Tuesday, August 27, 2013

#1131 - Mangga Haram!!!

Hye Reader,

Mangga telah difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012. Mangga yang dimaksudkan bukan sejenis buah yang kita biasa makan tetapi lebih kepada Majalah portal hiburan yang bertejuk "Mangga"


Aku tak tahu laa fatwa haram nie berkuatkuasa untuk satu Malaysia ataupun untuk negeri kedah sahaja. Apa apa pun tahniah kepada Jabatan Mufti Kedah kerana mengharamkan majalah ini kerana majalah ini sepatutnya diharamkan sejak dahulu lagi.

Aku tak rasa Mangga nie merupakan bahan bacaan hiburan yang sesuai untuk dibaca kerana banyak sangat posing-posing yang menjolok mata dari berita tentang dunia hiburan..Sekarang dah 2013, sape perlukan mangga sedangkan kita ade online portal seperti Roti Kaya, Beautiful Nara, OhBulan dan lain lain..

Aku berharap agar Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) mengawal atau mengkaji balik lesen yang dikeluarkan kepada majalah Mangga ini..Kepada korang yang nak makan Mangga anda dipersilakan asalkan mangga itu tidak dicuri..

Regards,
-Strider-

7 comments :

  1. dah lama diharamkan oleh warden asrama sekolah koi dulu..haha

    ReplyDelete
  2. kedah je..
    tapi walau takde fatwa haram, sbg muslim kita mmg tau haram tengok dgn sengaja (org buka aurat). Lagi2 kalau dah mmg tau konsep mjlh ni begitu.

    ReplyDelete
  3. teringat gambar artis kat kolam renang ...

    ReplyDelete
  4. dr zaman skolah xminat baca mangga..haha
    buah mangga suka la

    ReplyDelete
  5. Memang elok sangatlah tu diharamkan. Majalah tah apa-apa je Mangga ni. Kalau buah mangga tu sedap la jugak dimakan. Haha

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.

    Kalau tidak negeri Kedah saja, harapan saya, pada masa mendatang negeri lain juga turut mengikut negeri Kedah yang mengharamkan mangga.

    ReplyDelete