Status

Kepada yang ada facebook mintak tolong korang Like Strider Buzz okay tak? Thanks kepada yang dah like..Nanti kalau ade topik kita berdiskusi di sana. :D

Strider Buzz

Friday, June 3, 2011

Tanda-Tanda Lelaki Jatuh Cinta Pada Anda!!


Wah..terkedu jap bile aku baca email nie..tanda-tanda bila lelaki jatuh cinta..tu dia,sampai 23 tanda dia bagi..banyak gak tanda-tanda lelaki jatuh cinta nie..haha..orang perempuan mesti suka baca nih..yang ibu-ibu plak pas nie mesti tengok gelagat en asben masing2..hehe..jujurnya sebagai lelaki aku tak boleh kata ini 100% betul..mungkin ya mungkin tidak bergantung kepada sifat lelaki tu..tapi yang last sekali tu betul kot..hahaha….

Gambar Hiasan
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. 

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah: 

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. 

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap. 

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. 

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. 

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya. 

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain. 

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya. 

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama. 

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya. 

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. 

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar. 

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain. 

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. 

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. 

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

So, korang baca dan judge laa sendiri ek..hehe..tapi ade beberapa tanda yang betul..untuk tanda-tanda lelaki jatuh longkang tengok pada badan dia..kalau ada lebam-lebam tu betul laa kot..hahaha..

Regards,
-Strider- 

8 comments :

  1. fuiyoooo !
    betul ka ?
    eleh lan malu2 lg nk mengaku..hehehe..

    ReplyDelete
  2. echa: ehh..xde laa..mana ade lan jatuh cinta kat sesiapa..jatuh tangga ade laa..hehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. tanda2 tu semua betul tp bile dah berunah hati sekelip mata je! wink! hehe..

    ReplyDelete
  4. Lan jatuh tangga, tu kompom jatuh mase tgk awek cun dan jatuh cinta. koh3...

    23 tanda2 ni. agak gediks tuk lelaki. wakakaka..

    (^___^)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...
    nampaknya abang lan masih cinta kan akak..
    hhahahaha

    ReplyDelete
  6. Dania: hehe..yer ker suma btul..i think macam ade satu 2 yang x relevan jer..hehehe

    Crow: hahaha..kantoi plak aku nagn ko..kekekeke

    tapi yang 23 tu agak laa..klu dia pelakon mesti bab menangis tu pekara kecik..hehe

    Kak Diana: alhamdulillah..amin!!!

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Bro,compem ke yg no23 tu means dia betul2 LOIKE + LOVE gigurlz die ??
    huhu.. muskil2.. hurmmm

    \\( ^_^ )//

    ReplyDelete

From Other Blogger!!!

Other Best Entry

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...