Monday, February 4, 2013

#1050 - Downtown Kampung Baru

Hye Readers,

Pernah datang Kampung Baru???Untuk yang tak pernah sampai sini Kampung Baru merupakan satu-satunya penempatan Melayu yang tertua di Lembah Kelang(Betulkan jika salah).Sebenarnya Kampung Baru  terkenal dengan tempat-tempat makan yang menarik.

Gambar Lepas Launching
Kini Kampung Baru menerima lagi satu daya tarikan pengunjung apabila "Malay Agricultural Settlement (M.A.S.)" dengan kerjasama DBKL telah menubuhkan satu bazar larut malam atau lebih dikenali dengan nama Downtown MAS Kampung Baru.

Konsep dia sama dengan Downtown/Uptown yang lain dan mereka meyediakan lebih kurang 132 kedai untuk pengunjung. Target mereka adalah untuk menjadikan Downtown Kampung Baru ini setaraf dengan China Town di Jalan Petaling dan Little India di Brickfield.

Bertempat di Jalan Dewan Sultan Sulaiman Downtown Kampung Baru beroperasi dari hari Jumaat hingga Ahad bemula dari jam 7.30mlm hingga 3.00 pagi dan baru sahaja dilancarkan pada hari Sabtu yang lepas..So kepada sesiapa yang datang makan dekat area Kampung Baru jemput laa singgah ke Downtown ini..

Buat masa sekarang semua tapak telah disewa oleh peniaga namun masih ade sesetengah yang belum beroperasi atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Sebagai anak Kampung Baru dah menjadi tanggungjawab aku untuk mempopularkan tempat sendiri..hahahha

Sorry tak dapat share ngan korang gambar-gambar kat sini sebab aku terlupa nak snap picture time lauching..ade pun gambar time dah nak tutup jer...Jadi korang datang sini pandang laa kiri dan kanan kerana mungkin korang akan terserempak dengan aku...haha...

p/s: Kampung Baru Kampung Ku

Regards,
-Strider-

16 comments :

  1. Pernah tinggal kat kampung baru (jalan puan, sebelah padang) lebih kurang 1 0 tahun dulu. Sekarang banyak berubah. Tapi yang tak syoknya, tengah malam (minggu) jalan jem!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang kat situ dah jadi hot spots..banyak kedai arab..memang jem jalan kat situ..hehe

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  2. Akak tak pnah smpai Kg Baru. Satu hari nnti nak gak jejak sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput laa datang kak..dari Kampung baru nak pegi tempat2 lain semua dekat..hehehe

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  3. Pernah dengaq nama kampung baru. Tp tak pernah jejak lagi. Ada bazaar lagi? Bestnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai laa sini..dia perkampungan sebelah KLCC..kalau dah jumpa KLCC jumpa laa kampung baru..hehehe

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  4. Orait gak ni...kena terjah ni...lama sgt x g sna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..lai..lai...lai..hehehe

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  5. best gak tu..bertambah sesak la kg baru tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, tapi area dewan sultan sulaiman nie jauh skit dari kwasan perumahan dan dekat situ apa parking open space yang agak besar..hehe..org kg baru dah biasa hidup dengan jammed nie bro..hehehe

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  6. OO anak kg baru...

    nty boleh lah nak mkn sambil ke downtown tuh parking dekat rumah awk? hehe sane mslh parkingggggggggggggggggggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak parking kat umah sy pun boleh tapi kena jalan skit laa..hehe..tapi kat sana ade kawasan parking open space yang agak besar..hehe

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  7. mtk izin buat iklan ye. nk buat duit seminggu rm400-rm800? modal hanya rm30. senang je. sesuai utk surirumah dan pelajar.

    ReplyDelete
  8. Kat belah mana??
    Kalau berkesempatan dan tak kesempitan bolehlah jenguk2... =D

    ReplyDelete
  9. Dekat jalan dewan sultan sulaiman..dekat2 dengan restoran "dulang" yang sebelah uniKL tu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete