Sunday, December 4, 2011

Analisis Undian EURO 2012

Hye Readers,

Undian untuk Kejohanan Euro 2012 di Poland & Ukrine dah dijalankan beberapa hari yang lalu..Sebanyak 16 pasukan akan merebut untuk gelaran pasukan terbaik di eropah..Kau korang nak tau Spain adalah pasukan favourite aku dan aku rasa tahun depan dorang leh menang lagi sekali..hehehe

Namun antara kebanyakan pasukan popular di eropah Sepanyol dengan England diramalkan tiada masalah untuk ke pusingan seterusnya.. Spain dan Italy diramalkan dua pasukan yang akan melepasi peringkat seterusnya berdasarkan prestasi terkini...

Nasib serupa dialami oleh England di group D dimana mereka dan France diramal boleh ke peringkat seterusnya..cuma Ukrine selaku tuan rumah boleh membuat kejutan dan andai kata mereka mampu ke peringkat seterusnya, salah satu antara  pasukan France dan England akan pulang awal..

Aku sebenarnya minat gak ngan pasukan England tapi secara realitinya aku tak rasa mereka tak boleh pergi jauh..aku rasa paling jauh mereka pergi adalah di peringkt separuh akhir..Kalau boleh sampai final dan menang itu pun dah kira bonus..hehehe

Setiap pertandingan mesti akan ade satu kumpulan maut..dan untuk EURO 2012 nie kumpulan maut adalah kumpulan B dimana Holland, Denmark, Germany, Portugal akan berebut 2 tempat ke peringkat seterusnya..

Dan antara mereka berempat aku rasa Denmark yang paling sukar kerana terpaksa beraksi dengan 3 pasukan yang agak power kat eropah nie...dan untuk group maut nie aku rasa Holland dengan Germany akan mara...Ronaldo dari Portugal kena balik awal laa nampaknya..hehehe..

Group A pulak aku rasa persaingan dia agak terbuka dan aku tak tau team mana yang nampak cerah untuk mara ke pusingan seterusnya..hehe...Untuk full grouping korang leh tengok table kat bawah nie..


Group A

Poland
Greece
Russia
Czech Republic


Group B

Holland
Denmark
Germany
Portugal


Group C

Spain
Italy
Republic of Ireland
Croatia


Group D

Ukraine
Sweden
France
England


Untuk Euro 2012 bola yang digunakan pula adalah Adidas Tango...Mintak-mintak untuk kali ini tak ada isu bola seperti yang terjadi sewaktu adidas menggunakan bola Fevernova seperti yang digunakan dalam World Cup 2002 kat Korea dan Jepun.



Regards,
-Strider-

2 comments :

  1. sokong portugal bro.hehee

    *england best,tapi kadang2 k.o gak..eehe

    ReplyDelete