReplyDelete