Sunday, July 31, 2011

Bulan Puasa Datang Lagi

Hye Readers,

Selamat menjalani Ibadah puasa untuk semua umat islam di mana jua anda berada..hehehe..macam iklan kat TV plak..heheh..setelah 4 hari aku tak online entry aku kali nie just nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam yang berpuasa..kepada yang suka ponteng puasa tu cuba laa untuk puasa penuh tahun nie..time raya mesti feel giler..hehehe

Bulan puasa datang lagi and setiap kali bulan puasa datang dia memberi kelainan dalam aktiviti harian aku..hehe..setaip bulan puasa berbeza dengan bulan puasa sebelumnya…Untuk tahun nie aku tak tau laa plak ape yang terjadi..hehe

Selama 4 hari aku mengilang dari depan PC membuatkan aku hilang idea ape yang nak di tulis..hehe..nak cerita pasal bola pun da basi..hahaha..tapi aku nak buat entry aku kali nie pendek jer sbb aku nak tengok blog2 orang lain and baca ape cerita yang berlaku..hehe..

So sekali lagi Selamat Menyambut Bulan Puasa dan nak cakap Selamat Hari Raya pun awal lagi..hehe..till my next entry!!

Regards,
-Strider-

Wednesday, July 27, 2011

Rupa Duit Syiling Baru 2012

Hye Readers,

Untuk tahun 2012 Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baru sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam bentuk  5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah. Jom kita tengok rupabentuk syiling baru nie..

Syiling 5sen




Syiling 10sen



Syiling 20sen





Syiling 50sen



Perbezaan duit lama dengan yang baru.



Amacam???stylo ke tak duit baru nie..hehehe..aku tak tau sangat laa sebab tak tengok dan pegang lagi duit baru nie..tapi kalau korang nak tau kenapa ade titik-titik kat duit syiling tu, atau info2 lain korang leh pergi laman web Bank Negara (klik sini)..till my next entry..

Regards,
-Strider-

Rahsia Punggung Anda

Hye Readers,

Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.
Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??(bukan aku tanya..ini email original yang tanya)

1. Seimbang

Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidakterlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang. Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyakmasalah dan stabil.

2. Bulat

Individu yang mempunyaipunggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

3. Tinggi

Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatiforang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar

Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis `no problem'. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata

Punggungnya rata atau hampir sama rata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

(sumber: Scripters.ning.com)

Regards,
-Strider-

Tuesday, July 26, 2011

Sejarah Malaysia, Selangor dan Singapura

Hye Readers,

Sekarang Musim bola..so aku nak cerita skit pasal bola..bukan je citer zaman sekarang tapi nak cerita skit sejarah Singapura dengan pasukan Bolasepak Selangor..Selaku penyokong Selangor kedatangan Singapura sering aku nantikan..

Pasukan bola sepak Singapura datang lagi sini untuk bertembung dengan skuad Malaysia pada hari Khamis nie..Kedatangan mereka bukan hanya disambut oleh penyokong  bola sepak Malaysia sahaja tetapi  mereka akan disambut oleh penyokong Selangor Juga..

Selangor Vs Singapore 1975
Sebenarnya Pasukan Bola Sepak Selangor mempunyai sejarah dengan pasukan dari Singapura ini..Mereka adalah musuh ketat dalam sukan bola sepak suatu ketika dahulu..Walaupun kini Singapura telah bermain di liga mereka sendiri kedatangan mereka di Malaysia sentiasa akan membawa nostalgia yang tersendiri..

Singapura harus diingatkan yang musuh ketat mereka bukan setakat Pasukan Malaysia tetapi pasukan Selangor juga..Sejarah antara mereka sungguh besar sehinggakan Sultan Selangor mengadakan Pertandingan “Piala Sultan Selangor” yang nemampilkan pasukan Selangor dan Singapura.Pertemuan antara Veteran Selangor dan Veteran Singapura juga diadakan sebulum pertandingan itu bermula..

Aku ade terbaca petikan dari Selangor Football Fans tadi yang aku nak share skit ngan korang khususnya peminat bola sepak Selangor..

