Monday, May 2, 2011

Que Haidar dan LInda Jasmin Minum Arak??

Hye Readers,

Penah dengar satu gambar dengan 1000 persoalan atau in English they say a picture with 1000 stories..baru-baru nie aku ade baca news dari dalam email aku mengenai artis kita Que Haidar dengan Linda Jasmin dikatakan meminum arak selepas gambarnya bersama isteri tersebar..jom kita tengok gambar dam baca skit kenyataan Que Haidar nie..

KUALA LUMPUR: “Kami tak minum arak itu!” tegas pelakon terkenal, Que Haidar, 32, mengulas penyebaran gambarnya bersama isteri, Linda Jasmine dan beberapa individu berseronok di samping ada gelas dan botol arak di atas meja.
Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.

“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.


“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya. Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.

“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.


Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.



“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.


Sumber : Harian Metro


Ape pendapat korang pasal gmbar nie??bagi aku kenyataan Que Haidar tu boleh diterima pakai jugak sebab aku xde Nampak pun yang dia sedang pegang atau pun meminum arak dari gelas tersebut..

Mungkin disebabkan dia seorang Public figure membuatkan berita ini tersebar.. Ekspresi muka dia pun xde laa Nampak macam tengah mabuk kalau dibandingkan dengan gmbar2 yang ade dalam website club2 malam kat KL nie..aku xle nak letak laa gmbar dorang sebab nanti orang kata aku curi gmbar dalam plak..

So ini suma terpulang pada kita yang melihat dan nak mempercayai atau tidak..ini hanya pandangan aku sahaja..As a human dia still entitled untuk have a privacy life..Segala dosa yang dilakukan tu biar laa Allah jer yang tentukan..aku tak paham ngan orang yang suka sibuk2 hal personal artis nie..hehehe.. :)

14 comments :

  1. nmpak botol air mineral 2.hihi.kita xtahu,hnya dia dan tuhan je yg tahu.

    ReplyDelete
  2. jat: btul tu..plus orang yang ade kat tmpat kejadian..hehehe :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. haram jadah betul. koh3.. dah mcm kafir laknattullah bergambar sambil di hias minuman haram.

    Minum atau tak, tapi bersubahat lebih hina.

    (^_____^)

    ReplyDelete
  4. Crow: hehehe..thats right!!

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. agaknya mana yang betul erk...emm..tak tahulah artis nie...emm..
    insyaALLAH...kalau dia betul Allah lindunginya...amin.....

    ReplyDelete
  6. hehehe..pe² pun tu hak mereka..dose pun dose mereka..kte xperlu nk tmbah dose mengate mereka..eceh! ayat cam baik lak kan..hehe..

    ReplyDelete
  7. Farhan: tu laa..kita sendiri pun xtau..hehehe

    Atie: btul tu..aku stuju statment ko..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. entah lah.. maybe dia mmg tak minum.. kalo dia minum betul tu, itu antara dia dgn tuhan lah kan :)

    ReplyDelete
  9. Ammira: haha..btul2...heheh

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. antara dia dgn tuhan. Tapi tu la, statement dia pun masuk akal. takpelah, kita serahkan pada yg mengetahui semua :)

    ReplyDelete
  11. nur: yup..ur rite..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. dye ta mnom pon arak uh!!!
    saia twu!!
    he's my beloved uncle okeyh:)

    ReplyDelete
  13. puteri: yup..i believed that is true..i pun mmg minat kat dia..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete