Friday, April 29, 2011

Gajah Liar

Tiga pengembara ingin berkhemah berhampiran air terjun. Mereka memilih satu kawasan air terjun yang terdapat di sebuah hutan dara. Dalam perjalanan menuju ke kawasan air terjun, mereka telah sesat. Hari sudah hampir senja. Tiba di suatu kawasan, mereka ternampak papan tanda yang ditulis oleh pihak Perhilitan : "Awas, kawasan gajah liar!" Dua pengembara amat cemas, namun seorang pengembara hanya tersenyum. Tiba-tiba, mereka ternampak seekor gajah liar 500 meter di depan mereka sedang memakan pisang hutan. Lalu pengembara yang tersenyum tadi memberi arahan, "Kamu berdua jangan panik. Atok aku pesan, jikalau terserempak dengan gajah liar, kita mesti jangan bergerak, pura-pura sebatang pokok kayu." Lalu, mereka semua berdiri dan menegapkan badan. Gajah liar tersebut berjalan ke arah pengembara. Pengembara yang berada dalam ketakutan bertanyakan pengembara yang tersenyum tadi,"Atuk engkau di mana sekarang?". Pengembara yang tersenyum tadi menjawab,"Atuk aku dah meninggal dunia tahun lalu, kena pijak gajah liar

Regards,
-Strider-

5 comments :

  1. caitttt!!!
    tak payah turun petua la kalau gitu..
    hhahah

    ReplyDelete
  2. Kompom nahas 3 pengembara tu. keh3..

    ReplyDelete
  3. aduhhhh,entry bro ni buat sy nak meletup je..lawak

    ReplyDelete
  4. cik ayin : hehe :)

    Kak Diana: hehehe..btul2..trun petua makan diri..hehehe

    Crow: hehe.ape laa nasib dorang..kesia..isk..isk..

    Woofer: hehehe..tq..tq..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete