Friday, March 22, 2013

#1107 - Tribute Birthday P Ramlee

Hye Reader,

Hari ini merupakan Harijadi seorang seniman negara yang cukup aku minati iaitu P.Ramlee..Sebelum aku teruskan entry nie, kepada yang bergama islam mari kita sedekah Al-Fatihah dan for those non- muslim reader u can continue reading..Al-Fatihah.


Sebenarnya aku bukan hidup pada zaman P. Ramlee, infact sewaktu aku kecil lagi hanya yang P.Ramlee tinggalkan ialah koleksi filemnya dan juga lagunya..Sejak dari sekolah rendah sampai lah aku dah kerja sekarang nie aku tak pernah jemu tengok filemnya..

Sedikit info tentang P.Ramlee ialah, dia merupakan seorang anak seni yang dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 dan menghembuskan nafas terakhirnya di rumahnya bertempat di Jalan Dedap, Taman P.Ramlee Setapak pada 29 Mei 1973 dan dikebumikan di Tanah perkuburan Jalan Ampang.

Ade beberapa faktor yang aku suka dengan dengan hasil kerja P. Ramlee nie..Antara yang aku suka adalah elemen kelakar dalam filemnya..Tapi kelakarnya bukan kelakar kosong jer, klu dilihat balik setiap skrip atau jalan citer yang kelakar mesti ade maksud tersirat..

Kedua ialah olahan skripnya yang bersahaja..Pada zaman pembikinan filemnya skripnya sungguh bersahaja dan nampak natural, even time aku sekolah aku dulu aku hafal hampir 70% skrip popular dari beberapa filem popular P.Ramlee..

So itu je laa dulu entry aku pasal P.Ramlee nie, kalau nak cerita semua sejarah, biodata dan pengalaman aku tengok P.Ramlee sampai esok tak abis..hehehe..Korang minat citer P.Ramlee tak??kalau minat, apa filem favorite korang dan kenapa??hehe..

Selain dari Birthday P.Ramlee, hari ini juga merupakan Worlds Vaping Day..Since semalam aku ade update pasal E-cig jadi nanti aku akan jawab semua soalan yang dilontarkan dalam satu entry..

Regards,
-Strider-

14 comments :

  1. Akak pun minat cerita2 dia..santai, bersahaja, mcm ringan tapi byk mesej dan pengajaran. Ulang byk kali pun tetap nk tengok. Entah mcmana cara dia berfikir...hasil seninya mmg wow!

    ReplyDelete
  2. p. ramlee ni kalau buat cerita memang kena kat batang hidung orang dulu sampai sekarang...

    ReplyDelete
  3. al-fatihah


    semua cerita P.Ramlee aku suka....paling suka DO-RE-MI setiap karakter ada gelagat tersendiri....paling menarik dan aku ingat tang jual berus gigi macam perompak. asal tengok je gelak asal gelak je tengok. hehehe.

    ReplyDelete
  4. ibu mertua ku..sebab lagu syok..kalau yang lucu citer pendekar bujang lapok la..yang tu paling lucu..

    ReplyDelete
  5. Cerita2 dia tak lapuk dek zaman.....
    AJ tengok 12juta kali pun takpe.... =D

    ReplyDelete
  6. salam jumaat admin pkbr?
    sy minat juga, lakonan bersahaj byk pgjaran disitu ;) suka tgok pak nujum belalang..ali baba bujg lapok mmg bestkan

    ReplyDelete
  7. ya dh baca doa utk arwah. senyuman arwah selalu maniskan.

    ReplyDelete
  8. Hey, I love this actor. He knows how to feel all the character tat given to him. But it's a bit lose since he gone too fast. Can you imagine if he still around now. He just a legend! Happy Birthday cool man!

    ReplyDelete
  9. walau filem arwah banyak kali diulang tayang..me tak jemu2..sebab kualiti filem dia okay.. :)

    ReplyDelete
  10. p. ramlee.. legenda seniman malaysia...

    ReplyDelete
  11. arwah baik orangnye..hehe. al-fatihah

    ReplyDelete
  12. suka citer2 dia.. best nya.. sampai sekarang still gelak2 tgk walaupun dah hafal tengok.. nampak sgt natural kan gelak dia

    ReplyDelete
  13. I got my first electronic cigarette kit on VaporFi, and I think its the best kit.

    ReplyDelete