Monday, February 28, 2011

Cara Terbaik Menghalang Perompak Masuk Rumah


Dont Mess with the animal..salah satu promo dari channel Animal Planet..Stylo gak promo dorang nih..hehehe

video

-Strider-

Kemewahan Dubai

Dubai!!!..Ramai orang kata tempat ni hanya untuk orang kaya-kaya..ntah laa aku pun tak tau..tapi aku nk share ade satu email yang aku dapat dulu..mungkin ada antara korang yang da dapat email ni atau penah tgk gambar2 kat dubai..Kalau laa aku dapat umah satu kat Dubai kan best..hahaha..Enjoy the photos..













Tapi yang paling best 2 gambar nih..fuh!!!gayat beb...hehehe :)



-Strider-

Blackberry Playbook!!!


Playbook!!!bunyi cam playboy pun ade gak..tapi inilah tablets PC keluaran terbaru dari Blackberry..Dengan kekuatan 1GHz Cortex-A9 dual core processor dan skrin berkeluasan 7 inci Playbook nie boleh dikatakan salah satu pencabar Ipad selain Galaxy Tabs dan Motorola Xoom..Menurut sumber Playbook dikatakan sebagai "an incredible gaming platform for publishers and the players”. yang membawa maksud Playbook nie akan menarik lg ramai gamers diluar sana..

Satu lagi kelebihan Playbook dari Ipad ialah ia menyokong aplikasi Adobe’s Flash technology dimana Ipad tidak.

Playbook dijangka akan dikeluarkan dalam suku tahun pertama 2011 dan harganya masih blum diketahui setakat ini..

-Strider-

Diracun Oleh Isteri

Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur... hanya tunggu masa hilang nyawa.
Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan
air mata keluar dari matanya.

Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan.
"Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."
"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.

"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.
"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.

"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu,
teman baikmu, dan ibumu."

"Saya tahu...," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu..."

Saturday, February 26, 2011

Nasib Isteri Khawin Dengan Programmer

Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari. 

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in." 

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi? 

Suami : Bad command or filename. 

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli! 

Suami : Errorneous syntax. Abort? 

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia? 

Suami : Variable not found... 

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali. 

Suami : Sharing Violation. Access denied... 

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu. 

Suami : Too many parameters... 

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem. 

Suami : Data type mismatch. 

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la. 

Suami : It's by Default. 

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang? 

Suami : File in use ... Try later. 

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri? 

Suami : Unknown Virus. "

Friday, February 25, 2011

Batu Nesan Di Mexico

Aku dapat email kat opis tentang 4 biji batu nisan yang lain macam kat Mexico..Mengikut penulis email benda ni memang betul2 ade kat sana..xtau plak ade orang nk main2 dengan batu nisan..ape-ape pun kita layan jer pic kat bawah nie..hehehe






-Strider-

Ahmad Dan Lampu Suluh..

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tampoi Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia Dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih.
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu
sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.

Thursday, February 24, 2011

Kisah Pilot dan Pesakit Jiwa

Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan utk membawa 30 pesakit jiwa
berpindah ke satu kawasan yg baru dgn menaiki kapal terbang yg akan di
pandunya.

Pada keesokan hari, spt yg dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30
pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki
kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dlm kapal terbang itu.
Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yg hanya mendiamkan diri.

Tiba2 kapal terbang yg mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit yg
melompat2 itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia
tidak dapat mengawal kapal terbang yg bergegar itu. Pilot tersebut
memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu
kawan2nya supaya berhenti bermain.

5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot
memangggil sekali lagi pesakit jiwa yg pendiam itu dan bertanya, "Kenapa
semuanya boleh menjadi senyap dlm sekelip mata..? Apa yg kau bagi tau sama
kawan2 kau itu?". Pesakit itu pun manjawab "Saya bagi tau kat kawan2 saya
... kalau nak melompat2............pergi main kat luar!!!!

Ahmad Yang Mental

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu
sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.

"Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor

"Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum.

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.

"Ye laaa" jawab Doktor.

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

"mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor
berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.

"Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad.

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

"Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya
panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba

"mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.

Wednesday, February 23, 2011

An Arab Billionaire with His Son

An Arab billionaire just send his son to collage at London..He buy a gold Ferrari as a transport for his son.. within a week he received  an email from his son..The e-mail sound like this





Ferrari 599GTB





Dear Dad ,

Berlin is wonderful, people are nice and I really
like it here, but Dad, I am a bit ashamed to arrive
at my college with my pure-gold Ferrari 599GTB
when all my teachers and many fellow students
travel by train.

Your son, Nasser


The next day, Nasser gets a reply to his e-mail from his dad:

My dear loving son
Twenty million US Dollar has just been transferred
to your account. Please stop embarrassing us.
Go and get yourself a train too.













Love,
Your Dad.


-Strider-



Anak Yang Baik

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya....

Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"

Wanita 2: "Apakah dia merokok?"

Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!"

Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?"

Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"

Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"

Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga"

Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?" Sesuai untuk dibuat menantu.

Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"

Tuesday, February 22, 2011

Kisah Monyet Dan Kemalangan Jalanraya

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
 Polis : "Oh...kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : "Oh...lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?"

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

"Oh...okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"

Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu...


Monyet itu seterusnya ditahan oleh pihak polis untuk siasatan tetapi tidak dapat disabitkan kesalahan kerana tiada akta yang dapat digunakan untuk mendakwa monyet...hahaha

-Strider-

Kisah Usin dan Janda 18thn

Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin.

"Tipu apa plak???" tanya Usin bingung.

"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!"

"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!"

p/s: republish entry lama..hehehe

Regards,
-Strider-

Monday, February 21, 2011

WOW!!! Lelaki Dengan 39 Isteri, 94 Orang Anak dan 33 Orang Cucu

Ziona Chana (67) ialah seorang ketua kultus dari Perkampungan Baktwang di India. Sebagai ketua kultus yang membenarkan poligami, beliau kini mempunyai 39 isteri, 94 orang anak dan 33 orang cucu. Ziona Chana menempatkan kesemua ahli kelurganya disebuah rumah gergasi yang diberi nama Chhuanthar Run , atau Rumah Generasi Baru



Kesemua isterinya tinggal didalam sebuah asrama dan bergilir-gilir meniduri Ziona setiap malam. Katil milik isteri termuda diletakkan paling hampir dengan kamar tidur Ziona. What a dirty old dog. Pernah suatu ketika Ziona mengahwini 10 orang wanita dalam masa satu tahun. Dayyum!

Setiap hari 30 ekor ayam, 132 pound kentang dan 220 pound nasi dimasak bagi mengisi perut penghuni Chhuanthar Run.


Aku pun tak tahu macam mana dia manage isteri ramai-ramai nie. Kalau dari segi nafkah zahir dan batin memang orang cakap boleh buat tapi kalo pikirkan balik macam mana dia nak layan kerenah suma isteri-isteri dia. Itu tak masuk anak-anak lagi, nak be fair nie bukan senang..Kita tak tahu hati orang macam mana..hehehe..

-Strider-

Sumber Dari   : Blog Serius
Sumber Asal   : The Sun

Fakta Yang Tidak Dapat Disangkal Sama Sekali

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan
terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan
satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa
membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat
disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu
dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali
sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo
dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun
1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia
tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh
telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.

14   . Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca entry ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga korang ngan siku sampai
ia kena.......Tak normal la korang maknanya

-Strider-

Kisah Ibu Dan Anaknya Yang Nakal

  • Kisah Ibu Dan Anaknya Yang Nakal
Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi, maklum la anak orang kononya.Tak kan sibuk-sibuk nak marah anak orang sedangkan ibunya buat tak tahu jer.

"Prangggggg!!!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, "Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit,tak reti nak duduk diam, Biasalah, budak-budak."baru la si ibu tadi menegur anaknya yang tak reti duduk diam

"Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata doktor tersebut dengan sinis."

Moral : Jagalah tingkah laku anak anda kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan.

-Strider-

Friday, February 18, 2011

Kisah Usin Dan Keluarga

Tragedi Kemalangan  Usin Sekeluarga


"Abang Ni, Pakai Tu Elok-Elok La Sikit," Kata Liza Lembut Sambil Membetulkan Pakaian Usin. Usin Tersenyum Memandang Isterinya.

"Cantik Isteri Abang Hari Ni," Usin Mencubit Pipi Liza Lembut.

"Ayah, Ayah, Cepat La Yah," Farah Dan Adi Meluru Masuk Ke Bilik Kerana Dah Tak Sabar-Sabar Nak Bertolak Pulang Ke Kampung.

"Yelah, Yelah, Ayah Dah Siap Ni."

Liza Hanya Tersenyum Melihat Suaminya Itu Melayan Karenah Anak-Anak Mereka Yang Comel Dan Manja.

"Abang, Dah Lama Kita Tak Balik Kampung Macam Ni, Ye ?"

"Iyelah, Maklumlah Abang Ni Sibuk Dengan Urusan Perniagaan. Baru Kali Ni Abang Ada Peluang Untuk Cuti Panjang." Usin Berkata Kepada Isterinya Tercinta.

Perjalanan Daripada KL Ke Tangkak Mengambil Masa Lebih Kurang Empat Jam. Farah Dan Adi Dah Pun Terlelap Kat Kerusi Belakang. Begitu Juga Dengan Isterinya, Liza.

"Tak Sabar Rasanya Nak Tiba Kat Kampung," Usin Berkata Dalam Hati.

Sedikit Demi Sedikit Usin Menekan Minyak Keretanya. Semakin Lama Keretanya Semakin Laju Dan Usin Semakin Seronok. Usin Dah Tak Sabar Untuk Segera Sampai Ke Kampungnya. Pedal Minyak Ditekannya Lagi Dan Honda Civicnya Mula Memecut.

Usin Cilok Kiri, Cilok Kanan. Habis Semua Kenderaan Dipotongnya. Bangga Betul Usin Masa Tu. Terlupa Dia Sekejap Pada Anak Dan Isterinya Yang Sedang Tidur.

"Eh Abang, Kenapa Bawa Laju Sangat Ni?" Tiba-Tiba Liza Terjaga Dari Tidurnya.

"Tak Ada-Apa La Sayang, Rileks... Cepat Sikit Kita Sampai Kampung Nanti."

"Sabar Bang, Sabar. Biar Lambat Tak Apa... Jangan Laju Sangat Bang, Liza Takut." Liza Cuba Memujuk Usin Supaya Memperlahankan Kenderaannya.

"Rileks Liza...Tak Ada Apa-Apa," Usin Terus Memotong Bas Skspres Di Depannya Tanpa Was-Was.

"Haaa... Kan, Tengok. Tak Ada Apa-Apa Kan?" Kata Usin Setelah Berjaya Memotong Bas Ekspres Tadi.

"Sudah La Tu Bang."

"Ha... Tu Ada Satu Lagi Bas Ekspres. Liza Tengok Abang Potong Dia Aaa....". Usin Terus Masuk Gear 3, Pedal Minyak Ditekannya Hingga Jejak Ke Lantai. Usin Terus Membelok Ke Kanan Untuk Memotong Dan.... Di Depannya Tersergam Sebuah Lori Balak Yang Besar Dan Gagah Dan..... BANG!!

"Usin.... Bangun Sin," Sayup-Sayup Terdengar Suara Emaknya. Usin Membuka Matanya. Dia Terlihat Emaknya Di Situ.

"Mana Liza Mak ? Macammana Dengan Liza Mak ? Farah, Adi.... Mana Anak-Anak Saya Mak ?" Bertubi-Tubi Usin Menyoal Emaknya. Usin Tak Dapat Menahan Kesedihannya Lagi. Usin Menangis Semahu-Mahunya Di Depan Emaknya.

Emaknya Memandang Usin Tepat-Tepat.

"Macamana Dengan Isteri Usin Mak, Liza?" Usin Masih Terus Menangis.

PAANNNGGG!!

Kepala Usin Yang Botak Itu Ditampar Oleh Emaknya Dengan Tiba-Tiba. Usin Terdiam. Kenapa Emaknya Buat Dia Macam Tu?

"Banyak La Engkau Punya Isteri ! Keja Pun Pemalas Ada Hati Nak Berbini. Tu La, Tidur Lagi Senja-Senja Macam Ni ! Dah ! Bangun Pegi Sembahyang !" Emaknya Terus Merungut Sambil Berlalu Keluar....

...Dan Usin Tersengih Keseorangan. Rasa Macam Nak Masuk Dalam Tin Biskut ! Malu Beb !!

Sekian.

Moral : Pandulah Dengan Berhati-Hati Walaupun Di Dalam Mimpi

Mendapat Cahaya Mata Ketika Berusia 94 tahun

Mendapat Ank Pertama Pada Usia 94 Tahun


Wahh!!!terkejut gak bila aku baca tentang berita ini. Seorang lelaki dari India telah mendapat anak pertamanya pada usia 94 tahun.Ramajit Raghav seorang perkerja ladang telah mendapat cahaya matanya yang pertama melalui isteri kedua beliau yang bernama Shakutala.

Dia telah berkhawin bersama isterinya selama lebih kurang 10 tahun dan isterinya di percayai berumur 50an sekarang.Pasangan ini telah memberi nama Karamjit kepada bayi tersebut dan Ramajit percaya bahawa ini adalah satu hadiah dari tuhan dan umur bukan lah masaalah untuk mereka untuk membersarkan bayi ini.

Shakuntala telah dimasukan ke  Kharkoda town Government civil Hospital lepas dimana dia telah melahirkan seorang bayi lelaki secara normal. Dr. Mahendra Kumar seorang pegawai perubatan kanan hospital tersebut telah mengesahkan tentang kelahiran bayi tersebut.

Ramajit juga telah memecahkan rekod sebagai ayah yang tertua di dunia. Rekod sebelum ini dipegang oleh  Nanu Ram Jogi, berumur 90 tahun yang mendapat cahaya yang ke 22 pada 2007.



Sumber : Fun On

Pak Mat Yang Sayangkan Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia
kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah
diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya
sebanyak tiga kali sehari.

Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih
dari dua minggu secar berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan
Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga
sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu". Pak Mat manjwab,
"Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada
saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnyatumbuh dahulu. Oleh yang
demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh".

Top 20` Billionare In Malaysia (latest Edition)




KUALA LUMPUR: Business Times CEO of the Year 2010 Datuk Seri Stanley Thai has made it into the list of Malaysia's 40 richest individuals, a Malaysian Business survey reveals.

The magazine, in its Feb 16 issue, listed Thai, of Supermax Corporation Bhd, as a newcomer to the group, together with Tan Sri Leong Hoy Kum of Mah Sing Group Bhd and Datuk Tan Heng Chew of Tan Chong Holdings Bhd.

The magazine said the combined wealth of Malaysia's 40 richest tycoons has risen by more than 30 per cent, spurred by the bullish stock market and an expanding economy.


They were worth RM206.27 billion as at Jan 21, compared with RM156.7 billion a year ago.


It says there are more billionaires this year -- 27 of them, an increase of five from last year.

Robert Kuok, who returned to the sugar business last year, still tops the list at RM50.04 billion and telecommunications tycoon T. Ananda Krishnan remains in second place with RM45.78 billion.


Public Bank's Tan Sri Teh Hong Piow moved to the third place with a fortune estimated at RM12.77 billion while fourth is IOI Corporation Bhd's Tan Sri Lee Shin Cheng who is worth RM12.74 billion.

Genting Group's Tan Sri Lim Kok Thay, unchanged at No. 5, has RM10.89 billion while Hong Leong Group's Tan Sri Quek Leng Chan takes the sixth spot with RM10.75 billion, up from RM7.09 billion previously.

In seventh place is Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary of the Albukhary Foundation, whose flagship is the DRB-Hicom Group. He is valued at RM8.84 billion.


Tan Sri Lim Goh Tong's widow, Puan Sri Lee Kim Hua, unchanged at number eight, has RM7.43 billion while Tan Sri Tiong Hiew King of the Rimbunan Hijau Group returns at No. 9 with RM4.77 billion.

Singapore-domiciled Ong Beng Seng claims the 10th spot, with his wealth doubled to RM3.98 billion, going past Berjaya Group's Tan Sri Vincent Tan who drops two rungs to No. 12.

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad's son, Datuk Mokhzani Mahathir, of Kencana Petroleum, is ranked 19th with RM1.665 billion.


Source : News Straits Times

Thursday, February 17, 2011

Kisah Wan Dan 100 Ekor Ayam

Kisah wan dgn 100 ekor ayam


Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan
kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romlee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya
(seraya memberikan kadnya)." Pak Rolmee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya
untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romlee memanggil anak
buahnya yang bernama Wan dan memberikan arahan...

Pak Romlee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan
kad lelaki kaya tadi)."

Wan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Wan pergi menghantar100
ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor
lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan
dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas
dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si
Ehwan. Tetapi si Wan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang
diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat
si Wan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak
sakit kan?"

Wan : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Wan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka
nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."
P/s : Siapa yang lebih bingai??adakah wan atau ayam tersebut?
-Strider-

Wednesday, February 16, 2011

Boboi nak nyanyi!!!

Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing.
Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke,
mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer..sesuka hati dia jerit kat mak dia...
"mak..boboi nak kencing!!!".

Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu dengan perangai Boboi nih
menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi,
"Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?". Boboi pon mengangguk tanda paham.

Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya.
Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi.
Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya...
"Nenek...Boboi nak nyanyi!!".

Neneknya membalas "Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!",
terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah...
"Um..yerlah..boboi.boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye....."

mesti korang bleh agak ape yg berlaku seterusnya kan.. hihihihi..so korang pepandai laa buat ending nyer..hehehehe

-Strider-

Demon Apperance!!!