“SINGAPURA - lebih sinonim bermusuh tradisi dengan Selangor, bukan Malaysia. Selangor dan Singapura bertemu di final Piala Malaysia sejak 1921-1981: 23 kali. 11 kali Selangor menang + 10 kali Singapura menang + 2 kali juara bersama. Selangor skor 47 gol final vs Singapore, mereka membalas dengan 43 gol final PM. 4 kali Selangor julang Piala Sultan Selangor, Singapura juga 4 kali, mereka juara bersama sekali ..

Walaupun ia hanya sejarah tetapi sejarah tidak boleh dilupakan..Penyokong Selangor akan sentiasa bersama dengan pasukan Malaysia kerana Selangor adalah sebahagian dari Malaysia..Selangor Football Fans juga da pledge yang dorang akan 100% di belakang pasukan Malaysia..

Kepada yang membaca ayuh kita penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil esok dan member sokongan padu yang tak berbelah bagi..Bagi penyong Selangor kalau rasa nak bawak bendera Selangor pun silakan kerana Singapura juga salah satu dari musuh ketat kita..

Kepada penyokong negeria lain yang nak bawak bendera masing2 pun silakan kerana dibah bendera Malaysia kita masih ade 14 bendera yang nak dikibarkan..Aku doakan kejayaan pasukan Malaysia esok dan berharap singa akan pulang setelah dibaham harimau.. J


Regards,
-Strider-

Monday, July 25, 2011

Itukah Cinta

Hye Readers,

Tadi aku ada dapat email dari sorang member..agak jiwang laa jugak..citer pasal cinta..tapi dari awal sampai habis aku baca aku pun tak paham lagi ape aku cinta..hehe..mungkin ade korang yang paham kot so aku share jer..jom baca..

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di
dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana ?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami ... menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA

Haha..itu laa petikan dia..so selamat menjiwangkan diri  anda..aku nak gi jenguk blog orang lain jap..lama da tak dengar citer baru..hehehe..till my next entry!!!

Regards,
-Strider-

Sunday, July 24, 2011

Pak Pandir Ke Zoo

Hye Readers,
Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir terasa hendak buang air besar.

Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.

Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.

"Hmmm...baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah.

Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat agaknya".

Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"

Jawab Pak Pandir, "Ooohhh....itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!"

Regards,
-Strider-

Saturday, July 23, 2011

Team Bolasepak Malaysia Pelik.

Hye Readers,

Kali Ini aku nak citer skit pasal team bola sepak Malaysia tapi bukan pasal pemain dia tapi keseluruhan team yang yang paling penting orang yang in charge tentang baju ape yang nak dipakai..

Kita semua tahu yang Team Malaysia dalam apa-apa sukan pun menggunakan warna tema hitam dan kuning..tapi korang perasan tak team bolasepak kita serang kerap memakai jersi no 2 iaitu jersi berwarna biru..


Iklan promotion pasal support Team Malaysia nie pun da tersebar luas kat media massa sekarang nie tapi kenapa setiap kali team bola sepak Malaysia main mereka suka pakai jersi warna biru tu??adakah sebab jersi biru tu lebih lawa dari yang kuning..

Walaupun jersi kuning itu tak stylo macam jersi biru aku harap pasukan bola sepak kita akan bersifat patriotik dengan memartabatkan warna kuning dan hitam..Biar dunia tahu yang setiap kali hitam kuning turun beraksi ia adalah dari Malaysia…


Anyway good luck untuk pasukan bolasepak yang akan menentang singapore 28hb nie dekat Bukit Jalil..marilah kita bagi sokongan yang padu kepada Malaysia walaupun kalah pada pusingan pertama..mungkin dengan kehadiran kita dapat menyemarakkan semangat juang pasukan bolasepak Malaysia..hehe..

