Monday, January 7, 2013

#1020 - SPRM Dah Takde Kerja Ke???

Hye Readers,



Tadi aku ade baca berita kat Yahoo Malaysia yang boleh membuatkan aku tergelak pagi-pagi nie...Ia berkenaan article "Pekerja guna Facebook ketika waktu pejabat adalah pecah amanah, kata SPRM"..Dalam artikel tu menyatakan SPRM akan mengkategorikan pekerja dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menggunakan media sosial bagi tujuan peribadi sebagai pecah amanah.

Aku bersetuju dengan separuh daripada apa yang diperkatakan..Menggunakan media social bagi tujuan peribadi memang tidak patut dilakukan oleh mana-mana pekerja termasuk sektor awam dan swasta. Tapi ia lebih kepada etika seseorang pekerja dan SPRM tak perlu risau pasal gejala ini.

SPRM patut tumpukan lebh usaha mereka untuk membendung kegiatan seperti rasuah yang dilakukan oleh orang-orang yang berjawatan di sektor perkhidmatan awam. Bagi aku gejala main facebook ketika waktu kerja nie biarlah diuruskan oleh pihak dalaman sesebuah agensi atau jabatan tersebut.

Serius laa, macam mana dorang nak sekat orang main facebook during office hour??Sekat laman web tersebut dari komputer staff??Dengan rebet yang kerajaan bagi senang-senang jer dorang layari facebook/twitter melalui phone.

Macam mana pulak kalau ade penjawat awam yang minum pagi smpai kul 11 pagi pastu baru nak start buat kerja??Bukan kah itu terdiri daripada kegiatan pecah amanah??Yang browse online shopping pulak macam mana sebab online shopping bukan salah satu daripada media social..

Akhir kata bukan niat aku nak membela golongan yang main Facebook time office hour nie tapi bagi aku SPRM tak perlu masuk campur..Banyak lagi kes-kes yang perlu mereka siasat dan biarkan hal ini diurus oleh pihak dalaman majikan.

Regards,
-Strider-

7 comments :

  1. btol tu..setuju..sepatutnya sprm tumpukan ajer kerja sebenar mereka...

    toksah risau..pepandai laa majikan nak bendung masalah pekerja yg hadap fb ni kan..

    ReplyDelete
  2. betul..

    mmglah salah (kecuali kerja aritu dah siap atau waktu rehat), tapi takle termasuk dlm bidang kuasa SPRM pulak kan.

    ReplyDelete
  3. X masuk dek akal akak ni dek benda2 alah ni…dah x ada keroje dah kot..staff depa x main fb ke

    ReplyDelete
  4. ha..tu la..
    tak de kerja...
    lepas tu nak buat2 sibuk konon nya depa banyak kerja..
    nampak cam bodoh je polis nih..hahahah

    ReplyDelete
  5. hahahhaha Na sokong yang berFb ..dari minum sampai waktu lunch baru depa masuk office kekekekeke ;D

    ReplyDelete
  6. sprm ni nak ambil jalan mudah jer naik nama,.biol betul,.pegi la siasat rasuah dan ambil gambar pekerja kerajaan yg lembap dan curi tulang tu,.punyala ramai,.cuba kasi offer skit dgn orang awam, kasi hadiah want tunai mana2 org awam yg dapat ambil gambar dan bukti ada pekerja awam yg rasuah dan curi tulang,.sure 1 bulan lagi bankrup sprm,.haha,.

    ReplyDelete