Thursday, March 1, 2012

Mengundi Itu Wajib

Hye Readers,


KUANTAN 29 Feb. - Tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah sesuatu yang wajib, kata Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman.
Beliau berkata, mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.
“Pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk pengkebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.
“Daripada situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.

Jangan Lupa Mengundi Ya!!!!
Jadi kepada kawan-kawan jangan lupa pergi mengundi nanti ek..nak pangkah sapa biarlah rahsia..yang penting tanggung jawab kita terlaksana...hehehe..

Regards,
-Strider-

8 comments :

  1. btol...yang muda terutamanya perlu sedar tanggungjawab dorang kat negara.

    aku paling pantang bila dengar, "dorang nak tikam menikam politik ni lantak doranglah,janji tak kacau hidup aku"

    ape ke bende la boleh pikir mcm tu?
    kalau dah org yang salah yang menang hasil dari tikam-menikam tu nanti dan org itu memerintah negara, apa mau jadi pastu?

    semua hancusss

    ReplyDelete
  2. daftar segera..nak undi dah tak lama lagi nih..

    ReplyDelete
  3. ala..nk rase gak mngundi..kui3

    ReplyDelete
  4. dah lama dah aku daftar
    xsabar nak mengundi :-)

    ReplyDelete
  5. sy ada dengar ni d berita smlm...mengundi wajib! tp sy belum mendaftar lg..huuhuuu...

    ReplyDelete