Thursday, February 9, 2012

Kick Out Racism Dari Kes KFC

Hye Readers,

Aku rasa mungkin ade sesetengah yang dah tau kes staff KFC yang bergaduh dengan customer dekat sebuah cawangan KFC I-City Shah Alam..Benda nie yang mula-mula jadi isu antara customer dan pekerja dah bertukar menjadi isu perkauman plak bila ade beberapa saksi nak menjadi pembela bagi kedua-dua orang nie..


Bagi aku benda nie tak patut pun jadi kan sebagai isu perkauman...Kat sini aku nak bagi pendapat 2sen aku tentang kes nie dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak..

Staff KFC: Patut didenda sebab bertumbuk dengan customer..walaupun betapa teruk customer tu selagi kita mengenakan uniform kita tetap bersalah jika jika punch customer..i think benda tu should be ade dalam KFC employee act..

Customer: Sebagai customer kita tak boleh menjadikan yang "customer always right" sebagai alasan untuk memaki hamun apatah lagi untuk mengeluarkan statement yang berbentuk perkauman..jadi dia patut didenda kalau dia ade memaki hamun hingga menyentuh isu perkauman...

Tapi yang saya tak clear ialah ada tak Racism Act kat Malaysia nie..Biasa dengar Act nie pun time politik jer...Rasanya rakyat kena tau gak batasan untuk marah especially dengan kaum yang berbeza..Aku tak kata benda nie betul..tapi aku rasa ini yang terbaik untuk kedua-dua pihak..

Kepada yang lain kalau korang nak baca pandangan-pandangan rakyat malaysia tentang kes nie korang leh pergi kat laman facebook pages KFC Malaysia..Tapi kalau nak tinggalkan komen elakkan laa yang berbentuk perkauman..Tak kan pasal ayam kita nak bergaduh besar..hahaha :)

Regards,
-Strider-

9 comments :

  1. puncanya gaduh je...mna2 aku komen ...pekerja tidak boleh pukul pelangan..pelangan nak maki ke..nak memekik ke..nak guling2 ke dlm kedai tu..lantak dia la..biar dia sendiri yg malu..peduli kan.biar pelangan lain tgok dan nilai sendiri...pekerja tk boleh pukul pelangan..

    ReplyDelete
  2. Banyak isu yg selalu terlepas pandang. Racism Act memang kena ada sebab negara kita terdiri pelbagai kaum. Tak usahlah ingat dgn 1M'sia boleh menyelamatkan hal-hal sebegini....

    ReplyDelete
  3. how true is that.
    customer always right - no they are not.kekadang terlebih lebih ni sampai lupakan yang bekerja tu pun manusia gak.jadi jgnlah lebih2 nak maki hamun dorang.dorang pun ada hati dan perasaan jugak.

    tapi untuk belah KFC pulak,sebagai satu syarikat mega dunia patutnya ada SOP dalam melatih dan memastikan pekerja2 patuhi code of conducts ngan etika bekerja.
    ni bukan fes time kfc got into thenews for the wrong reasons, dah banyak kali dah...
    haish...

    ReplyDelete
  4. Ayam jugak yg bangga kn... Hahaha

    ReplyDelete
  5. ada baca sikit kat fb tadi.

    yg akta tu, blm ada..cuma mungkin boleh didakwa sbb buat provokasi yg mampu mencetus keharmonian negara.

    ReplyDelete
  6. yang tak terlibat tak payah la bagi komen kot..akak baca dah komen kat situ..nampak macam ramai yang nak jadi hero.heheheh

    ReplyDelete
  7. main ikut sedap mulut je ni, main cakap tak pikir kesannya...padah yang dapat

    ReplyDelete
  8. memang bab2 kaumnie menyentuh sensiviti..so pepandailah nak jaga

    ReplyDelete
  9. After looking over a number of the blog articles on your blog, I honestly like
    your technique of writing a blog. I saved it to my bookmark website list
    and will be checking back in the near future.
    Please visit my website too and tell me what you think.



    Look at my page - weight loss

    ReplyDelete