Video Seram!!!!

S**t..video ni aku tjumpa on9 time browse utk seram nyer video kat youtube..memang seram gak video ni walaupun rasa video nie fake one..mls nk cite pepanjang..nnt korang tgk da x seram so enjoy je laa ek..

Amaran : video ini mempunyai unsur seram yg tidak sesuai untuk org yang ade penyakit jantung,lemah semangat etc...



-Strider-

Sampai Ipoh

Sampai Ipoh..

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"

-Strider-

Kisah Pesakit Jiwa!!!

Sakit jiwa


Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"
 
-Strider-

Tuesday, February 15, 2011

Kisah Mat Punk!!!

  • Mat Punk

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

- Strider-

New 2 Screen Kyocera Echo

Telefon dibawah ialah Kyocera Echo, telefon bimbit yang mempunyai 2 skrin LCD sesentuh. Setiap satunya sebesar 3.5". Ianya sebuah telefon bimbit Android 2.2 Froyo. Nampak macam best dan antara benda paling gila tentang telefon bimbit ini ialah ianya memerluka 2 biji bateri untuk berfungsi. FUUUUUUU. Makan bateri dowh..haha..bayangkan kalo bateri da kong.org lain beli satu kita beli dua..haha!




haha..phone nie nmpak cam best..tp harga aku xtau bape sebab hp nie kuar dalam bulam march kot..smpai Malaysia xtau plak bile..(da smpai ke?)hahaha..tp klu rasa nk compare ngan Iphone, GalaxyS or HTC Desire korang bleh guna spec nie nk buat comparison


  • 3.5 inches of touchscreen primary display
  • 480 x 800 pixels of screen resolution
  • 4.7 inch touchscreen secondary display
  • 960 x 800 pixels of screen resolution
  • 512MB RAM
  • Runs on Android 2.2 OS (Froyo) operating system
  • Powered with 1 GHz Qualcomm QSD 8650 processor
  • CDMA EV-DO network support
  • 5 mega pixel camera with 720p video recording and flash
  • Bluetooth 2.1, Wi-Fi 802.11 b/g connectivity
  • Digital compass
  • 8GB Micro SD slot
  • GPS navigation
  • Accelerometer
  • 115 x 56.5 x 17.2 mm of dimension
  • 193 grams of weight
-Strider-

Monday, February 14, 2011

Banduan Yang Pintar

Banduan yang pintar


Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang ada dipenjara Nusa Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh Merdeka).

Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak mencangkul kebun jagung ini?"

Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya setelah si bapak terima surat, datang satu peleton tentara dari kota Medan.

Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya.

"Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentara mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"

Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam jagung aja, kan udah dicangkul sama tentara, dan jangan lupa ngucapin terima kasih sama mereka."

Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pingsan.
Moral of The Story : Walaupun kita sedang dalam kesusahan tidak bermakna kita tidak mampu menolong orang lain.
-Strider-

Sunday, February 13, 2011

Dia Dipecat Kerana Dia Hottie!!!

Ini ada satu citer yang aku xpenah dengar lagi..tak tau laa plak korang cammana tp setahu aku x de lg kes camni kat dalam Malaysia. Debrahlee Lorenzana, 33 ialah seorang banker yang dulunya bekerja dengan CITIBANK. Menurutnya, dia dipecat dari Citibank kerana beliau terlalu hot. Terlalu hot sehingga "rakan sekerja terganggu dan sukar menumpukan perhartian kepada kerja". Cik Debrahlee seorang ibu tunggal juga dilarang dari datang ke tempat kerja memakai pencil shirt, turtle neck dan fitted suits.

Sebelum tu aku bg tau dulu definasi hottie mengikut pendapat aku. seorang yang hottie bukan sahaja mempunyai muka yang lawa tp potongan benduk badan, gaya pemakaian jugak penting. tak semestinya nk kena pakai seksi2 depan org.

Damn. She is hot! Kini Cik Debrahlee menyaman Citibank kerana dituduh memecatnya tanpa sebab munasabah. Kaa ching! Lawsuit!!



Dari gambar camni mmg nampak lawa tp xde WOW sangat kot. tp bile da dressing office aku bleh nampak dia mmg hot laa.diingatkan lagi sekali dia ni seorang yang berumur 33 tahun ek..Enjoy rest of the picture.











da la tu.banyak lagi gmbar dia tp malas la aku un upload semua. pada rasa yang xpuas nk tgk boleh tgk rest of the picture kat villagevoice website. kat situ ade lagi..

-Strider-


Sumber : Villagevoice