Itu jer aku nak tulis kali nie by the way jersi kuning yang baru nie pun lawa jugak..so tak salah kalau team Malaysia pakai jersi tu..aku nak pakai jersi kuning nanti..hehe..till my next entry…

p/s: coach Raja mau penonton pakai warna ape??biru ke kuning??hikhikhik

Regards,
-Strider-

Friday, July 22, 2011

Cerita Takde Tajuk

Hye Readers,

Rasa cam lama since last aku update and BW..walaupun baru sehari jer..tapi jadual hujung minggu kali nie lain macam skit..Busy jer memanjang..tapi dapat gak aku curi skit masa untuk buat entry and singgah blog kawan2 aku..

Citer kali ini aku taktau nak bagi tajuk pe..tapi seperti biasa cerita aku dipengaruhi dari email yang aku dapat..cerita nie sebenarnya da lama Cuma aku tak terpikir nak post..Since cerita ni dari omputih aku try untuk translate mengikut ayat aku dendiri..hehehe..citer dia camni..

Seorang lelaki sedang sibuk mengilatkan kereta yang baru sahaja dibeli kira kira sebulan..sedang dia sibuk mengelap dia terperasan anaknya yang berumur 4 tahun sedang mencalarkan kereta kesayanganya..

Akibat terlalu marah dia tidak sedar yang dia telah memukul tangan anaknya menggunakan spanar sehingga 2 jarinya luka teruk dan terpaksa dibawa ke hospital..tiba di hospital 2 daripada jari anaknya terpaksa dipotong akibat luka teruk..lelaki itu merasa amat sesal dengan perbuatanya..

Sebelum dia sempat meminta maaf anaknya dengan nada yang sayu telah mengeluarkan satu kenyataan yang tidak dapat dihadapinya..”ayah, adakah jari saya akan tumbuh kembali??” mendengarkan soalan anakya itu lekaki tersebut keluar dari hospital lalu menendang kereta kesayanganya bagi mengilangkan rasa bersalah itu..

Tersandar sambil menangis lelaki itu terpandang bahagian yang dicalarkan oleh anaknya itu dan anaknya telah menulis “Saya Sayangkan Ayah”..Keesokan harinya lelaki itu telah membunuh diri kerana tidak tahan lagi dengan penyesalan yang harus dihadapinya..

Itu je citer dia..xbest mana pun tapi banyak pengajaran yang kita dapat..antaranya ialah apa-apa keputusan yang kita ambil jangan ambil ketika kita marah…Sebelum aku closed entry aku aku tinggalkan korang dengan 5 baris ayat..till my next entry…

Jaga pemikiran anda, ia menjadi kata-kata.
Jaga kata-kata anda; mereka menjadi tindakan.
Jaga tindakan anda; mereka menjadi tabiat.
Jaga tabiat mereka menjadi watak;
Jaga watak anda, ia menjadi takdir anda

Regards,
-Strider-

Wednesday, July 20, 2011

Sos Tomato Penghapus Karat

Hye Readers,

Aku ade dapat email tadi..tentang sos tomato yang boleh dijadikan untuk pencuci karat…aku tak tau laa korang tau ke tak pasal tips ni tapi aku tatau..hehe..jom kita tengok


Cari barang atau bahagian yang berkarat


Sapu sos tomato kat bahagian tu dan biarkan 2 jam


Pastu sental skit bahagian berkarat tu..(kena usaha laa skit)


Tada..yang karat nampak baru..hehehe

Amacam??ade berani nak try??aku cari barang berkarat kat umah aku tak jumpa sebab semua benda baru jer(padahal sos tomato tak mampu beli)..Nanti korang try laa..kalau elok bagitau kat kawan-kawan..kalau tak jadi jangan marah aku..till my next entry..hehe J

Regards,
-Strider-

25 Jenis Perempuan Yang Lelaki Paling Meluat & Menyampah

Hye Readers,

Aku ingat nak buat entry WW tapi aku rasa email yang aku dapat nie lagi best kot.. 25 Jenis Perempuan Yang Lelaki Paling Meluat & Menyampah..so aku pun as usual laa check sebab aku nak tau gak..ade bape banyak ciri tu yang sama ngan aku..

