Thursday, September 26, 2013

#1155 - PDAM Jangka Kenaikkan Harga Minyak Lagi.

Hye Readers,



Aku tinggalkan korang ngan cerita pasal ketibaan dajjal untuk satu berita yang aku terima pagi tadi. Melalui akhbar Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata kerajaan mungkin akan mengurangkan subsidi bahan api negara.

Ini disebabkan kes-kes penyeludupan bahan api yang semakin meningkat di negara ini. Kalau betul kerajaan mengambil tindakkan ini, bermakna minyak petrol dan diesel akn naik buat kali kedua selepas PRU yang lepas.

Aku sebenarnya kurang bersetuju dengan alasan yang diberi. Kalau nak mengelakkan penyeludupan minyak berlaku, kerajaan harus menaikkan harga minyak setanding dengan harga jiran dan barulah tiada kes penyeludupan munyak berlaku.

Seperti yang korang semua tahu apabila harga bahan api naik, harga kos sara hidup juga akan meningkat. Tapi benda ini masih belum diumumkan secara rasmi lagi...Apa pandangan korang??

Regards,
-Strider-

4 comments :

  1. Baru naik dah nak naik lagi. Tak tahu dah nak cakap apa kan.

    ReplyDelete
  2. nak naik lg ker?
    belum lg dgr khabar angin
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete