Monday, August 26, 2013

#1130 - Perangkap Nyamuk Buatan Sendiri

Hye Readers,

Hari ini aku jumpa something yang worth share dengan korang semua..Ia tentang perangkap nyamuk yang korang boleh buat melalui barang kitar semula seperi gambar dibawah.



Jadi mari saksikan bagaimana nak buat perangkap nyamuk yang nampak menarik ini...

Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya berdekatan ) dan 1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .

Nampak menarik dan simple tak??boleh saving dari beli semburan atau lingkaran nyamuk di rumah..Apa apa pun nanti bila free aku ingat aku pun nak cuba buat laa..Thats all for fow and tak lupa juga credit kepada Mosrepel (Klik Sini) untuk tips menarik yang disediakan.

Regards,
-Strider-

3 comments :

  1. mmg jimat . cuma kena rajin nak membuatnya ...

    ReplyDelete
  2. menarik ni.. tq2.. yes boleh laksanakan. haha

    ReplyDelete