Tapi sekali baca nampak cam penulis nie mungkin tengah marah ngan awek dia kot..cam kelakar pun ade tapi cam betul pu ade..hehehe..jom baca and pandai-pandai laa korang buat penilaian..hehe

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam shit kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!

6. Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa sial.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit 'celapong' (celah ponggong a.k.a pungkoq)

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'
10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan? 

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi shit hidup kau

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau

23. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

24. Pakai baju sikit lagi nak 6pak puting..lengan himpit tetek bagi terkepit..konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam

25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah siot

Haha..so amacam??yang pompuan ade tak salah satu sikap nie kena ngan korang??yang laki plak tepat ke korang rasa ciri nie??

hahaha..tapi benda nie aku jamin bukan 100% betul..ade sesetengah laa kot depends on lelaki tu sendiri..hehehe..till my next entry..

Regards,
-Strider-

Tuesday, July 19, 2011

Sikap Rajagopal Yang Tidak Professional

Hye Readers,

Semua ini bermula dengan kenyataan Rajagopal yang tidak berpuas hati dengan penyokong Liverpool ketika di Bukit Jalil baru-baru nie..(klik sini utk tgk video)..Sebelum tu dengan Arsenal pun ade kontroversi gak tapi sebab aku takde kat sana aku tak nak ulas pasal tu..

Dalam video itu tiada rahsia lagi yang Rajagopal adalan peminat Man United iaitu seteru utama Liverpool dari dahulu sehingga sekarang..tapi aku tak nak cerita pasal Man united kerana nanti aku plak yang nampak tak professional..biar la entry kali ini berkisar tentang Liverpool.

Rajagopal mungkin tak faham yang rakyat Malaysia sangat bersopan santun dan berbudi bahasa..Tetamu yang telah dijemput datang akan dilayan dengan sebaik mungkin walaupun tidak dapat menyarung jersi kebangsaaan ketika perlawanan.

Kalau korang saksikan video semua 9 gol yang dijaringkan(klik sini) jelas menunjukkan yang penyokong di Bukit Jalil tidak berbelah bagi memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan..Setiap gol disorak oleh penyokong Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa.

Kenyataan Rajagopal yang mahukan rakyat Malaysia untuk memakai baju warna kebangsaan memang tak dapat dipenuhi kerana penyokong Liverpool yang berada di Malaysia mahukan tetamu yang datang ini berasa selesa..

Rajagopal harus bijak mengelak soalan panas wartawan dan dia harus fokus kepada kenyataan tentang permainan Malaysia malam itu dan bukan kepada penonton yang hadir.

Rajagopal juga seperti tidak menghargai kehadiran penonton kerana tidak menyuruh pemain malaysia untuk berpusing keliling padang bagi menunjukkan rasa terima kasih seperti yang dilakukan oleh pasukan Liverpool

Namun aku berbangga dengan penyokong Liverpool walaupun dikutuk di negara sendiri tapi telah dipuji oleh negara asing kerana berjaya melayan mereka dengan pun rasa meriah..korang leh baca pujian media asing di bawah..

Ian Ayre: We'll be back, Malaysia (Official Liverpool Website)

 

Teo: Liverpool fans one of the best (Espnstar.com)


7 Things We Learned in Malaysia

 

Liverpool still leave Chelsea feeling blue in Malaysia (Media From London)


Tiada ape yang aku harapkan dari entry ini..aku hanya ingin menjelaskan pendapat aku tentang kejadian tersebut..Aku harus puji sikap professional Safee Sali yang memohon maaf atas kenyataannya yang dikeluarkan secara gurauan walaupun isu itu tidak sebesar kenyataan Rajagopal nie..

Akhir sekali aku berharap isu sebegini tidak timbul di EPL Asia Tour tahun depan..Penyokong Liverpool, Arsenal, Chelsea dan juga Manchester United layak untuk melayan pasukan kegemaran mereka yang datang ke negara ini sebagai tetamu.

Sebelum out check sweet picture penyokong Liverpool yang sayangkan Malaysia

Gambar Lagenda Malaysia dan Liverpool 

Sumber Inspirasi

Liverpool Supporters Club Malaysia
My-LFC [The Malaysian Die Hard Fan]

Regards,
-Strider-

Cara Melayan Tetamu

Hye Readers,

Aku nak cerita skit tentang cara-cara kita rakyat Malaysia melayan tetamu yang datang..Sebenarnya ad ekes skit tentang tetamu yang datang  Malaysia nie tapi nanti aku cerita laa..yang sekarang nie kita focus dengan topik melayan tetamu.

Aku rasa kita harus melayan tetamu yang telah dijemput dengan sebaik mungkin.Tak kisah laa dia datang ke rumah kita, kenduri, pejabat atau kemana sahaja..bagi aku prinsipnya tetap sama iaitu kita kena membuatkan tetamu yang datang berasa selesa..

Persoalan yang timbul adakah jika kita melayan tetamu dengan baik ia bererti kita membelakangi keluarga, teman sejabat atau orang rapat dengan kita..takkan kita jemput orang datang rumah lepas tu kita buat hal ngan family kita..mesti tetamu tu rasa kekok kan??

Tambahan plak kalau tetamu yang datang tu menguntungkan kita harus laa kita layan elok-elok kan??korang penah buat tak tau dengan tetamu yang datang tak??till my next entry..

Regards,
Strider-

Monday, July 18, 2011

Industri Filem Takkan Maju

Hye Readers,

Tadi aku ade terbaca dekat surat khabar metro pasal citer KL Gengster..ade mamat nie kata citer KL Gengster tu bukan budaya orang hidup di Kuala Lumpur dan citer tu membuatkan hidup di Kuala Lumpur nie seperti tiada undang-undang..

Aku tak ingat plak nama orang tu tapi bagi aku statement dia tu mengarut..semua orang tahu yang cerita itu hanyalah rekaan semata-mata dan bukan berdasarkan kisah benar..kalau setiap detail nak di ambil kira macam mana filem Malaysia nak maju macam Hollywood???

Bukan aku nak menyokong jalan hidup gangster nie tapi kalau hanya untuk hiburan tak salah..dan cerita tut u menunjukan yang jalan gelap tu tak menjaminkan kebahagiaan..kenapa ade orang still tak boleh pandang filem melayu dari sudut yang lain..

Kalau nak ambil kira setiap detail bagaimana pula dengan cerita Hantu Kak Limah??mana pergi anggota penguatkuasa dalam cerita itu??adakah gaya hidup di kampung memang macam tu??Adakah rakyat Malaysia harus disaji dengan cerita cinta dan kelakar sahaja??adakah kita tidak boleh membuat cerita aksi??

Bagi aku pemikiran orang macam nie akan hanya merugikan Industri filem Malaysia..Mungkin cerita seperti KL Gengster ini perlu diklasifikasi untuk tontonan 18 dan ke atas sahaja..ini bagi mengelakkan remaja terpengaruh dalam gejala yang tidak sihat..

Aku sendiri tak pernah minat si Syamsul Yusuf nie sebab bagi aku dia nie nampak macam mamat jiwang yang poyo skit tapi cerita seperti KL gangster nie mampu mengubah pandangan aku terhadap lakonanya..

Benda nie besifat subjektif..ade yang suka dan ade yang tak suka..bergantung kepada individu sendiri..tapi pada pandangan aku, filem-filem yang penuh dengan skrip cinta telah ketinggalan zaman..aku sendari sudah bosan menonton filem-filem cinta nie..sekali sekala ape salah tukar selra..hahaha…till my next entry..

Regards,
-Strider-

Hoi Babi!!!!

Aku ada satu cerita, korang  nak baca tak? 

Ceritanya cam ni, 

Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil 
melihat keadaan keretanya yang kemek. 
hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu 
sempit, lampu jalan tak de pulak. 

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah 
tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit. 
Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow 
sikit....." 

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun 
menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!".." 
Bagerooo..." 
sedap jer cakap babi...." 

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat.... 
Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut.. 
Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak 
manakala motosikal nya remuk sama sekali. 

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan 
tadi. 

Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah... 
tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe

Regards,
-Strider-