Wednesday, September 18, 2013

#1146 - Ching Peng Dikebumi di Malaysia

Hye Readers,



Antara isu yang hot dalam akaun social media aku ialah isu pasal bekas setiauasah Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng yang meninggal dunia pada 16 Sept yang lepas.Isunya pasal Chin Peng yang nak dikebumikan di tempat lahirnya iaitu Sitiawan Perak,

Sebenarnya isu ini adalah isu yang dipolitikkan dan sebab itu dia jadi panas..Ade pihak yang menganggap Chin Peng ini Wira dan ade pihak yang masih menggangap Chin Peng nie sebagai sejarah hitam negara..well, that part aku tak nak sentuh.

Tapi pendapat aku, tak ade yang perlu kita risaukan kalau ia dikebumikan di Malaysia. Generasi akan datang still akan mengenang dia sebagai pengganas no 1 di Malaysia. Tapi memandang dari sudut kemanusiaan aku tak anggap permintaan dia untuk disemadikan di kg halaman sebagai isu yang besar.

Jangan salah faham, aku tak pernah menyokong tindakkanya atau PKM, cuma bagi aku dia dah menerima hukumannya ketika hidup (buang negara). Chin Peng sudah meninggal dunia, apa lagi keburukkan yang dia boleh bawa setelah dia tiada.

Aku rasa ramai yang tak setuju dengan aku tapi takpe, pendapat kita mungkin berbeza tapi pada akhirnya kita semua rakyat Malaysia. Sekali lagi aku jelaskan yang entry ini bukan entry menyokong Chin Peng atau PKM, jauh sekali entry menghalalkan darah yang tumpah kerana Chin Peng..Ini adalah entry yang terlintas di pikiran.

Regards,
-Strider-

4 comments :

  1. Setuju dgn Azlan..
    Hukuman telah dia jalani
    tinggal Jasad utk dikebumi

    ReplyDelete
  2. salam bro, macam lama pulak tak singgah.

    mungkin...
    mereka tak benarkan atas faktor `impak halus' yang bakal terjadi. generasi muda sekarang dah makin bebas dan sangat mudah tertanya-tanya. jadi dengan membenarkan mendiang dikebumikan di sini, mereka takut generasi muda akan mula mengangkat chin peng ke aras yang `tidak sepatutnya'.

    tapi pada aku...
    sejarah itu tetap sejarah. kita nak pusing kot mana, nak tutup lagu mana, pun susah jugak disebabkan naluri kita yang sentiasa nak mencari kebenaran. apa pun, biarlah kita didik anak cucu kita dengan fakta sejarah yang jujur.

    sekadar pendapat.

    ReplyDelete
  3. Akak setuju dgn pndpt azlan. Kalau kita tak bagi, dah mcm kita takut sgt dgn CP tu...lagipun penjenayah yg paling besar adalah british yg dah jajah dan kaut sume hasil bumi kita. Tapi kita tak pulak benci british.

    ReplyDelete